Mulai 1 hingga 3 Oktober 2012 (Isnin-Rabu), kami warga SPA JPN telah menerima tamu seramai 4 orang pegawai dari KPM yang melakukan lawatan lokasi bagi menjayakan "Penilaian Pengurusan Akademik" bagi JPN dan PPD.Tahun lepas hanya JPN sahaja yang dinilai.
5 pegawai berkenaan, 4 dengan MAS dan 1 berkereta riba di tempat penginapan Khalifa Hotel ( dekat dengan Masjid Muhammadi) selepas insya'.
2 pegawai, Pn. Cik Siti Hasnah dan Pn. Noor Akmar tiba di airport jam 7.50 malam (dijemput oleh Pn. CT Haja.1 pegawai, En. Mohamd Mohd Rashid, tiba di Hotel jam 8.00 malam (berkereta) ,manakala 2 peawai , Hj. Abu Hashim Abu Samad (Ketua) dan En. Rezuan tiba di air port jam 11.50 malam (sendiri jemput).
Pada 2 hb, bermulalah siri penilaian persediaan dan laporan akademik SPA. Selama hampir 6 jam bertumah untuk menilai dalam pelbagai aspek pengurusan akademik dan kurikulum. Fail, laporan serta temubual bersama pegawai berkaitan rancak dijalankan. Keesokannya pada 3 hb, pematauan verifikasi tentang perkara berkenaan dibuat di PPD Kota Bharu bermula 9,00 pagi hingga 2 petang dengan diakhiri dengan perumusan dapatan berdasarkan skor yang berhujah. Manakala jam 4.00 petang sesi perumusan dibuat di SPA dan berakhir jam 5.30 petang. Pemantaun verifikasi bertujuan menentukan apa yang dibuat di JPN diikut serta dibuat di PPD dan sudah tentunya di sekolah.
Dan jam 6.30 petang menghantar 2 pegawai berkenaan ke airport untuk kembali membawa dapatan ini ke Putrajaya.
Syukur Alhamdullilah, dapatan skor semakin baik dengan peningkatan hampir 8 % jika dibandingkan dengan skor tahun 2011 di mana pegawai penilainya ialah Allahyarham En. Selamon. Peningkatan ini hasil dari pandangan beliau semasa sesi perbincangan selepas itu. (Semoga Allah mencucuri rahmat keapad rohnya),
Seterusnya berbanyak terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat , tanpa komitmen tuan tentulah sukar untuk mendapatkan hasil yang baik ini.Penat tetapi ria.
No comments:
Post a Comment