Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Kursus Kajian Tindakan 2011-Zon Timur yang berlangsung di New Pacific Hotel, Kota Bharu Kelantan pada 22-24 Mac 2011.
Pengisian Kursus :
22.3.2011(Selasa)8.30pagi - 4.30 petang : Perjalanan dan Pendaftaran
( En. Nasir Mohd Nor (Penolong Pengarah Sains) menjemput Dr. Soon Seng Thah(Ketua Sektor Penilaian dan Penyelidikan) dan Dr. Hjh. Bety Salwana Alias (
ore klate) dari airport yang tiba jam 11.00 pagi- saya tak berkesempatan kerana tugas penilaian calon Guru Besar DG38)
Peserta terdiri dari pegawai dan guru dari negeri Kelantan,Terengganu, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah
8.30 malam - 10.30 malam : Taklimat , Pengenalan dan Konsep Kajian Tindakan
( 7.00 malam, saya menjemput Timbalan Pengarah EPRD Tn.Hj. Rosland, yang tiba dari KLIA ke Hotel.Sempat bertemu secara tak sengaja dengan Timbalan Pengarah BPK, Tn.Hj. Zainal Dirin yang balik ke KLIA. Seterusnya ke restoran Nasi Kerabu YATI )
23.3.2011 (Rabu)8.30 pagi - 9.00 pagi : Perasmian oleh Tuan Timbalan Pengarah EPRD (
saya berada bersama beliau), antara intipati ucapan perasmian ialah:
- Guru perlu berubah untuk mengubah dan memupuk kehebatan generasi akan datang
- Menguasai pelbagai 'skill': ICT, Thinking and Problem Solving, Self Oriented Skill
- Semua para guru perlu menjalankan Kajian Tindakan demi meningkatkan mutu dan keberkesanan P & P serta pengurusannya.
- Penghayatan Kajian Tindakan itu sendiri lebih penting dari melaksanakan Kajian Tindakan
- Jadikan diri " The real teacher"
- Kemenjadian pelajar amat berkait rapat dengan peranan guru
- Guru Cemerlang seharusnya mendepani dengan membudayakan Kajian Tindakan di sekolah
- Sasaran Kajian Tindakan berkait rapat dengan keupayaan pelajar, berbeza keupayaan sudah tentu berbeza juga pendekatan dalam P & P
- Kajian yang dibuat tidak semestinya yang betul-betul baru tetapi ada yang boleh dibuat pengubahsuai bergantung kepada sasaran pelajar dalam isu P & P.
- Kepimpinan pengurusan sekolah perlu caknakan dan membudayakan Kajian Tindakan samada dalam P & P atau pengurusan lain yang dapat meningkatkan kecemerlangan institusi.
- Jangan sekali-kali mengatakan punca ilmu segalanya dari kita seorang guru.
- Menggunakan 'my mapping' dalam keberkesanan penguasaan pelajar kerana kita tidak mampu untuk mengingatkan teks tetapi kita mampu mengaingatkan point.
- 'Best Practices' cara mudah menyebar ilmu lagi berpahala
- Negara maju telah mengamalkan Kajian Tindakan ini sejak lama dulu. Singapore hebat kerana gurunya pengamal Kajian Tindakan.
- Kajian Tindakan memudahkan pengajaran.
9.00 pagi - 10.30 pagi: Pembentangan - Refleksi
- Perancangan
- Objektif dan Fokus Kjaian
- Sasaran Kajian
11.00 pagi - 1.00 t/hari : Pembentangan- Tinjauan awal
- Aktiviti/ Intervensi
- Pemerhatian dan aktiviti-aktiviti penggumpulan data yang lain
2.30 petang - 4.30 petang : Pembentangan Format Penulisan- Kertas Cadangan
- Kertas laporan
- Abstrak
8.30 malam - 10.30 malam : Bengkel Penulisan Kertas Cadangan
24.3.2011 (Khamis)8.30 pagi - 10.30 pagi : Pembentangan Hasil Bengkel
11.00 pagi - 1.00 t/hari: Penilaian dan Majlis PenutupWakil Kelantan
1. Pn. Zurina bt Ripin - Penolong PPD Sains Matematik , PPD Pasir Puteh
2. Cik Ku Fatimah bt Che Ku Yen- SMK Zainab 2, Kota Bharu
3. En. Zarishma b. Zakaria - SK Gemang, Jeli
4. En. Hamzah b Hassan - SK Ayer Lanas, Machang
5. En. Ahairul Anuar b Ismail - SK Cherang Ruku, Pasir Puteh
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dengan tidak melupai pegawai dari EPRD, Tuan Timbalan Pengarah, Dr. Soon, Dr. Hjh. Bety Salwana, Pn. Hjh. Nurliyana Husna dan Pn. Norasiah.
Terima kasih kerana memilih negeri kami untuk pelaksanaan kursus ini. Kami sentiasa mengalu-alukan kunjungan tuan.
Kepada peserta, tuan dengan ini merupakan salah seorang dari JU Kajian Tindakan Negeri. Maka bersamalah memperkasa dan membudayakan Kajian Tindakan.
"
Teach Less, Learn More ".. itulah antara kata PM Singapore kepada golongan pendidik khususnya untuk memaju negaranya.
Golongan pendidik adalah
mercu tanda pembangunan negara. Hebatnya kita maka hebatlah negara.