Alhamdulillah, syukur kepada NYA kerana pada tanggal 24 Mac 2010 (Rabu, bermula jam 9.00 pagi bertempat di PKG Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu telah berlangsung mesyuarat bersama antara kami < En. Mohd Razali Abu Talib, En. Nasir Mohd Nor,En. Che Zulkifli dan saya sendiri > dari Unit Sains Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan para guru yang terdiri dari Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah di negeri ini. Walaupun tidak semua guru cemerlang dijemput tetapi mesyuarat ini begitu bermakna kerana dapat membuahkan idea dan pandangan membina dalam mempertingkatkan kecemerlangan akademik sains dalam P & P dan pencapaian peperiksaan awam, UPSR.
Mesyuarat ini dihadiri seramai 24 orang Guru Cemerlang Sains dari pelbagai sekolah merangkumi semua daerah. Gabungan antara GC 'veteran' yang hebat berpengalaman dengan GC 'baru' yang penuh semangat menceriakan suasana perbincangan dalam mesyuarat tersebut.Antara intipati yang menjadi fokus dalam majlis ini ialah bersama memperkasakan kerja buat..kami di JPN/PPD dalam aspek pengurusan strategi dan pelaksanaannya manakala Tuan selaku GC dalam aspek meningkatkan mutu P & P Sains di sekolah.
Di penghujung mesyuarat, majlis memutuskan untuk menghasilkan "soalan pecutan sains" bagi membantu guru dan pelajar untuk persediaan khususnya dalam menghadapi UPSR tahun 2010 ini.
Terima kasih kepada GC yang terlibat, semoga sumbangan Tuan ini akan menjadi antara faktor penyumbang dalam mencemerlangkan pencapaian kualiti dan kuantiti sains dalam UPSR 2010 dan seterusnya. Indikator kejayaan itu sebenarnya menggambarkan kehebatan Tuan. Kepada sahabat GC Sains untuk peringkat PMR dan SPM pertemuan seumpamanya akan dibuat dalam masa terdekat ini.
No comments:
Post a Comment