Susun atur majlis adalah:
Bacaan Doa
Ucapan YBr. Tn. Dr.. Sanusi bin Mat Yajid , Pengetua SMK Kok Lanas
Ucapan Perasmian
Pelancaran Gimik Bulan Sains dan Matematik
Persembahan Aktiviti Bulan Sains dan Matematik
Penyampaian Hadiah kepada Guru Sains dan Matematik
Majlis Bersurai
Antara intipati ucapan perasmian ialah:
- menyemarakkan pembudayaan sains dan teknologi dalam kehidupan kita seharian.
- menimbulkan minat di
kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih
mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah
pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan
- untuk meningkatkan kemahiran pelajar untuk
berfikir secara kreatif dan kritis dalam bidang sains dan matematik. Ia juga
bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah kegunaan sains dan metematik mengikut
prespektif murid disamping meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran
- memberi tumpuan
yang lebih kepada bidang ini bagi mengisi keperluan negara ke arah mencapai
wawasan pembangunan
- Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 Tema; Sains dan Inovasi Pemacu Transformasi
- perubahan sikap masyarakat terhadap
sains dan teknologi sehingga membentuk budaya yang sihat
ke arah penguasaan dan penggunaan sains dan teknologi dalam
meningkatkan kesejahteraan hidup.
- Bidang sains dan teknologi sentiasa berkembang dengan pesat dan kita sentiasa perlu bersedia menguasai pelbagai bidang sains dan teknologi yang baru yang dijangka penting pada masa yang akan datang
- Bidang sains dan teknologi sentiasa berkembang dengan pesat dan kita sentiasa perlu bersedia menguasai pelbagai bidang sains dan teknologi yang baru yang dijangka penting pada masa yang akan datang
- langkah angka panjang bagi mengekalkan
pertumbuhan minat serta bilangan pelajar yang meminati dan menjurus pengajian
mereka dalam bidang sains dan teknologi
- peranan ibu-bapa, media massa termasuk media cetak dan media
elektronik, serta masyarakat secara keseluruhannya
- Media ini perlu diisi dengan program yang lebih
nementingkan ilmu pengetahuan dan seterusnya sedikit demi sedikit, meningkatkan
kandungan ilmu sains dan teknologi
- mahir menguasai semua bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi, tetapi pada masa yang sama membangun secara seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
- mahir menguasai semua bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi, tetapi pada masa yang sama membangun secara seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
- nilai-nilai murni sejagat yang terbukti dapat
mengekalkan dan meningkatkan martabat manusia ke tahap keinsanan yang paling
tinggi
- Dalam ajaran agama kita, khususnya dalam
Al-Quran-Nul-Karim terdapat banyak ayat-ayat yang menyeru dan menggalakkan kita
mempelajari pelbagai ilmu termasuk sains dan teknologi, misalnya ilmu
astronomi, pelayaran, matematik, perubatan, pentadbiran, serta ketenteraan
No comments:
Post a Comment