.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, November 22, 2009

Lagu sohor dulu-dulu..



Rilek-rileklah..sekadar halwa telinga..ok

Friday, November 20, 2009

bILA rENUNGkAN hASIL uSAHA kITA.. kITA jUGA bOLEH


Analisis antara beberapa negeri mengenai keputusan UPSR 2009 ( Petikan BERNAMA - 19 Nov 2009)

WPKLUMPUR JUM. PELAJAR 24,826 JUM.PELAJAR 5A/7A 2,725 PERATUS 10.97
P.PINANG JUM. PELAJAR 26,259 JUM.PELAJAR 5A/7A 3,177 PERATUS 12.09
JOHOR JUM. PELAJAR 62,401 JUM.PELAJAR 5A/7A 6,283 PERATUS 10.06
TERENGGANU JUM. PELAJAR 23,944 JUM.PELAJAR 5A/7A 3,664 PERATUS 15.30
KELANTAN JUM. PELAJAR 37,025 JUM.PELAJAR 5A/7A 5,259 PERATUS 14.31

Banyak maklumat yang kita perolehi darinya..antaranya ialah Kelantan boleh menambahkan lagi kualiti dan kuantiti pencapaian 5A/7A untuk masa yang akan datang.Kita mampu ke hadapan melebihi pencaian ini. Cuma tugas kita ialah memberi FOKUS utama kepada AKADEMIK.. Kita ada kekuatan tersendiri..Itulah kehebatan Tuan/Puan, rakan pendidik sekelian

Thursday, November 19, 2009

Lagu sohor dulu-dulu....



Rilek-rilek la...ok

Buah yang semakin manis..UPSR 09 memberangsangkan

Alhamdullilah pada hari ini 19 November 2009 diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009. Dapatan menunjukkan banyak kemajuan dicapai dari segi kualiti dan kuantiti.

Tahniah, saya ucapkan kepada semua yang berjaya. Tanpa penglibatan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru mata pelajaran dan warga sekolah serta sokongan ibu bapa, kecapan kejayaan sukar dirasai. Itulah hasilnya dan seterusnya usaha tekal menyuburkan pokok kejayaan ini kekal menjadi fokus utama. Dengan izin Allah SWT, pokoknya akan menjadi semakin merimbun, menghasilkan buah yang semakin lebat serta masak ranumnya semakin manis untuk dirasai bersama.

Terima kasih untuk semua. Tanpa penglibatan Tuan, tentunya sukar untuk mendapat kejayaan ini.

p/s: Analisis UPSR 2009 akan menyusul nanti.

Tuesday, November 17, 2009

Biotechnology Workshop..The Mathematic Of Life

Alhamdulillah.. pada 15 November 2009 bertempat di Fakulti Agro Industri dan Sains Sumber Alam (FASA) Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa telah berlangsung Bengkel P & P Bioteknology. Bengkel sehari ini (8.30 pagi - 5.30 ptg) adalah anjuran bersama Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysian Biotechnology Information Center (MABIC) dan Universiti Malaysia Kelantan.

Peserta terdiri 20 guru bi0logi/sains sekolah negeri Kelantan di mana pengisian terdiri dari :
1. Ucapan Perasmian oleh Dekan FASA : Prof. Dr. Hj. Ibrahim bin Che Omar
2. Ceramah "Introduction and Application of Modern Biotechnology" oleh Prof. Dr. Awang Soh bin Mamat
3. Hands-on Practical : DNA Extraction, Agarose Gel Electrophore-Sis
4. Perbincangan
BPK diwakili oleh En. Anand manakala JP Kelantan diwakili oleh KPP Sains.

Apa yang saya perolehi dari bengkel ini ialah DNA tidak sama untuk setiap yang hidup di dunia ini. Serta matahari yang menjadi punca tenaga kehidupan manusia melalui fotosintesis menghasilkan satu rumusan matematik kehidupan seperti berikut:
C3 + C3 = C6
C6 + C3 = C4 + C5
C4 + C3 = C7
C7 + C3 = C5 + C5
C3 -> GLUCOSE

Kenapa tiada C1,C2,C8, C9, C10.. ITU LAH HEBATNYA CIPTAAN ALLAH SWT UNTUK KEHIDUPAN MAKHLUKNYA.

Terima kasih kepada semua yang terlibat..

Sunday, November 15, 2009

Bersama GKSM JP Kelantan di Seri Malaysia K Terengganu 11 Nov 09

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang

VISI
“Cakna Pendidikan Kelantan Tersohor 2010”

BACK TO BASIC
”GURU MENGAJAR MURID BELAJAR”

PENGAJARAN
Proses pemindahan ilmu, memperkembangkan potensi individu,membolehkan individu mengaplikasi ilmu serta menyumbang kepada keharmonian diri, keluarga, masyarakat dan negara.

PEMBELAJARAN
Proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan ( memperolehi ilmu,menyimpan ilmu, mencanai ilmu dan menyatakan ilmu dalam bentuk lisan atau penulisan)

TAKRIFAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CEMERLANG
Proses dimana P & P menjanakan pencapaian hasil yang melebihi jangkaan

KEKANGAN UNTUK MENCAPAI HASRAT PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CEMERLANG:
1. Bilangan murid yang tidak menguasai 3M masih tinggi
2. Penguasaan BI masih ditahap rendah
3. Potensi murid tidak dapat ditonjolkan kerana guru kurang mampu mengenalpasti kemampuan muridnya
4. Murid tiada kesedaran diri dan hala tuju di samping kesungguhan kendiri yang rendah
5. Kelemahan guru menggunakan pelbagai pendekatan untuk memudahkan objektif P & P dicapai
6. Guru terlalu mengutamakan usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan tidak mengambil kira penguasaan murid
7. Guru bukan opsyen tidak menguasai subjek yang diajar
8. Sistem pemantuan dan bimbingan guru kurang mantap

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
KEKANGAN BERKENAAN DAPAT DIATASI DENGAN:
1. Pendekatan P & P yang dipermudahkan melalui perkongsian pengalaman dengan guru-guru yang telah menghasilkan kemajuan
2. Penggunaan pelbagai strategi, teknik dan kaedah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme dan berasaskan kecerdasan pelbagai.
3. Aktiviti-aktiviti yang dapat mencungkil dan memperkembangkan potensi murid
4. P & P yang menarik, seronok,disukai murid dan boleh mencapai matlamatnya.

KOMPONEN PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH
Set Induksi -> Kandungan -> Aktiviti -> Penilaian -> Pengayaan/Pengukuhan/Pemulihan -> Perkembangan

Pembelajaran yang menarik minat murid hasil daripada:
Projek /Kuiz / Bercerita / Eksperimen / Permainan / Nyayian

BAGAIMANA PEMBELAJARAN BERLAKU:
10 % - Apa yang kita BACA
20 % - Apa yang kita DENGAR
30 % - Apa yang kita LIHAT
50 % - Apa yang kita DENGAR dan LIHAT
70 % - Apa yang kita BINCANG dengan orang lain
80 % - Apa yang kita ALAMI sendiri
95 % - Apa yang kita AJAR kepada orang lain

KANDUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CEMERLANG
1. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ( RPH )

1. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
Mengandungi isi pengajaran dan pembelajaran secara ringkas berdasarkan Sukatan Pelajaran, KPM.
Perlu akur kepada Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) dan Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999

RPT hendaklah mencakupi:
1. Tempoh Masa
i. mempunyai tempoh masa pelaksanaan dalam setahun
ii.membuat agihan mengikut minggu
iii.mengikut takwim sekolah

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
2. Kemahiran
i. Kemahairan yang perlu dikuasai mengikut subjek
ii.Pendekatan pembelajaran menggunakan Modul PPK hendaklah dinyatakan dalam ruang catatan
3. Objektif Pembelajaran
i. Penyataan Umum tentang hasil pembelajaran
ii.Penyataan tentang kamahiran , konsep,idea dan fakta umum yang dikuasai oleh murid
4. Hasil Pembelajaran
i. Penyataan yang menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar
ii. Petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
iii. Dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan
iv. Menyatakan perkara yang murid tahu dan boleh buat atau jangkaan perkara yang murid tahu dan boleh buat setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran mereka
5. Sukatan Pelajaran Dan Huraian Sukatan Pelajaran
i. Pengisian kandungan rancangan mesti mengikut SP dan HSP
ii. RPT mesti lengkap sebelum P & P bermula pada awal tahun

2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
Merupakan terjemahan kepada RPT
RPH Mengandungi :
1. Objektif
i. Merupakan hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam bentuk perlakuan , boleh diukur serta merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai
ii. Mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid
2. Aktiviti
i. Cara mencapai objektif hasil pembelajaran bersesuaian dengan keupayaan murid
ii. Jumlah masa yang diperlukan
3. Pengisian P & P (mengiku urutan)
i. Set Induksi
ii. Isi pelajaran ( disampaikan melalui aktiviti)
iii.Pemulihan, pengayaan dan pengukuhan
iv. Penerapan Nilai
v. Penilaian (dilaksanakan samada dihujung atau secara berterusan dalam P & P untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid)
vi. Penutup

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
4. Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bahan Sumber ( BS )
i. Bahan atau alat yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang digunapakai dari permulaan pengajaran hingga akhir pembelajaran harian tersebut.
Ii. Bahan bantu mengajar boleh dalam bentuk manual atau ICT
5. Refleksi
i. Satu penyataan bertulis dalam bentuk impak atau kesan terhadap pencapaian objektif P & P yang boleh diukur
ii. Ukuran boleh dinyatakan dalam bentuk bilangan atau peratus
iii.Dicatat selepas selesai setiap sesi P & P
SET INDUKSI
Satu pengenalan atau pendekatan pengajaran untuk menarik perhatian serta menyediakan minda murid untuk mengikuti P & P seterusnya.
i. memperuntukan masa tidak lebih daripada 5 minit
ii.menarik perhatian dan merangsang minat murid bagi menyertai aktiviti P & P secara aktif
iii. memberi gambaran awal untuk mengukuhkan hasil pembelajaran murid
iv. Memastikan pendekatan boleh dikaitkan sama ada dengan pelajaran lepas , isu semasa, persekitaran atau pengetahuan sedia ada
v. mengambil kira tahap kebolehan dan keuapayaan murid agar menjadi lebih bermakna sejajar dengan minat dan potensi murid
vi. Menggunakan sama ada bahan-bahan maujud (konkrit), bahan media, ICT dan lain-lain.
vii. Meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sedia menerima pelajaran
viii.membolehkan wujudnya rasa ingin tahu dikalangan murid
ix. Menggunakan satu-satu situasi mencabar pada permulaan P & P

PENYAMPAIAN DAN PERKEMBANGAN PELAJARAN
Guru menyampaikan pengajaran dengan:
i. menggunakan pendekatan dan kaedah berpusat murid
ii. Melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid
iii. Menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pengajaran
iv. Menggunakan pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas daripada mudah kepada kompleks dan daripada konkrit kepada abstrak
v. melaksanakan aktiviti yang mengambil kira pelbagai kecerdesan seperti verbal-linguistik, muzik, logik-matematik, interpersonal, intra personal, visual-ruang, kinestetik dan naturalis
vi. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
vii. menggunakan alat, bahan dan sumber P & P yang relevan sesuai dan berkesan

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
TEKNIK PENYOALAN GURU
Satu cara untuk mengenalpasti dan menilai keberkesanan P & P di samping meningkatkan kawalan bilik darjah dan disiplin murid
Teknik penyoalan boleh dilakukan dengan cara:
i. mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif berdasarkan Taksonomi Bloom ( Pengetahuan -> Kefahaman -> Aplikasi -> Analisis
-> Sintesis -> Penilaian )
ii. Menyususn aras soalan daripada mudah kepada sukar
iii. Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah
iv. Mengemukan soalan yang jelas maksudnya dan mudah difahami
v. Melibatkan semua murid
vi. Memneri masa untuk murid berfikir
vii. Mencungkil jawapan daripada murid
viii. Mengalih arah soalan kepada murid-murid lain jika murid tidak boleh menjawab
ix. Memberi respons positif terhadap jawapan murid

ALAT BANTU MENGAJAR DAN BAHAN SUMBER (BS) P&P
Bertujuan memudah pengajaran,meningkatkan pemahaman murid serta menjadikan P & P lebih menarik serta menyeronokkan

Saranan Untuk Guru:
i. Memilih ABM dan BS yang relevan dengan objektif P & P
ii. Merancang ABM dan BS agar dapat digunakan secara berkesan terutaman untuk menjelaskan sesuatu konsep
iii. Mempelbagaikan penggunaan ABM dan BS seperti carta,CD,akhbar dan majalah
iv. Menyediakan ABM dan BS secukupnya
v. Menggunakan buku teks secara maksimum dan berkesan
vi. Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
vii.Mengutama ABM dan BS yang dapat melibatkan penyertaan ramai murid
viii. Elakkan mengguna ABM dan BS yang mengandungi maklumat tidak tepat atau tidak berkesan
ix. (dari segi teknikal), ABM dan BS harus mengandungi imej,dialog atau penceritaan yang jeklas dan mudah difahami
x. BS hendaklah sesuai dengan nilai-nilai semasa yang tidak menimbulkan kontroversi agama dan bangsa contohnya biar lambat asal selamat, better late than never

PENGGUNAAN BUKU TEKS
Penggunaan Buku Teks diwajibkan sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) , KPM:
i. SPI 12/1999- Penggunaan Buku Teks, Bulu Latihan dan Aktiviti yang diperakukan. Keingkaran boleh dikenakan tindakan Tatatertib.
Ii. SPI 1/2000- Penggunaan Buku Teks di sekolah rendah dengan kebenaran menggunakan Buku Kerja Tambahan

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
Kenapa Buku Teks perlu digunakan:
i. merupakan sumber asas P & P
ii. murid memahami konsep dan kewmahiran
iii. dapat membantu guru mentafsir HSP
iv. Dapat membantu guru merancang aktiviti P & P
v. dapat membantu guru dan murid menyedia dan menggunakan latihan untuk pengukuhan
vi. Dapat membantu guru membuat pentaksiran

MODUL PEMBELAJARAN (PPK)
Terdiri dari 12 Modul bertujuan untuk membantu guru-guru di sekolah mempelbagai pendekatan P & P. Guru perlu mengamalkan pendekatan yang dicadangkan . Modul berkenaan ialah:
i. Pembelajaran Masteri
ii. Pembelajaran Akses Kendiri
iii. Penilaian Kendalian Sekolah
iv. Belajar Cara Belajar
v. Kajian Masa Depan
vi. Konstruktivisme
vii. Kontekstual
viii. Inkuiri Penemuan
ix. Menghayati Kurikulum Sains
x. Kemahiran Berfikir
xi. Teori Kecerdasan Pelbagai ( 8 Kemahiran )
xii. Pengajaran dan Pembelajaran
P & P MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI, PENDEKATAN DAN KAEDAH
P&P yang lebih cemelang juga dapat dihasilkan melalui pendekatan pelbagai strategi seperti:
i. pembelajaran interaktif
ii. Pembelajaran koperatif
iii. Eksperimen
iv. Perbincangan
v. simulasi
vi. Projek
vii. Sumbangsaran
viii. Kajian lapangan

Melaluinya, potensi murid bukan sahaja dapt dicungkilkan dan dikembangkan malah guru dapat mengenal pasti kecerdasan mereka.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
PENERAPAN NILAI
Penerapan nilai-nilai murni tidak boleh diabaikan. Ia perlu diterapkan dalam semua mata pelajaran.Melaluinya, murid bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi kaya dengan nilai-nilai murni.
Penerapan Nilai Murni boleh dilaksanakan secara:
i. Langsung- menggunakan petikan-petikan, cerpen dan puisi yang kaya dengan niali-nilai murni.Nilai murni ini tersirat atau tersurat yang perlu di tonjolkan oleh guru secara kritis, analitis dan sintesis ketika melaksnakan P & P
ii. Tidak Langsung – diterap melalui program-projek (Contoh: gotong-royong, lawatan, kuiz, perbahasan,syarahan)

PENILAIAN
Penilaian P & P boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sama ada pada awakl, pertengahan atau setelah selesai sesustu P & P.

Mengapa Perlu Penilaian P & P:
i. mengesan pencapaian murid
ii. Mengenal pasti jenis murid
iii. mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belum
iv. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran
v. menentukan tindakan susulan

Kaedah Penilaian:
1. Lisan
2. Penulisan

PERINGAKAT PENILAIAN DALAM P & P
i. Penilaian Serta-merta
- Dijalankan sepanjang sesi P & P melalui pemerhatian terhadap tindakbalas, penglibatan dan hasil kerja
ii. Penilaian Kemajuan
- Dijalan selepas mengajar sesuatu kemahiran atau unit pengajaran.Dilaksanakan dalam satu-satu proses P & P yang menerapkan pelbagai kemahiran dan boleh dilaksanakan secara lisan, bertulis dan hasil kerja

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
TINDAKAN SUSULAN
Merupakan proses penambahbaikan berdasarkan penilaian yang dilakukan.HeadCounts dan Post Mortem adalah alat penilaian.
Dapatan dan keputusannya perlu kepada tindakan susulan untuk mengelakkan berlaku Defisit Pembelajaran

Tindak Susul melibatkan:
1. Aktiviti Pemulihan - aktiviti pengajaran yang bertujuan untuk menolong murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dengan cara:
i. mengajar semula dengan kaedah yang berbeza
ii. Memperbetulkan perlakuan yang salah
iii. Menggunakan lebih banyak bahan visual
iv. Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan
Bila perlu aktiviti pemulihan ini?.. Iaitu Apabila murid
i. kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik atau konsep
ii. Sering melakukan kesilapan
iii. Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pengajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya
iv. Tidak menghadiri kelas dalam beberapa waktu atau hari
v. Pemulihan Khas (murid tidak menguasai kemhiran menulis, membaca dan mengira)
vi. Pendidkan Khas bagi murid yang menghadapi masalah serius (IQ rendah) dan gangguan emosi (perlu pengesahan doktor)

2. Aktiviti Pengukuhan - aktiviti pengajaran yang bertujuan untuk menguatkan lagi pemahaman dan memperkukuh penguasaan hasil pembelajaran.Aktiviti ini mempunyai hubungan secara langsung dengan kemahiran asas yang sedang dipelajari.
Aktiviti ini perlu kepada perancangan dan penggredan aktiviti berdasarkan kebolehan murid. Murid perlu melaksanakan aktiviti pemulihan ini dengan:
i. menggunakan modul Belajar Cara Belajar
ii. Membina perkataan baru daripada kad tugasan yang diberikan
iii. Membuat pengelasan
iv. Merekacipta

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
3. Aktiviti Pengayaan - aktiviti pengajaran tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar bertujuan untuk mengesan murid pintar dalam mengasah bakat dan kreativiti.

Antara matlamat aktiviti pengayaan:
i. melatih murid meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah
ii. Menggalakkan murid memahami sifat dan skop yang luas lagi menyeluruh
iii. Mengaplikasi hasil pembelajaran
iv. Mengembangkan daya kreativiti murid
v. menggalakkan murid menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan seharian

Cadangan aktiviti:
i. memberi latihan yang lebih mencabar dengan mengaplikasi kemahiran belajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
ii. Memberi latihan dalam pelbagai bentuk
iii. Membuat projek
iv. Membuat rujukan kajian dan kajian lapangan

PENGURUSAN BILIK DARJAH & MAKMAL SAINS
- Mesti diurus dengan sempurna supaya P & P berjalan lancar dan berkesan melalui:
i. Organisasi bilik darjah/makmal – murid telah menyediakan papan tulis dan bilik darjah yang bersih kemas dan teratur.
ii.Kesediaan diri murid untuk belajar-suasana tenteram, bersedia disegi mental dan fizikal, emosi serta peralatan untuk belajar.
Iii. Adab belajar – mendisplin murid dengan adab belajar:
- mendengar arahan dan pengajaran guru
- menemukkan jawapan , idea dan respons secara sopan
- mengambil bahagian secara aktif dalam aktivitiP & P yang dilaksanakan
- tidak menyampuk ketika guru mengajar dan rakan memberi respons serta membuat pembentangan
- tidak mengganggu P & P yang sedang berjalan seperti keluar masuk tanpa kebenaran guru, membuat bising dan menganggu rakan.

PERWATAKAN DAN PERANAN GURU
Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesuatu P & P.Perwatakan guru mesti menarik dan positif dengan cara:
- berpakaian sesuai, kemas, bersih (Patuhi SPI/Surat Siaran)
- berinteraksi secara sopan menggunakan nada suara yang sesuai
- mewujudkan suasana riang yang merangsangkan pembelajaran
- menepati masa
- mengenali semua murid dan prihatin terhadap keperluan mereka
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
- bersifat mesra, ceria,mudah didekati,sedia membantu tetapi TEGAS
- menggunakan unsur kecindan dalam situasi yang sesuai

PENGLIBATAN MURID
Murid perlu dilibatkan secara langsung dan aktif dalam proses P & P. Tugas guru sebagai pembimbing dan bertindak sebagai fasilitator dengan melatih dan membudayakan murid:
i. membawa peralatan atau bahan yang diperlukan
ii. Membuat persediaan awal
iii. Membuat catatan daripada pengajaran guru
iv. Mengemukakan soalan atau pendapat secara spontan
v. membuat rujukan spontan
vi. Menjalankan aktiviti yang dirancangkan oleh guru
vii. Berinteraksi aecara aktif dengan guru, murid lain dan bahan
viii. Memberi respon yang sesuai terhadap soalan dan latihan
ix. menunjukkan kemahiran melaksanakan gerak kerja kumpulan

LATIHAN DAN TUGASAN
Perlu diberikan kepada murid bagi tujuan:
- menilai kefahaman, penguasaan dan penghayatan pembelajaran mereka serta keberkesanan pengajaran guru
- sebagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

Skop Latihan dan Tugasan yang perlu diberi kepada murid hendaklah mengambil kira faktor-faktor berikut:
i. mengikut keupayaan dan kebolehan murid
ii. Jumlah yang mencukupi dari cakupan isi pelajaran yang diajar untuk tujuan pengukuhan
iii. Mempelbagaikan jenisnya
iv. Tugasan yang berkait dengan tajuk yang dipelajari
v. menekan kan prosedur dan arahan dalam membuat tugasan

PENEGUHAN DAN PENGIKTIRAFAN
satu kaedah untuk memotivasikan murid secara sistematik dan berterusan semasa P & P :
i. memberi pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan kepada pelakuan yang baik
ii. Memberi teguran yang bersesuaian terhadap perilaku negatig murid
iii. Mempelbagaikan perkataan, ungkapan atau isyarat peneguhan bersesuaian dengan murid

Contoh:
- Beri Tepukan, pujian dan kata rangsangan ( tahniah, hebat,great, excellent, well done,congtratulation dll)
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang

- Bintang – ditulis tangan oleh guru di dalam buku latihan murid
- Pelekat – ditampal dalam buku latihan ketika semakan
- Sijil - diberi ketika perhimpunan dan majlis khas

PEMERIKSAAN LATIHAN/TUGASAN MURID
Latihan / Tugasan yang diberi kepada murid hendaklah diperiksa oleh guru dengan mengambil kira aspek-aspek berikut:
i. kekerapan pemeriksaan latihan sesuai dengan keperluan dan dilaksanakan dalam tempoh masa munasabah
ii. Ulasan perlu diberi untuk memotivasikan murid
iii. Murid diberi penghargaan mengikut hasil kerja mereka
iv. Pemeriksaan hendaklah membolehkan murid mengetahui kesalahan dan kesilapan mereka supaya dapat membuat pembetulan

Murid melaksanakan latihan/tugasan dengan :
i. menepati masa
ii. Lengkap,kemas dan bersih
iii. Membuat latihan dengan betul
iv. Membuat pembetulan bagi latihan yang salah
v. menepati format dan prosedur latihan dan tugasan

PENUTUP P & P
Amat penting bagi melihat keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran murid.Beberapa prosedur yang sesuai hendaklah digunakan untuk menilai sama ada objektif P & P tercapai atau tidak.

Prinsip Penutup P & P
i. seharusnya bermakna kepada murid terutama dari segi minat, kebolehan dan umur mereka
ii. Berkaitan dengan isi dan objektif P & P
iii. Hendaklah mewujudkan pertalian di antara pengetahuan sedia ada, pengalam murid dan konsep baru yang akan dipelajari
iv. Haruslah ada kaitan dengan aspek pelajaran yang telah dipelajari

Penutup P & P boleh dilaksanakan melalui beberapa pendekatan seperti:
i. Penutup kognitif – rumusan dijalankan sama ada oleh guru atau murid berdasarkan penilaian secara lisan atau tulisan

ii. Penutup sosial – membuat kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan menyediakan mereka untuk pelajaran akan datang.
Contoh
“ hingga jumpa lagi”
“ Terima kasih dan saya bangga kerana penglibatan aktif anda”
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang

“ Have a nice day”
“ Enjoy your next lesson”
“Thank you for lending your eyes and ears”

SEMAKAN ATAU PENILAIAN KENDIRI
Bertujuan membantu guru menilai dan membuat penambahbaikan kepada P & P sendiri menggunakan instrumen yang dibina sendiri atau kepimpinan sekolah.
Lihat contoh di lampiran A

RUMUSAN
Penghasilan P&P cemerlang yang menggunakan 12 modul , Konten (SP/HSP) serta pelbagai pendekatan lain diharap dapat membantu guru mempertingkatkan kualiti P & P.

CADANGAN
- Pentadbir perlu mewujudkan sistem pemantauan dan pencerapan P & P yang sistematik
- Penglibatan dan komitmen yang tinggi oleh semua guru sains matematik
- Guru membuat pelbagai inovasi dan penambahbaikan P & P
- Guru sentiasa dirangsang dan digalakkan untuk mengemaskini pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan serta bahan rujukan
- Guru diberi peluang menyertai seminar, persidangan dan kursus sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

SEKIAN

Terima kasih dari :

Wan Mohamed Zuri Bin Wan Abdullah
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Kelantan
07November 2009

http://sains4u.blogspot.com/

Lampiran A
1.
SEMAKAN KENDIRI
PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Tandakan ”_/ ” pada pernyataan yang menggambarkan perkara yang anda lakukan:
1. Berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran ( )
2. Dirancang untuk sepanjang tahun persekolahan semasa (mesti) mengikut takwim sekolah ( )
3. Diagihkan kepada mingguan dalam masa setahun ( )
4. Mencatatkan jenis-jenis modul yang akan digunakan dalam ruang catatan ( )
5. Menastikan rancangan pelajaran tahunan lengkap sebelum P & P bermula pada awal tahun ( )
6. Diserahkan kepada Guru Kanan / Ketua Panitia untuk disemak dan ditandatangani ( )

2.
SEMAKAN KENDIRI
PERWATAKAN DAN PERANAN GURU

Tandakan ”_/ ” pada pernyataan yang menggambarkan diri anda:
1. Pakaian sentiasa sesuai, kemas,bersih, mematuhi arahan dan surat pekeliling ( )
2. Berinteraksi secara sopan, menggunakan nada suara yang sesuai ( )
3. Mewujudkan suasana riang yang merangsangkan pembelajaran ( )
4. Menepati masa ( )
5. Mengenali semua murid ( )
6. Perihatin terhadap keperluan mereka ( )
7. Bersifat mesra, mudah didekati ( )
8. Mempunyai kesediaan mendengar yang tinggi ( )
9. Sedia membantu murid ketika diperlukan ( )
10. Sedia membantu rakan sejawat tanpa syarat ( )

3.
SENARAI SEMAK
PENYAMPAIAN DAN PERKEMBANGAN PELAJARAN

Tandakan ”_/ ” pada pernyataan yang menggambarkan diri anda ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran:
1. Mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas (daripada mudah kepada
kompleks, daripada konkrit kepada abstrak) ( )
2. Menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan harian murid ( )
3. Menggunakan bahasa ( laras dan istilah) yang mudah dan tepat ( )
4. Menjalankan ativiti yang memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pengajaran ( )
5. Menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan sesuai ( )
6. Menggunakan BBM/ICT /laman Web. ( )
7. Menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah –berpusatkan murid ( )
8. Melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid ( )
9. Melaksanakan aktiviti yang mengambil kira Pelbagai Kecerdasan (verbal-linguistik, muzik,
Logik-matematik, interpersonal,intrapersonal,visual-ruang,kinestetik, naturalis) ( )
10. Melaksanakan aktiviti yang melibatkan pelbagai deria ( )
11. Mengatasi defisit pembelajaran –mencuba sesuatu yang baru-inovasi ( )
12. Menggalakkan murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa
Bergantung pada arahan guru ( )
13. Menerapkan kemahiran berfikir ( )
14. Melaksanakan pendekatan integrasi merentas kurikulum (bahasa, alam sekitar,sains &
Teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan dan kekeluargaan) ( )
15. Luwes (fleksibel) mengikut situasi ( )
16. Penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk lisan/penulisan/
Pemerhatian.

Untuk dikongsi dan dilaksanakan bersama demi mencapai kecemerlangan..Terima kasih

Monday, November 9, 2009

Mesyuarat Penggumpulan dan Pelaporan Data e-Cakna Fasa 2 2009

Tarikh : 8-10hb November 2009
Tempat: Kesedar Inn, Gua Musang
Kehadiran : 26 orang
(Pegawai JPN/PPD/Pegawai Data)

Friday, November 6, 2009

MESYUARAT PERANCANGAN 2010 BERSAMA BPK

Pada tanggal 3-5 Novemner 2009, Unit Sains, Unit Matematik dan Unit Sains Elektif Bahagian Pembangunan (BPK), Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan mesyuarat pelaporan dan perancangan aktiviti tahun semasa dan tahun 2010. Mesyuarat yang berlangsung di MayTower Apartment, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur telah memberi fokus kepada perkara berikut untuk dimantapkan lagi pelaksanaanya mulai tahun depan.

Antaranya:
1. Melaksanakan Transformasi Kurikulum Sains Matematik
2. Persedian Tahun 2012 untuk Dasar Baru MBMMBI menggantikan Dasar PPSMI yang akan tamat pada tahun 2011 di mana Buku Teks akan kembali disediakan dalam tiga bahasa BM, BC dan BT.
3. Melaksanakan LINUS bagi menggantikan KIA2M dan PROTiM
4. Memantapkan penguasaan konten dan pendekatan pelbagai pedagogi P & P
5. Memastikan P & P menggunakan alat teknologi dalam menarik minat dan menyeronokan murid belajar-(Kalkulator Grafik/GSP/Abakus)
6. Amali Sains diberi penekanan dalam P & P Sains- KPS dan Pengurusan Makmal
7. Pengunaan Bahan Sumber P & P oleh guru-murid yang di up load oleh BPK dalam lamannya
8. Pengamalan Best Practices di kalangan guru
9. Penggunaan Peruntukan PCG Sains Matematik dalam ABM Panitia
10. Memperkasakan Panitia da Fungsinya
11. Buku Rancangan Mengajar dengan mengikut kaedah yang betul antara yang ditulis dan yang diajar dalam bilik darjah
12. Pelaksanaan Kursus Orientasi Mata Pelajaran melibatkan semua guru Sains dan Matematik
13. Penerusan Pelaksanaan Kerja Kursus Matematik Tambahan - kini menjangkau hampir satu dekad
14. Pelupusan Peralatan / Bahan Merbahaya Sains mengikut prosedur yang betul
15. Program Pemantauan dan Bimbingan Berterusan oleh KPM/JPN/PPD

Kini pihak BPK juga sedang menyiapkan Buku baru "Garis Panduan Pengurusan Makmal Sains" serta "Senarai Peralatan dan Bahan Amali" berdasarkan kehendak terkini di mana hampir sepuluh tahun tidak di buat semakan mengenainya.

Mesyuarat ini juga diisi dengan laporan 3 JPN iaitu:
1. JP Kelantan- Program e-Cakna/Cuit Sikit
2. JP Terengganu - Status penggunaan Abakus dalam P & P Matematik
3. JP Johor - Penggunaan PCG Sains Matematik

Ahli mesyuarat adalah semua Ketua Penolong Pengarah Sains dan Ketua Penolong Pengarah Matematik atau wakilnya dari 16 JPN. JP Kelantan telah diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Sains dan Ketua Penolong Pengarah Mateamtik.

Dari apa yang dihasratkan ini, JPN melalui PPD memohon GK Sains Matematik dan semua guru sains dan matematik sentiasa dapat bersama untuk menjayakannya.Tanpa komitmen Tuan/Puan, sukar untuk mendapat kejayaan sebagaimana yang diidamkan.

Terima kasih Tuan/Puan semua..

Thursday, November 5, 2009

Renung-renungkan lah..

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok)
kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

Sunday, October 18, 2009

Kata Tokoh Kita YBM Tengku Razaleigh


"Perubahan ini tidak mungkin terjadi tanpa perjuangan," katanya dalam ucapan kira-kira setengah jam bertemakan 'Memori, Bangsa dan Harapan' ketika melancarkan buku Multiethnic Malaysia: Past, Present and Future di Cheras pagi tadi.

"Dengan membataskan media cetak, kita hanya berjaya membebalkan, supaya mereka yang bergantung pada media massa bercetak dan saluran televisyen sebenarnya yang tidak cukup maklumat," katanya lagi.

Sekitar Mesyuarat SPA 2009


Assalamulaikum!

Alhamdulillah pada 16-18 Oktober 2009 (Jumaat-Ahad) bertempat di YT Midtown telah berlangsung mesyuarat tahunan Sektor Pengurusan Akademi Jabatan Pelajaran Kelantan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs Tn.Hj. Mohd Adnan Mohd. Noor memberi fokus berikut untuk pelaksanaan tahun 2010:
1. Prasekolah 2.Kelas Tahun 1,2 dan 3 3. Kelas Tingkatan 1,2 dan 3 4.Kelas Sesi Petang 5. Perkasa Panitia 6.Soalan Pecutan Subjek Peperiksaan 7.Mantap e-Cakna 8.Perancangan Tahunan Unit 9. Program Turun Padang 10.Program Khas KPM (Kalkulator Grafik/Geometer Skecthpad(GSP)/Kelas Intervensi Awal 2 M (KIA2M)/Skim Bantuan Tuisyen (SBT)/Skim Tuisyen Felda(STF)/Dasar 60:40/Kelas Rancagan Khas(KRK) 11.Mantap Headcount dan Post-Mortem 12. Pegawai/Guru/Pelajar bernafsu 13.Pegawai Berani 14. Intergriti 14. Team-work 15.Sekolah Angkat 16.Program Risik Khabar (SMT/SMKA/SRKHAS/SABK/SMK/SK/SMJKC/SJKC/SJKT 17. Pegawai Meja Peperiksaan Awam

Pengisian mesyuarat:
- Ucapan Pengerusi
- Perbengkelan Dalam Kumpulan Mengikut Unit - (Saya di amanahkan Menjadi pengerusi untuk kumpulan Sains dan Matematik bersama semua Pegawai Sains dan Matematik JPN/PPD)
- Pembentangan Unit

Terima kasih kepada semua rakan dari Unit dan semua yang terlibat. Kita bekerja untuk mencapai matlamat yang sama dengan menepati visi " Cakna Pendidikan Kelantan Tersohor 2010"

Monday, October 12, 2009

Sama Darjat Beza Munajat

Two Presidents of two Muslims countries
Pakistani president Mr. Parveez Musharaf
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Iranian President Mr. Ahmedinejad
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

8.
Yang mana satu menjadi pilihan?..

Friday, October 9, 2009

Renungkanlah....

Khutbah Jumaat 9 Okt 2009 Cabaran Bencana Alam Dan Sikap Muslim Dalam Menghadapinya

Email : Saadiah Awek

Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
9 Oktober 2009 / 20 Syawal 1430

Maasyiral Muslimin Rahimakumullah, Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa dan sentiasa mengerjakan
kebaikan dan amal soleh. Semoga dengannya, kita mendapat kemuliaan dan kejayaan hakiki, Amin.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati,
Islam menyeru kita agar membuka segala pancaindera; penglihatan, pendengaran dan yang lain, agar kita sentiasa melihat sekeliling dan memahami alam dan dunia kehidupan kita. Keagungan dan kebesaran alam ciptaan Allah s.w.t. pasti tampak jelas bagi mereka yang merenunginya. Di sebalik kehebatan dan keagungan ciptaan Tuhan, tampak kecil dan kerdilnya kita sebagai manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah Yunus ayat ke 101,

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w), perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi (yang membuktikan kekuasaan Allah), dan tidaklah ia dapat memberi faedah kepada orang-orang yang tidak beriman.

Saudaraku sekalian,
Wujudnya kita tidak dapat dipisahkan dari alam sekeliling. Bahkan, keadaan kehidupan kita sangat terkait dengan setiap perubahan yang berlaku padanya. Bayangkan betapa kita perlu menyesuaikan diri apabila cuaca menjadi semakin panas, atau hujan turun menyebabkan banjir. Lihat bagaimana kehidupan sesuatu masyarakat berubah dengan dasarnya apabila paras air laut mula meningkat, seperti yang menjadi keprihatinan di kepulauan Maldives. Kerana itu, di antara tanggungjawab kita sebagai Muslim adalah untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya.

Contohnya, kita dilarang membazir sumber-sumber alam semulajadi, seperti air, tenaga dan sebagainya. Nabi s.a.w pernah bersabda kepada Saad bin Abi Waqqas ketika beliau berwudhu' yang bermaksud, "Pembaziran apakah ini wahai Saad? Lalu beliau bertanya, "Adakah dalam hal berwudhu pun ada pembaziran? Sabda Nabi s.a.w, "Ya, walaupun kamu berwudhu di tebing sungai yang mengalir airnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Saudaraku sekalian,
Jika kita memerhatikan dengan insaf, kita akan merasakan bahawa perubahan pada alam sekitar lebih kerap berlaku dewasa ini. Bahkan, perubahan ini berlaku dengan kesan yang besar pada kehidupan manusia. Contohnya, sekarang ini, berlaku lebih banyak gempa bumi, tsunami, banjir, tanah runtuh, wabak penyakit dan lain lagi. Manusia hilang harta benda, bahkan tidak kurang yang terkorban dalam peristiwa-peristiwa sedemikian.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh World Bank Study, bencana alam telah meningkat kepada 30% semenjak tahun 1990. Peningkatan ini datang dari bencana yang berkaitan dengan perubahan cuaca. Kita melihat dan merasakan sendiri bagaimana berlaku gempa bumi.

Bagi orang-orang yang beriman, ia pasti menginsafkan kita. Keimanan kita mengajar kita bahawa setiap musibah yang berlaku yang bukan dari perbuatan manusia sendiri sebenarnya adalah dengan ketentuan Allah s.w.t. Pergerakan plat tektonik yang menyebabkan gempa, pergerakan awan tebal yang menurunkan hujan yang lebat, perbezaan tekanan (pressure) di udara yang menyebabkan tiupan ribut taufan, adalah berlaku dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 22:

Maksudnya: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan dibumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab kami (pengetahuan kami) sebelum kami jadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".
Begitu juga firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-An'aam ayat ke 17,

Maksudnya: Dan jika Allah menimpakan kamu dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia, dan jika Dia melimpahkan kebaikan, maka Dia-lah Maha Kuasa atas tiap sesuatu.

Saudaraku sekalian,
Namun, mungkin kita bertanya, mengapa ia berlaku di suatu tempat, menimpa satu masyarakat dan negara, dan bukan orang yang lain? Pastinya, apa yang berlaku adalah ujian untuk menilai tahap keimanan dan kesabaran seseorang hamba-Nya. Peristiwa sedemikian juga mengajak kita bermuhasabah diri untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah. Mereka yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t., maka ianya sebagai peringatan serta peluang untuk kembali bertaubat dan mengukuhkan keimanan. Firman Allah s.w.t, dalam surah al-Baqarah ayat 214:

Maksudnya: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu?. Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya) sehinggalah berkata rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat".

Saudaraku sekalian,
Musibah sedemikian juga menguji tahap persaudaraan kita. Adakah kita menyayangi mereka yang terjejas seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri? Adakah kita membantu mereka sedaya upaya kita dan mendoakan mereka? Di sini peranan usaha-usaha kemanusiaan sangat penting. Sebagai umat Islam, kita perlu sama-sama menyokong dan mendokong segala usaha tersebut, demi semangat hubungan kemanusiaan yang baik seperti yang diajarkan Islam.

Begitu juga, musibah sedemikian mengingatkan kita bahawa kehidupan kita ini, terutama hari ini, penuh dengan ketidak-tentuan. Apa sahaja boleh berlaku. Makanya, janganlah kita menangguhkan kebaikan yang ingin kita lakukan. Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Jika berlaku hari kiamat dan di tangan kamu ada sebutir benih, maka taburkanlah benih itu." (Hadis riwayat Imam Ahmad) Begitu juga, dosa, kesilapan, dan semua perbuatan yang tidak baik, dan masing-masing kita mengetahuinya, yang ingin kita tinggalkan, maka janganlah kita berlengah-lengah untuk meninggalkannya.

Lahirkan rasa kasih sayang dan berbaik-baik dengan orang yang kita sayangi, ahli keluarga, teman dan sebagainya. Ramai kita yang menyesal tidak sempat berterima kasih, tidak sempat meminta maaf, tidak sempat mengatakan kasih dan sayang kepada mereka. Kita juga perlu terus berdoa kepada Allah agar kita sentiasa dipeliharanya dari musibah dan bala'.

Sidang Jumaat sekalian,
Namun, ada bencana yang berpunca dari perbuatan manusia sendiri. Contohnya, proses industrialisasi menyebabkan pembakaran karbon lantas menyebabkan kesan "greenhouse" dan menaikkan suhu darjah dunia. Membakar hutan juga boleh menyebabkan kerosakan pada alam ini. Sikap penggunaan sumber-sumber alam dengan boros dan berlebihan juga akan menyumbang ke arah alam yang semakin sakit dan melarat. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Rum ayat ke 41 yang bermaksud, "Telah timbul kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia."

Oleh itu, sesuai dengan ajaran Islam, kita masih lagi mempunyai tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik. Itulah amanah yang kita perlu pikul bersama. Bukan sahaja terhadap diri kita dan keluarga, bahkan kepada alam sekitar yang mana kita menikmati keindahan dan segala kemudahannya.

Semoga kita menjadi manusia yang bersyukur kepada Allah di atas
nikmat-nikmat ini, lantas menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya, sesuai
dengan visi menjadi umat pembawa rahmat buat seluruh alam, Amin.


Renungkan lah...

Tuesday, October 6, 2009

Kami Meraikan Tetamu VIP

Pada tanggal 4 September 2009 (Ahad),bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menerima tetamu istimewa dari Negeri Perlis Darul Kayangan. Tetamu yang dimaksudkan ialah rombongan Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis yang melakukan lawatan kerja ke Jabatan Pelajaran Kelantan. YABrs Tuan Hj. Mansur bin Lat, Pengarah dan YBrs. Tuan Hj. Abdul Hadi bin Harun, Timbalannya bersama 7 pegawai pengurusan tertinggi telah diberi sambutan meraih oleh YBrs Tuan Hj. Mohd. Adnan bin Mohd. Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan. Pihak Jabatan Pelajaran Kelantan disertai oleh pegawai-pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik

Program lawatan ini dipenuhi dengan aturaca berikut:
12.30 T/hari: Ketibaan Rombongan
01.00 T/hari: Makan Tengah hari
02.00 petang: Taklimat Oleh Jabatan Pelajaran Kelantan
( Pengerusi Majlis : En. Mohd Hassany bin Hashim-KPP (Bahasa))
- Ucapan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Adnan bin Mohd Noor
Ketua Sektor Pengurusan Akademik mewakili
YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan
- Takliamt Program Peningkatan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan oleh
Hj. Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah
Ketua Penolong Pengarah (Sains), JPN Kelantan
- Taklimat e-Cakna oleh En. Mohd Razali bin Abu Talib
Penolong Pengarah (Sains), JPN Kelantan
- Taklimat perisian program e-Cakna oleh En. Ehsam bin Mat Hussin
Penolong Pengarah ( ICT), JPN Kelantan
- Sesi soal-jawab
- Ucapan YABRs. Tuan Pengarah Pelajaran Perlis
- Penyampaian Cenderamata antara kedua pihak
03.30 petang: Majlis bersurai

Banyak perkara baru yang kami dapat dari sesi pertemuan ini..Insayaallah untuk lain masa, saya akan hebahkan kepada Tuan.

Sunday, September 27, 2009

Anakku Tuntutlah Ilmu..


26/09/09 (Sabtu) Airport Kota Bharu: Anak-anak kroni- (Depan Dari Kiri) Kak Cik, Adik Yah (Belakang Dari Kiri): Na, Abe, Kakak, B )



26/09/09 (Sabtu) KLIA : 8.45 malam Taklimat JPA kepada 29 pelajar ke RCSI oleh Pegawai JPA



9.15 malam Sempat bergambar bersama sebelum bertolak

Pada tanggal 26 September 2009 (Sabtu) , saya bersama keluarga terdekat telah diberi kesempatan oleh Allah SWT menghantar anak sulong kami untuk belajar di tanah seberang iaitu di Ireland. Bertolak dari rumah jam 8.00 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Dari Kota Bharu, kami tiga beranak ke KLIA jam 10.15 pagi dan anak-anak yang lain termasuk keluarga kembali balik ke rumah.

Tiba di KLIA , setelah simpan bag ditempat simpanan berbayar kami terus ke KLCAT dengan KLIA Ekspress, mengambil teksi ke KLCC untuk urusan pertukaran mata wang RM kepada EURO. Walaupun hari cuti, Bank CIMB dan RHB terus beroperasi seperti biasa.Alhamdulillah, nata wang RM dapat ditukarkan kepada bentuk Traveller Cheque demi keselamatan dalam perjalanan. Juga tukarkan hampir RM3200 kepada EURO 600 dalam bentuk tunai. (Kadar EURO 1 = RM 5.16 )

Padatnya urusan ini kerana tawaran ke ROYAL COLLEGE OF SURGEONS IN IRELAND (RSCI) baru diterima 4 hari sebelum menyambut Aidilfitri 1430 H. Terdapat 3 tawaran iaitu di International Medical Universiti di Kuala Lumpur, Tawaran kedua di Univerity College Dublin Ireland dan yang ketiga di RCSI ini.

Setelah selesai di KLCC kami berteksi terus ke Kedai Buku Perubatan di hadapan HKL kerana jika beli di Ireland, harganya begitu mahal.Balik ke KLIA dengan KLIA Ekspress dan jam 6.00 petang, semua pelajar berkumpul untuk urusan begasi. Begitu ramai pelajar yang akan ke luar negara dengan destinasi berbeza di bawah tajaan JPA, KPM dan MARA. Di bawah tajaan JPA (Perubatan)seramai 29 orang iaitu 8 lelaki dan 21 perempuan. Tajaan KPM merupakan pelajar TESL yang bakal menjadi guru Bahasa Inggeris apabila pulang nanti.Manakala di bawah tajaan MARA terdapat ramai juga yang mengambil jurusan perubatan.

Taklimat JPA bersama pelajar mereka bermula jam 8.45 malam dan berakhir jam 9.15 malam. Pelajar ini dipecahkan kepada dua kumpulan penerbangan iaitu 25 pelajar menaiki MAS ke london dan 4 pelajar lagi menaiki MAS ke Paris. Dari lokasi ini mereka dengan pesawat Ireland terus ke Dublin. 4 pelajar ini termasuk anak saya, Wan Mohamed Iqbal tanpa diiringi oleh pegawai JPA. Mereka berempat (3 Lelaki dan 1 perempuan) bergerak secara berdikari untuk ke Dublin.

Setelah masing-masing mendapat tempat dipesawat, kami juga turut mendapat tempat untuk kembali ke Kota Bharu jam 10.35 malam. Mereka bertolak jam 11.35 malam.

Dalam penerbangan ke Kota Bharu, saya terfikir beberapa perkara iaitu:

1. Rasullullah menyeru umatnya di bumi Mekah, tuntutlah ilmu sehingga ke negara Cina begitu jauh jaraknya dan kenderaannya hanyalah berunta... Itulah kepentingan ilmu - menjadi fardu kepada kita umat islam.

2. Yuran tahunan pengajian di RCSI berjumlah EURO 31,000 ( tukarkan kepada RM..banyaknya). Makan minum dan tempat tinggal hampir EURO 1,000 sebulan Itulah sumbangan kerajaan kepada rakyatnya demi kamajuan negara masa depan.

3. Dimana tempat belajar anak-anak kita bukan soal utama, yang penting adalah adalah kesedaran mereka untuk menuntut ilmu dan semua guru yang mengajar / mendidik mereka adalah guru yang hebat. (Pencapaian anaknda ssya dalam SPM 2006-BM 1A,BI 1A,PI 1A,SEJ 1A,M 1A, GEO 1A,MT 1A,Fizik 1A, Kimia 1A,Biologi 1A,EST 2A)

4. Ikan yang hidup, tidak akan mejadi masin dagingnya walaupun ia berada di lauatan garam berkepekatan tinggi. Tetapi jika ikan itu mati, dagingnya akan mrnjadi masin.Kata orang tua, jangan korbankan kehendak agama, adat dan budaya kita apabila kita berada dalam persekitaran yang berlainan dari sebelum ini. Jika terikut dengannya bererti kita telah dimasinkan sedangkan kita masih hidup.

Satu mesej tiba jam 8.32 malam (Malaysia)atau 12.32 tengahhari (Ireland) 27 SEPTEMBER 2009 setelah hampir 13 jam penerbangan menyatakan Wan, Abe telah tiba ... Syukur alhamdullilah.

Terima kasih kepada Pegawai JPA. Terima kasih kepada sahabat pegawai JPN yang banyak membantu mengurus tugas Jabatan,terima kasih kepada semua guru/pensyarah yang mendidiknya sehingga berjaya (Tadika Pihamar/SK Tiong/SMK Kota/UiTM) juga semua rakan kenalan.

Seminggu begitu memenatkan sehingga saya menyambung cuti 2 hari lagi dan kembali bertugas pada hari Selasa, 29 September 2009.


Buat semua pelajar, teladanilah mereka yang telah berjaya.. Kerana anda merupakan penerus kepimpinan dan pengurusan negara.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Menyambut Eidulfitri

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.

Itulah antara ucapan pujian dalam takbir raya

19 September 2009 (Sabtu)
selamat tinggal Ramadhan, esok raya.....

Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu sebentar tadi mengumumkan bahawa Hari Raya Puasa ditetapkan pada esok hari, Ahad 20 September 2009.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1430 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz Minal Eidin walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara/i seluruhnya di atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Ramadhan telah tiba kepenghujungnya dan Syawal esok menjelang. Syawal juga mengajar erti persepaduan dan muafakat disamping bulan untuk memacu amal ibadat. Sabda Rasulullah SAW:

“Hendaklah kamu bersungguh di Eidulfitri ini untuk melakukan sedekah dan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, zakat, bertasbih serta bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat kamu dengan rahmat.”

Semoga, dengan izin NYA kita dapat bersua lagi dengan Ramadhan akan datang, Insyallah.

Thursday, September 10, 2009

Selalulah Mandi Ya...

Khasiat Mandi.

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Nuzul Quran Merubah Sikap Muslim

Tazkirah Ramadan

Muslim dan al-Quran

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) .”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk- Nya..

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Rujukan

1- Kaifa Nahya Bil Quran – Nabih Zakariya Abd’ Rabbih – Dar al-Haramain, Mesir – 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf – Muhammad Rejab Farjani –Dar al-‘Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline. net
4- www.islamweb. net 5- www.islam-qa. com

Sunday, September 6, 2009

Wahai Anak Muda Teladani lah Mereka Ini

Anak-anak Muda Yang Merubah Dunia
1. Mark Zuckerberg (kini 25 tahun/asal AS)
Siapa yang tak kenal facebook??.Ketika menciptakan situs jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg baru berusia 19 tahun. Dia membuat Facebook untuk membantu membangun jaringan sosial bagi remaja di kampusnya, Universiti Harvard, Amerika Serikat.
Kini, Facebook merupakan situs jejaring sosial terbesar kedua setelah MySpace. Situs ini terus berkembang hari demi hari. Jutaan pengguna baru terus mendaftar setiap bulan!


2. Steve Shih Chen (31 tahun/Taiwan- AS), Jawed Karim (30 tahun/Jerman- AS), Chad Hurley (32 tahun/AS)
Keduanya adalah pencipta dari situs “berbagai video online”, YouTube. Mereka mendirikan YouTube pada 2005. Ketika itu, Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun.Pada Oktober 2006, YouTube diambil alih kepemilikannya oleh Google.


3. Jerry Yang (40 Tahun/Taiwan- AS) dan David Filo (42 tahun/AS)
Pada tahun 1995, kedua orang ini menemukan Yahoo!, situs mesin pencari kedua terbesar setelah Google. Semasa itu, Jerry berusia 26 tahun dan Filo 28 tahun.



4. Matt Mullenweg (25 tahun/AS)
Matt Mullenweg adalah pencipta situs penyedia blog WordPress. Ketika itu dia baru berusia 19 tahun.
WordPress menjadi popular dalam waktu singkat. Alasannya, situs ini mudah dipakai dan selalu diperbarui. Hingga tahun 2008, tercatat ada 230 juta pengakses tetap dengan 6.5 juta halaman WordPress yang bisa dilihat. Kadar posting baru setiap bulan adalah hampir empat juta.
Matt, yang pernah berkunjung ke Jakarta pada Januari 2009 mengatakan, dia tidak akan menjual WordPress walaupun dengan harga yang tinggi. Beliau tidak akanj mencari keuntungan dari WordPress. Keuntungan sudah ia dapatkan dari beberapa perusahaan lain yang dimilikinya.


5. Tom Anderson (38 tahun/AS)
Tom Anderson mengemukakan MySpace pada bulan Ogos 2003, ketika berusia kurang dari 30 tahun.
Kini, MySpace adalah salah satu situs jejaring sosial paling besar di dunia, yang bersaing hebat dengan Facebook. MySpace telah digunakan lebih dari 100 juta orang, dengan pengguna terbesar berasal dari kawasan Amerika Serikat.
Kelebihan MySpace terletak pada bidang muzik. Ketika fasiliti muzik terbaru (iaitu “audio streaming” ) dilancarkan pada 25 September 2008, hanya dalam beberapa hari saja, ada jutaan lagu yang didengarkan oleh para penggunanya. Kelebihan ini membuat banyak orang berpendapat bahawa MySpace banyak mempengaruhi industri musik di internet.


6. Blake Aaron Ross (23 tahun/AS)
Blake Ross adalah pemuda genius yang menciptakan fasiliti penjelajah internet Mozilla,yang dilancarkan untuk umum pada November 2004. Ketika itu, usia Blake baru 19 tahun!
Mozilla kemudian digabungkan dengan Firefox, program yang diciptakannya bersama Dave Hyatt. Maka, setelah itu, namanya menjadi Mozilla Firefox.
Dengan cepat, Mozilla Firefox diterima para pengguna internet di dunia. Ia, antara lain, dinilai lebih selesa dan mudah dipakai (dibandingkan dengan para pesaingnya) . Ia juga dinilai mampu merebut sebahagian pasaran fasiliti penjelajah internet, yang selama ini dikuasai oleh Microsoft Internet Explorer.
Banyak orang memuji kejayaan Blake Ross. Direktor Kejuruteraan Yayasan Mozilla, Chris Hoffman, mengatakan, “Dalam dunia ‘Open Source’, kedudukan seseorang tergantung pada keahliannya. Dan Blake Ross memiliki semua keahlian yang diperlukan.”


7. Pierre Omidyar (41 tahun/Perancis- AS)
Pierre Omidyar mengemukakan eBay pada 4 September 1995, ketika usianya 28 tahun.
eBay adalah situs online. Awalnya, Pierre membuat eBay untuk menolong seorang teman terdekat yang ingin menjual sebuah produk. Namun, tak lama kemudian, eBay berkembang pesat menjadi laluan bisnis yang amat prospektif. Kini, eBay adalah situs online terbesar di dunia.
Menurut Pierre, dalam sebuah wawancara, kejayaan eBay tidak lepas dari dua hal. Pertama, kuatnya komuniti penjual dan pembeli, yang jumlahnya mencapai ratusan juta orang. Kedua, nilai-nilai baik yang diamalkannya. Dalam bisnes, eBay percaya bahawa pada dasarnya setiap manusia itu baik dan setiap orang memiliki suatu keunggulan yang sepatutnya diberikan kepada orang lain. Selain itu, eBay percaya bahawa kejujuran dan keterbukaan biasa membawa kebaikan pada diri manusia. Maka, aturan “emas” eBay adalah mengakui dan menghormati setiap orang sebagai individu yang unik. eBay berharap para anggotanya sentiasa mengikuti contoh yang diberikan.


8. Larry Page (36 tahun/AS) dan Sergey Brin (35 tahun/AS)
Keduanya mempamirkan Google pada 4 September 1998. Ketika masing-masing berumur 25 tahun dan 24 tahun.
Google, mesin pencari yang menampilkan segala jenis informasi ini, disukai banyak orang – terutama para mahasiswa.Dalam tempoh beberapa tahun saja, Google telah berkembang pesat dan meraut keuntungan dalam skala besar. Kini, Google merupakan mesin pencari nombor satu di dunia.

Kisah sukses pemuda-pemuda berkenaan dalam menciptakan dan mengembangkan hasil ciptaan masing-masing telah menjadi inspirasi bagi banyak orang muda di dunia ini, khususnya para penggemar teknologi informasi. Mereka berharap akan membuat program baru yang berguna bagi masyarakat dunia dan serta menguntungkan dari aspek kewangan.

Wahai orang muda.. anda bagaimana ?
Rebutlah lima peluang.. antaranya MASA MUDA MU SEBELUM TIBA MASA TUA MU,
BANGKITLAH WAHAI ORANG MUDA.. ANDA JUGA MAMPU MEMPAMIRKAN KEHEBATAN SEPERTI MEREKA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh