Osama bin Laden, nama yang begitu menonjol apabila ia dikaitkan dengan tragedi 11 September 2001, ranapnya WTC di Washintong DC, USA. Entah dia ke atau entah tidak, ramai yang menunding jari kepada nya dan kumpulan AlQaeda. Segala ketidaktenteraman dunia Osama dan kumpulannya adalah penyebabnya. Jika orang lain yang melakukan, dia juga yang ditunjukkan sebagai pelakunya.
Kini dia kononnya telah ditembak mati di tempat persembunyiannya di Pakistan dan di kuburkan dilaut Arab. Bersorak sorailah Amerika dan kunconya dengan mengatakan tanpa nya dunia ini akan aman tenteram. Tetapi seingat dulu sebelum mashyur namanya, dunia juga tidak kurang hebatnya dengan segala peperangan. Jelas Amerika juga pencetusnya. Perang Vietnam masih dalam ingatan sehingga Amerika cabut lari dengan muka yang teramat malunya. Setelah Afganistan kini di Iraq yang tak pernah ada penyudahnya . Terbaharu Libya kini digayang habis-habisan untuk menamatkan Muaamar Ghadaffi.
Masyarakat dunia kini, tertanya-tanya betulkan itu orangnya. Mengapa tak diserahkan jasadnya yang telah ditembak itu kepada keluarganya di Arab Saudi, negara kelahirannya. Tunjukkan kepada dunia, ini dia Osama bin Laden. Kini mereka juga keliru kerana banyak terdapat andaian tanpa fakta yang konkrit. .. Osama sudah tiada.
Jika tiada nas yang betul maka ia boleh dikatakan sebagai satu pembohongan. Dan mengikut kata bijak pandai, jika dah bermula satu pembohongan maka akan timbul pembohongan seterusnya bagi menutupi pembohongan sebelumnya. Pembohongan demi pembohongan ini yang bakal meruntuhkan ketamadunan manusia Dan dah ada kajian mengatakan bahawa peristiwa September 9 ini adalah perancangan licik Bush untuk menjahnamkan Iraq.
Selamatkan dunia untuk masa akan datang apabila tiada lagi orang yang digelar Osama bin Laden oleh Amerika ??? Dan sesungguhnya ISLAM itu adalah rahmat seluruh alam.
No comments:
Post a Comment