.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, August 10, 2009

SURUHAN ALLAH SWT KEPADA KITA MANUSIA...


SUMBER AL QURAN - SURUHAN ALLAH

Oleh : alhisham mohd



SURUHAN AGAR BERIBADAH KEPADA TUHAN YANG PENCIPTA
[al baqarah Ayat : 21]
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa

SURUHAN AGAR SOLAT BERJEMAAH DAN MEMBAYAR ZAKAT
[al baqarah Ayat : 43]
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjema'ah) bersama-sama orang yang rukuk.

SURUHAN AGAR MENGINGATI ALLAH
[al baqarah Ayat : 152]
Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur.

SURUHAN AGAR TETAP DENGAN KESABARAN
[al baqarah Ayat : 153]
Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.

SURUHAN MEMAKAN REZEKI YANG HALAL LAGI BAIK
[al baqarah Ayat : 168]
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

SURUHAN AGAR BERWASIAT
[al baqarah Ayat : 180-182]
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa. Kemudian sesiapa yang mengubah wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN AGAR BERPUASA
[al baqarah Ayat : 183-185]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah). Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

SURUHAN AGAR MEMERANGI ORANG YANG MEMERANGI ORANG MUKMIN
[al baqarah Ayat : 190]
Dan perangilah kerana agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh.

SURUHAN AGAR BERBUAT BAIK DAN MENAFKAHKAN SEBAHAGIAN HARTA
[al baqarah Ayat : 195]
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

SURUHAN AGAR MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU
[al baqarah Ayat : 196-203]
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul, serta) sembelihlah binatang korban yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul) , sebelum binatang korban itu sampai (dan disembelih) di tempat sembelihannya. Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia bercukur), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu telah merasa aman, maka sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah, sebelum ibadat Haji, (wajiblah menyembelih) korban yang mudah didapati. Kalau tidak didapati (binatang korban), maka wajib ia berpuasa tiga hari dalam masa Haji dan tujuh hari lagi apabila kembali (ke tempat masing-masing) . Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal tetap (disekitar) masjid Al-Haram (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan siksa-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya) .
(Musim) Haji adalah beberapa bulan yang termaklum. Maka sesiapa yang berniat mengerjakan ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan diketahui oleh Allah; dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa; dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal..Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan berzikir) di tempat Masyaril Al-Haram, dan berzikirlah kepada-Nya sebagaimana yang ditunjukkan kepadamu; sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang yang sesat.Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang ramai, dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Apabila kamu telah selesai mengerjakan Haji kamu, maka berzikirlah mengingati Allah sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Ada di antara manusia yang berdoa: Wahai Tuhan Kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia. (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.Dan di antara mereka pula ada yang berdoa: Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitungan-Nya.
Dan berzikirlah kepada Allah beberapa hari yang tertentu bilangannya. Maka sesiapa yang ingin segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa, dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; bagi orang yang bertakwa. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, dan ketahuilah, sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepada-Nya.

SURUHAN MEMATUHI SEMUA PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI LARANGANNYA
[al baqarah Ayat : 208]
Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata

SURUHAN MEMBERIKAN TEMPOH PADA PEMIUTANG
[AL BAQARAH Ayat : 280]Dan jika orang yang berhutang itu dalam kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga lapang hidupnya. Dan jika kamu sedekahkan hutang itu adalah lebih baik untukmu, kalau kamu mengetahui (pahalanya amat besar akan kamu dapati kelak).

SURUHAN RUJUK SESUDAH CERAI JIKA ADA KESEPAKATAN
[al baqarah Ayat : 231]
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu kemudian mereka hampir tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik. Dan janganlah kamu rujuk mereka untuk memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai permainan. Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepadamu, dan apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab Al-Qur'an dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepadamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: bahawa Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.

TENTANG TALAK
[Ayat : 228-232]Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam rahim mereka, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu semasa iddah jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya; dan suami mempunyai satu kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Talak (yang boleh rujuk) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk lagi dengan cara yang sepatutnya atau menceraikannya dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.Sesudah diceraikan (kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan, maka mereka berdua (suami pertama) tidaklah berdosa untuk kembali semula, jika mereka menyangka dapat menegakkan hukum-hukum Allah. Dan itulah hukum-hukum Allah, diterangkan- Nya kepada kaum yang mahu mengetahui dan memahami.Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu kemudian mereka hampir tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik. Dan janganlah kamu rujuk mereka untuk memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai permainan. Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepadamu, dan apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab Al-Qur'an dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepadamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: bahawa Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu, lalu habis iddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik. Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

SURUHAN PARA IBU MENYUSUKAN ANAK ANAKNYA
[al baqarah Ayat : 233]
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa itu menderita kerana anaknya,dan waris juga menanggung kewajiban sedemikian (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya) . Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu secara yang patut. Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.

SURUHAN MEMELIHARA SOLAT DENGAN SEBAIK BAIKNYA
[al baqarah Ayat : 238]
Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan khusyuk.
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah, sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

SURUHAN AGAR KAUM LELAKI MEMELIHARA PANDANGAN MEREKA
[an nur Ayat : 30]Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan.

SURUHAN AGAR JANGAN SUKA MEMFITNAH PADA WANITA YANG BAIK
[AN NUR Ayat : 4]Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik.Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN AGAR KAUM WANITA MEMELIHARA PANDANGAN DAN BERADAB SOPAN
[AN NUR Ayat : 31]Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Terjemahan " yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

SURUHAN AGAR MENGADAKAN SAKSI2 JIKA ISTERI DITUDUH BERZINA SERTA TATACARANYA
[AN NUR Ayat : 6-9]Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar.
Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.
Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta;Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.

SURUHAN AGAR MEMINTA IZIN UNTUK MEMASUKI RUMAH ORANG
[AN NUR Ayat : 27-29]Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu baliklah, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
Tidaklah menjadi salah kamu memasuki mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

SURUHAN AGAR BERKAHWIN
[AN NUR Ayat : 32-33]Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui.Dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, dan hamba-hamba kamu yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan bayaran tertentu), maka laksanakan oleh kamu jika kamu mengetahui kebaikannya pada diri mereka, dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan barang sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan mereka itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN WANITA KEMATIAN SUAMI BERIDDAH 4 BULAN 10 HARI
[AL BAQARAH Ayat : 234-237]Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui apa jua yang kamu lakukan.
Dan tidak ada salahnya bagimu secara sindiran, meminang perempuan, atau menyimpan dalam hati (keinginan mengahwini mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut mengingati mereka, akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka secara sulit, selain dari menyebut kata-kata yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.Tidaklah salah jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka dan berilah Mutaah kepada mereka. Suami yang senang menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajiban atas orang (yang mahu) berbuat kebaikan.Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya (tidak menintutnya) ; atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya. Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

SURUHAN MENAFKAH SEBAHAGIAN HARTA SEBELUM DATANGNYA KIAMAT
[al baqarah Ayat : 254]
Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim

SURUHAN MEMBERI BANTUAN DENGAN HASIL YANG BAIK
[al baqarah Ayat : 267]
Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

SURUHAN MEMBERIKAN SAGUHATI PADA ISTERI2 YANG DICERAIKAN SUAMINYA
[AL BAQARAH Ayat : 241]Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat Mutaah dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang takwa.

SURUHAN AGAR MENDIDIK ANAK TENTANG AURAT
[AN NUR Ayat : 58-60]Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah salat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara minta izin orang yang tersebut dahulu, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

SURUHAN MEMBUKUKAN HUTANG2 DENGAN TERATUR AGAR JANGAN JADI PERSELISIHAN[al baqarah Ayat : 282]
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika seorang dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu lupa maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah) Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

SURUHAN AGAR MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA
[ali imran Ayat : 32]
Katakanlah: Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang kafir.

SURUHAN AGAR ORANG BERIMAN BERSATU DAN JANGAN BERPECAH BELAH
[ali imran Ayat : 103]
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

SURUHAN MENJALAN AMAR MA'RUF DAN NAHI MUNGKAR
[ali imran Ayat : 104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.

SURUHAN BERMUSYAWARAH DENGAN LEMAH LEMBUT DAN BIJAKSANA
[ali imran Ayat : 159]
Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya

SURUHAN AGAR MEMBERIKAN MAS KAWIN PADA WANITA YANG DIKAHWINI
[AN NISA' Ayat : 4]Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka memberikan kepada kamu dengan suka hatinya sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. [AN NISA' Ayat : 19-21]Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi wanita-wanita dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana ingin mengambil balik sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara baik. Kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).Dan jika kamu hendak mengganti isterimu dengan isteri yang lain sedang kamu telah pun memberikan kepada seseorang di antaranya harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan dosa yang nyata?
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka, isteri-isteri kamu itu telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?

SURUHAN AGAR MEMBUAT PEMBAHAGIAN PUSAKA
[AN NISA' Ayat : 11-12]Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah separuh harta itu. Dan bagi ibu bapa simati, tiap-tiap seorang dari keduanya seperenam dari harta yang harta yang ditinggalkan jika simati ada anak. Tetapi jika simati tiada anak, sedang yang mewarisinya hanyalah ibu bapanya, maka bahagian ibunya sepertiga. Kalau pula simati itu mempunyai beberapa saudara, maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya lebih dekat manfaaatnya kepada kamu. Ini adalah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Dan bagimu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu jika mereka tiada anak. Tetapi jika mereka ada anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang ditinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dengannya atau sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tiada anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dengannya dan sesudah dibayar hutangmu. Dan jika simati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau ibu bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki, atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga, sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan olehnya, dan sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memudharatkan. Itulah ketetapan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

SURUHAN AGAR BERTAKWA KEPADA ALLAH
[an nisa'Ayat : 1]
Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.

SURUHAN BERUMAH TANGGA
[an nisa'Ayat : 3]
Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak yatim (perempuan), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman

SURUHAN MENYERAHKAN HARTA KEPADA ANAK YATIM JIKA IANYA SUDAH MAMPU UNTUK MENGURUSKANNYA[an nisa' Ayat : 2]
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukarganti yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan hartamu; kerana sesungguhnya itu adalah dosa yang besar . [AL BAQARAH Ayat : 5-6]Dan janganlah kamu berikan kepada orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang dalam jagaanmu), yang Allah jadikanmu sebagai penjaganya dan berilah mereka belanja dan pakaian dari hasil harta itu (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.Dan ujilah anak-anak yatim itu sehingga mereka cukup umur. Kemudian jika kamu nampak keadaan mereka telah cerdik untuk menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan terburu-buru sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya secara sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta mereka, hendaklah kamu adakan saksi-saksi atas mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan)

SURUHAN MEMIMPIN WANITA(ISTERI) DENGAN BAIK DAN MENAFKAHKAN SEBAHAGIAN HARTA KEPADA MEREKA[an nisa' Ayat : 34]
Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

SURUHAN MENGANGKAT SALAH SEORANG JURU DAMAI UNTUK MENYELESAIKAN PERSELISIHAN FAHAM ANTARA SUAMI ISTERI[an nisa' Ayat : 35]
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang pendamai dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua pendamai itu menghendaki perdamaian, nescaya Allah berikan taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuan- Nya

SURUHAN MENTAATI ALLAH DAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA,KELUARGA DAN MASYARAKAT UMUMNYA
[an nisa' Ayat : 36]
Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.

