.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, March 8, 2013

Kita dihina

Saturday, March 9, 2013

Gambar sekitar protes di Manila pada 5 dan 6 mac 2013

ÞAbner Afuang, bekas pegawai polis Filipina, membakar bendera kebangsaan Malaysia semasa perhimpunan di Manila pada 6 Mac 2013 untuk memprotes terhadap serangan tentera oleh tentera Malaysia terhadap lelaki bersenjata Filipina di Sabah

Berikut adalah gambar-gambar protes di Kedutaan Malaysia di Manila pada 5.Mac 2013
?
?
 ?
Gambar PM di bakar
 ?
 ?
 ?

Ni yang tak suka ni...apalah nak jadi

Bekas Pengarah P’raya BN Bachok sertai PAS

Aslani M, 08 Mac 2013
(Bekas Pengarah pilihan raya BN Bachok 2008 serah borang PAS kepada Husam)

BACHOK: Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria malam tadi menyerah borang menyertai PAS.

Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh. tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN.

Zulkifli (gambar) yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama.

“Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan.

“Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS.

“Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah menetap di Sabah negeri asal isteri saya.

“Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama saya muncul kembali di pentas politik,” katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat malam tadi.

Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang PKR Bachok, Mat Yatim Ismail.

Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno sukar ditembusi sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha Ahmad bekas aktivis Semangat 46.

Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong.

Tahun lepas Mustapha dan bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail juga menyerah borang menyertai PAS.

Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.

Zulkifli berkata, tomahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali.

“Kalau betullah tomahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan.

“Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja,” ujarnya ketika ditemui selepas itu.

Anak Vs Bapa ?...emmmmm

Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu

Wartawan Sinar Harian 8 Mac 2013

Saiful Bukhari
 
SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.
Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali  berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.
_______________________________________

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

JAMILAH HAMZAH 8 Mac 2013

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. - Foto ihsan The Malaysian Insider
 
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.
Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.
 -------------------------
Dulu...Bersumpah di Masjid Negara bersama, kini balah pulak dah

Entahlah... kini U-turn pula orang ini!

Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan
1:25PM Mac 8 2013  
Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
NONE"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

Malaysiakini
tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.

azlan"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."
Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.
walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar." 

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.  

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.
Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.

 https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/599096_165332806952655_2000734769_n.jpg
-----------------------------------------------------------------------------
Sebelum ini, mereka ini yang membuat u-turn

PI Bala wows the crowd | Free Malaysia Today
 PI BALA
 
 Deepak Jaikishan 
 Deepak Jaikishan

Berat-berat belaka nii... Gunakan HOTS dalam menerjah  isu ini

Thursday, March 7, 2013

Yang tak sedap didengar..

PETALING JAYA 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.
lagi jen 

Perisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.

Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

“Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini (pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku,” kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.

“Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.
“Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi.

MNLF lain macam aje.. Apa hal ni...

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.
Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.
Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang dibunuh itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.

MNLF belayar ke Sabah, M'sia perketat kawalan

KUALA LUMPUR: Belumpun selesai operasi menghapuskan kumpulan penceroboh di Sabah, Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina pula mendakwa sedang menuju ke Lahad Datu untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu itu.

Media Filipina semalam melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam MNLF, Habib Hashim Mudjabab mendakwa, kira-kira 10,000 kumpulan gerila kaum Tausung dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi sudah belayar ke Sabah.

Menurutnya, kumpulan gerila itu menyertai kumpulan pengikut Sultan Sulu dan mereka kini bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina dikenali sebagai Southern backdoor (jalan belakang Selatan), laluan yang biasa digunakan pedagang kecil.

Laporan itu turut memetik, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kumpulan yang telah berjaya membolosi sempadan Sabah tetapi hanya menegaskan ia mencecah ribuan.

Kehadiran mereka itu dipercayai sebagai tindakan balas selepas Malaysia bertindak melancarkan serangan ofensif besar-besaran terhadap kumpulan pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III itu di Lahad Datu kelmarin.

Kumpulan itu sudah tiga minggu berkubu di situ sehingga keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan lapan anggota polis Malaysia terbunuh.

Kawalan diperketat

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, pasukan keselamatan Malaysia sudah memperketat kawalan sama ada di periaran mahupun daratan menuju ke Sabah.

Menurutnya, pihak keselamatan kini membuat kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh tersebut.

