PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.
Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.
Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.
"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.
"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.
Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.
Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.
Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.
Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.
Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.
Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.
Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.
Analisis pretasi Gred Purata Mata Pelajaran Sains Kebangsaan adalah:
Tahun 2011 ( 2010) Calon: 484844 (481964) % A : 24.3 (26.3) % B : 39.2 (37.0) % C : 24.3 (25.3) % ABC: 87.8 (88.6) % D : 6.5 (5.7) % E : 5.5 (5.7) GPMP SAINS: 2.30 (2.27) GRED PURATA NASIONAL : 2.30 (2.31)
Bagaimana UPSR Sains negeri kita?
Tahun 2011 ( 2010) Calon: 34168 (35339) % A : 33.26 (31.53) % B : 39.77 (35.60) % C : 19.77 (23.26) % ABC: 92.80 (90.49) % D : 4.08 (4.92) % E : 3.12 (4.59) GPMP SAINS: ?.?? (?.??)
GRED PURATA NASIONAL : 2.30 (2.31) Pada tahun 2011 Gred Purata Negeri bagi Negeri Kelantan ialah 2.09 meningkat 0.13 dan merupakan negeri terbaik dalam GPN UPSR 2011 ( Rujuk: -Berita Harian 18 November 2011 Jumaat ms 11)
TAHNIAH SEMUA " JOM KITA TEKADKAN AZAM MELALUI USAHA GIGIH UNTUK MENYAINGI GPN TERSEBUT BUAT TAHUN 2012..Kita pecah rekod kita sendiri .TINGKATKAN NAFSU TENTU BOLEH DENGAN IZIN ALLAH SWT "
Terlalu sering berinteraksi dengan komputer bisa membuat pinggang terasa pegal, bahkan nyeri. Tak hanya itu, rutinitas ini juga punya dampak buruk terhadap leher dan bahu. Menurut ahli, dampak negatif ini muncul akibat postur tubuh Anda yang kurang baik ketika bekerja. Coba simak beberapa tips berikut agar Anda bisa menyelesaikan pekerjaan tanpa harus diganggu nyeri pinggang. Sebab, bila nyeri sudah mendera, mau tak mau pekerjaan juga akan terbengkalai, bukan?
1. Miliki kursi kerja yang berkualitas, nyaman, dan mudah disesuaikan. Posisikan kursi di dekat meja, lalu atur ketinggian kursi sehingga bagian siku, pinggul, dan lutut Anda menekuk 90 derajat selama bekerja. Lengan bawah sebaiknya paralel atau sedikit diturunkan ke arah alas meja. Kedua kaki menjejak mantap di lantai. Jika tidak sampai, gunakan kardus atau bangku kecil sebagai tumpuan.
2. Gunakan penahan dokumen yang diletakkan di samping layar komputer dengan jarak pandang yang sama dari mata sehingga Anda bisa bekerja lebih nyaman. Bekerja dengan dokumen yang diletakkan di alas meja akan membuat Anda sering membungkuk sehingga bisa membuat leher gampang pegal.
3. Batasi penggunaan komputer dan ambil jeda setiap 30 menit untuk melakukan peregangan di bagian leher, pergelangan tangan, serta bahu. Alihkan fokus pada titik yang jauh dari Anda, supaya mata bisa rileks sejenak. Bangkitlah dari tempat duduk dan berjalanlah sedikit.
4. Belajarlah mengetik sepuluh jari, sehingga Anda bisa mengetik dengan lancar tanpa harus berkali-kali membungkukkan badan ke depan keyboard untuk mencari-cari huruf yang ingin diketik. Ketahui juga beberapa shortcut komputer, sehingga Anda tidak harus setiap kali menggunakan mouse. Ini juga akan membuat kerja Anda lebih efisien dan cepat.
5. Jaga selalu kesehatan dengan sering berolahraga. Pertahankan kekuatan dan kelenturan tubuh dengan aktivitas seperti yoga dan Pilates. Kelola stres dengan baik di dunia kerja, serta seimbangkan dunia karier dan personal.
Sumber : Kompas.com
< Harap anda juga faham bahasa Melayu Indon ini ... saya bisa sekali kerana sering nonton movie indon di Astro >
UPSR sudah, PMR pun sudah, kini pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan Enam Atas mula menghadapi peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2011. SPM vermula pada 14 November 2011 manakala STPM bermula pada 21 November 2011.
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seramai 468,808 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di 3,533 buah pusat peperiksaan seluruh negara mulai hari ini hingga 14 Disember depan.
Di KELANTAN, seramai 36,333 calon SPM menduduki peperiksaan tersebut di 282 pusat bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut seramai 28,087 merupakan calon sekolah kerajaan, MRSM (650 calon), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (136 calon) dan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 4,935 calon.
Kepada semua calon didoakan memperolehi kejayaan cemerlang.
( Anaknada ke empat juga kini menduduki SPM di SMK Kota. Semoga ALLAH SWT mengizinkannya berjaya sebagaimana abang dan kakak-kakaknya yang juga belajar di sekolah kedua ayahndanya ini )
Hari ini diberi peluang dapat berada bersama dengan YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan di BTPN Kelantan untuk majlis penutup Khatam Al-quran Peringkat Negeri Kelantan. Berada selama hampir 3 jam bermula jam 12.00 tengah hari , sungguh sejuk hati ini dan hadirian yang lainnya kerana melihat anak-anak dibangku sekolah rendah dah khatam pengajian Al-qurannya.
Persembahan mereka yang mewakili daerah pelajaran negeri ini begitu mempesonakan. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab dalam pertandingan kuiz, coral speaking maupun dikir barat serta lain. Tanpa insiatif guru dalam menjayakan J-QAF, agak sukar perkara seumpama ini berlaku. Anak kecil dah pandai baca kitab.
Harapan tinggi kepada mereka penerus kepimpinan negara nusa ini agar dapat menghayati apa yang diajar dalam kitab ALLAH SWT ini agar dunia ini selamat sejahtera. Manusia yang beramanah dan berintergriti kerana taqwanya.
Tahniah kepada warga Sektor Pengurusan Islam, JPN yang menjayakan program pada hari ini yang dari pagi tadi hujan apabila musim tengkujuh menjenguk tiba.
Bertarikh 4 November 2011, Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 tahun 2011 di bawah tajuk Pelaksanaan dasar Memartabatkan bahasa malaysia Memperkukuh bahasa Inggeris atau ringkasnya MBMMBI. Dengan ini bermakna SPI Bil. 12/2011 ini MEMBATALKAN SPI Bil. 2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 yang dikeluarkan sebelum ini.
Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memmansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan diGANTIKAN dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBI)
Dasar MBMMBI in dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 di mana dalam proses peralihan ini, sekolah BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris DAN?ATAU bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.Ini bertujuan membanytu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
pada prinsipnya, surat pekeliling ini masih mengekalkan keputusan dasar yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009, iaiitu mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsan.Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sesebuah sekolah.
Perincian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains da matematik di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti berikut:
SEKOLAH KEBANGSAAN(SK)
Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2) Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 ) Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 ) Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 ) Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2016 dan seterusnya Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BM SEPENUHNYA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2) Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 ) Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 ) Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 ) Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2016 dan seterusnya Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BC SEPENUHNYA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)
Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2) Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 ) Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 ) Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 ) Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2016 dan seterusnya Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BT SEPENUHNYA
SEKOLAH MENENGAH
Tahun 2012 HINGGA Tahun 2016 Tingkatan Satu hingga Tingkan Lima menggunakan BM sepenunhnya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI
Tahun 2017 Tingatan Satu menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2018 Tingatan Satu dan Tingkatan Dua menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2019 Tingatan Satu hingga Tingkatan Tiga menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2020 Tingatan Satu hingga Tingkatan Empat menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2021 Tingatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM SEPENUHNYA
Walau bagaimanapun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik bagi Tingakatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam BI.
PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AWAM (bagi mata pelajaran sains dan matematik)
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) Sehingga tahun 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) mengguNakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI sehingga tahun 2015
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) mengguNakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI sehingga tahun 2015
SEKOLAH JENIS KEBNAGSAAN TAMIL (SJKT) mengguNakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI sehingga tahun 2015
Pada tahun 2016 SK menggunakan BM SEPENUHNYA SJKC menggunakan BC SEPENUHNYA SJKT menggunakan BT SEPENUHNYA
PENILAIN MENENGAH RENDAH (PMR) BM SEPENUNHNYA atau BI sepenuhnya dan dalam dwibahawa BM dan BI sehingga tahun 2018 Pada tahun 2019 BM digunakan SEPENUHNYA
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2014
SIJIL PELAJARAB MALAYSIA (SPM) BM SEPENUNHNYA atau BI sepenuhnya dan dalam dwibahawa BM dan BI sehingga tahun 2020 Pada tahun 2021 BM digunakan SEPENUHNYA
Harap kita semua rakan pendidik semakin jelas mengenai perubahan dasar ini.
Telah dimaklumkan di Parlimen bahawa guru akan diberi tugas secara rasmi untuk 9 jam sehari mulai tahun 2012. Cadangan ini akan dirintiskan di empat buah negeri dengan melibatkan hampir 140 buah dan 5000 guru.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.
Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.
"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.
TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN MUHAMMAD KE-V DI MAJLIS SINGGAHSANA
PADA 12 NOVEMBER 2011M BERSAMAAN 16 ZULHIJJAH 1432H
DI ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU, KELANTAN
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahir rahmanir rahim.
Sesungguhnya segala pujian, sanjungan dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah SWT, Tuhan pentadbir seluruh alam, memiliki tampuk kekuasaan yang mutlak yang mengurniakan sedikit kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan akan menarik balik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia kehendakinya dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendakinya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, utusan Allah yang menjadi pemimpin agung ditampilkan bagi meratakan rahmat agama Islam ke seluruh alam.
Dipohonkan semoga rahmat dan kesejahteraan terus mengalir kepada setiap keluarga Baginda dan para sahabatnya dan para pengikutnya hingga ke akhir zaman.
Alhamdulillah, beta merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat dan kurnia-Nya beta sentiasa berada di dalam kandungan sihat wal’afiat dan sejahtera.
Beta dengan sukacitanya ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerabat-kerabat diraja, menteri besar yang telah mewakili pihak kerajaan negeri dan rakyat jelata sekalian di atas persembahan ucapan tahniah dan ikrar taat setia sebentar tadi.
Sesungguhnya sembah ucapan dan ikrar taat setia yang dipersembahkan kepada beta sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan beta adalah suatu pernyataan jujur sebagai menjunjung institusi raja berperlembagaan dan sebagai simbolik kepada hubungan yang erat dan mendalam di antara institusi beraja dan rakyat jelata yang sentiasa kasih-mengasihi yang diwarisi turun temurun oleh rakyat beta.
Beta mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat jelata yang telah menumpahkan taat setia, menunjukkan kasih sayang ke hadapan beta.
Beta dengan hati yang gembira dan sukacita mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran para tetamu beta dari dalam dan luar negara. Beta mendapat maklum bahawa tetamu-tetamu beta telah memberi komitmen yang tinggi semata-mata untuk sama-sama memeriah dan menyerigemilangkan lagi sambutan ulang tahun hari keputeraan beta yang julung kali diadakan pada tahun ini. Beta berharap semua tetamu beta berada di dalam keselesaan sepanjang berada di sini dan semoga selamat nanti dalam perjalanan kembali ke destinasi masing-masing.
Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat hidup dalam iklim negeri Kelantan yang mendapat nama jolokan “Serambi Mekah” yang rakyatnya sejak sekian lama mewujudkan jalinan perhubungan yang erat dan mesra antara institusi beraja dengan rakyat jelata.
Meskipun demikian, beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, berhati-hati, peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat yang cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah “kontrak sosial” yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.
Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara.
Sebagaimana kita sedia maklum, dunia terus mengalami perubahan iklim tidak menentu yang mengakibatkan pemanasan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan. Kesan yang paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan. Pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia. Krisis hutang negara-negara di Eropah menimbulkan risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan dunia dan pemulihan ekonomi di negara maju terus perlahan dan lembab. Inflasi juga semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara.
Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini. Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik. Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Beta berharap agar sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan yang lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari. Aktiviti pertanian juga perlu meneroka pendekatan yang terkini seperti pertanian agronomik. Pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlulah dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Tanah-tanah terbiar juga perlulah dimajukan dengan medan guna tanah yang terkini.
Menyentuh mengenai pelaburan masuk ke negeri Kelantan, beta mendapat maklum bahawa beberapa projek besar sedang dalam perancangan dan pelaksanaan yang akan mengubah landskap ekonomi negeri Kelantan seperti projek “supply base” di Tok Bali, pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu, projek pembinaan saluran paip petroleum dari Perak ke Kelantan, pelabuhan darat dan pembangunan bersepadu di Kuala Krai.
Sektor pembinaan dan pelaburan di negeri Kelantan dijangka akan mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti projek pembangunan dan pengindahan sungai di jajahan Kota Bharu dan jajahan Tumpat, projek jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan (central spine road) dan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.
Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini.
Suka beta menarik perhatian bahawa dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan perlulah diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara.
Sehubungan dengan itu, beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar. Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil.
Di kesempatan ini, beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan beta, kerabat-kerabat diraja, menteri besar, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, orang-orang besar negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, para alim ulama, pasukan polis dan tentera, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun negeri dan persekutuan, pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli pertubuhan kebajikan dan sukarelawan serta seluruh rakyat jelata negeri ini yang beta kasihi yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada beta.
Sebagai mengakhiri titah ucapan beta ini, marilah kita sama-sama memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga kita semua sentiasa mendapat pertolongan dan berada di dalam pemeliharaan serta barakah Allah yang berterusan. Semoga negara dan negeri ini berada di dalam kemakmuran, dilindungi dari apa jua bentuk bala bencana, huru-hara dan perkara-perkara yang tidak diingini.
Amin ya rabbal ‘alamin
Wabillahi taufik wal hidayah
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
ANTARA PENERIMA
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain mendahului senarai 613 penerima darjah kebesaran, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-42 yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.
Sambutan Hari Keputeraan tersebut pertama kali diadakan selepas Sultan Muhammad dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra pada 13 September tahun lalu.
Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi 1) (SPMK) membawa gelaran Datuk kepada Zulkifeli.
Bendahari Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan, Datuk Dr. Abdullah Sepien pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili 1 (SJMK) yang turut membawa gelaran Datuk.
Turut dianugerahkan SJMK ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Pengerusi Syarikat Sen Media, Sekh Mohd. Ruzi @ Adnan Sekh Ahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuwait Finance House, Jamelah Jamaluddin dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi II) (DPMK).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood; Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Sekolah Perniagaan Pascasiswazah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM), Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; dua peguam, Profesor Azmi Mohd. Ali dan Sulaiman Abdullah; pesara, Nik Mustapha Nik Mahmood serta Datuk Saharudin Samsudin pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II) (DJMK).
Pengarah Infantri Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah merupakan dua tokoh yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi II) (DPKK).
Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II)(DPSK) pula dianugerahkan kepada sembilan penerima iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Che Mohd. Hashim Abdullah; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP), Makhtar Mustapha.
Penerima lain, Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Nik Rahmat Nik Taib.
Turut dianugerahkan DPSK ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Wan Mustapha Wan Ab. Hamid dan Pakar Perunding Kanan Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Dr. Zurkurnai Yusof.
Penerima DPSK lain ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. Kesemua penerima di atas menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.
Sementara itu, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda yang juga Pengerusi Purnama, merupakan antara enam penerima yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili III) (JMK).
Pegawai Pemerintah 91 Depot Pusat Ordinan Diraja Kem Batu Kentonmen, Kolonel Azlan Othman dan Pegawai Staf 2 Pendidikan Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Ku Mohd. Ali Ku Sulong pula menerima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi III) (PKK).
Selain itu, 42 orang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi III), Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi IV) (57), m
Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi V) (70).
Seramai 42 penerima pula dianugerahkan Bintang Seri Mahkota Kelantan, Bintang Seri Kelantan (63), Bintang Ahli Kelantan (55), Pingat Bakti (57), Pingat Setia Mahkota Kelantan (69), Pingat Taat (59), Pingat Perangai Baik (52), Surat Kepujian (tiga) dan Jaksa Pendamai (11). Bernama
< Alhamdullilah dapat bersama hadir dalam majlis ini untuk Al-Ibrahimi V >
The Star Online
Published: Saturday November 12, 2011 MYT 11:23:00 AM
Armed Forces chief leads Kelantan honours list
KOTA BARU: Armed Forces chief Gen Tan Sri Zulkifli Mohd Zin
heads the list of 613 recipients of state honours in conjunction with
the 42nd birthday of Sultan of Kelantan Sultan Muhammad V.
Zulkifli receives the Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia
(Al-Muhammadi I) (SPMK) award that carries the title "Datuk".
Twenty-four others will be bestowed the Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka)
award which also carries the title "Datuk" at an investiture at Istana
Balai Besar here on Saturday.
Among them are Majlis Orang-Orang Besar Di Raja Kelantan treasurer Datuk Dr Abdullah Sepien and Deputy Inspector-General of Police Datuk Sri Khalid Abu Bakar, who are conferred with the Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK) award. KELANTAN STATE AWARDS HONOURS LIST 2011.
AHLI YANG PERTAMA (SERI PADUKA BAGI DARJAH KEBESARAN MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA) AL-MUHAMMADI I (S.P.M.K) General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain
AHLI YANG PERTAMA (SERI PADUKA BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELNTAN YANG AMAT MULIA) AL-ISMAILI I (S.J.M.K) Datuk Dr. Abdullah Sepien
AHLI YANG KEHORMAT YANG PERTAMA (SERI PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN
JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI I) (S.J.M.K) Datuk Seri Khalid Abu Bakar
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGII DARJAH KEBESARAN MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-MUHAMMADI II) (D.P.M.K) Datuk Seri Mohamed Apandi Ali Sekh Mohd Ruzi@Adnan Sekh Ahamad
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN
MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-MUHAMMADI II) (D.P.M.K) Jamelah
Jamaluddin
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI II) (D.J.M.K) Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feisal,Abdul Fatah Mahmood, Assoc Prof Azmi Mohd Ali and Nik Mustapha Nik Mahmood
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA
MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI II) (D.J.M.K) Datuk Saharudin Samsuddin, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz and Sulaiman Abdullah
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN KESATERIA MAHKOTA
KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI II) (D.P.K.K) Brig Gen Datuk Mohamad Khir Abdullah
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN
KESATERIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI II) (D.P.K.K)
Brig Gen Datuk Mohamad Zaki Hamzah
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI II) (D.P.S.K) Datuk Che Mohd Hashim Abdullah, Makhtar Mustapha,Assoc. Prof Dr Mohammad Agus Yusoff, Nik Rahmat Nik ,Datuk Othman Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid and Prof Dr Zurkurnai Yusof
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN
SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI II) (D.P.S.K.)
SAC Datuk Mazlan Lazim, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin
AHLI YANG KETIGA (TAULAN) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN
YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI III) (J.M.K) Bukhari Che Muda, Ramli Abu
Bakar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, Siti Zailah Mohd Mohd Yusoff and Datin Dr Suriani .
AHLI YANG KEHORMAT YANG KETIGA (TAULAN) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI III) (J.M.K.) Dr P. Balakrishna
AHLI YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN KESATERIA MAHKOTA
KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI III) (P.K.K) Col Azlan Othman
AHLI YANG KEHORMAT YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN KESATERIA
MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI III) (P.K.K.) Left Col
Ku Mohd Ali Ku Sulong
AHLI YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH
KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI III)
(P.S.K) Abdul Ghani Che Kasim, Abdul Manan Mohamed, Abdul Rahim Mohamad,
Abu Bakar Mohd Yusof, Aziz Mat Hassan, Che Hamad Che Muda, ACP Kamarul
Zaman Mamat, Maliha Ghazali, Mat Jusoh Husin, Md Yunos Yaacob,
Mohamad Noordin Awang, Mohamed Ziyadi Zakaria, Mohd Ashri Muda, Mohd
Idris Mamat, Mohd Noor Yusoff, Mohd Sabri Abdullah, Assoc Prof.Mohd
Shukri Omar, Superintendant Muhamad Zaki Harun, Nazran Muhammad, Prof Dr. Nik Mohamed Zaki Nik Mahmood, Norazman Abd Ghani, Norazmi Berahim, Ong Guan Sai, Roslan Mohd Yasin, Rosnazali Amin, Assoc Prof Dr. Saedah Ali, Sukeri Hassan, Assoc Prof Dr. Shamsul Kamlrujan Hassan, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, Wan Hamzah Wan Daud, Left Col Yusoff Omar and Zamri Ismail.
AHLI YANG KEHORMAT YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA
MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI III) (P.S.K) Prof Dr Ahmad Sukari Halim, ACP Azhar Hamzah, Assoc.Prof.Dr Habsah Hassan, ACP Haliludin Rahim, Khairudin Abdul Ghani, Md Noor Chik, ACP Mohd Kamal Mohd Yasin, Dr. Mohd Nikman Ahmad, Ir. Syed Abdul Rahman Syed Abdullah and ACP Zainul Abidin Hassan.
AHLI YANG KEEMPAT (BENTARA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA
KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI IV) (B.S.K) Left Col Abd Razak
Ibrahim, Ab Aziz Abdullah, Che Ahmed Che Mahmood, Ir. Che Hassin Che
Mud, Dr. Hasbullah Ab Rahman, Hashim Mohd Zain, Hasnan Ramli, Idris Omar, Kahadi Hassan, Mahazan Mat Taib, Mat Noor Mohamad, Md Sanusi Ismail,
Assoc. Prof. Mohamad Safri Ya, Mohd Gazali Abas, Mohd Hasali Daud,
Commander Mohd Izzudin Ahmad, Mohd Nasir Ja'affar, Mohd Rais Mohd
Ariffin, Mohd Salleh Mat Jusoh, Left Col Mohd Yusoff Nor, Mohd Zamri
Ibrahim, Nik Ab
Rashid Nik Mohamad, DSP Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir, Noorlalilawati
Mamat, Major Nor Azimi Idris, Nor Salwati Muhammad, Ramly Yusoff, Datin Rosaini Muhamad, Commander Saharudin Kuthar, Shahrin Abdullah, Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin, Tengku Kamarudin Tengku Alias,
Wan Azzlan Wan Ismail, Assoc Prof. Wan Fauzi Wan Mamat, Wan Mohd
Sulaiman Wan Ismail, Wan Muhammad Husni Abdullah, Zainuddin Abdullah,
Dr. Zakaria @ Mahmod Daud, Zakaria Ismail and Major Zamzuri Harun.
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEEMPAT (BENTARA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA
MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI IV) (B.S.K) Abdul
Wahabi Abdullah, Alias Adam, Superintendant Hamzah Alias, Left Col Izham
Darus, Left Col Kasiran Rejo, Mariani Yaacob, Mohamad Mahmud, Superintendant Mohd Raus Ab.
Wahab, Left Col Norazman Ismail, Norita Abdul Hamid @ Jusoh,
Superintendant Ooi Kee Lin, Left Col Ramli Idris, Superintendant Rooslan
Radzi, Superintendant Rushdi Mohd Isa, Shamsul Abu Bakar,
Superintendant Zainol Samah and Zazuli Johan.
AHLI YANG KELIMA
(AHLI) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG
(AL-IBRAHIMI V) (A.S.K) Ab. Halim Che Hassan, Ahmad Termizi Musa, Ahmar
Salleh, Azizan Mohamed, Azman Mohd Daham, Azmi Awang, Che Abdullah Mohd,
Che Gayah Jaafar, ASP Che Rahim Che Pa, Hishamuddin Hussein, Ismail Che
Hassan, Major Ismar Ismail, Ismail Ibrahim, Mahiran Mohd Noor
(Deceased), Mahzan Che Mohamed, DSP Makhetar Yaacob, Dr. Mat Asuar Awang, Mohamad Abd Wahab, Mohamad Mahamood, Mohamad Kamal Mohamed Amin, Mohamed Zain Abdul Rahman, Md Yani Mat Zin,
Mohd Hafiz Daud, Mohd Yajid Yusoff, Mohd Yusoff Daud, Muhamad Nasir Che
Hassan, Major Muhammad Tajuki Jusoh, Muhammad Zahari Othman, Muhammad
Zuki Muhamad Zain, Mustaffar Bakri Said, Nik Mahmud Nik Jaffar, Nik
Mohamed Yusoff Affendi Jaafar, Norhasney Ridhwan Hassan, Rohani Kadir,
Rosnah Wan Ibrahim, Siti Meriam Mohmed, Tarmizi Said, Deputy
Superintendant Sheik Azhar Sheik Omar, ASP Shukeria Makhtar, Tengku Sharifuddin Tengku Shah Buddin, Tengku Zamri Raja Zainal Abidin, Wan Marina Wan Sulaiman, Wan Mohamed Zuri Wan Abdullah, Yahaya Mamat, Zainal Abidin Othman and Zawawi Mohamed.
AHLI YANG KEHORMAT YANG KELIMA (AHLI) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA
MHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI V) (A.S.K) ASP Ahmad
Arifin, Major Ahmad Shukri Idris, Chief Insp. Ahmad Tuah Sabran, ASP
Andrew Gani Jimmy, DSP Dimin Awang, DSP Hamzah hashim, Major Hanasrul
Imran Ghazali,Major Harizal Hashim, Major Jamaluddin Ahamad Tajudin, ASP
Mazuki Mat, Major Mohamad Azrin Hashim, Major Mohamad Tarmizi Waropis,
Mohd Aizuddin Datuk Mohd Ghazali,
Major Mohd Anuar Ahmad, Mohd Tarmizi Abd Talib, ASP Noom Achoom,
Raudzah Mohamed Ariffin, Rohimi Harun, Major Rosley Mohamad Ibrahim,
Shahrin Abdullah, Capt. Tajul Hisyam Mamat, DSP Tan Cheng Seng, Wan
Abdul Razak Wan Hussin and Wan Nurshima Wan Jusoh.
BINTANG SERI
MAHKOTA KELANTAN (S.M.K) Ab. Lah Husain, Major Abd Razak Abd Wahid,
Chief Insp. Abdul Ruslan Azizan, Azemi Mohammad, Major Azlan Abdul Aziz,
Azman Ibrahim, Chief Insp. Azman Omar, Sub Insp. Che Mohamad Hassan Che
Ahmad, Chua Chin Hui, Chief Insp. Ediansha Endal, Capt. Goeffery Anak
Ambau, Capt. Hassim Md Zain, Capt. Hishamudin Md Tahir, Izani Wan Ishak,
Khalid Yaakob, Insp. Kolanthaivelu Raman, Mansur Hussain, Capt.
Marlinawati Mahmood, Capt. Mohamad Khairulnizan Mohamad Kasim, Mohd Din Ab
Manaf, Warrant Officer II Mohd Mahadi Mat, Chief Insp. Mohd Yazid
Yahya, Mohd Zahari Yaacob, Capt. Naz Wardi Birkamsin, Capt. Nor Hasyim
Abd. Ghani, Norizan Ismail, Chief Insp. Ramli Kurus, Roslan Mohamed,
Rosli Osman, Major Rozman Wahab, Capt. Salehan Mohamed, Chief Insp.
Salman Awang, Satiananthan R.Bhaskran, Shaikh Fadillah Shaikh Harun,
Shamun Daud, Insp. Suriawati Shukri, Tuan Mohd Zeinal Annual Tuan Noor, Wan Md. Aizan Wan Omar, Yahya Junoh, Warrant Officer I Yusoff Mat Ali, Zakaria Abd Rahman and Capt. Zulkiple Hashim.
BINTANG SERI KELANTAN (S.K) Sub Insp. Ab Latif Deraman, Abd. Malik
Abdul Rahman, Sargeant Major Ahmad Rashid Mohamad, Amir Hamzah Idris,
Warrant Officer I Annuar Zakaria, Aslina Ali, Azihan Ab.
Rashid, Sargeant Major Aziz Yaakub, Azizah Mat, Warrant Officer I Azli
Harun, Bibi Hazainab Haron, Che Ahzaniah Darus, Che Rosli Che Salleh,
Esah Harun, Staff Sargeant Faizul Azlan Mohd Noor, Hafdziah Adnan,
Warrant Officer I Hasri Sibun, Flight Sargeant Hazrina Nur Ahmad Hamdan,
Sargeant Ismail Bakar, Sargeant Jafri Alias @ Sulong, Kalthum Yusof,
Staff Sargeant Kamarulzaman Razali, Kamarul Zaman Yusoff, Flight
Sargeant Khahar Abd Rahman, Mad Sani Bakar, Staff Sargeant Mahisan
Hamat, Datin Maimunah Mat @ Ahmad, Marizan Zakaria, Flight Sargeant Masrom Ahmad, Sargeant Md Nor Suradi,
Sargeant Major Md. Rashid Ahmad, Sub Insp. Megat Rosli Megat Abdullah,
Mohamad Ismail, Air Sargeant Mohamad Mohd Wazir, Flight Sargeant Mohamad
Hazman Harnam Abdullah, Sargeant Major Mohamad Sabirin Saban, Sub Insp.
Mohamed Ripin, Sargeant Major Mohd Adnan Mat, Warrant Officerr I Mohd
Azhar Mohd Zain, Warrant Officer I Mohd Fadzilah Yeop, Air Corporal Mohd
Faizul Ali, Sargeant Major Mohd Razali Ibrahim, Warrant Officer I Mohd
Shahrin Abdul Rahman, Sargeant Muhammad Zamzuri Hassan, Warrant Officer I
Muhamad Zanri Abdullah, Warrant Officer I Musa Haron, Ng Kam Mey,
Norani Mohamed Nor, Rahimah Mustafa, Raja Ibrahim Raja Mamat, Warrant
Officer II Razali Morat, Datin Ros Aini Ghazali,
Rosli Ibrahim, Rosli Mamat, Rusnaliza Mohd Noor, Salleh Daud, Warrant
Officer I Shuhardi Md Salleh, Wan Muhd Shukeri Ismail, Sub Insp. Wan
Romli Wan Ismail, Sargeant Major Yusoff Hassan, Zakaria Ismail and
Zuarini Mohamed.
BINTANG AHLI KELANTAN (A.K) Sargeant A. Aziz Husin, Sargeant Ab
Aziz Che Wil, Abdul Razak Arshad, Ab. Shatar Muhamad, Adi Shahar Mohd
Radzi,Ahmad Shukari Ramli, Sargeant Asli Mat Dris, Azlina Ahmad, Beh Kim
Hua, Bidah Abdullah, Che Rozan Ismail, Che Soh Che Ahmad, Diana Muhamad
Syafie, Datin Fauziah Majid, Sargeant Ibrahim Seman, Sargeant Johar Ishak, Kamaruddin Che Kob, Datin Kertini Musa, Datin Mahaizan Mohd Noor,
Mat Junuh Seman, Merayam Mohamad, Sargeant Mohamad Ozir Ramli, Sargeant
Mohd Azmi Daud, Sargeant Mohd Awang, Mohd Nazeli Osman, Mohd Termizi
Mat Yusoff, Mohmed @ Mohamed Zahari Omar, Muhamad Hassan, Muhamad Zainuldin Ab Murad, Sub Insp. Muhammad Nor Bongsu, Nik Hasmah Nik Hassan, Nora'shikin Md Tap, Datin Pauziah Hani Yasok,
Rosemi Jusoh, Rosidah Mohamed, Sargeant Roslis Ayub, Rosmawati Haron,
Rosnani Zain, Rusli Abdul Rahman, Sahul Hameed Muhamed Sultan, Sanusi
Awang, Shafie Ali, Siyah Sapiin, Tuan Mohamad Zaki Tuan Yahya, Tuan Yam Tuan Mat, Wan Azhari Hassan, Datin Wan Norziah Wan Othman,
Wong How Meow, Yang Kiam Kui, Zakaria Daud, Zalida Mamat, Coperal
Zawawi Musa, Zulkifeli Abdullah and Sargeant Zulkifli Senu @ Abdullah.
PINGAT BAKTI (P.B) A'bidah Hanim Mustaffa, Ab Halim Ag. Ngah, Sargeant
Major Ahmad Fauzi Idris, Ahmad Jennah Mohd Yusoff, Azizon Yussof,
Coperal Alias Muhamad Zain, Ayub Musa, Bibi Ahshiati Abd. Rahman, Dunya
Saad, Eshah Abdullah, Faridah Lasim, Coperal Fazmi Abdullah, Coperal
Ibrahim Jusoh Coperal Jamaludin Md Isa, Jahariah Mustapa, Jumadi Ghani,
Kamariah Isa, Kamarulzaman Ismail Coperal Maliki Ali, Det. Corperal Md Sharif Md Sulong,
Meriam Mohd Zin, Mohamad Abd. Rahman, Mohamad Ismail, Mohamed Shariff
Ibrahim, Lance Coperal Mohd Fauzan Abd Ghani, Coperal Mohd Jauah Talib,
Sargeant Mohd Nazri Md Ali, Mohd Taufiek Mahmud, Mohd Zakri Ahmad,
Mokhtar Yaacob, Muhamad Shazale Zainal Abidin, Coperal Muhammad Mat
Seman, Muhammad Nazri Mohamed Noor, Na'im Ab. Rahman, Nik Aidil Marina Datuk Nik Sapeia,
Nor A'Sikin Hamzah,Omar Mamat, Rakiah Ali, Rippin Musa, Sargeant Major
Rumzi Abd Rahman, Sargeant Salleh Kasehan, Salma Zakaria, Supian Che
Muda, Tengku Marzli Tengku Ibrahim,
Wan Ismail Wan Isa, Wan Meriam Hussin, Wan Noriah Wan Ahmad, Wan Zaliha
Wan Isa, Coperal Wee Guan Hoe, Zahari Yaacob, Zainuddin Awang,
Zainuddin Yusoff, Zakaria Deraman, Coperal Zanala' Abidin Sohor,
Zubaidah Mohamad, Coperal Zubairi Abu Mutalib and Coperal Zulkifli Ahmad
Ismail.
PINGAT SETIA (P.S) Ab Hamid Deraman, Ab. Kadir Che Ya, Ab Razab Seman, Konst Ab.
Razak Ali, Adanan Ibrahim, Coperal Asri Daud, Lance Coperal Azman
Ismail, Che Alias Teh, Che Anin Hayati Che Seman, Coperal Che Musa Nik
Mat, Che Nazmah Yunus, Che Romah @ Rahmah Yaacob, Hamidah Yusof, Hassan
Hussin, Hong Teng Hai, Lance Coperal Kaharul Nizam Md Khalil, Mainain
Abdullah, Mat Deris, Lance Coperal Mat Najib Mohamed, Maznah Yaacob, Md.
Azmili Amir Omar @ Aziz, Mohmad Che Ahmad, Mohamad Mustafa, Lance
Coperal Mohamad Maznan Ismail, Mohamed Asri Ismail, Mohd Badhri Mohd
Radzi, Mohd Ibrahim, Mohd Daudsu Jamaludin, Konst Mohd Hafizi Azlim
Anin, Mohd Rizal Fahmi Ab
Rosid, Warrant Officer II Mohd Roszaki Ismail, Mohd Sukri Che Ya,
Mohmed Sepri Abas, Mustapha Abas, Nik A'Ainy Nik Daud, Lance Coperal Nik
Mohd Fairuz Nik Zawawi, Nik Noorma Nik Daud, Warrant Officer II Nila
Anak Pau, Noor Aini Makhtar, Norshahrul Idlan Talaha, Const.Nurshafiz
Ezanie Ahmad Sabri,Othman Mohd Nor, Rahidah Khaidir, Razmi Ismail,
Rohani Hussain Rokiah Yusof, Roslina Mohd Daud, Roslinda Che Yusoff, Rosmanisah Ab. Rahim, Lance Corp. Rosnaliza Rosden! Rusilawati Kartini Deris, Rusli Zakaria, Saidah Said, Samsuperman Che Salleh, Wan Sapian Wan Ab. Rahman, Lans Corp Shaifuddin Mohamad, Shamsuddin Abdullah, Siti Aminah Daud, Siti Zahara Yaacob, Tan Bee Chit, Tengku Aziz Tengku Yacob,
Wan Azizah Wan Mahmod, Wan Hasnah Wan Ismail, Wan Khamisah Wan Abdul
Majid, Wan Mohd Nasir Wan Ahmad, Wan Tajaluddin Wan Jaafar, Sargeant
Yamamoto Mojd Yusof, Zaharuddin Mamat, Zakaria Dollah and. Zulkifli
Ibrahim.
PINGAT TAAT. Ab Aziz Yaacob, Lans Corp.
Abdul Manaf Mat Ali, Abdullah Junoh, Lans Corp.Abu Samah Shaffi, Lans
Corp. Ahmad Rosmin Mustaffa, Aithom Hamzah, Const. Aqmal Abidin, Ariffin
Mohamed, Baharuddin Yusof, Che Ghazali Che Soh, Che Mansor Zakaria,
Chua Bee Eng, Chua Beng Kee, Lans Corp. Hairunnizam Jamingin, Hamid Abd.
kafir, Holid Mamat, Hussain Yaacob, Ibrahim Konok, Jamilah Mat Yaakob,
Lans Corp. Johan Ariffin John Abdullah, S.Kanakambikai, Mat Rani Ayub,
Maznah Taib, Md Shafie Mustafa,
Melah Mohamad, Mohamad Dulaiman, Mohamad Saudi Hamzah, Mohammad Faredi
Nawawi, Konst. Mohd Amir Sarahan, Lans Corp. Mohd Fazli Isa Lans Corp.
Mohd Nasrullah Yamin @Min, Lans Corp Mod ridzuan Hamzah, Mohd Rosdi
Ibrahim, Mohd Saripudin Ismail, Muhammad Che Hamid, Konst.Muhammad Adi
Saharuddin, Lans Corp. Muzamer Shah Adzhar, Napesah Ismail, Nik Morni
Che Mohamed, Noor Hayati Hanafi, Nordin Mat Nor, Phung Theam Hock,
Rapiah Husin, Mohd Rawaimun Omar, Razali Ab. Rahman, Rohani Yaacob, Rosliza Hassan, Shaifuddin Yunus, Lans Corp. Syamsul Selamat, Syerli Mazira Ayok, Lans Corp. Tuan Mohd Khairo Tuan Ismail, Wan Barizan Wan Yusoff, Konst. Ean Mohd Mustapha Wan Ariffin, Wan Yusuf@Wan Ab Ghani Wan Ahmad, Wan Zuraidah W.Yusof, Zahari Seman, Zainurin Junoh and Zuraida Hassan.
PINGAT PERANGAI BAIK Abd Rahim Jusoh, Ab Razak Ibrahim, Abd. Rahman Musa, Abdullah Jusoh, Ahmad Puad Esa, Alias Ibrahim, Arifin Ab
Rahman, Awang Su Mat Sa, Azman Mat Ripin, Azmi Imam Ismail, Che Mat
Awang Tok, Che Soh Mohamed, Che Wan Ngah Che Wan Mamat, Fakrudin Hashim,
Hadzimi Che Ali, Hassan Abu Bakar, Hussin Abdullah, Ibrahim Vhe Dolah,
Ibrahim Ismail, Johar Muhamad, Kamaru Zaman Awang, Kamaruddin Mohd Nor
Mamat Adam, Mat Lazain Abdul Ghani, Mat Ruzi Jusoh, Md Yusoff Ismail, Md Zainuddin Zainal,
Mohamed Noor Zakaria, Mohamed Dhah Che Ibrahim, Mohd Noor Namat, Mohd
Rizal Hamzah, Mohd Yuni Mamat, Mohd Xamani Mahamad@ Mohd Alwi, Mohd
Zulkifli Ismail, Mukhtar Yusoff, Nik Mohd Taufeq Ab.Ghani
@ Nik Abdul Rahim, Rahim Abdul Wahab, Rasdi Mamat, Rohim Mohamed,
Roslan Mohd Yusoff, Rusmini Mamat, Shaari Hassan, Dulaiman Mat, Tuan Abdullah Tuan Losim, Wan Ahmad Zaki Wan Muhammad, Wan Hassan Nik Ab Majid, Wan Shafie Wan Daud, Yusof Awang, Yusoff Hassan, Zakaria Mohd Nor, Zulkefli Mat Noor and Zulkifli Mohd Zin.
RECOMMENDATION LETTERS Abdul Manaf Zakaria, Mohd Ghazali Jusoh, Mohd Husin Che Yusof.
JUSTICE OF PEACE Datuk Kamaruzaman Che Mat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, Datuk Dr Noordin Ab Razak, Siti Esah @ Siti Aishah Mahmood, Tan Ah Chio, Tan Yiew Tiong, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor, Wan Rosdi Wan Yusoff, Yeo Boon Leong and Dr Yuslan Yusoff.
==========================================================================
Ketibaan Tuanku Disambut Oleh YAB Menteri Besar Kelantan
KOTA BHARU, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini sebentar tadi.
Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan.
Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti.
Lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum hadir di Padang Merdeka Kota Bharu untuk menyaksikan majlis istiadat meletak kerja dan perbarisan sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-42 yang disambut hari ini.
Mereka hadir sejak awal pagi dengan membawa anggota keluarga masing-masing untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan itu yang pertama kali buat baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September tahun lepas.
Majlis perbarisan kehormat itu yang diketuai Satu Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula tepat pukul 8.40 pagi ini sebaik sahaja ketibaan baginda bersama rombongan kerabat Istana Kelantan.
Baginda yang segak berbaju Melayu songket berwarna krim kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memeriksa kawalan perbarisan. Sempena hari keputeraan baginda esok, Sultan Muhammad V akan menyampaikan pingat dan darjah kebesaran kepada penerimanya di Istana Balai Besar di Kota Bharu.
Hari ini dan esok adalah cuti umum sempena hari keputeraan baginda.
Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011.
Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini.
" ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR"
< Turut hadir sama di majlis ini bertanggalkan tarikh 11-11-11 dan esok 12-11-11, semalam 10-11-11 juga hadir belah petang di Istana Balai Besar Kota Bharu"
Telah berkata Hatim bin A'sam: Sesiapa yang istiqamah dalam empat perkara maka ia akan mendapat keredhaan Allah swt:
1- Yakin hanya kepada Allah swt yakni memberi rezeki,memberi kemudharatan dan segalanya dari Allah swt. Selain daripada Allah swt tidak akan dapat memberikan manfaat dan kemudharatan tanpa izin Allah swt.
2. Bertawakal kepada Allah swt semata-mata.Yakni menyerahkan segala urusannya kepada Allah swt setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan telah melakukan yang terbaik, maka yang selebihnya diserahkan kepada Allah swt.
3. Ikhlas hanya kepada Allah swt. Melakukan sesuatu ibadah atau pekerjaan hanya untuk mendapat balasan Allah swt tanpa ingin mendapat pujian dan balasan daripada makhluk Allah yang lain.
4. Mememahami dan mengenali Qada' dan Qadar Allah swt. Yakin menyakini bahawa segala yang berlaku adalah atas perancangan dan kehendak Allah swt dan kita sebagai hambanya mampu berusaha sahaja.
KUALA LUMPUR – Bagi anak-anak yang lahir di zaman millenium ini, mungkin mereka tidak pernah mendengar nama Muhammad Ali,Joe Frazier dan lainnya sebagai peninju lagenda yang pernah berjaya menarik berbilion manusia di seluruh dunia untuk bertumpu kepadanya selama beberapa jam.
Bagi penggemar sukan tinju, nama Joe Frazier atau nama timangannya, “Smokin’ Joe”, begitu hebat dipuja sebaris dengan lagenda tinju nombor satu dunia, Muhammad Ali, yang menjadi seteru utamanya di gelanggang pertandingan tinju kategori heavyweight dunia selama hampir dua dekad.
Pertarungannya sebanyak tiga kali dengan Muhammad Ali ‘memaksa’ seluruh dunia untuk berada di depan kaca televisyen masing-masing dan menyebabkan hampir semua aktiviti tergendala untuk beberapa jam sehingga perlawanan mereka selesai.
Perlawanan pertama antara Joe Frazier dengan Muhammad Ali berlangsung pada 8 Mac 1971, di mana aksi penuh mendebarkan terhidang di sepanjang 15 pusingan merebut kejuaraan tinju heavyweight di Madison Square Garden, New York, yang dipenuhi ratusan ribu penonton dari seluruh dunia.
Dilahirkan pada 12 Januari 1944 di Beaufort, South Carolina, Joe Frazier begitu digeruni lawan dengan tumbukan ceduk tangan kiri yang kencang dan mampu menumbangkan lawannya dengan sekali hayunan sahaja.
Pertandingan yang digelar sebagai “Fight Of The Century” itu berlangsung sengit menyaksikan rahang Muhammad Ali bengkak teruk menerima penangan tumbukan ceduk Joe Frazier pada pusingan terakhir perlawanan tersebut yang membantu kemenangan beliau yang pertama terhadap seterunya itu.
Bagaimanapun, kedua-dua lagenda tinju tersebut kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas pertandingan berakhir.
Perlawanan kedua antara mereka berlangsung pada 28 Januari 1974 di lokasi yang sama di mana Muhammad mahu membalas dendam atas kekalahan pertamanya tiga tahun lalu.
Meskipun pertarungan kali kedua ini bukanlah menawarkan kejuaraan tinju heavyweight yang ketika itu menjadi milik George Foreman, namun kehangatannya jelas terasa apabila kedua mereka bertikam lidah dan saling memaki hamun sebelum perlawanan bermula lagi.
Kali ini, mengambil pelajaran dari perlawanan pertamanya, Muhammad yang menyedari bahaya tumbukan ceduk Joe, bijak memilih strategi mengelak ke kanan lawannya dan menyaksikan beliau menebus kekalahan pertamanya dengan memenangi pertarungan kedua itu.
Klimaks pertembungan Muhammad Ali – Joe Frazier berlangsung setahun kemudiannya di Quezon City, Manila, Filipina, yang menyaksikan sekali lagi seluruh dunia meninggalkan aktiviti masing-masing serta bertumpu kepada kedua peninju terhebat dunia itu.
Digelar “Thrilla In Manila” berlangsung pada 1 Oktober 1975, pertarungan finale antara kedua peninju tersebut diadakan bagi menentukan siapakah yang paling layak bergelar ‘Juara Heavyweight Sebenar Abad ke-20’ setelah keputusan pertarungan mereka sebelum ini terikat 1 – 1.
Pada peringkat awal dan pertengahan pertarungan, Joe menampilkan aksi meyakinkan dengan mengawal gelanggang dan memaksa lawannya itu bertahan sepenuh kudrat dari terkena tumbukan maut dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, selepas pusingan kesepuluh, Joe mula keletihan dan menyebabkan Muhammad mengambil kesempatan tersebut untuk meng’hadiah’kan beberapa kombinasi tumbukan pada tepat dibahagian muka dan matanya.
Pada pusingan ke-12, meneruskan momentum asakan, Muhammad bertubi-tubi menyerang hingga menyebabkan muka Joe Frazier bengkak teruk, terutamanya di bahagian yang hampir dengan mata.
Melihat lawannya cedera dengan penglihatan yang semakin terhad akibat bengkak-bengkak, Muhammad tidak melepaskan peluang untuk terus membelasah Joe dengan tumbukan yang mengenai bahagian mulut dan menyebabkan penampan gigi lawannya itu tercabut ‘terbang’ ke arah penonton.
Baki dua minit pada pusingan ke-13 itu dipergunakan sepenuhnya oleh Muhammad Ali menyebabkan mulut Joe Frazier mengalami kecederaan teruk sehingga akhir pusingan tersebut.
Pada pusingan ke-14, Joe Frazier masuk ke gelanggang dengan pandangan yang hampir kelam, ditambah pula dengan tumbukan Muhammad Ali yang hampir pada mata sebelah kanannya menyebabkan beliau terhoyong-hayang dan hampir rebah ke lantai gelanggang.
Melihat keadaan Joe Frazier tersebut, pengurus beliau, Eddie Futch, membuat keputusan untuk meminta pengadil menghentikan perlawanan epik tersebut walaupun beberapa kali dibantah oleh anak didiknya itu.
“I want him boss..(Saya mahukan dia boss..),” kata Joe Frazier kepada pengurusnya dengan baki semangat juang yang ada sebelum Muhammad Ali kembali ke sudut gelanggang dan membuka sarung tinjunya.
“It’s all over. No one will forget what you did here today (Semuanya sudah berakhir, tiada sesiapa yang akan melupakan apa yang awak buat di sini hari ini),” kata Eddie sayu melihat peninju yang dilatihnya itu.
Meskipun kemenangan memihak kepada Muhammad Ali, peninji lagenda dunia nombor satu itu tetap memberikan penghormatan beliau kepada “Smokin’ Joe” dengan menyifatkannya sebagai lawan paling hebat yang pernah dihadapinya.
“He is the greatest fighter of all times, next to me..(Beliau adalah peninju paling hebat untuk selamanya, selepas saya..),” kata Muhammad Ali selepas menewaskan seteru utamanya itu.
“Thrilla In Manila” berlangsung pada 1 Oktober 1975
Namun hari ini, Joe Frazier pernah mengukir sejarah dunia itu telah dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hati dan dijangka akan mengejutkan Muhammad Ali yang sebelum ini sukar menerima derita pesaing utamanya itu.
Petikan Dari: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Teringat masa di sekolah dulu ( tahun 1971 di SMK Kota dan 1975 di SM Sains Kelantan ) pihak sekolah menyewa khas TV untuk tengok siaran langsung perlawanan tinju ini lebih-lebih lagi apabila legenda pujaan Muhamad Ali beraksi. Senyap sunyi seluruh sekolah, seluruh kampung, negeri dan negara malahan seluruh dunia. Hebatnya di waktu itu, tetapi sekarang ni kebanyakan orang buat dak saja dengan tinju ini.. Mengapa ya ?
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.
ika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.
"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.
“Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu),” kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com.
Adalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia.
“(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya.
Politik melampau
Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara.
Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili.
"Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah.
"Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok,” katanya.
Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap politik.
"Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya.
"Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya.
Sudah muak
Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika “sesi-sesi teh tarik” beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran.
Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu.
"(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya.
"Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata, tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin.
Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang.
"Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya.
Petikan: AntaraPos.com
< Semoga semua orang tanpa mengira siapa dia wajib mempupuk menyubur nilai murni lebih lagi dia seorang yang beragama >
Wukuf di Arafah semalam, 9 Zulhijjah 1432H ( 5 November 2011, Sabtu), maka hari ini 10 Zulhijjah 1432H (6 November 3011, Ahad) kita di Malaysia menyambut raya Aidiladha. Yang mampu akan melaksanakan ibadat korban se awal pagi selepas Solat Sunat Aidiladha.
Kini hampir 3 juta umat muslimin dan muslimat akan berada di Padang Arafah, Muhdzalifah dan bermalam di Mina. Sehaluan matlamat tanpa megira siapa dia. Semuanya sama saja.Mengabdi diri ke hadrat ALLAH SWT dengan penuh keinsafan dengan niat tak akan mengulangi lagi laku dosa sesama manusia dan ingkar perintah ALLAH SWT. Maksudnya : “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.
Semua masih ingat bahawa Malcolm X atau nama Islamnya El-Hajj Malik El-Shabazz kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat.
Hanya yang membezakan darjat disisi ALLAH SWT adalah Taqwa.
Sempena dengan hari mulia ini, saya mengambil kesempatan masa untuk mengucapkan selamat Adiladha kepada semua pembaca pengunjung blog ini.
Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.
Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.
8:24PM Nov 5, 2011 Suasana hening di bumi Arafah di Mekah langsung tidak mencerminkan perhimpunan kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf, yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji, tengah hari ini.
Seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta umat Islam di Mekah yang sedang menunaikan ibadah itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Difahamkan Perdana Menteri dan isteri kini berwukuf di khemah protokol diraja di tengah Arafah, berdekatan dengan Masjid Namirah.
Dalam panas terik di Mekah, masing-masing menadah tangan memohon keampunan kepada Ilahi, dengan penuh khusyuk, selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.
Pengasas Facebook Mark Zuckerburg telah melakukan apa yang CIA gagal selama 60 tahun dengan ambil masa hanya 7 tahun. Dia tahu semua rahsia 10% daripada penduduk dunia.
Beliau yang baru berusia 27 tahun menduduki senarai ke 9 sebagai manusia yang paling berkuasa didunia ini.
Forbes menyenaraikan 5 teratas manusia paling berkuasa dunia kini ialah:
1.Barack Obama - Amerika 2.Vladimir Putin - Rusia 3.Hu Jintao - China 4.Angela Merkel - Jerman 5.Bill Gates - Amerika
Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud berada di tangga ke 6 mengatasi Pope Benedict XVI
Tahukah anda bahawa pada 31 Oktober 2011,warga bumi, seorang bayi yang ke 7000000000 (hahaha…7 billion) dunia telah dilahirkan di sebuah hospital di Filipina. Bayi bernama Danica Mei Camacho telah dipilih oleh PBB sebagai simbolik warga bumi mencapai jumlah 7 billion.
Bererti Mark Zuckerburg tahu rahsia hampir 700 juta orang. Itupun Twitter serta lama sosial lain tak dimasukkan lagi.
Ehemmm.. Maka ingat-ingatlah agar rahsia kita tidak terlodeh dengan Facebook atau yang sewaktu dengannya ini. Elakkan bahawa rahsia mu rahsia ku juga .
Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.
"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.
"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Muhyiddin berkata kerajaan yakin dengan keputusan itu, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.
Dengan pemansuhan PPSMI kelak, beliau berkata murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Sementara itu, Muhyiddin berkata kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.
Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.
"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.
"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.
Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.
Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.
Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.
- Bernama
< Tahun 2021..blogger ini dah pencen sebab umur dah 60 tahun tapi pencen menulis tidak sekali>
Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.
Ternyata dalam setiap pergerakan solat mengandung kebaikan bagi kita semua. Satu Platun Askar Korea memeluk Islam kerana mengikuti pergerakan dalam solat. Berikut adalah penjelasannya.
TAKBIRATUL IHRAM
Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.
Manfaat:
Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.
RUKUK
Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.
Manfaat:
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.
IKTIDAL
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.
Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
SUJUD
Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.
Manfaat:
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
DUDUK
Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.
Manfaat:
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.
SALAM
Pergerakan: Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.
Manfaat:
Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.
Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan
Semoga Bermanfaat. Oleh blalang
< Solat Untuk Ibadat Solat Untuk Sihat Rohani dan Jasmani >
Maka solat itu mencegah mungkar.. termasuk yang ini