
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------

Siapa kita untuk membangga diri?
Radio Islamik (Indonesia)
" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "
Suara Bacaan Yang Tetap Diingati
Berita Kepada Kawan
Pengorbanan
Logo KPM Kini
Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini
Thursday, July 23, 2009
Saya juga hadir di majlis ini..
Berikut adalah tek ucapan beliau... sama-sama kita renung dan fikirkan sebelum kita memulakan tugas baru dalam menjayakan MBMMBI..
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYUDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERJUMPAAN KHAS YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA PENDIDIK
PADA 21 JULAI 2009, PUKUL 9.00 PAGI BERTEMPAT DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)
Bismillahirrahmanirrahim.
YB Datuk Dr. Wee Ka Siong,
Timbalan Menteri Pelajaran 1.
YB. Dr. Mohd. Puad Zarkashi,
Timbalan Menteri Pelajaran II.
Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Hj. Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang saya hormati sekalian.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
1. Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya saya dapat bersama-sama dengan warga pendidik dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan pada pagi ini. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini yang memberi peluang kepada saya untuk membuat penjelasan mengenai beberapa pengumuman yang telah saya buat baru-baru ini berkaitan dengan dasar pendidikan di negara kita.
2. Sejak memegang tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri lebih 100 hari yang lepas, saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul sememangnya amat mencabar, apatah lagi apabila Kementerian Pelajaran juga merupakan teras utama tugas saya. Namun, saya juga sedar bahawa tugas paling mencabar yang telah diamanahkan oleh YAB Perdana Menteri ini merupakan satu penghormatan yang amat tinggi kepada saya. Menerajui sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam menjana modal insan negara sesungguhnya menuntut pewujudan sinergi mantap semua pihak, khasnya di kalangan warga pendidik, untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.
3. Dalam memastikan sistem pendidikan sesebuah negara sentiasa relevan, Kerajaan perlu terus mengkaji dan menilai dasar pendidikan sedia ada. Justeru penggubalan dan pengumuman dasar-dasar dan strategi-strategi baru ke arah penambahbaikan sistem pendidikan yang berterusan bagi kepentingan negara dan rakyat perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, selaras dengan gagasan yang telah diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri kita iaitu “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, maka beberapa dasar baru telah diperkenalkan, antaranya adalah penetapan had 10 mata pelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, pemerkasaan sukan sekolah, cadangan Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus untuk SPM dan pemansuhan PPSMI mulai tahun 2012.
4. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi kita khasnya warga pendidik untuk memahami dan menghayati dasar-dasar baru yang telah diumumkan. Hanya dengan pemahaman yang mendalam, barulah kita warga pendidik dapat sebulat suara memberikan penjelasan kepada masyarakat umum agar ia tidak disalah tafsir dan dijadikan isu politik dangkal yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat kepada sistem pendidikan negara. Adalah lumrah bagi sesetengah kumpulan masyarakat sukar menerima sesuatu perubahan yang dicadangkan. Malahan, sebarang pembaharuan yang diperkenalkan di mana-mana tahap sekalipun akan sentiasa dipertikaikan.
5. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada tuan-tuan dan puan-puan berkenaan dengan beberapa pengumuman yang telah saya buat mengenai dasar dan strategi pendidikan di negara kita baru-baru ini. Pertamanya ialah penetapan had 10 mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2010. Keputusan ini diambil setelah kerajaan mempertimbangkan implikasi trend di kalangan pelajar pada masa kini untuk mengambil jumlah mata pelajaran yang terlalu banyak dalam peperiksaan SPM. Sebagai contoh, bagi peperiksaan SPM pada tahun ini, seramai 48,784 atau 11.68 peratus calon sekolah di bawah Kementerian Pelajaran mendaftar lebih daripada 10 mata pelajaran.
6. Trend ini adalah tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melakukan anjakan dalam sistem pendidikan kita, iaitu daripada sistem yang berorientasikan peperiksaan kepada sistem yang berorientasikan pentaksiran yang lebih menyeluruh, sejajar dengan amalan di negara-negara maju. Sistem pendidikan di negara kita tidak wajar dijadikan tempat perlumbaan untuk menguji keupayaan pelajar mengutip sebanyak mungkin pangkat A dalam sesuatu peperiksaan sehingga mengabaikan perkembangan potensi mereka secara holistik.
7. Keputusan mengehadkan 10 mata pelajaran ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sementara pencapaian dalam peperiksaan boleh mengukur keupayaan kognitif pelajar, aspek soft-skills yang penting untuk meningkatkan daya kebolehkerjaan (employability) dan kebolehpasaran (marketability) pelajar kita dalam era globalisasi yang lebih kompleks dan kompetitif pada hari ini hanya boleh dinilai melalui satu sistem pentaksiran yang lebih menyeluruh. Oleh itu, Kementerian Pelajaran pada masa ini sedang dalam proses memperkenalkan satu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan yang bukan sahaja mengukur aspek keupayaan kognitif pelajar, tetapi juga aspek soft-skills yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti bina upaya insan (human capacity building) selaras dengan amalan di negara-negara maju.
8. Di samping itu, pihak Kementerian juga telah membuat penelitian secara terperinci dan mendapati bahawa jumlah 10 mata pelajaran adalah lebih daripada mencukupi untuk menilai potensi dan kemampuan sebenar pelajar untuk menguasai ilmu-ilmu teras yang penting dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Sesungguhnya, keputusan mengehadkan 10 mata pelajaran ini adalah satu langkah ke hadapan dalam usaha kita untuk membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.
9. Dengan mengehadkan 10 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM, Kerajaan berharap agar tekanan peperiksaan yang berlebihan ke atas pelajar akan dapat dikurangkan, di samping memberi ruang kepada pihak pihak sekolah untuk mempergiatkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan sukan di luar waktu belajar. Aktiviti-aktiviti ini adalah penting untuk menggarap soft-skills para pelajar sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan potensi pelajar secara holistik. Sehubungan dengan ini juga, saya telah membuat pengumuman mengenai pemerkasaan semula sukan sekolah dengan mempergiatkan acara sukan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Jurulatih sukan akan ditempatkan di sekolah-sekolah untuk mengurus acara sukan sekolah dan mencungkil bakat-bakat baru yang boleh dilatih untuk menyertai sukan prestasi tinggi. Untuk tujuan ini, satu Institut Pendidikan Guru khusus untuk melatih jurulatih-jurulatih sukan sekolah akan ditubuhkan.
10. Perkara Kedua ialah cadangan menetapkan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya menerima pelbagai maklumbalas daripada masyarakat umum sejak saya melontarkan cadangan ini pada bulan Jun yang lalu. Pada dasarnya ramai yang bersetuju dengan cadangan ini. Mereka berpandangan bahawa hanya dengan cara ini sahaja kita dapat memastikan pelajar-pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan sekali gus meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam alam pekerjaan yang mementingkan penguasaan lebih daripada satu bahasa, iaitu bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda yang lain.
11. Penguasaan bahasa Inggeris yang baik sudah tentu akan memberikan nilai tambah kepada palajar-pelajar kita untuk menceburkan diri dalam sektor ekonomi berpendapatan tinggi. Kerajaan juga sedar bahawa mempunyai sumber manusia yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik juga merupakan satu nilai tambah kepada negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang lebih kompetitif.
12. Oleh kerana itu, saya percaya bahawa sudah sampai masanya semua pelajar kita dipastikan dapat menguasai asas-asas bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu, bahasa maklumat, bahasa perdagangan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Jika mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, sudah tentulah mereka akan mendapat banyak kelebihan untuk bersaing dalam era globalisasi yang lebih kompetitif pada hari ini. Dengan meletakkan syarat wajib lulus bahasa Inggeris, Kerajaan berharap agar para pelajar akan melonjakkan usaha untuk lebih tekun mempelajari bahasa Inggeris dan berusaha dengan lebih gigih dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.
13. Pada masa yang sama, ada juga pihak yang melahirkan kebimbangan jika cadangan ini dilaksanakan sekarang, ramai pelajar terutamanya di luar bandar akan terkandas dalam pelajaran. Dalam peperiksaan SPM tahun 2008 misalnya, hanya 26.9 peratus calon di luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ini bermakna 73.1 peratus pelajar di luar bandar akan gagal memperolehi sijil sekiranya syarat wajib lulus bahasa Inggeris dilaksanakan. Kerajaan sedar bahawa ini adalah satu jumlah yang besar, dan ia juga menunjukkan bahawa pencapaian bahasa Inggeris pelajar-pelajar di luar bandar adalah amat rendah.
14. Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini, kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang, melayani pandangan kedua dan berhenti daripada melakukan perubahan dan pembaikan. Kita tidak boleh mengambil pendekatan “levelling down” dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Sebaliknya, kita perlu berani untuk mengambil pendekatan “levelling up”, iaitu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu ilmu, sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik. Jika kita yakin bahawa perubahan dan pembaikan adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, dan sekali gus melonjakkan kemajuan negara pada masa hadapan, kita perlu berani melakukannya sekarang.
15. Dalam konteks penguasan bahasa Inggeris, syarat wajib lulus bahasa Inggeris adalah usaha “levelling up” yang akan mengangkat upaya pelajar-pelajar kita, terutamanya pelajar-pelajar di luar bandar, untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik, dan sekali gus membolehkan mereka bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif. Walaupun Kerajaan masih belum membuat keputusan akhir mengenai perkara ini, usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya di kalangan pelajar di luar bandar mesti bermula dari sekarang.
16. Perkara ketiga yang ingin saya sentuh pada hari ini ialah keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012, dan pada masa yang sama mengambil langkah-langkah drastik untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pemansuhan PPSMI ini walau bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Keputusan ini adalah lambang iltizam dan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita dengan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, dan pada masa yang sama memantapkan penguasaan bahasa Inggeris.
17. Dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, dan bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Strategi Ini mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep sains dan matematik adalah berkait rapat dengan penggunaan bahasa pengantar yang mudah difahami oleh mereka. Pada masa yang sama, kita percaya bahawa peningkatan penguasaan bahasa Inggeris boleh dicapai melalui penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
18. Pada kesempatan ini saya ingin mengemukakan data-data emprikal yang menjadi asas kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI. Pertama, data-data rasmi menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik merosot semasa pelaksanaan PPSMI. Dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008, hanya 79.7 peratus pelajar luar bandar lulus mata pelajaran Sains berbanding 83.2 peratus pada tahun 2007. Bagi pelajar bandar pula, peratusan lulus telah merosot daripada 85.1 peratus pada tahun 2007 kepada 82.5 peratus pada tahun 2008.
19. Bagi mata pelajaran Matematik pula, pencapaian lulus murid di bandar telah merosot daripada 84.8 peratus pada tahun 2007 kepada 80.9 peratus pada tahun 2008. Pencapaian murid di luar bandar juga merosot daripada 80.9 peratus pada tahun 2007 kepada 77 peratus pada tahun 2008. Ini bermakna hampir 170,000 orang pelajar gagal bagi kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains di peringkat UPSR semasa PPSMI dilaksanakan.
20. Kegagalan menguasai Matematik dan Sains di peringkat rendah sudah tentu akan menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar ini dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut di peringkat menengah, dan sekali gus menjejaskan hasrat kita untuk menjana modal insan yang memiliki ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi, sebagai wahana penting untuk melonjakkan kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi.
21. Kedua, kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dan juga para penyelidik bebas mendapati bahawa pelajar yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris yang sederhana dan lemah menghadapi kesukaran untuk memahami mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan UPSR 2008, 30.6 peratus pelajar luar bandar gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka masih berada di tahap yang lemah. Ini menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
22. Hasil pemantauan Kementerian Pelajaran juga menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Hanya 8.6 peratus guru menggunakan lebih 90 peratus masa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris adalah jauh lebih rendah bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Inggeris yang amat rendah di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Keadaan ini memaksa guru-guru untuk menggunakan dwi-bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dalam pengajaran Sains dan Matematik. Soalan peperiksaan juga terpaksa dibuat dalam dwi-bahasa kerana masalah penguasaan bahasa Inggeris yang rendah di kalangan pelajar. Justeru, apa yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu bukanlah PPSMI, tetapi PPSMI/BM. Guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Hanya segelintir pelajar yang dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan baik, dan mereka ini ialah pelajar-pelajar yang telah menguasai bahasa Inggeris dengan cemerlang. Berdasarkan pemantauan Kementerian Pelajaran, kelompok pelajar ini tidak lebih 8 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar di negara ini.
23. Berdasarkan realiti ini, Kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeopardy. Kajian saintifik menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak meningkat, dan pada masa yang sama mereka juga gagal menguasai konsep-konsep asas Sains dan Matematik. Sekiranya keadaan ini berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi knowledge deficit di kalangan pelajar, di mana pelajar-pelajar yang gagal menguasai konsep-konsep asas sains dan matematik oleh kerana halangan bahasa, akan menghadapi masalah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik di peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini tentunya akan mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan modal insan di negara kita dalam jangkamasa panjang.
24. Ketiga, kajian di peringkat antarabangsa, termasuk oleh UNESCO, yang memperakukan bahawa bahasa yang mudah difahami oleh pelajar, seperti bahasa ibunda, adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya di peringkat rendah. Laporan Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh UNESCO memperakukan kepentingan menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda sebagai kunci kepada kejayaan pendidikan. Laporan ini memetik satu kajian yang melibatkan 22 buah negara dan 160 kumpulan linguistik yang mendapati bahawa kehadiran murid ke sekolah meningkat sebanyak 10 peratus bagi sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, khususnya di peringkat pendidikan rendah.
25. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan yang diperolehi oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang lemah dan sederhana dalam menguasai bahasa Inggeris, terutamanya di kawasan luar bandar, tidak menunjukkan minat untuk mempelajari Matematik dan Sains ketika dasar PPSMI dilaksanakan.
26. Selain daripada itu, laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 (TIMMS) juga mendapati bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ibunda. Lebih daripada itu, UNESCO juga memperakukan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian matlamat Education for All, iaitu matlamat untuk menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan kepada semua tanpa mengira perbezaan bahasa, lokaliti, taraf sosio-ekonomi dan gender.
27. Berdasarkan dapatan-dapatan ini, Kerajaan yakin bahawa keputusan memansuhkan PPSMI adalah satu keputusan yang tepat dan merupakan satu langkah ke hadapan dalam menambahbaik kualiti pendidikan di negara ini. Keputusan ini sesungguhnya mengambilkira kepentingan pelajar serta matlamat membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi demi kepentingan negara pada masa depan. Keputusan ini juga adalah selaras dengan amalan pendidikan terbaik di peringkat antarabangsa.
28. Justeru, ingin saya tegaskan di sini bahawa keputusan memansuhkan PPSMI bukanlah satu keputusan politik, malah ianya memerlukan iltizam politik (political will) yang tinggi untuk dilaksanakan. Pendidikan anak-anak adalah sesuatu yang cukup besar dan bermakna bagi sesebuah negara untuk dipolitikkan. Kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan sekali-kali memperjudikan nasib anak bangsa dan masa depan negara semata-mata untuk meraih keuntungan politik sempit.
29. Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Saya telah pun menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar ketika membuat pengumuman mengenai strategi “Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” (MBMMBI) baru-baru ini. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
30. Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan “contact-time” antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.
31. Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik.
32. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Dengan pelaksanaan keputusan ini komponen Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Tahap 1 sekolah kebangsaan meningkat daripada 60 peratus kepada 75.6 peratus, manakala di Tahap 2 meningkat daripada 60 peratus kepada 80 peratus. Peningkatan yang sama juga berlaku di peringkat sekolah menengah.
33. Melihat ke hadapan, dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.
34. Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. InsyaAllah, berkat kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.
35. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada warga pendidik yang telah menyatakan sokongan padu kepada dasar-dasar dan strategi baru yang telah saya umumkan. Sesungguhnya, sebagai Menteri Pelajaran, saya amat mengharap dan menghargai sokongan dan dokongan padu warga pendidik untuk merealisasikan wawasan dan gagasan Kerajaan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.
36. Akhirnya, saya ingin mengajak seluruh warga pendidik untuk bersama-sama mara ke hadapan, memperkukuhkan iltizam dan melakukan lonjakan berganda untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh dan salam hormat.
KENYATAAN MEDIA PEMANSUHAN PPSMI
KENYATAAN AKHBAR
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,
MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS:
TAWARAN BARU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
8 JULAI 2009
Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada tahun 2003.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran ingin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia.
Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Keputusan Kabinet untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan mula berkuatkuasa pada tahun 2012. Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.
Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.
Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:
* Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
* Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53–58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
* Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 mencapai tahap profisiensi.
* Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
* Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.
Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.
Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih 3 peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil SJK(T).
Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.
* Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan ”contact time” antara guru dan murid.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu.
* Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.
* Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
* Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
* Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
* Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah.
Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia.
Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia, memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.
Monday, July 13, 2009
Berita PPSMI - Kerja Buat Kami mulai 2003 lagi..KINI
Jul 8, 09 1:05pm
kemaskini 5.05pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.
Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.
Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.
"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.
Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.
Rentetan pelaksanaan PPSMI
Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
Saturday, June 20, 2009
JAGALAH KESIHATAN KITA
Oleh : Sara LyanaLess
LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.
Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.
PENYAKIT JANTUNG
Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.
PUNCA PENYAKIT
*Kencing manis dan darah tinggi
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.
Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
*Keturunan
Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.
*Diet
Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.
*Alkohol
Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein) . Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.
*Merokok
Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.
*Tidak aktif
Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.
Tanda-tanda penyakit :
1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah
Cara mencegahaya:
1. Lakukan senaman dengan teratur
2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.
Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.
BARAH
Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.
PUNCA PENYAKIT
Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.
Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.
Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru
* Batuk yang tidak putus-putus
* Batuk yang disertai darah
* Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus
Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.
Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.
Rawatannya
Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.
Tanda-tanda penyakit Barah Darah:
* Demam yang berulang-ulang
* Seringkali berlaku pendarahan
* Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
* Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak
Tanda-tanda penyakit Barah Tekok
* Hidung sering berdarah
* Keupayaan pendengaran berkurangan
* Leher menjadi bengkak.
Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.
Rawatannya
Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan ngan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukimia yang tidak dapat disembuhkan
Tetapi setiap penyakit ada penawarnya... ITULAH TANDA KEBESARAN ALLAH SWT
Sunday, June 14, 2009

Selamat Hari Bapa...
BLOG SAINS4U mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua pengunjung blog kesayangan anda ini.
Sunday, May 24, 2009
PUASA SUNAT AMALKAN SENTIASA
Jenis-jenis Puasa Sunat
1. Puasa Enam
Dikerjakan sehari sesudah hari Raya Puasa. Puasa Enam itu boleh dikerjakan secara berturut2 dan boleh juga berselang hari (tidak berturut2), tetapi hendaklah tetap dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja
2. Puasa awal bulan Zul Hijjah sampai 8hb Zulhijjah.
Disebut juga sebagai puasa sebelum Hari Raya Haji.
3. Puasa hari Arafah pada 9hb Zulhijjah.
Orang yg mengerjakan haji lebih baik jangan berpuasa pada hari ini.
4. Puasa pada 9hb muharram
5. Puasa pada hari Asyura iaitu pada 10Hb Muharram
6. Puasa pada bulan Rajab seberapa hari yang kuasa
7. Puasa dalam bulan Syaaban.
Boleh berpuasa dari awal sampai akhirnya kecuali pada hari syak iaitu pada 30hb Syaaban. Sebaiknya berpuasalah pada hari nisfu syaaban tersebut. Sesiapa yang berpuasa sehari didalam bulan sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kapada nabi Allah Yusof didalam syurga. Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
08. Puasa pada hari Isnin dan Khamis
09. Puasa tiga hari pada tiap2 bulan Qamariah (Bulan Islam)
10. Puasa pada hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 hari bulan Islam
11. Puasa berselang hari. Sehari berpuasa, sehari berbuka, kemudian berpuasa pula dan demikianlah seterusnya.
Friday, May 22, 2009
Kami Berkampung Di Demong Beach Resort
Alhamdulillah kami dari kalangan pegawai JPN dan PPD telah sekali lagi berkampung di Demong Beach Resort bermula 21 Mei hingga 23 Mei 2009. Masuk hari Khamis dan keluar hari Sabtu.. kata orang HABIS HARI kerja.. Tapi tak mengapa, kerana dah biasa dengan kerja pengurusan pejabat walaupun pada penghujung minggu, asalkan kerja siap hati senang.
Seramai 25 orang terlibat dalam penggumpulan dan pemerosesan data PPSMI fasa 3 ini. Nampaknya segala kerja telah berjalan lancar dan data-data G4P dari semua sekolah dapat dikutip dalam masa yang ditetapkan walaupun data dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ada yang belum mencukupi. Ini disebabkan SABK baru dimasukkan dalam program ini. Data yang dikumpulkan ini akan disatukan dengan data dari negeri lain pada 1 Jun hinga 3Jun 2009 bertempat di Kuantan dengan dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Hasil dari dapatan ini akan dijadikan panduan dalam membuat pengisian yang betul berdasarkan keperluan guru PPSMI yang terlibat.Menjadi harapan agar penambahbaikan dalam tindakikut guru memberi kesan yang lebih positif apabila dapatan kajian fasa 4 nanti diperolehi.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Adnan Mohd Noor,Ketua Sektor Pengurusan Akademik pada malam 22 Mei 2009, di mana beliau telah memberi input yang amat berguna bagi kami disini.
Sesungguhnya kerja dalam pasukan ini begitu memudahkan kita semua. Kepada rakan sejawat, terima kasih di atas kehadiran dan komitmen Tuan dalam menyelesaikan tugasan ini.
Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam
Saturday, May 16, 2009
Guru Pembina Negara Bangsa
Assalamualikum!
Pada hari ini, tanggal 16 Mei setiap tahun kita semua warga pendidik akan menyambut hari guru.. hari yang begitu bererti buat semua kerana tanpa guru , negara amat sukar untuk dibina. Guru adalah arkited untuk membina insan yang mulia.Tanpa guru tak ada manusia yang bergelar itu dan ini. Tanpa guru akan porak perandalah negara.Begitu hebatnya peranan dan begitu besarnya jasa kepada kemanusiaan manusia kini.
Teringat sebuah sajak yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya). Sajak "Guru Oh Guru" memberi seribu satu pengertian buat kita semua.
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Sempena Hari Guru ini, dinasihatkan pada semua termasuk diri sendiri, carilah ilmu dan perkayakan diri dengannya kerana ia tidak boleh dicuri atau dirompak! Dengan memilikinya, insya-Allah kita akan selamat dunia akhirat.
Selamat menyambut hari guru, wassalam.
Thursday, April 30, 2009
Hari Bertemu Pelanggan KPM
Sebanyak 23 kios yang menempat 23 Bahagian dan Jabatan dari KPM dan JPN telah dikunjungi oleh orang ramai tanpa mengira latar belakang pekerjaan untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan peranan dan fungsi bahagian berkenaan dalam membantu mereka. Bagi pelajar, Bahagian Matrikulasi begitu popular.
Disepanjang program yang bermula dari jam 10.00 pagi itu, pengunjung yang mengujungi kios dan orang awam yang datang untuk membeli belah dihiburkan dengan persembahan pentas oleh pelajar dan juga kumpulan Rabbani. Begitu ramainya kerana berkebetulan Pacific Hypermarket telah mengadakan tawaran potongan harga serta ramai kakitangan awam dan swasta telah menerima gaji sehari sebelumnya.
Kami dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan telah ditugaskan sebagai penyambut tamu untuk program ini. Kepada semua yang hadir, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Juga kepada semua pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang terlibat, terima kasih diucapkan.
Sekian, jumpa lagi,.. Wassalam.
Saturday, April 18, 2009
Kursus Pengurusan Data - Excel dan Accesss







Assalamulaikum..Sepanjang berkursus, begitu terasa bahawa ilmu dalam bidang ini begitu cetek, banyak lagi yang perlu dipelajari walaupun menggunakan apa yang telah diadakan oleh orang lain. Apa yang pentingnya ialah sentiasa "up date".
Terima kasih kepada Urusetia - En. Mohd Nawi , Pn. Zuriah, Kepada JU - En. Razali Talib,En. Rusli,En. Ab Aziz, En. Rustan , juga kepada semua rakan peserta kursus dari JPN dan PPD seluruh negeri Kelantan. Semoga kita dapat mengaplikasikannya dalam tugasan rutin . Ada-Berfungsi-Guna adalah antara pesanan mantan KPPM kita sebelum ini.
Mohon maaf saya terpaksa kembali ke Kota Bharu lebih awal sehari kerana keesokan harinya iaitu hari Jumaat 17 April 2009 , saya mewakili JPN menghadiri mesyuarat di E13, Bahagian Pendidikan Guru, Putrajaya.
Sekian, bertemu lagi.. WASSALAM.
Monday, April 13, 2009
Renungan bersama...
Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak
" Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini "Justeru, didiklah mereka agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
Friday, April 10, 2009
Renungan bersama...
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya./mimit suriyarti
Thursday, April 9, 2009
Kita Dapat Menteri Pelajaran Baru

Timbalan perdana menteri -yang juga Menteri Pelajaran Malaysia yang baru YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama
Perdana menteri - YAB Datuk Seri Najib Razak
Tahniah dari kami...
PADATNYA JADUAL TUGAS MINGGU INI..
Tuan yang dihormati, sepanjang minggu ini bermula 5 hb sehingga 8 hb April 2009, Jabatan Pelajaran Kelantan, khususnya Unit Sains dan Unit Matematik telah menerima pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum ,Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertamu di negeri ini untuk melaksanakan tugas bersama pegawai-pegawai jabatan ini. Program yang terlibat ialah:
1. Pemantauan Gerak Gempur PPSMI (GG4P)
Lokasi : Sekolah di PPD Kota Bharu, PPD Bachok, PPD Pasir Mas dan PPD Tumpat
Tujuan : Mendapat maklumbalas sekolah mengenai pelaksanaan PPSMI
2. Penilaian Guru Inovatif Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2009
Tarikh : 6 April 2009
Lokasi : SK Hamzah 1, Machang
( Telah berjaya untuk penilaian peringkat akhir Kategori Individu Rendah)
Tarikh : 7 April 2009
Lokasi : Maktab Sultan Ismail
( Telah berjaya untuk penilaian peringkat akhir Kategori Kumpulan )
Catatan : Kategori Individu Menengah _SMK Tanah Merah 1 dan Kategori Pra Sekolah -
SK Seberang Pasir Mas - hanya dinilai peringkat awal
Elektif Zon Timur
Lokasi : Hotel Grand Riverviem, Kota Bharu
Peserta : Kelantan 16 orang + Terengganu 12 orang + Pahang 12 orang
Terima kasih kepada semua sahabat di Unit Sains dan Unit Matematik kerana tanpa Tuan teramat payahlah tugasan ini.Juga kepada sahabat dari PPD yang terlibat dalam GG4P ..sama-samalah kita membantu sekolah yang telah dipantau untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kepada Pegawai BPK , terima kasih kerana kesudian Tuan memilih negeri kami untuk melaksanakan program ini. Panduan dan pandangan Tuan amat kami alukan demi pemantapan pengurusan P & P di sekolah.
Begitulah agak padatnya jadual tugas minggu ini. Alhamdullilah semuanya bisa diurus.
Sekian, wassalam.. jumpa lagi. INSYAALLAH
Friday, March 27, 2009
Renungan bersama...
Tuntutlah Ilmu.
Islam mewajibkan penganutnya untuk menuntut Ilmu, sekaligus bermaksud Islam adalah agama yang menganjurkan "sifar buta huruf". Sebagaimana Sabda Rasul : Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim.Saturday, March 7, 2009
KAMI BERKOLABORATIF MEMANTAU
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Bersama Mencerna Kejayaan
Pengisian program adalah berdasarkan agenda mesyuarat dengan memberi fokus kepada memperkasakan dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini. Siri pembentangan oleh pegawai yang berkenaan memberi begitu banyak input yang amat memerlukan output yang berskala besar demi lonjakan kecemerlangan sebagaimana yang dihajati. Peranan amat perlu dimainkan oleh semua yang hadir bagi memastikan tindaksusul mencapai matlamatnya. Sepatah kata dari YABrs. Tuan Pengarah..."semuanya perlu bekerjasama samada dari JPN dari PPD dan juga dari Sekolah untuk menjayakan perkara ini ".
Justeru itu, marilah kita bersama merealisasikannya... Sekian, terima kasih...Wassalam.
Saturday, February 21, 2009
Warga Yang Begitu Tinggi Kecaknaannya
Kutipan yang diperolehi dari semua warga pendidik serta anak didik seluruh negeri kelantan mencecah hampir RM350k. . satu angka yang besar yang menggambarkan bahawa kita semua begitu cakna dan prihatin tentang nasib yang menimpa rakyat palestin. . dengan sumbangan ini membantu mereka untuk meneruskan kehidupan.
Terima kasih kepada Tuan dan semua anak didik tanpa batas keturunan dan agama anutan telah memberi sumbangan tersebut. Kecaknaan memberi impak positif... Hanya satu soalan yang berlegar di fikiran saya ...."adakah kita kaum pendidik serta pelajar yang kita didik ada kecaknaan kendiri untuk membantu memperkasakan ilmu dan akademik masing-masing bagi kehidupan yang penuh makna di depan hari ? "
Sekiranya ada, Insayaallah kita akan menjadi bangsa yang bukan bangsat di persada dunia nanti.Sekian terima kasih.
Sunday, February 15, 2009
PROGRAM ANGKAT PPD KUALA KRAI
Tuan, rakan pendidik yang dihormati, marilah kita bersama merealisasikan harapan ini dengan mengembalikan tugas mulia ini.. guru mengajar dan murid belajar. Kreativiti dan inovasi P & P mampu dijelma oleh Tuan kerana Tuan mempunyai banyak pengalaman dalam pengkaedahan penyampaian berdasarkan disiplin ilmu masing-masing.Kalau tidak kita semua , siapa lagi yang akan bertanggungjawab dalam bidang ini.
Alhamdulillah, mulai sesi persekolahan 2009, YAB Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan telah mencetuskan cadangan agar setiap sektor di Jabatan ini menjadikan PPD sebagai PPD angkat masing-masing. Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan kini merupakan Bapa Angkat kepada PPD Kuala Krai, di mana setiap pegawai di sektor ini telah diamanahkan untuk sama membantu sekolah dalam PPD ini meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek, khususnya dalam akademik.
Untuk tujuan ini, saya bersama En. Mohd A'Seri Mahmod, Penyelia Pelajaran Kanan telah diberi 4 buah sekolah iaitu SK Sungai Embak, SK Lela Jasa, SMK Mengkebang dan SMK Sultan Yahya Petra 1. Sebagai petugas , kami akan sentiasa mengunjungi sekolah berkenaan.. dan kepada pihak pengurusan sekolah dan warga sekolah, terimalah kami dengan seadanya.. kerana kita semua berperanan "saling lengkap melengkapi". Semoga ikhtiar ini dapat meningkatkan lagi pencapaian kualiti dan kuantiti akademik semua pelajar.. Insyaaalah.
Sekian, terima kasih.
Saturday, January 24, 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
Monday, January 12, 2009
MENJANA UMMAH GEMILANG
Wednesday, January 7, 2009
Bersedia Seawalnya Dengan Perancangan Untuk Berjaya
Berbalik kepada persediaan untuk sesi persekolahan ini, ibu bapa/penjaga bersama anak mereka sibuk ke kedai pakaian dan kasut serta kedai buku untuk membeli keperluan persekolahan. Banyak juga duit yang dilaburkan untuk kepentingan pendidikan anak-anak mereka. Mungkin dikalangan mereka ini adalah merupakan kita kepada anak-anak ini. Itulah persediaan mereka untuk anak-anak mereka, tetapi bagaimana kita sebagai pendidik telah membuat persediaan yang secukupnya untuk menyambut kedatangan sesi baru ini ?.
Pada hari pertama persekolahan, kami pegawai dari JPN/PPD telah 'turun padang' ke semua sekolah di negeri ini untuk memantau persediaan sekolah menyambut sesi baru ini. Program khas yang dinamakan PPSAT09 ini memberi tumpuan kepada aspek pengurusan fizikal sekolah, pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid disamping mengenalpasti masalah/isu yang berkaitan secara langsung dengannnya.
Dapatan secara umumnya yang kami perolehi terutamanya dalam P & P ialah masih ada lagi dari kalangan guru yang tidak membuat persediaan yang sepatutnya. Adalah menjadi kewajiban setiap guru apabila telah diberi tugas, dengan jadual waktu lengkap maka persediaan buku perancangan pengajaran juga hendaklah lengkap sebagaimana yang arahkan. Perancangan yang dibuat adalah mengikut SukatanPelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran yang diajar berdasarkan Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian. Rancanglah mengikut kemampuan pelajar tanpa meninggalkan sebarang tajuk. Rancanglah apa yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan P & P pada hari berikutnya. Elakkan rancang lain, buat lain. Bagi rakan guru sains , perancangan hendaklah melibatkan pelaksanaan amali sains di makmal.
Ya, sewajarnya analogi menjelang hari lebaran memberi pengajaran yang bermakna untuk dihayati bagi menyambut sesi baharu persekolahan ini. Perancangan yang dibuat untuk berjaya Insyaallah akan berjaya. Kami dari Unit Sains akan membuat pemantauan secara berkala untuk membantu Tuan sebagai rakan pendidik berdasarkan pengalaman dan ilmu yang seadanya. Sebesar harapan, Tuan juga dapat membantu kami.
Sekian, jumpa lagi.
Thursday, January 1, 2009
Kewajiban Mendidik
Buat sahabat yang terlibat dalam P & P untuk PMR 2008, jasa Tuan begitu dihargai kerana keputusan PMR 2008 telah menunjukkan peningkatan yang baik. Teruskan kerjasama Tuan demi kecemerlangan pendidikan di tanah tumpah darah ini. Sekian, Wassalam.
( Nukilan ini dibuat setelah selesai pendaftaran anak bongsu saya, Wan Nur Syaziyah di SK Tiong, Kota Bharu oleh bondanya)
Monday, December 29, 2008
MUTIARA KATA

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."
Friday, December 26, 2008
Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah
Assalamulaikum!Begitu banyak fadlilat Awal Muharram ini untuk kita raikannya. Semoga kita dapat mengamal dan menghayatinya. Selamat menyambut Awal Muharram pembuka pintu iltizam serta azam yang menjurus ketaqwaan. Sekian, Wassalam.
Thursday, December 25, 2008
Monday, December 22, 2008
TERIMA KASIH BUAT JURULATIH UTAMA
Friday, December 19, 2008
Menjana Kecemerlangan Melalui Kajian Tindakan
Kita sebagai guru sentiasa menghadapi masalah sedemikian sewaktu P & P. Kita amat mengharapkan agar pengajaran kita dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar... sekali ajar semuanya dah faham...Tetapi realitinya, hanya sebahagian yang dapat memahami dalam masa yang agak singkat, tetapi sebahagian yang lain kurang memahami atau tidak memahami langsung apa yang diajar. Jika perkara ini berlaku, adakah kita akan meninggalkan mereka dengan tajuk itu ?.. Masuk tajuk baru, tajuk lama masih tak faham.. lama kelamaan pelajar ini akan menjadi bosan dan tidak akan berminat dengan mata pelajaran berkenaan. Pembelajaran dah tak banyak maknanya, akibatnya pencapaian akademik mereka tidak seberapa. Mengharapkan kecemerlangan, entah di mana.
Tugas kita ialah mengatasinya dengan inovasi P & P. Sentiasa membuat perancangan yang baik sesuai dengan kebolehan pelajar seterusnya bertindak, membuat pemerhatian serta mereflek. Seorang guru yang baik akan melaksanakan perkara berkenaan dalam sesi P & P mereka. Dan sebenarnya mereka telah menjalankan Kajian Tindakan ( Action Research ) tanpa mendokumentasikan apa yang mereka telah buat.
Kajian Tindakan secara mudahnya melakukan inovasi P & P mengikut tahap pencapaian pelajar agar semua pelajar dapat manfaatnya dalam setiap tajuk yang diajukan walaupun berbezakan aras kesukarannya. Kajian Tindakan dilakukan oleh guru mata pelajaran untuk kepentingan mereka sendiri. Kejayaan P & P adalah merupakan kejayaan mereka dan kejayaan anak murid mereka.
Sehubungan itu, pada 14-17 Disember 2008, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menganjurkan Kursus Kajian Tindakan Peringkat Negeri yang dihadiri oleh seramai 48 orang guru. Guru yang terdiri dari pelbagai opsyen ini telah diberi kursus oleh seramai 7 orang JU Kajian Tindakan yang begitu berpengalaman.Adalah menjadi harapan, agar semua guru yang terlibat dapat mengaplikasikan dapatan kursus ini demi peningkatan kecemerlangan akademik mata pelajaran mereka dan seterusnya dapat dikongsikan bersama dengan rakan guru yang lain.
" ... hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok akan lebih baik dari hari ini.." Itulah namanya KEMAJUAN.
Sekian, Wassalam.
Saturday, December 13, 2008
.. Low Achievement-High Threatment..
Assalamualaikum !
Apa yang menarik dalam membicarakan hal ini ialah kepentingan kewujudan PPS dalam menjayakan Dasar 60:40 . Kita sedia maklum bahawa dasar ini amat penting dalam melahir dan membudayakan masyarakat akan kepentingan sains dan teknologi yang akan menjadi sebahagian keperluan kehidupan manusia. Untuk mengikuti kelas aliran sains di tingkatan empat, pelajar yang layak seharusnya mempunyai keputusan minimum C dalam Sains dan minimum C dalam Matematik setelah keputusan PMR diumumkan. Walau bagaimana pun, pelajar yang memperolehi C C ini sebahagian besarnya mempunyai fobia takut kepada sains menyebabkan mereka beralih ke aliran sains sosial.
Pusat Pembelajaran Sains yang diwujudkan ini menyediakan platform untuk mengajak pelajar yang C C ini memasuki aliran sains dengan segala keperluan pendidikan disediakan. Di Kelantan, terdapat 2 pusat iaitu di SMK Kemahang dan SMK Chiku 2 di mana pada tahun 2009 akan melahirkan generasi sulungnya untuk mengambil SPM dalam aliran sains ini.
Apa yang kita tahu, bahawa pelajar sedemikian mempunyai pencapaian agak rendah jika dibandingkan dengan rakan mereka yang terus ditawarkan memasuki aliran sains. Atas kepentingan inilah, guru-guru amat perlu memberikan perhatian kepada pelajar mereka dengan pengkaedahan pengajaran berkualiti dimana pelajar mendapat pembelajaran berkualiti.
Bagaimanakah kita sebagai guru sains dan guru matematik dapat membantu meningkatkan penyertaan pelajar yang berkelulusan minimum C C ini memasuki aliran sains dengan penuh keyakinan seperti rakan mereka yang lain. Mereka ini low achievement tetapi mereka boleh dibantu oleh kita sebagai guru dengan memberi high treatment kepada mereka... kerana itulah tugas kita.
Insyaallah Dasar 60:40 akhirnya dapat dicapai... jumpa lagi, Wassalam.
Friday, December 5, 2008
SALAM AIDILADHA

ASSALAMUALAIKUM
Perayaan Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban membawa pengertian sendiri khususnya dalam aspek bina insan. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Pengertian ini menjurus kita semua supaya melaksanakan tugas dengan baik untuk mendapat pahala dan meninggalkan tugas yang tidak baik untuk mengelakkan dosa.
Hanya sekadar itu dari saya... Selamat Menyambut Aidiladha.. Maaf Zahir Batin..WASSALAM
...BELAJAR DOH TAPI TAK FAHAM!!!
Pengisian SMEReC2008 ialah mengenai kepentingan ilmu Sains dan Matematik dalam membawa negara ke arah negara maju dengan pembangunan modal insan yang hebat demi menambahkan kekuatan daya saing menghadapi cabaran dalam abad ke 21 ini. Ianya amat bersesuaian sebagai satu platform untuk guru sains, guru matematik, pembuat dasar, pembangun kurikulum dan yang berkepentingan dalam memperkasakan modal insan ini.
Satu perkara yang begitu menarik perhatian saya ialah isu Belajar Doh Tapi Tak Faham ( Learning Without Understanding). Ianya mungkin telah dilalui oleh semua orang termasuk kita sendiri. Dengan kata lain, proses pembelajaran agak sukar atau tak berlaku, nanti natijahnya ialah tajuk atau mata pelajaran berkenaan akan dilabelkan sukar. " Tak payah masuklah aliran sains, susah ........". Sindrom ini masih terbawa-bawa hingga ke hari ini. Bagi konteks kita, adalah sukar untuk Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai hasrat Dasar 60:40 menjelang tahun 2010.
Apakah sebabnya ?. Mengikut dapatan yang dicadangkan, perkara ini boleh diatasi secara berhemah oleh guru mata pelajaran berkenaan. Mereka perlu meningkatkan mutu pengajaran dengan pelbagai pengkaedahan pengajaran bermula dengan aras rendah diikuti aras sederhana dan aras tinggi. Kita golongan guru perlu ada pedagogy-content-knowlegde yang secukupnya. Kita guru sains dan matematik sentiasa mengatakan bahawa belajar sains dan belajar metematik itu mudah, maka menjadi tugas kita agar anak didik kita juga akan mengatakan demikian kerana mereka telah dipermudahkan oleh kita... sebabnya pengajaran yang dibuat oleh kita begitu mudah difahami dan dihayati oleh mereka.
Tapi itu semua bergantung kepada perancangan dan kerjabuat yang lebih sistematik oleh kita..Proses pengajaran yang baik oleh guru akan menjadikan proses pembelajaran yang baik oleh pelajar. Semoga sesi persekoahan 2009 diisi dengan penuh makna.Sekian.. WASSALAM
Monday, November 24, 2008
MESYUARAT SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK BERSAMA JPN DAN PPD
Antara pengisian mesyuarat
i. Ucapan pembukaan oleh YBrs Ketua Sektor Pengurusan Akademik
ii. Pembentangan aktiviti dan refleksi tahun 2008 dari semua Ketua Unit
iii. Taklimat Kewangan oleh KPP Bahagian Pendidikan Guru
Intipati ucapan pembukaan banyak menyentuh mengenai pencapaian dan kecemerlangan pendidikan negeri kelantan berdasarkan keputusan peperiksaan awam terutamanya mengenai UPSR 2008 yang baru saja diumumkan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dari kalangan pengurusan di Jabatan , di PPD dan Pengurus Sekolah serta semua guru-guru yang terlibat.Semoga gerak kerja untuk tahun 2009 nanti akan lebih terserlah kejayaannya.
Bagi sesi pembentangan aktiviti serta refleksi 2008, saya mewakili Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan telah memberi fokus kepada dapatan mengenai PPSMI. Dapatan dari JPN dan KPM telah menjadi bahan rujukan sebagai persediaan untuk merancang dan melaksanakan program atau aktiviti ke arah penambahbaikan PPSMI. Pemantauan dan bimbingan dari KPM/JPN/PPD akan diperhebatkan demi membantu guru mengimplimentasikan segala hasrat dan dasar KPM kearah meningkatkan kecemerlangan ilmu dan sahsiah diri pelajar.Peranan pihak sekolah juga amat diharapkan agar pemantauan dalaman sentiasa berlaku secara berkala dengan niat bukan mencari kelemahan guru tetapi membantu guru dalam peningkatan mutu serta amalan P & P yang berkesan.
Bagi sesi bersama wakil BPG, fokus diberikan kepada penggunaan sumber kewangan untuk digunakan dalam memberi latihan profesional semua guru berdasarkan keperluaan berasaskan pedagogical-content-knowledge di mana akhirnya peningkatan P & P berlaku.
Mesyuarat diakhiri dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan.Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar semua pegawai yang hadir berperanan untuk merealisasikan "CAKNO PENDIDIKAN KELANTAN TERSOHOR 2010".
Untuk semua rakan pendidik, marilah sama kita semua jayakan... WASSALAM
Friday, November 21, 2008
BENGKEL PEMANTAPAN P & P PUSAT PEMBELAJARAN SAINS (PPS)
Pada 17-20 November 2008, pihak Unit Akademik Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan bengkel pemantapan P & P untuk guru-guru di bawah program Pusat Pembelajaran Sains (PPS). Seramai 80 orang guru dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghadiri bengkel ini. Guru dari Kelantan terdiri dari guru SMK Chiku 2, Gua Musang dan SMK Kemahang, Tanah Merah.
Mata pelajaran yang terlibat ialah Biologi, Fizik dan Matematik. Mereka dipandu oleh Moderator yang dipilih khas oleh Bahagian berkenaan. Bengkel ini dijalankan di SMK Tanjung Mas, Pengkalan Chepa, disamping melibatkan guru-guru berkenaan, ianya melibatkan pelajar Sains Tingkatan 4 sekolah tersebut.
Banyak input yang berguna telah diperolehi oleh semua yang terlibat. Kami bertiga iaitu saya sendiri, En. Wan Ahamad Ibrahim dan En. Hussain Ab. Ghani telah diamanahkan bertugas sebagai urus setia sepanjang berlangsungnya program ini. Pegawai Bahagian berkenaan yang hadir ialah Dr. Mazniah Md Jaafar (Ketua Unit Akademik Menengah), En. Abu Hashim dan En. Salamaon.
Ucapan terima kasih kepada Pegawai kementerian yang sudi memilih Negeri Kelantan Darul Naim,negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah serendah sekebun bunga sebagai tempat untuk melaksanakan bengkel ini. Terima kasih kepada yang terlibat sama dalam menjayakan bengkel ini - Pengetua SMK Tanjung Mas (tempat dan kemudahan), KPP BTP Negeri Kelantan (rakaman video) serta pengetua yang membenarkan bas sekolah mereka diguna untuk pangangkutan guru dari tempat penginapan ke sekolah berkenaan di mana sesi perbengkelan berlangsung.Juga terima kasih kepada pelajar yang terlibat. Kata mereka.. bengkel ini menyeronokkan.
Ya.. jika guru seronok mengajar dengan pelajar seronok belajar, maka berjayalah matlamat P & P ini. Semua bergantung kepada kita sebagai guru. Sekian, terima kasih...WASSALAM
Monday, November 10, 2008
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT-HASILNYA KEJAYAAN
Pasukan MeDeliver KMK Jabatan Pelajaran Kelantan Yang Mengungguli Persembahan Sempena Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia bergambar kenangan bersama YBhg. Tan Sri KSU dan YABrs. Pengarah Pelajaran Kelantan(Foto Ehsan Pn.Zalina Zakaria: 21 November 2008.Pearls International Hotel, Kuala Lumpur)
Kata orang 'Bulat air kerana pembentung,Bulat manusia kerana muafakat'. Dengan diketuai oleh YBrs. Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Kelantan, pasukan ini dengan tajuk "Office Delivery System" telah berjaya menjadi johan keseluruhan KMK peringkat kebangsaan tahun 2008. Tidak sia-sia usaha dan kesungguhan ahli pasukan membuat persediaan yang rapi sehingga dinobatkan dengan title berkenaan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan.. khas buat rakan dari Sektor Pengurusan Akademik dan PPD. Usaha Tuan telah mengharumkan nama jabatan.Motto "Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan" rupanya boleh dijelmakan asalkan kita berusaha untuk mendapatkannya.
Sekian, Terima kasih...WASSALAM
Sunday, November 9, 2008
BERKERJA BERSAMA






ASSALAMULAIKUM..
Antara pengisiannya ialah pengkelasan data mengikut jenis dan lokasi sekolah, pembersihan dan penyediaan CD data setiap PPD,kompilasi data serta analisis dan penyediaan pelaporan PPSMI Fasa 2. Mesyuarat berakhir dengan pembentangan pelaporan setiap PPD.
Ucapan berbanyak terima kasih di atas kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar dalam menjayakan kajian ini. Sokongan dan komitmen Tuan amat diharapkan.
Terima kasih... WASSALAM
Friday, November 7, 2008
IBADAH HAJI TELAH TIBA LAGI...
Khusus buat rakan pendidik yang akan berangkat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, saya mewakili Unit Sains, Jabatan Pelajaran Kelantan mendoakan agar Tuan selamat berangkat, selamat mengerjakan ibadah dan selamat kembali dengan mendapat haji yang mabrur... semoga semakin bertambah intergriti dan tanggungjawab kita bersama dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pewaris kepimpinan nanti.
Sekian... WASSALAM.
Friday, October 31, 2008
THE EARTH: A LIVING PLANET
Wednesday, October 22, 2008
KITA PELAKSANA SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
Friday, October 10, 2008
DOAKAN KEJAYAAN ANAK KITA
Kami hadir tepat jam 6.45 petang, sempat bertemu ramai rakan-rakan persekolahan diera awal 70'an di mana di sini anak kami akan menempuhi PMR minggu depan iaitu pada 13 hingga 17 Oktober 2008. Setelah azan maghrib berkemundang, ibubapa yang memenuhi mussala SMK Kota mengerjakan solat secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat dan bacaan YASSIN.
Setelah selesai mengerjakan solat Isya', ucapan penghargaan dan terima kasih telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Pengetua SMK Kota. Beliau telah memberi input yang begitu berguna buat ibubapa yang hadir bagi membantu kejayaan anak-anak mereka. Antaranya ialah kita sebagai ibubapa hendaklah mengurus anak kita dengan kasih sayang, memberi pemakanan yang baik, mengingatkan anak-anak agar menjaga masa tidur mereka, bersama mereka mengerjakan solat dan mendoakan kejayaan.
Jelas pada pandangan dan pengamatan saya, harapan semua ibubapa yang hadir ingin melihat kejayaan anak-anak mereka adalah begitu tinggi. Kejayaan anak adalah kejayaan mereka.Demikian juga rakan guru yang hadir bersama dalam majlis ini menginginkan bahawa anak didik mereka ini berjaya mengharumkan nama sekolah.
Inilah antara senario yang berlaku di sekolah ini dan ianya juga merupakan salah satu pengisian yang dibuat oleh semua sekolah di negeri ini. Terima kasih kepada semua rakan pendidik yang amat prihatin, juga untuk semua ibubapa yang sentiasa bersama membantu ke arah meningkatkan mutu dan kecemerlangan pendidikan di negeri tumpah darah ini.
Marilah kita bersama doakan kejayaan mereka...semoga mereka berjaya dengan cemerlang..INSYAALLAH
Tuesday, October 7, 2008
IKTIBAR RAMADHAN
"Institusi Ramadhan" telah banyak mengajar kita tentang antara lainnya ialah kesabaran, saling bantu membantu, hormat menghormati,bertanggungjawab serta berintergriti. Pengajaran ini begitu amat berguna kepada kita semua sebagai warga pendidik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa untuk menjadi anak didik kita ini sebagai insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas kepada rakan pendidik yang begitu bertungkus lumus melaksanakan tugas membimbing dan membantu pelajar untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula pada 13 hb. Oktober 2008 ini. Budi dan jasa murni Tuan/Puan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini begitu bermakna. Bersama kita mendoakan agar anak didik kita beroleh kejayaan. Kejayaan mereka itu sebenarnya merupakan kejayaan kita.
Semoga kita dapat bersama Ramadhan 1430 Hijrah...INSYAALLAH
mYcALeNdEr
TUAN ADALAH SAHABAT SAYA

BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"
















Kota Baharu Time