Katanya, pihak polis telah telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, terdapat juga maklumat bahawa pasukan polis Filipina juga megadakan kawalan ketat di perairan mereka bagi menghalang pasukan MNLF belayar menuju ke Sabah.

Wednesday, March 6, 2013

Tentera Sulu Pakai Baju BN.. Yang pakai baju BN Tentera Sulu ?

06 Mac, 2013

Tentera SULU Menyamar Pakai Baju BN Di Tahan

Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan penceroboh dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna.

Empat lelaki berkenaan, berusia antara 20-an hingga 50-an, ditahan dalam operasi selama kira-kira sejam pada tengahari, lapor Bernama.

Salah seorang dari mereka memakai baju T dengan logo Barisan Nasional (BN) manakala seorang lagi berpakaian sama dengan gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal yang juga ahli parlimen Semporna tertera di hadapan, menurut laporan The Star.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai jabatan cawangan jenayah berat ibu pejabat polis kontinjen Sabah yang dipetik dalam laporan itu.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari tadi.

Tinjauan di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata.

Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.

Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus pengganas gerila Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) dikatakan sedang dalam perjalanan ke Sabah menggunakan bot menurut seorang jurucakap kumpulan itu di Zamboanga City.

Veteran Moro itu kebanyakannya adalah puak penentang yang bersembunyi di pulau-pulau sekitar Mindanao yang menentang perjanjian perdamaian antara kerajaan Filipina dengan MNLF pada 1996.

Muhajab Hashim memberitahu Associated Press (AP) bahawa pengganas tersebut sudah mengetahui selok belok perairan di Laut Sulu dan dipercayai maklumat ini sudah sampai ke tangan pasukan keselamatan Malaysia yang sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.

Mereka kononnya kecewa dengan kejadian yang menimpa pengganas yang bertapak di negeri itu yang terbunuh dan cedera.

Muhajab yang merupakan pengerusi pemerintah Islam MNLF berkata lagi walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan serangan pengganas terbabit namun MNLF menyokong tuntutan kesultanan Sulu menuntut Sabah dari Malaysia.

Perkembangan terbaru ini sama sekali membuktikan kenyataan Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bahawa puak MNLF tidak akan menyerang Sabah adalah kurang tepat.

Pasukan keselamatan kini meluaskan perimeter 'mopping up' dari empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, Lahad Datu kepada 25 kilometer persegi dan sudah bersedia dengan kelengkapan ketenteraan termasuk helikopter Nuri dan pesawat pejuang MIG-29N bagi menghadapi serangan pada bila-bila masa.

Setakat jam 4 petang tadi, 12 puak pengganas telah berjaya dibunuh termasuk seorang yang ditembak dalam pertempuran jam 6.45 pagi tadi menurut satu laporan terbaru dari wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail

Betul ke mereka ini ada IC ?

gambar fail
'Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri'

Susulan serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi semalam, pengikut Sultan Sulu yang dilapor masih berkubu di Lahad Datu, Sabah engggan menyerah diri, sebaliknya mahu beralih kepada perang gerila.

Pasukan keselamatan meneruskan serangan hari kedua hari ini.

“Putera mahkota, pasukan keselamatan dan parajurit ramai yang pergi berjuang secara sukarela demi mencapai impian untuk mendapatkan kembali hak nenek moyang kami,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, semalam.

Beliau merujuk kepada bapa saudaranya Agbimuddin yang juga digelar sebagai raja muda atau putera mahkota yang mengetuai kumpulan penceroboh di Sabah.

“Apa yang kami mampu sekarang ialah memohon doa kepada ALLAH SWT untuk melindungi rakyat kami yang kini sedang berada di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan seluruh Sabah,” katanya dipetik Philippine Star.

Beliau menambah, Agbimuddin sendiri akan terus berjuang bagi menuntut dan menyelesaikannya secara aman.

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani turut memaklumkan yang Agbimuddin terselamat dari serangan pihak berkuasa Malaysia.

“Raja muda dan pihak tentera kami masih hidup dan mereka selamat. Kali terakhir saya menghubungi baginda ialah pada pukul 2.30 petang semalam,” katanya.

Tambahnya, Agbimuddin dan para pengikutnya meninggalkan kubu mereka selepas diserang pihak berkuasa Malaysia.

Pada masa yang sama, Idjirani turut menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim,” katanya.~ sinar

Sunday, March 3, 2013

Demi keselamatan dan kedaulatan negara tercinta.. ketepikan lah kepentingan diri

Khas Untuk Perwiraku
 
Kita semua seluruh rakyat Malaysia untuk  berdiri dan tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Setiap rakyat sehinggalah pimpinan mana-mana  idealogi perlu  bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.Setiap inci tanah air kita dan kini tragedi di Lahat Datu Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara.  

Keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita berharap agar tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. 

Jangan jadikan isu ini arena tuduh-menuduh dan sewajarnya menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Sebarang kesilapan mengundang lebih banyak nyawa.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada perwira ini.

Entahlah Labu... yang penting kita selidik dulu dari pelbagai sumber

Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'

, 04 Mac 2013
MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

(Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11)

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari

Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

“Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya.

Bertweetlah TSMusa Hassan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibKlUGa0MrtqO-r3qfmiv5wYJQglXbUSq3BrX29UgC1Vah2VVTcqVv85zV7jWjfZcyg9M77XUGlm4H24Z_C84YFyZl2bXuJgEAYHV2ZURx1gNfIffCjiltXjoJ-Js3pZilIhtpPyQ9Q0U-/s1600/musa+hasan.jpg

Tragedi Sulu Menusuk Kalbu..mudahnya mereka masuk rumah kita?

Polis hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah dalam kejadian petang semalam.

Serang hendap oleh kumpulan tersebut berlaku susulan pertempuran di antara pihak keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Seramai 12 orang kumpulan penceroboh berkenaan dan dua anggota komando polis terkorban dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu.

IGP: Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.
Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Sultan Sulu dakwa tawan 4 rakyat kita

Kesultanan Sulu mendakwa berjaya menawan sekurang-kurangnya empat orang rakyat Malaysia susulan satu pertempuran di Sri Jaya Simunil, Semporna petang semalam.
Laporan stesen radion dzBB Filipina menyebut, jurucakap kesultanan itu mendakwa demikian dalam satu sidang media di Taguig City, Manila.

Maklumat lanjut mengenai sidang media tersebut masih belum diperolehi namun ia menunjukkan bahawa Kesultanan Sulu terlibat dalam kejadian pertempuran di Semporna.
Anwar nafi kaitan dengan penceroboh Sabah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan kes pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang mengakibatkan 14 orang terbunuh, dua daripadanya anggota polis pada Jumaat lalu di Lahad Datu, Sabah.

Dengan nada kecewa, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua organisasi media milik Umno, Utusan Malaysia dan TV3 atas dakwaan itu.

Ketika ditanya wartawan adakah beliau pernah bertemu dengan mana-mana ahli Kesultanan Sulu sehingga membawa mereka untuk menuntut Sabah atau menceroboh sempadan negara, Anwar menjawab: "Tidak. Tidak."

"Walaupun saya bertemu (mereka), apakah isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro, Al Haj Murad Ebrahim atau Nor Misuari?" katanya selepas berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Apa yang penting ialah, adakah terdapat mana-mana perbincangan atau kebenaran (dari saya) untuk pemberontakan atau pencerobohan di lakukan kepada sempadan kita?

"Malah, saya tidak ada kena mengena (dengan perkara itu). Kenyataan yang hanya saya katakan ialah: bertanya kepada mereka (kerajaan) untuk menjelaskan mengapa sempadan kita longgar, (dan) mengapa mereka mengambil masa yang lama (untuk ambil tindakan) yang mana saya fikir pihak keselamatan Malaysia tidak boleh bertolak ansur," katanya.
Utusan: Anwar jumpa Nur Misuari ada kaitan janji

Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pertemuan di antara ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pemberontak bersenjata Filipina, Nur Misuari ada kaitan dengan janji yang ditawarkan pemimpin Pakatan Rakyat.Turut terlibatkan adalah pemimpin pembangkang negeri itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Panglima ATM kata penceroboh ada kemahiran
Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.

Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.

Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.

“Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.

Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 15 kilometer dari sini.

Friday, March 1, 2013

Tragedi Lahad Datu..Dalam mencari kebenaran

" Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein sebelum ini yang meminta orang ramai jangan mendengar khabar angin tentang peristiwa di Lahad Datu. Mereka bukan kumpulan militan atau pengganas "..mymetro 19/2/2013

‘Usah layan khabar angin’

Kerajaan mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Tanjung Labian, Lahad Datu, Selasa lalu, bukan militan atau pengganas walaupun ada antara mereka bersenjata.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak tertentu diminta tidak mempolitikkan isu pencerobohan itu sehingga boleh menjejaskan proses pengusiran kumpulan berkenaan.

“Keadaan ini terkawal dan saya ingin menekankan bahawa apa yang dinyatakan boleh menjejaskan operasi kerana dalam dunia masa kini, maklumat boleh disebarkan dalam sekelip mata. Apa yang saya cakap jika tidak berhati-hati boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menjejaskan operasi keselamatan.
“Ini sesuatu yang semua pihak perlu faham, turunkan ‘temperature’ (suhu), elak dipolemik, elak dipolitikkan isu ini, elak untuk takut-takutkan orang ramai kerana apa yang dinyatakan khususnya dalam laman sosial bukan situasi sebenar.

“Jadi jika dikatakan ada khabar angin mendakwa ada pengganas masuk ke Kota Kinabalu, saya boleh nyatakan ia tidak benar. Bagaimana saya boleh berada di Kota Kinabalu (jika ada pengganas). Kita tidak perlu melayan khabar angin yang tidak berasas,” katanya ketika sidang media di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Terdahulu, Hishammuddin turut mendengar taklimat diberikan Hamza mengenai situasi terkini di Lahad Datu.

Beliau berkata, apa yang penting adalah menyelesaikan isu berkenaan tanpa berlakunya pertumpahan darah atau kehilangan nyawa.
“Apa yang penting sekarang bukan isu politik, kaum dan ia tiada kaitan dengan pendirian kedaulatan. Tetapi dalam konteks kita, ini adalah sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita perlu mengendalikan dengan lebih bijak tanpa berlaku pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Saya tahu maklumat sebenar dan apa digembar-gemburkan di luar sana adalah sesuatu perkara yang tiada asas langsung.

“Saya juga mengesahkan dalam konteks kedudukan keselamatan dan hak Sabah serta rakyat di sini, kita tidak akan berkompromi. Justeru, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,” katanya.

Ketika ditanya kononnya mereka tidak mahu berundur dan mendakwa Sabah milik mereka hingga sanggup berperang syahid seperti dilaporkan dalam laman video Youtube, Hishammuddin berharap majoriti rakyat Sabah tidak terikut-ikut dengan perkara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013021903435220130219034352//Article/index_html#sthash.b1Ld0Ln0.dpuf

Tapi kini dah jadi penganas pula

Laporan bercanggah diterima antara Malaysia dan Filipina. Pemimpin Filipina beranggapan isu ini selesai selepas pasukan keselamatan Malaysia memasuki kawasan kepungan itu. Namun begitu, di pihak Malaysia pula, pihak tentera dan polis masih mengepung kawasan itu dengan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan itu dengan peralatan ketenteraan yang canggih. Sehingga kini 14 terbunuh termasuk dua anggota komando polis dan ramai cedera akibat pertempuran ini

Puak penceroboh yang didokong Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III pasti akan melihat 'tentera' mereka berada dalam keadaan 'teruk' sedangkan yang masih hidup khabarnya sempat bersalaman dengan pasukan keselamatan.

GERILA SEMUANYA

234 ORANG

mati 12 orang

kemana perginya yang lain

Mudahnya   puak penceroboh bolos kembali ke laut dan melarikan diri semula ke Filipina padahal  kesemua  armada polis marin, tentera laut dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mengawal ketat perairan negara.

Maka parajurit inilah yang terkorban melindungi kedaulatan tanah air tercinta.
Aku sayang negara aku!

“Ini sesuatu yang semua pihak perlu faham, turunkan ‘temperature’ (suhu), elak dipolemik, elak dipolitikkan isu ini, elak untuk takut-takutkan orang ramai kerana apa yang dinyatakan khususnya dalam laman sosial bukan situasi sebenar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013021903435220130219034352//Article/index_html#sthash.b1Ld0Ln0.dpuf

Berkata Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM

PERISTIWA LAHAD DATU

KUALA LUMPUR FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri./

Sultan of Sulu Jamalul Kiram III ..siapa dan apa motifnya menuntut Sabah?

Sultan of Sulu Jamalul Kiram III talks on a mobile phone to his brother Prince Agbimudin during a news conference in Alabang, Metro Manila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA

BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh