Assalamualikum Tuan, semoga ceria dengan tugas mengajar mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna di masa depan. Bermula tahun baru 2010 penuh dengan cabaran, jadilah ia sebagai motivasi dan ikhlas diri dengan budaya kerja yang lebih baik dari tahun sebelum ini.
Kita semua masih ingat, bermulalah PPSMI itu pada tahun 2003 dengan pelbagai program latihan guru dari ETeMS hinggalah ke KOSM, pelbagai bahan bantu dari bahan hard copy dan softcopynya, dari pembekalan perlatan teknologi yang tak seberapa kepada peralatan teknologi canggih, dengan pelbagai program latihan pemantapan guru, menilai penguasaan guru dengan PTP nya,interaksi kalangan guru dengan BSS,penerimaan BISP oleh guru sebagai wadah peningkatan berbahasa ilmu dan semua sekali yang berkaitan.. semuanya kita bersama dah lakukan.Kita dah capai sebahagiannya tetapi belum sepenuhnya.
Sepanjang bermulanya dari Januari 2003,pelbagai isu yang berkaitan dengan pelaksanaan PPSMI cuba dan telah diatasi.Walau bagaimanapun tidak semua dapat diatasi. Maka pendekatan baru telah diambil dan pada 8 Julai 2009, dari kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, dengan justifikasi yang kukuh telah memaklumkan agar PPSMI kini dimansuhkan dengan difokuskan pula kepada PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI).Pendekatan pemansuhan yang diambil dari PPSMI ke MBMMBI adalah secara "
soft landing" supaya segala keperluan dapat diperlengkapkan dalam masa berkenaan.
Selepas sahaja perkara ini diumumkan, maka ramailah kalangan pengurus sekolah dan guru telah bertanya mengenai bahasa penghantar dalam P & P sains dan matematik. Maka jawapan dari saya "
Dasar PPSMI masih kekal " tetapi "
Pendekatan P & P bergantung kepada kebijaksanaan guru" asalkan murid DAPAT dari apa yang diajar oleh guru mereka.
Ada dari kalangan Pengetua/Guru Besar yang telah mencadangkan agar JPN mengeluarkan satu siaran agar menyatakan status bahasa yang boleh digunakan dalam P & P sains dan matematik. (
Terima kasih kepada Tuan yang mencadang ). Jawapan dari saya, JPN tidak dapat mengeluarkan sebarang siaran selagi tiada hitam putih dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Alhamduliilah, pada 5 Februari 2010, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menerima surat dari KPM mengenai perkara berkenaan dan pada 7 Februari 2010, surat berkenaan telah di hantar ke semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini.
Intipati kandungan surat yang ditandatangani oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM ini adalah seperti berikut:
KP(BSPSH-SPDK)201/005/01(38) Bertarikh 25 Januari 2010
Surat Pekelililng Ikhtisas Bil.2/2010:PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
2. Dalam melaksanakan Dasar MBMMBI, pengajaran dam pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dperkukuhkan menerusi pendekatan yang lebih berkesan. dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklahmenggunakan Bahadsa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar dalam pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
3. Pada 5 Ogos 2009,Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa supaya dasar MBMMBI dialksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010.Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan
bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
4. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran sains dan matematik mulai tahun 2010 adalah seperti berikut:
Mulai Tahun 2010Sekolah Rendah - P & P Sains dan Matematik BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris
Sekolah Menengah - P & P Sains dan Matematik BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris
Mulai Tahun 2011 Sekolah Kebangsaan - Tahun 1 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Malaysia
Sekolah Jenis Kebangsaan - Tahun 1 (SJK(C) dan SJK(T)) - P & P sains dan Matematik menggunakan Bahasa Pengantar masing-masing.
Sekolah Menengah - P & P Sains dan Matematik BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris
Mulai Tahun 2012Sekolah Kebangsaan - Tahun 4 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort
tersebut tamat Tahun 6
Sekolah Jenis Kebangsaan - Tahun 4 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Pengantar masing-masing dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat tahun 6
Sekolah Menengah - Tingkatan 1 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Malaysia
Tingkatan 4 - P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia sehingga kohort tersebut tamat Tingkatan 5
5. Penyediaan soalan bagi peperiksaan awam mata pelajaran sains dan matematik di sepanjang peralihan dasar ini masih dalam dwibahasa sepertimana berikut:
i. UPSR - dwibahasa sehingga tahun 2015
ii. PMR - dwibahasa sehingga tahun 2013
iii. SPM - dwibahasa sehingga tahun 2015
6. Walau bagaimanapun P & P Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 Rendah/Atas serta Matrikulasi terus dikekalkan dalam Bahasa Inggeris.
Dengan hadirnya surat ini ditangan Tuan, persoalan status penggunaan bahasa untuk P & P sains dan matematik begitu jelas maksudnya.Sehubungan itu, Tuan adalah lebih maklum dalam menjayakan P & P Sains dan Matematik secara lebih berkesan lagi. Matlamat kita untuk mencapai visi 2010 semakin hampir. Kata orang, kita tidak boleh berkompromi dengan matlamat tetapi kita boleh berkompromi dengan pelbagai pendekatan untuk mencapai matlamat tersebut.
Tidak lupa kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PPSMI sejak akhir tahun 2002 hingga kini. Saya bersama pegawai JPN dari Unit Sains-Matematik, Unit Bahasa dan dari PPD begitu sibuk dengan pelbagai program dan kursus di sepanjang tempoh ini.Seingat saya, tugas akhir sebelum pengumuman PPSMI kepada MBMMBI ialah penggumpulan data guru untuk pelaksanaan Penilaian Tahap Profisiensi 2009 (PTP 2) yang tak sempat dilakukan.
Untuk Tuan semua, ucapan terima kasih dan tahniah dari saya.Kita tetap dan mesti teruskan misi kejayaan di bawah MBMMBI.
Sekian, jumpa lagi. Wassalam