Teringat akan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia baru-baru ini. Kenyataan bahawa kini terdapat ramai rakyat Malaysia yang digolongkan dalam situasi diri yang gemuk.. obesiti la tu. Faktor makan dan budaya makan yang tidak sepatutnya mengundang obes ini.Kata YB Menteri,pakar-pakar pemakanan dan doktor antarabangsa akan dipanggil untuk mengenalpasti beberapa pendekatan dalam menangani obes ini dari terus bertambah dari setahun ke setahun.
Disini diperturunkan obesiti mengikut jenisnya yang dipetik dari Sumber : Email SYuN / Yahoo Group 26 Rabiulakhir 1431H,11 April 2010 Jenis-jenis kegemukan
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus berat ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar. • Mudah mendapat sakit kepala.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal. • Mudah penat apabila melakukan tugas harlan. • Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. • Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
OBES BADAN SENANG NAIK, PAYAH TURUN....
Bagaimana ya untuk menghindarkan gemuk ini...kata orang mudah saja jangan ikut kehendak selera..semua yang ditengoknya sedap belaka..semua nak dirasakannya.Jangan ikut, nanti tubuh kita merana, obesiti banyak mengundang derita.. kencing yang manis, darah yang tinggi serta lainnya. Makanlah secara sederhana dengan semua zat dapat dirasa..insayaallah slim rupa tampak tampan bergaya.
Bagi sahabat guru, obes itu amat perlu..tetapi obeskan markah pencapaian anak didik kita dalam bilik darjah. Biar skor A+, biar markah hampir atau 100 %.. hebat Tuan. Jika markah slim ..tak mengancam Tuan. Tetapi semestinya kita tak boleh lupa, proses yang sepatutnya dilakukan untuk mendapat skor obes ini adalah proses yang baik bukan melalui jalan mudah. Jika badan kita yang dah gemuk untuk di slim kan menggunakan jalan mudah "telan pil" maka kesan sampingan yang berpanjangan akan menjejaskan kesihatan kita akhirnya. Kita juga yang susah.
OBES MARKAH SUSAH NAIK, SENANG TURUN....
Akhir kalam bersama kita slimkan tubuh kita dan dengannya kita obeskan pencapaian dan kecemerlangan akademik anak watan kita.
No comments:
Post a Comment