Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting
2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1 Rasional
2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan
itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan
pengajaran-pembelajaran.
2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah
pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan
pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu
dititikberatkan
2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari
peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin
profesionalisme di sekolahnya.
2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam
melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar
dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara
2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat
kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran
di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru
besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.
2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan
Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan
guru dan antara guru dan murid.
2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.
2.3. Bidang
2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua)
bidang:
a. bidang organisasi
b. bidang pengajaran dan pembelajaran
Bidang Organisasi
Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :
Iklim kelas
Organisasi kelas
Kawalan murid
Komunikasi
Motivasi
Sikap murid
Kebersihan dan perhiasan
Penyeliaan gerakerja
Penilaian prestasi
Profil murid
Panitia pelajaran
Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Bidang Pengajaran dan Pembelajaran
Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:
Rancangan pengajaran
Objektif
Isi kandungan
Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya
Penyampaian isi pelajaran
Teknik bersoaljawab
Interaksi guru murid
Penggunaan masa
2.4 Prinsip Perlaksanaan
2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh
Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru
2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan
ringkas dan tepat
2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang
dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru
2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan
Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di
tangan Pengetua/Guru Besar
2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara
sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan
bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi
pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat
maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh
Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.
Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab.
.................
................................................
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?
Radio Islamik (Indonesia)
" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "
Suara Bacaan Yang Tetap Diingati
Berita Kepada Kawan
Pengorbanan
Logo KPM Kini
Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini
Friday, February 24, 2012
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mYcALeNdEr
TUAN ADALAH SAHABAT SAYA
BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN
"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"
KLIK SIARAN PILIHAN ANDA
mY pLAYLIST
&&&&&&&&&&&&&
POP Yeh Yeh
Ungu
No comments:
Post a Comment