27 Jamadilawal 1432 Hijrah
Hari ini, Ahad 1 Mei Tahun 2011 Hari Cuti di Malaysia . Ia merupakan kali ke-32 cuti umum sempena Hari Pekerja disambut oleh golongan pekerja di Malaysia setelah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja di Malaysia.
Tahu kah anda bahawa Hari Pekerja tidak disambut serentak di kebanyakan negara di dunia yang mengiktiraf Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization/ILO). Negara yang menyambutnya pada 1 Mei setiap tahun termasuk Malaysia ialah Argentina, Austria, Belgium, Jerman, Norway Itali, Korea Selatan Perancis, Singapura, Sepanyol, Sweden, Thailand, dan Vietnam
Kanada dan Amerika Syarikat menyambutnya pada 2 September; New Zealand (28 Oktober) dan Britain (6 Mei). Jepun, yang mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja, menyambutnya pada 23 November.
Dulu dikenali senagai Hari Buruh. Apa bezanya antara BURUH dengan PEKERJA ? Sama tak antara LABOUR dengan WORKER ?
Tetapi hari ini saya menyambut Hari Pekerja di rumah dengan menjadi Buruh mencuci kawasan rumah.
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment