Pada 28 Januari 2010, saya dengan beberapa orang sahabat dari Unit Sains (Pn. Hjh. Zalina Zakaria -Penolong Pengarah) Unit Matematik ( Hj. Hilmi Abdullah-Ketua Penolong Pengarah dan Cik Halizah Mohd Zain-Penolong Pengarah) bertolak dari JPN ke tempat kursus LINUS yang di adakan bertempat di Hotel Grand Riverview Kota Bharu. Ini adalah kursus hari terahir setelah peserta kursus dari PPD Kuala Krai dan PPD Gua Musang melapor diri di hotel berkenaan pada 26 Januari 2010. Guru tahun 1 bagi matematik dan tahun 1 Bahasa dari PPD lain sebahagian besarnya telah mengikuti kursus ini dihotel-hotel selainnya sebagimana perancangan Bahagian Pendidikan Guru dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Di sepanjang perjalanan dari JPN ke Hotel yang jaraknya hampir 1.5 km, saya merenung dan berfikir tentang LINUS dan kepentingannya. Terlintas akan rutin hidup saya pada hari ini bermula seawal pagi , yang mungkin juga banyak persamaan dengan hari-hari yang lain, kecuali bagi kes-kes hari tertentu seperti hari cuti. Apa yang dilakukan oleh saya sehingga saya tiba di Hotel berkenaan?
6.00 pagi - dikejutkan oleh deringan penggera telefon. Bangkit dari tidur dan berjalan ringan sekitar 2 minit. Minum air mineral 1 cawan.Timbang berat badan dengan neraca penimbang- kekal 63 kg.
6.10 pagi - ke bilik air, mandi cuci badan dengan air panas selama 5 minit dengan suhunya 25 C.
6.15 pagi - Azan Solat Subuh berkumandang dan terus menunaikan solat sebanyak 2 rakaat. Memuji Allah dengan berzikir sebanyak 33 kali dengan setiap satunya. Berakhir di atas sejadah dengan berdoa untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat dan segala kerja buat harian semuanya akan menjadi ibadah.
6.30 pagi - Bersiap dengan pakaian kerja rasmi. Tidak lupa cermin besar untuk tengok kehebatan diri.. kot-kot ada butang baju yang tersalah pasang.. nanti teman pejabat akan ketawa.. tersalah masuk lubang..habis kehansoman.
6.45 pagi - Alas perut sikit dengan sekeping roti panas berkaya mentega dan menenguk segelas minuman teh panas.
7.00 pagi - Menghidupkan injin kereta selama 3 minit dan kemudian bertolak bersama 4 orang cucu mak untuk dihantar ke sekolah mereka. Dalam masa 6 minit perjalanan dengan 40 km/j sejauh 1 km, 2 orang melabuh di SK Tiong dan dalam masa 10 minit kemudian 2 lagi melabuh di SMK Kota yang jaraknya 5 km dari rumah dengan mengikut pandu arah ke Salor dan Pasir Mas. Kelajuan kereta ditinggikan sikit- 60 km/j.
7.30 pagi - Terus menghala ke Jabatan Pelajaran Kelantan melalui Jalan kampong Sireh melepasi 3 traffic-light
8.00 pagi - Punch card walaupun masa kerja yang dipilih bermula jam 8.30 pagi (WP3). Setelah hampir 2 jam kemudian, bertolak ke tempat kursus tersebut.
Apa yang ada disini ialah kita banyak membicarakan tentang huruf dan nombor,, huruf pada papan tanda sekolah, jalan dan lain-lain manakala nombor pada masa, jarak, suhu, kelajuan dan lainnya. Tentunya jika tanpa nombor dan huruf, kehidupan kira tidak ceria di mana komunikasi sukar terjadi. Setiap kali kita bercakap walau apapun topik bicara mesti ada disebut nombor atau angka. Setiap kali kita menulis semestinya melibatkan huruf dan nombor.
Anak yang masih kecil mungkin boleh menyebut tu, wa, ga (satu, dua, tiga) atau a, b, c atau lif, ba, ta (alif, ba, ta) tetapi tak mengerti apa maknanya, sama telahan untuk menulisnya.Apabila anak ini memasuki pra sekolah, mereka akan tahu (sepatutnya) makna satu, dua, tiga . Tiga biji gula-gula mereka akan tahu maknanya. Ada dikalangan mereka ini dapat menulis satu, dua, tiga dengan perwakilan 1, 2,3 dan seterusnya. Tetapi harus diingat masih ramai lagi di kalangan mereka yang hanya pandai sebut nombor tetapi tak tahu apakah makna nombor itu hatta menulisnya dalam bentuk huruf dan angka. Persoalannya adakah kita semua akan terus membiarkan mereka ini dalam keadaan kekal "Buta Buruf" dan " Buta Nombor" ?< Jika Buta Warna juga bahaya. bertukar warna lampu isyarat.. nahas>. Sekiranya kita buat tak kisah akan perkara ini, entah bila Buta ini akan menjadi Celik.
Sehubungan itu, guru-guru yang dipanggil untuk mengikuti kurus LINUS ( Literasi dan Numerasi ) ini adalah begitu penting untuk memain peranan mereka agar semua para pelajar tahun 1 2010 (seboleh-bolehnya) dapat mengenali, memahami, menguasai dan menggunakan nombor dan huruf ini untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kehidupan mereka .
Tentunya, Tuan/Puan masih ingat cerita Pendekar Bujang Lapuk.. Ajis, Ramli dan sudin mengikuti kelas dewasa, lucu dengan pembawakannya, Ketika itu. kelas dewasa adalah biasa dan sekiranya generasi kini yang masih di tahap satu akan juga mengikuti kelas dewasa pada suatu masa nanti, maka kelas itu adalah kelas luar biasa kerana disebabkan oleh lalainya kita mengajar mendidik mereka.Kita tak nak nanti dari kohort pelajar ini apabila mereka dewasa akan bertanya "ini bas nombor berapa dan nak pergi ke mana " walaupun didepan bas terpampang nombor dan distinasinya.
Pada jam 11.00 pagi bermulalah persembahan 2 kumpulan guru dengan topik masing-masing dengan menterjemahkan dan memaknakan nombor berasaskan pedagogi dan kreativiti tersendiri. Hebat guru kita, jika pelajar tahun 1 di hadapannya, tentunya isu sukar belajar dan payah faham serta boring pelajar terhadap penganjaran guru tidak berlaku.Pelajar akan meminati dan menyayangi guru mereka. Setelah selesai persembahan kumpulan guru, kursus ditutup dengan rasminya oleh Tn. Hj. Hilmi Abdullah, KPP Matematik, JPN Kelantan.
Turut bersama dalam majlis ini ialah En. Che Zulkifli Abdullah - Penyelia Pelajaran (Sains) dan Tn. Hj. Daud Yussof - Penyelia Pelajaran (Matematik). Terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd Yunus Yusof - Penolong PPD (Sains Matemtik Kuala Krai dan En. Wan Badruddin Wan Omar - Penolong PPD (Saind Matematik) Gua Musang selaku Urusetia Kursus yang bertugas.Tak lupa juga kepada semua JU. < Ramai JU Linus kini dulunya merupakan JU ETeMS.. Terima kasih atas penerusan tugas dan komitmen Tuan>
Kepada semua guru LINUS seluruh negeri, laksanakan tugas anda dengan penuh dedikasi. Kami di JPN dan PPD sedia membantu.Ajarlah mereka tentang huruf dan nombor sejak dari awal lagi.
Akhir kalam,Nombor dan huruf tidak dapat dipisahkan pada sebuah telefon..jika dipisahkan rosaklah sebuah komunikasi antara dua insan... betul ke tuuu??
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment