.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, October 11, 2012

Kapal PERANG




Banyak Kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear berlabuh di perairan negara.Antara kapal tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang diiringi kapal perang bersenjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor selama lima hari bermula 7 Oktober lalu.
 
Sebelum ini juga Kapal perang USS Paul Hamilton pernah berlabuh di Teluk Sepanggar, Sabah, pada 5 hingga 9 Oktober lalu.Manakala pada 30 September hingga 2 Oktober lalu, dua kapal perang John Stanish dan dua kapal pembawa pesawat telah berlabuh di perairan negara ini.
Begitu banyak kapal perang dari USA dan negara lain yang sewaktu dengannya  yang kini sedang merentas laut sumadera beroperasi mengawal entiti masing-masing disamping mempamerkan kekuatan dan kehebatan tersendiri... Tu baru dipermukaan air, dalam air di dasar laut, banyak juga kapal selam yang sedang menyelam bersama ikan dan hidupan akuatik yang lain.

Datuk bandar wanita pertama Bosnia

 

25 Zulkaedah 1433H. 
VISOKO, Bosnia-Herzegovina - Seorang ibu kepada tiga orang anak, Amra Babic merupakan datuk bandar wanita yang pertama memakai tudung di negara ini.
Menurut Amra, rakan-rakannya menunjukkan semangat yang jitu kerana memilih beliau sebagai datuk bandar.
Amra, 43, memenangi 30 peratus undi pada pilihan raya datuk bandar di sini yang didiami 40,000 penduduk.
Beliau merupakan ahli ekonomi dan pernah menjadi menteri kewangan untuk wilayah Zenica mewakili Parti Tindakan Demokratik.
"Saya percaya tudung kepala saya tidak akan menjadi penghalang (untuknya melaksanakan tugas)," katanya kelmarin.
"Saya tidak akan menyalahgunakan politik untuk kepentingan agama," tambahnya yang dipilih para pengundi pada Ahad lalu.
Suaminya terbunuh dalam Perang Bosnia yang berlaku pada 1992 hingga 1995. - AFP

Apalah ni !!!!

MP Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini

  • Bernama
  • 3:57PM Okt 11 2012
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Akhtar Tahir  berkata Abdul Rahman menghadapi lapan  pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
  
 Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
  
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

- Bernama

Tuesday, October 9, 2012

KAYAnya Pengemis...

SINAR : 9 Oktober 2012
Muka Depan Sinar Harian Edisi Isnin.

RM15k di bawah katil.. RM60k dalam bank ??? banyak tu. Di bawah katil tuan ada berapa  k ? 
Marilah kita pastikan tangan sebelah atas ini memberi kepada tangan di sebelah bawah yang menerima kepada yang betul-betul memerlukan.. bersedekahlah pada yang patut.

Biarlah Gambar Berbicara


http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/522917_474652582575757_729053487_n.jpg


   
KOTA BHARU, 9 Okt -- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) menerima cenderahati daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) semasa membuat kunjungan hormat ketika hadir mendengar Taklimat Persediaan Menghadapi Bencana Banjir di Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

PMR 2012 Selamat Menjawab Dengan Cemerlang

Teristimewa buat yang teristimewa ...pelajar PMR 2012 
Selamat Menempuhi Penilaian Menengah Rendah yang bermula hari ini 9 Oktober 2012
Semoga berjaya cemerlang
Blogger sains4u sentiasa mendoakan ke hadrat ALLAH SWT
Terima Kasih Cikgu Yang Sentiasa Membantu

Monday, October 8, 2012

Dialog & Wacana Meja Bulat Dasar 60:40 S d T Negara

Pagi ini, jam 5.00 pagi bertolak dari rumah ke airport KBR untuk ke KLIA bagi meneruskan tugas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya aka PICC. Dialog dan Wacana yang bermula jam 9.30  pagi, selepas mengambil sarapan di Restoran PICC ditertibkan sepertimana berikut:

9.25-10.00 : Peembentangan Kertas 1
10.05-11.00 :Pembentangan Kertas 2
11.05-11.20: Perasmian oleh Y.Bhg. Dato Dr. Amin  bin Senin, TKPPM
11.25-12.20: Sesi soal jawab yang dipengerusikan olehY.Bhg. Dato Dr. Khair. TKKPM

Saturday, October 6, 2012

Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia

NONE




































Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025.Maklumat ini diperoleh melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada 2009, yang disampaikan di Parlimen  minggu lalu.

Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.

Friday, October 5, 2012

Kumandangkan Azan

Azan Dikumandangkan Apabila Masuk Waktunya Oleh Ahli Parlimen Mesir

19 Zulkaedah 1433H. 


Ketika perbahasan di parlimen Mesir, azan dilaungkan oleh salah seorang ahli parlimen apabila masuk waktu asar & maghrib.

Tidak kira dimana-mana jua, tiada alasan untuk kita tidak melaksanakan...

Kajian Lapangan MBMMBI 2012




Alhamdullilah, semalam sempat bersama dengan 2 rakan pegawai ( Pn. Salmah Salleh dan Cik Nuzul Harlina)  dari Bahagian Perancangan  dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkunjung ke Kelantan selama 5 hari bermula 30/09/2012 hingga 5/10/2012. Pemantau melibatkan 1 SM dan 3 SK dalam melibatkan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Inilah negeri ketiga dalam siri pemantauan ini.

Walaupun sempat sekitar 2 jam perbincangan di Haza Bistro, namun banyak perkara dibangkitkan  mengenai penyebaran dan pelaksanaan Dasar MBMMBI di sekolah. Ada yang tak laksanakan sebaiknya, ada yang dengar MBMMBI ini hanya melalui corong radio, ada itu ada ini dengan pelbagai versi...'Soft Landing" itu apa ye?.

Kajian lapangan ini melibatkan temubual dengan Pengetua/Guru Besar serta dari kalangan Guru BM, Guru BI, Guru Sains, Guru Matematik serta juga pelajar..walaupun MBM ini merentas mata pelajaran.

Kepentingan berperanannya orang no. 1 dan no.2 serta pelaksana iaitu guru berkenaan amat-amatlah dalam menterjemah dan menjayakan dasar ini.

JOM kita sama-sama jayakan..



Duhai dunia politik...





04 Okt 2012
BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan  iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal  menambah,  peristiwa pengharaman Umno tahun 1987 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.


(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)

"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.

Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.

Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.

Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan  membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.

Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.

Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.

"Tetapi, nak  buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.

Rakyat juga,  kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi  akidah.

Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.

Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.

"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi.  Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Thursday, October 4, 2012

WOW ramainya jemputan..

Kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali ,Ahad lalu dihadiri kira-kira 130,000 jemputan... wow ramainya.

#TANYANAJIB -Komunikasi Pemimpin-Rakyat


Wednesday, October 3, 2012

The first presidential debate.

Mitt Romney Vs President Barack Obama



Ideally, when the curtain rises on the first presidential debate at the University of Denver on Wednesday night, President Barack Obama and GOP presidential nominee Mitt Romney will spar over the issues shaping this election with honesty and clarity.
But let's face it, the debates are yet another chance to deliver campaign talking points in 60-second, uninterrupted bursts—pitches, according to a recent Y!/Esquire poll, which many Americans think stray from the truth.

Otak Maju Negara Maju

Alhamdullilah lega rasanya apabila selesainya Pemantauan Akademik 2012

Mulai 1 hingga 3 Oktober 2012 (Isnin-Rabu), kami warga SPA JPN telah menerima tamu seramai 4 orang pegawai dari KPM yang melakukan lawatan lokasi bagi menjayakan "Penilaian Pengurusan Akademik" bagi JPN dan PPD.Tahun lepas hanya JPN sahaja yang dinilai.

5 pegawai berkenaan, 4 dengan MAS dan 1 berkereta riba di tempat penginapan Khalifa Hotel ( dekat dengan Masjid Muhammadi)  selepas insya'.

2 pegawai, Pn. Cik Siti Hasnah dan Pn. Noor Akmar tiba di airport  jam 7.50 malam (dijemput oleh Pn. CT Haja.1 pegawai, En. Mohamd Mohd Rashid, tiba di Hotel jam 8.00 malam (berkereta) ,manakala 2 peawai , Hj. Abu Hashim Abu Samad (Ketua) dan En. Rezuan  tiba di air port jam 11.50 malam (sendiri jemput).

Pada 2 hb, bermulalah siri penilaian persediaan dan laporan akademik SPA. Selama hampir 6 jam bertumah untuk menilai dalam pelbagai aspek pengurusan akademik dan kurikulum. Fail,   laporan serta temubual bersama pegawai berkaitan rancak dijalankan. Keesokannya pada 3 hb, pematauan verifikasi tentang perkara berkenaan dibuat di PPD Kota Bharu bermula 9,00 pagi hingga 2 petang dengan diakhiri dengan perumusan dapatan berdasarkan skor yang berhujah. Manakala jam 4.00 petang sesi perumusan dibuat di SPA dan berakhir jam 5.30 petang. Pemantaun verifikasi bertujuan menentukan apa yang dibuat di JPN diikut serta dibuat di PPD dan sudah tentunya di sekolah.

Dan jam 6.30 petang menghantar 2 pegawai berkenaan ke airport untuk kembali membawa dapatan ini ke Putrajaya.

Syukur Alhamdullilah, dapatan skor semakin baik dengan peningkatan hampir 8 % jika dibandingkan dengan skor tahun 2011 di mana pegawai penilainya ialah Allahyarham En. Selamon. Peningkatan ini hasil dari pandangan beliau semasa sesi perbincangan selepas itu. (Semoga Allah mencucuri rahmat keapad rohnya),

Seterusnya berbanyak terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat , tanpa komitmen tuan tentulah sukar untuk mendapatkan hasil yang baik ini.Penat tetapi ria.

Monday, October 1, 2012

Betul ke kita ni penduduk biadap?

Negara kita Malaysia melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi masih ada satu yang tidak berubah. Perangai dan amalan kita.

Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.

Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis. 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temujanji, tidak mengamalkan mengucap ” terima kasih ” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.

Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau tidak bukan diri kita?

Sunday, September 30, 2012

PP : KPI Sains 2012 Bersama PPD

PP : KPI 2012 Peperiksaan Awam

Sebenarnya ada titik temu antara kita..

Apabila berada dipentas dengan matlamat politik yang sengaja dipersempitkan semua yang orang buat dah tak betul... pihak aku saja yang betul. Lantas cerca menghina terkadang lebih bercakap konunnya terbaik tetapi diri ibarat kokoh berderai  tetapi ekor penuh tahi. Tetapi mengapa sekiranya kita semua kembali kepada matlamat yang satu kita boleh bersatu.. hati, minda, tenaga dan segalanya. Dan sebenarnya ada titik temu antara kita.

Bantah filem: Pemuda Umno, Wanita PKR kongsi pentas

  • Bernama
  • 10:29AM Sep 30 2012
Beberapa pemimpin politik, ahli akademik dan artis mendeklamasi puisi sempena Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.

Mereka ialah bekas Mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dan personaliti televisyen Wardina Saffiyah.

Masing-Masing menyampaikan puisi, yang antara lain, menyentuh keperibadian dan sejarah perjuangan Nabi Muhammad dalam memartabatkan agama Islam.

Majlis itu diadakan bagi membantah penyiaran filem 'Innocence of Muslims' arahan Sam Bacile, yang jelas menghina Nabi Muhammad serta agama Islam, dan dihadiri kira-kira 500 orang.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.

Jamil Khir, dalam ucapan ringkasnya, berkata kerjasama masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik adalah bukti keseriusan mereka dalam mengutuk sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

Sementara itu, Khairy ketika ditemui pemberita berkata majlis tersebut diadakan susulan perhimpunan bantahan di ibu negara terhadap penyiaran filem berkenaan di laman YouTube.

"Ketika masih ramai umat Islam membantah penyiaran video dan karikatur penghinaan itu, masih ada lagi kartun penghinaan yang sama di Eropah," katanya.

Pada 21 Sept lepas, perhimpunan bagi mengecam filem itu diadakan di depan Kedutaan Amerika Syarikat serta Masjid Jamek Kampung Baru di sini, yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS.

Antara artis yang turut menjayakan program itu ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search.

- Bernama

Saturday, September 29, 2012

Tuanku Baginda Al Sultan Kami



Hari ini 29/9/2012 KDYMM Sultan Muhammad ke V dan Tengku Mahkota mencemar duli menziarahi Tok Guru Nik Aziz di kediaman Tok Guru di Pulau Melaka.
Baginda bersama Tengku Mahkota tiba sejurus solat Asar dan sempat berjemaah bersama-sama Tok Guru di Masjid Pulau Melaka.Sultan yang berjiwa rakyat


ALLAH HU AKBAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh