Tahun 2010, pada hari semalam 1 April, Khamis merupakan tarikh bersejarah buat seluruh warga yang bernaung di bawah bumbung Jabatan Pelajaran Kelantan sama ada di JPN sendiri, PPD maupun di semua sekolah negeri ini.Pada tarikh berkenaan berlangsunglah apa yang dikatakan pertemuan dan perpisahan. Pertemuan adalah antara kami dengan insan yang pernah berkhidmat di JPN Kelantan, dari Putrajaya kembali balik bertugas sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru manakala perpisahan adalah antara kami dengan insan yang tugas terakhirnya sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan.
Semua dah mengenal kedua tokoh pendidikan ini.. yang datang ialah YABrs. Tuan Haji Hussain bin Awang manakala yang pergi ialah mantan YABrs. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ab Rahman ( Kini bergelar Dato' ...Sekalung Tahniah dari saya di atas pengurniaan Darjah Kebesaran ini.. yang menggambarkan pengiktirafan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja kepada bidang pendidikan di negeri Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Rendah Sekebun Bunga ini ). Pada tarikh ini juga, Jabatan Pelajaran Kelantan telah ada tokoh untuk memenuhi jawatan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, iaitu YBrs. Tuan Haji Zahari Daud. Tahniah untuk Tuan bertiga.
Pada sebelah paginya bertempat di Dewan SK Padang Garong 1, berlangsunglah majlis penyerahan tugas secara rasmi manakala sebelah malamnya bertempat di sebuah hotel di Kota Bharu telah berlangsung Majlis Budi Ditabur Jasa Di Kenang.Turut bersama memriahkan majlis ini ialah YBhg. Tan Sri KSU, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Apa yang begitu tertarik hati saya ialah sajak yang tertera pada buku program majlis berkenaan iaitu " Kepada yang Datang... Kepada Yang Pergi" hasil nukilan mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg. Dato' A. Aziz Deraman. Kepada yang datang Ucap selamat kami sampaikan dalam doa dan harapan Bawalah wasiat turun temurun Sejak asal kejadian kita dari syurga ke dunia daripada Adam dan Hawa Sejarah manusia dan para Rasul Bagaikan musafir lalu dalam perjalanan Menuju garis hari kemudian
Kitalah khalifah Yang pergi dan yang datang Syukur akan anugerahNYA Kitalah yang hidup mengenali kehidupan Upayanya memandang mendengar berkata-kata Menyedut udara menghirup air Dan tinggal selesa Berfikir dan takwa meneguhkan hati Mengumpul bekal dalam makna budi
Kepada yang pergi Kepada Yang datang lihatlah Kita pun tumbuh bagaikan pohon Akarnya mencengkam bumi Di Tanah kehidupan
Mengenali diri dan kenali NYA Yang satu Kerana itulah janji Yang dipegang sejak dulu Tugas adalah AMANAH Laksana tanpa KARENAH Taburkan jasa dengan HEMAH Sempurnakan khidmat bagaikan IBADAH
Seperti mereka yang pergi Bukti berbudi kepada bumi Pohonnya merimbum jadi pelindung Meninggalkan alam menjadi harum Kita pun mengalir bagaikan sungai Berikan irama pada rimba sambil membersihkan batu-batu Kerana itulah janji Yang diopegang sejak dulu Tugas adalah AMANAH Laksana tanpa KARENAH Taburlah bakti biar BARAKAH
Sempurnakan janji selama hayat Seperti sungai yang mengalir Menempuh berabad Meninggalkan riak-riak jasa Mengundang ikan-ikan kecil Gembira berenang dengan damai di dasarnya
Kita pun tegak bagaikan gunung Menjadi pasak bumi merdeka Dijunjung tonggak tanah bertuah Disinari mentari negara berdaulat Dinaungi langit jati diri Angin bangsa bermaruah Disirami titisan hujan turun Rahmat yang dipohon Gununglah jadi pengikat bumi dan pohon
Tugas adalah amanah Biar tegak tidak berubah Seperti mereka yang pergi Sekian lama menyemai bakti demi negara tercinta ibu pertiwi
Kepada yang pergi Kepada yang datang Dalam diri insan Ada pohon ada sungai Ada gunung bermain AMANAH yang Maha Agung Rabbul Alamin
Yang perlu kita jaga sepanjang musim Kepada yang pergi Kepada yang datang Kitalah kena membina Gerbang kalimah syahadah Jadikan anak kunci hayat Bagi kita memasuki Alam yang selamat Guna mendengar berita gembira Dan ambil peringatan
Kitalah dalam kalimat itu Akan mewarnai kehidupan Mengerjakan perintah Dan Meninggalkan larangan Dengan ikhlas dan yakin Melakukan kebaikan Tunduk kepada kemahuanNYA Hingga ke ahir zaman (13 November 1998)
Juga antara intipati ucapan oleh kedua-dua tokoh ini ialah meneruskan kerja sepasukan ke arah mencemerlangkan pencapaian pendidikan. Untuk itu, saya mewakili pegawai-pegawai Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan bersama pegawai-pegawi Sains PPD dan semua guru-guru sains seluruh negeri sentiasa bersama Tuan untuk menjayakan hasrat suci ini.Semoga ALLAH memberkati...wassalam
No comments:
Post a Comment