ASSALAMUALAIKUM !Pada 11 Januari 2009 bersamaan 14 Muharram 1430 , Jabatan Pelajaran Kelantan telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1430H bertemakan 'Menjana Ummah Gemilang". Sambutan yang melibatkan semua warga Jabatan Pelajaran Kelantan bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Bestari, SK Padang Garong 1, Kota Bharu diisi dengan Bacaan doa, Ucapan Aluan oleh YABrs. Tn. Hj. Mohd. Ghazali bin Ab. Rahman dan seterusnya ceramah khas yang disampaikan oleh YB.SS Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.
Antara intipati ceramah ialah melaksanakan tugasan dengan mengikut skrip yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Hijrah bukan hanya melihat kepada perubahan fizikal semata-mata tetapi yang penting kepada perubahan yang menjurus kepada melaksanakan yang makruf dan meninggalkan segala apa yang menjadi larangan Allah S.W.T.
Sekiranya itu kita semua dapat laksanakannya, insyallah kejayaan akan memihak kepada kita. Akhir kalam, mengulangi kata YB.SS Dato' Mufti, sayangi ISLAM, kita akan menjadi umat yang hebat lagi terbilang.
Sekian, Wassalam.