.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, October 6, 2011

PBS: Berkolokium di IAB

Genap 3 hari 2 malam bermula pada 4 hb dan berakhir pada 6 hb Oktober 2011, kolokium Pentaksiran Berasas Sekolah telah berjaya dilaksanakan oleh Penganjur Utama, Institut Aminudin Baki (AIB) Induk, di Seri Layang, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur. Mewakili Jabatan Pelajaran Kelantan, dengan berkenderaan udara, Air Asia bertolak dari airport Kota Bharu pada jam 12.20 tengah hari pada 4 hb Oktober 2011. Tiba di LLCT, terus mendapatkan bas ekspress Aurobus ke KL Centeral dengan ambil tiket pergi balik RM14.00. Sejam perjalanan tiba, dan terus mendapatkan tiket GO Genting Ekspress dengan tiket RM4.30 (jika nak naik kereta kabel ke puncak genting tambah lagi RM5.30). Tiba jam 4.00 petang di perhentian bas yang hampir dengan IAB. Hujan rintik-rintik dan dijemput oleh abang yang bertugas lama di IAB sejak awal 80'an lagi. Teringat sewaktu bertugas di SMK Jengka Pusat, IAB genting ialah tempat rehat sewaktu cuti sekolah dua tiga hari. Kereta hebat jenama Malaysia yang kini masih menabur bakti boleh menaiki ke puncak genting hampir 10 kali. Kedinginan yang menusuk hingga ke tulang hitam, kini dah tiada lagi. Dulu-dulu gumpulan awam sejuk boleh menerpa wajah tetapi kini tiada lagi, kerana landskap dan tumbuhan telah banyak berubah. Kini kipas dan aircond digunakan.

Dapat bilik B 111, dan malam berehat dan sempat mengunjungi anak saudara di kuarter staf AIB.

Pada 5 hb, selepas sarapan pagi di Asarama Eksekutif dengan menaiki bas IAB yang disediakan, para peserta seramai 97 orang bertolak ke Auditorium Datok Razali Ismail di bangunan Utama, Menara IAB, bermulalah Kolokium dengan pendaftaran dan taklimat.

Program bermula dengan pembentangan kertas kerja oleh:

8.30 - 10.30 pagi
Prof Dr.Othman bin Lebar (UPSI)

11.00 - 12.45 thg
Dr. Jamil Adimin - Timbalan Pengarah IAB

1.00 - 2.30 petang
Balik ke Asrama Eksekutif

2.30 - 4.30 ptg
Pembentangan berkumpulan dari Sekolah yang berjaya melaksanakan PB



Pada malamnya, selepas makan sikit di asrama eksekutif , ke flat mengunjungi anak saudara yang bersembang.

Pada 6 hb, sebagaimana biasa bertolak ke majlis kolokium untuk memebuhi pengisian hari terakhir iaitu dengan forum dan majlis penutup.

Rumusan Kolokium adalah sebagaimana berikut:




Alhamdullilah sempat jumpa dengan ramai rakan lama yang kini bertugas di IAB, dulu berkhidmnat di PTPN Kelantan. Juga sepupu yang kini bertugas disana setelah bertukar dari BBT, KPM.

Juga berjumpa dengan Rakan, Kini Tuan PPD Jerantut, Tn. Hj. Adenan dan PPD Temerloh Pn. Asiah (mantan KPP Sains JPN Pahang) serta En. Adnan (Pegawai SPP, JPN Perak).

Berangkat pulang dengan menaiki bas Go Genting ke KLCC dan AuroBus ke LCCT. Di LCCT berkebetulan berjumpa dengan Tuan KSPA kedah yang menghadiri mesyuarat SEP di BPSH juga bermula pada 4-6 hb Oktober, sempat berborak panjang mengenai pelbagai isu.

Kini semakin jelas tentang pendekatan pelaksanaan PBS di sekolah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh