Pada tarikh 24 Mac 2010,Rabu, selepas menunaikan solat asar saya berkereta ke Sumai Suite Hotel & Apartman, Kuala Terengganu menghadiri satu mesyuarat anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, kementerian Pelajaran Malaysia.Memandu dengan speed sederhana dapat merehatkan minda dan menjimatkan tenaga di sepanjang perjalanan melalui Tok Bali jalan pantai ke destinasi. Tiba jam 8.00 malam.Mesyuarat ini berlangsung selama 3 hari dengan berakhir pada 26 Mac 2010 (Jumaat).
Yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai cerita pengguna jalan, yang Tuan juga adalah pengguna setia setiap jalan-jalan utama di negara ini ialah sikap pengguna yang kadangkala ingkar dengan apa yang dipelajari. Semasa kita memandu ada pemandu lain yang secara tiba-tiba memotong laju walaupun kenderaan hadapan dalam arah bertentangan begitu hampir, dahlah dalam double-line, berani benar mereka .. akan terkejut kita serta mengambil langkah segera demi keselamatan nyawa. Dulu semasa ingin mengambil lesen memandu, segala titah perintah undang-undang memandu dipatuhi, begitu berhemahnya apabila memandu kereta disebelah tester. Tinggi sungguh santunnya lagi bertertib terni.Bukan apa-apa...takut tak lulus.
Apabila lulus, semua jalan dijadikan hak milik mutlak, laluan milik orang pun kita empunya. Pekakkan telinga pedulikan apa orang kata..perlu laju dengan kereta hebat lagi berjenama. Kena saman kita ada duit..bayar sajalah. Itulah antara sikap negatif pemandu sedemikian samatelahan mereka ini juga merupakan orang cerdik pandai lagi berpelajaran tinggi. Kata orang " berpelajaran tinggi tidak semestinya berpendidikan tinggi". Tetapi kita dari kalangan guru diharapkan bukan seperti golongan tersebut.,kerana CAKAP dan BIKIN guru itu sentiasa konsisten. Guru Berpelajaran, Guru Berpendidikan. Apa yang dibuat oleh guru akan dikuti oleh anak muridnya
Mesyuarat yang dihadiri oleh kesemua 14 penyelaras sekolah Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Felda dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan serta Penyelaras Negeri telah memberi fokus kepada analisis peperiksaan SPM 2009.Pencapaian baik pelajar bagi kohort pertama PPS dalam SPM 2009 sungguh membanggakan. Jika dalam tahun 2008 mereka ditempatkan ke tingkatan 4 PPS dengan berdasarkan syarat kemasukan dengan kelulusan minimum bagi mata pelajaran Sains dan Matematik PMR pada tahap C, agak terkejut juga ada di kalangan mereka memperolehi A+ dalam mata matematik dan sains tulen. Ada pelajar yang mendapat semua A bagi mata pelajaran berkenaan.
Ini sebenarnya memberi makna kepada kita, warga pendidik, walaupun pelajar ini masuknya ke aliran sains dengan kelulusan minimum C, mereka tetap beroleh peluang untuk mendapatkan kecemerlangan dalam SPM..asalkan segala perancangan kecemerlangan serta komitmen yang tinggi dari sahabat guru dapat dilaksanakan sebaiknya.Dapatan juga menunjukkan hampir 70 % dari kalangan mereka ini berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma serta Matrikulasi.
Tuan, turut terlintas dalam pemikiran saya, kebiasannya kita masuk kelas terus melaksanakan P & P. Bagi Kelas peperiksaan terutamnya kelas SPM, sepatutnya bukan saja kita menunjuk ajar mereka tentang bagaimana untuk berjaya dengan skor yang baik dalam mata pelajaran, kita sepatutnya juga mendedah dan memandu mereka ke mana seterusnya untuk menyambung pelajaran atau meentukan bidang kerjaya nanti. SPM itu sebenarnya titik mula samada seorang pelajar itu mahu berkerja atau menyambung pelajaran bagi mendapat kerja yang lebih baik lagi. Maklumkan kepada mereka tentang syarat kemasukan minumum untuk Sijil ke..., Diploma ke..., Matrikulsi ke... supaya mereka bersedia untuk itu. Selepas mendapat sijil stau Diploma atau Ijazah, mereka ingin berkerja untuk menerus hidup dan kehidupan.
Juga yang menarik dalam mesyuarat ini ialah cadangan pelaksanaan "Lesson Study" yang melibatkan guru-guru mata pelajaran sekolah sekitar. Guru-guru berkenaan perlulah melaksanakan P & P di sekolah dengan diselia bantu untuk penambakbaikkan oleh rakan guru dari sekolah lain serta guru cemerlang atau guru berpengalaman. Dengan kaedah ini diharap mutu persembahan guru dalam P & P semakin hebat dan menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran yang mereka ambil.
Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan akan mengambil inisiatif untuk melaksnakan program ini.. Insayallah. Semoga mendapat kerjasama semua pihak.
Bantu bimbinglah anak-anak ini kerana mereka itu lah penerus perjuangan.
No comments:
Post a Comment