Tumbuk Kamalanathan: Umno beri surat tunjuk sebab
Umno akan memberikan surat tunjuk sebab kepada seorang
anggotanya yang didakwa telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan
P.Kamalanathan baru-baru ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata surat itu perlu dijawab individu terbabit, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi sebelum tindakan lanjut diambil.
"Umno memandang serius terhadap tindakan tersebut dan kepimpinan tertinggi parti berasa kesal dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Adnan berkata Umno menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.
Katanya dalam apa-apa hal pun, pendirian Umno tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk.
Pada kejadian Ahad lepas, Kamalanathan dilaporkan ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program dianjurkan di kawasan berkenaan.

- Bernama
Berita awal sebelum ini mengatakan bahawa Timbalan Menteri Pendidikan ini ditumbok oleh seorang guru
No comments:
Post a Comment