Apa itu H1N1?
VIRUS YANG MENGGERUNKAN KINI
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.
Apa yang perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tapi tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.
Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.
Siapa yang berisiko
1.orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. perempuan yang mengandung
3 .orang yang ada astmatic
4 . orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan2 di atas
Simptom
day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .
day 5 and above lung collapse @ koma
Langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 - untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utuk 'frontliner' sahaja. dan utuk awam selewat2nya pada 2010.
11 - untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di malaysia. mengambil masa 6 jam untak run test kepada 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini.
Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.
Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.
MAAF, tak sempat nak ulas apa itu B1N1.. Tuan cari sendiri..ok
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment