Alhamdulillah pada hari Ahad 21 hb. saya bersama beberapa sahabat dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan telah hadir di Permai Hotel Kuala Terengganu bagi pembengkelan "
Pelan Strategik 5 Tahun" untuk tahun 2011-2015. Dari rumah bertolak selepas Solat Asar dan tiba jam 8.00 malam selepas memandu dalam hujan yang agak lebat di Penarik dan Batu Rakit.Menginap di bilik 2021.
Perbengkelan Pelan Strategik ini lebih berfokus pengisiannya kepada memenuhi kehendak masa depan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Sektor Pengurusan Akademik serta kehendak unit-unit di bawah sektor
Dengan berpandukan garis panduan tertentu dan memenuhi kehendak Star Rating MAMPU dan ISO SIRIM, beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam memantapkan perancangan 5 tahun sektor ini.
Terima kasih atas sumbangan tenaga dan idea dari sahabat seperjuangan,
1. En. Mohd Razali -(PP Sains)
2. En. Nasir - (PP Sains)
3. Pn. Hhj. Rani ( PP Teknik Vokasional )
4. En. Mat Nawi - (PP TMK)
5. En. Saharuddin - (PP Matematik)
6. Cik Halizah - (PP Matematik)
7. En. Zakaria - (PP Sains Kemanusiaan)
8. Tn. Hj. Rosme - (PP Sains)
9. En. Ehsam - (PP Bahasa)
Pada tarikh ini juga berlangsung Mesyuarat Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan TMK bagi Prasekolah Peringkat Jabatan Pelajaran Kelantan yang juga diurus setiakan oleh En. Mat Nawi Wahid. Seramai 32 JU TMK terlibat dalam program ini.
Disamping itu juga berlangsung satu kursus oleh Jabatan Pelajaran Pahang melibatkan semua Guru Besar dari PPD Rompin, Pekan, Kuantan dan Temerloh. Sempat jumpa beberapa sahabat lama semasa bertugas di SMK Jengka Pusat dulu (bertugas di sana 1983-1987 ). En. Rizal, En. Halim dah jadi GB sekarang ini. Juga dapat berjumpa dengan Hj. Yahya Zainal Abidin dulunya guru matematik di SMK Jengka 2, kini menjawat Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, di samping Tn. Hj. Jailani KSPA Pahang.
Pada jam 2.30 petang hari Isnin, 22 hb, tak semena-mena dapat berjumpa dengan YBhg. Dato' Ahmad Azmey bin Abu Talib (Pengarah Unit Pelajaran & Latihan Kemahiran FELDA )yang terlibat secara langsung dengan kompetensi pendidikan anak generasi FELDA yang bertugas terus di bawah YAB Perdana Menteri.Tak sempat jumpa dengan En. Zainurin, KSPS Pahang kerana terpaksa balik awal.Sekali lagi, tahniah untuk semua.
No comments:
Post a Comment