SURUHAN MENUNAIKAN AMANAH DENGAN BAIK DAN MENGHUKUM DENGAN ADIL
[an nisa' Ayat : 58]
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

SURUHAN MENTAATI ALLAH , RASUL DAN PEMERINTAH
[an nisa' Ayat : 59]
Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya

SURUHAN AGAR SELALU BERSIAP SIAGA DALAM MENGHADAPI MUSUH
[an nisa' Ayat : 71]
Wahai orang yang beriman, bersedialah kemudian maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

SURUHAN MEMBALAS PERHORMATAN DENGAN LEBIH BAIK
[an nisa' Ayat : 86]
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan suatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah dia. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

SURUHAN AGAR MENEGAKKAN KEADILAN
[an nisa' Ayat : 135]
Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau orang itu kaya atau miskin maka Allah lebih tahu keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu untuk berbuat tidak adil. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

SURUHAN MENEPATI JANJI
[al maidah Ayat : 1]
Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanji an. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.

SURUHAN AGAR BERWUDUK JIKA AKAN SOLAT
[al maidah Ayat : 6]
Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kedua belah kakimu meliputi buku lali; dan jika kamu junub maka bersucilah; dan jika kamu sakit, atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih, sapulah mukamu dan kedua tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

SURUHAN MENEGAKKAN KEADILAN DENGAN KEBENARAN
[al maidah Ayat : 8]
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

SURUHAN BERPEGANG PADA JALAN ALLAH DAN BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN ISLAM[al maidah Ayat : 35]
Hai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan (diri) kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan

SURUHAN MEMOTONG TANGAN ORANG YANG MENCURI
[al maidah Ayat : 38]
Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

SURUHAN MEMAKAN REZEKI YANG HALAL LAGI BAIK
[AL MAIDAH Ayat : 88]
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.

SURUHAN MEMBERI SEDEKAH SEDEKAH
[AT TAUBAH Ayat : 60]
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang menguruskannya , dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

SURUHAN MENGIKUTI WAHYU WAHYU YANG DITURUNKAN ALLAH KEPADA NABINYA[AL AN'AM Ayat : 106]
Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang musyrik.

SURUHAN MEMAKAI PAKAIAN YANG INDAH WAKTU SOLAT DAN JANGAN MELAMPAUI BATAS[AL A'RAF Ayat : 31]
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang) , dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.

SURUHAN AGAR TENANG DAN MENDENGAR BAIK2 TATKALA DIBACAKAN AL QURAN[AL A'RAF Ayat : 204]
Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.

SURUHAN MENYIAPKAN KEKUATAN PERSENJATAAN DALAM MENGHADAPI MUSUH[AL ANFAL Ayat : 60]
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

SURUHAN MENGERAHKAN ORANG2 MUKMIN UNTUK BERPERANG JIKA MUSUH SUDAH MENYERANG[AL ANFAL Ayat : 65]
Wahai Nabi, peransangkanlah orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada diantara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika di antaramu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti

SURUHAN BERHIJRAH DAN BERJIHAD DENGAN HARTA DAN JIWA UNTUK MENEGAKKAN ISLAM[AL ANFAL Ayat : 72]
Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang yang memberi perlindungan dan pertolongan, mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu sama lain. Dan orang yang beriman yang belum berhijrah, maka tidak kewajipan bagimu sedikit pun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan dalam hal agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali atas kaum yang ada perjanjian di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.

SURUHAN MEMBERI ZAKAT KEPADA 8 MACAM,DIANTARANYA
[AT TAUBAH Ayat : 60]
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang menguruskannya , dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

SURUHAN MEMUNGUT ZAKAT
[AT TAUBAH Ayat : 103]
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

SURUHAN MENYAMPAIKAN AJARAN AGAMA ISLAM
[AL HIJR Ayat : 94]
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrik itu.

SURUHAN BERTASBIH DENGAN MEMUJI KEBESARAN ILAHI
[AL HIJR Ayat : 98]
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang yang sujud.
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang tetap dan yakin.

SURUHAN BERLAKU ADIL DAN BERBUAT KEBAJIKAN
[AN NAHL Ayat : 90]
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan.

SURUHAN MEMOHON PERLINDUNGAN DAFRI SYAITAN WAKTU AKAN MEMBACA AL QURAN[AN NAHL Ayat : 98]
Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur'an, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.

SURUHAN MEMAKAN REZEKI YANG HALAL DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH
[AN NAHL Ayat : 114]
Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya

SURUHAN BERDAKWAH DENGAN BIJAKSANA DAN PELAJARAN YANG BAIK
[AN NAHL Ayat : 125]
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk

SURUHAN MENTAATI ALLAH DAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA
[AL ISRAK Ayat : 23-24]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.

SURUHAN MEMBERI HAK KEPADA KAUM KELUARGA,DAN DILARANG MEMBAZIR
[AL ISRAK Ayat : 26-27]
Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

SURUHAN MENCUKUPKAN TAKARAN DENGAN ADIL
[AL ISRAK Ayat : 35]
Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Itulah yang baik dan sebaik-baik kesudahan.

SURUHAN MENDIRIKAN SOLAT
[AL ISRAK Ayat : 78]
Dirikanlah sembahyang ketika gelincir matahari hingga gelap malam, dan solat subuh; sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan para Malaikat.

SURUHAN MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD
[AL ISRAK Ayat : 79]
Dan dari sebahagian malam bertahajjudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji.

SURUHAN MENGUCAPKAN INSYAALLAH JIKA MERENCANAKAN SESUATU ATAU BERJANJI
[AL KAHFI Ayat : 23-24]
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan: Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti.Melainkan dengan berkata: Insya-Allah. Dan sebutlah akan Tuhanmu jika kamu lupa; dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.

SURUHAN MENGATAKAN/MENYAMPA IKAN KEBENARAN
[AL KAHFI Ayat : 29]
Dan Katakanlah: Kebenaran itu datang dari Tuhanmu, maka sesiapa yang beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang kufur, biarlah ia mengingkarinya. Kerana Kami telah sediakan bagi orang yang zalim itu api neraka, yang meliputi mereka; dan jika mereka meminta minuman, mereka diberi minum dengan air seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

SURUHAN MENGERJAKAN IBADAH HAJI
[AL HAJJ Ayat : 27]
Dan serulah umat manusia untuk Haji, mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.

SURUHAN BERKELANA DIMUKA BUMI
[AL HAJJ Ayat : 46]
Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi supaya mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka mendengar, sesungguhnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dada.

SURUHAN BERIBADAH KEPADANYA DAN BERBUAT KEBAJIKAN
[AL HAJJ Ayat : 77]
Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan- Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.

SURUHAN BERJIHAD PADA JALAN ALLAH SERTA BERPEGANG TEGUH PADA AGAMA[AL HAJJ Ayat : 78]
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dia telah memilih kamu dan Ia tidak menjadikan atas kamu menanggung susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu orang Islam semenjak dahulu, dan di dalam Al-Qur'an ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu dirikanlah salat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

SURUHAN MENELADANI TINDAKAN KEJAHATAN DENGAN CARA BIJAKSANA
[AL MUKMINUN Ayat : 96]
Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.

SURUHAN MENGHUKUM WANITA DAN LELAKI BERZINA DENGAN 100 SEBATAN
[AN NUR Ayat : 2]
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.

SURUHAN MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA [AN NUR Ayat : 54]
Katakanlah lagi: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar, maka sesungguhnya atas Rasul Allah apa yang ditugaskan kepadanya, dan atas kamu pula apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya kamu akan beroleh hidayah; dan Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata

SURUHAN MENDIRIKAN SOLAT DAN MEMBAYAR ZAKAT
[AN NUR Ayat : 56]
Dan dirikan oleh kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.

SURUHAN MEMBACA AL QURAN
[AN NAML Ayat : 92]
Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Qur'an. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Qur'an) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran.

SURUHAN MENCIPTAKAN KEMAKMURAN DAN BERBUAT KEBAJIKAN
[AL QASHAS Ayat : 77]
Dan tuntutlah dengan harta yang Allah kurniakan kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari dunia; dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan..

SURUHAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA
[AL ANKABUT Ayat : 8]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Dengan-Ku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

SURUHAN MENGEMBARA DIMUKA BUMI UNTUK MENGAMBIL PELAJARAN
[AL ANKABUT Ayat : 20]
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan mencipta suatu ciptaan yang baharu pada hari Akhirat, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

SURUHAN MEMBACA AL QURAN DAN MENDIRIKAN SOLAT
[AL ANKABUT Ayat : 45]
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "

SURUHAN MEMPERLIHATKAN AKIBAT BURUK ORANG2 YANG DURHAKA
[AR RUM Ayat : 9]
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang terdahulu dari mereka? Orang itu lebih kuat daripada mereka, dan mereka telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang mereka lakukan, dan orang itu telah didatangi oleh Rasul-rasul- Nya dengan membawa keterangan-keterang an yang nyata. Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

SURUHAN MEMBERIKAN HAK KEPADA KELUARGA DAN ORANG 2 MISKIN
[AR RUM Ayat : 38]
Maka berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya.

SURUHAN MENGEMBARA DIMUKA BUMI UNTUK MENGAMBIL PELAJARAN
[AR RUM Ayat : 42]
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang telah lalu; kebanyakan mereka adalah orang musyrik.

SURUHAN BERSABAR DAN TABAH DALAM PERJUANGAN
[AR RUM Ayat : 60]
Maka bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang yang tidak meyakini apa yang kamu sampaikan itu menggelisahkanmu.

SURUHAN BERSOLAT SERTA MENYURUH BERBUAT AMAR MA'RUF DAN NAHI MUNGKAR
[LUKMAN Ayat : 17]
Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.

SURUHAN BERTAKWA DAN MENAKUTI HARI KIAMAT
[LUKMAN Ayat : 33]
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya, janji Allah itu adalah benar, jangan lah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan janganlah kamu diperdayakan oleh bisikan Syaitan.

SURUHAN MEMPERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH
[AL AHZAB Ayat : 41-42]
Wahai orang yang beriman, untuk bersyukur kepada Allah ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.

SURUHAN AGAR WANITA BERPAKAIAN SOPAN DAN MENUTUP AURAT
[AL AHZAB Ayat : 59]
Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN BERTAKWA KEPADA ALLAH DAN BERCAKAP BENAR
[AL AHZAB Ayat : 70]
Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang benar..

SURUHAN MENGINGATI KURNIAAN ALLAH
[FATHIR Ayat : 3]
Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu; Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan?

SURUHAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA
[AL AHQAAF Ayat : 15]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia sampai ke peringkat dewasa dan sampai umur empat puluh tahun, berdoalah ia: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam yang tunduk patuh kepadamu

SURUHAN AGAR JANGAN MENGEJEK
[AL HUJURAT Ayat : 11]
Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.

SURUHAN AGAR JANGAN BERPRASANGKA DAN MENGUMPAT
[AL HUJURAT Ayat : 12]
Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN MENDALAMI ISI AL QURAN
[AL QAMAR Ayat : 17]
Dan sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur'an untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan?

SURUHAN AGAR MEMPERMUDAH KAN SESUATU PERMUSYAWAH
[AL MUJADALAH Ayat : 11]
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.

SURUHAN AGAR BERTAKWA KEPADA ALLAH DAN SENTIASA BERMUHASABAH DIRI
(AL HASYR Ayat : 18]
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah; dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan- Nya akan segala yang kamu kerjakan.

SURUHAN AGAR SOLAT JUMAAT
[AL JUMU'AH Ayat : 9]
Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

SURUHAN MENCARI REZEKI YANG HALAL
[AL JUMU'AH Ayat : 10]
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.

SURUHAN BERTAUBAT DENGAN TAUBAT NASUHA
[AT TAHRIM Ayat : 8]
Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

SURUHAN MEMBERIKAN PERINGATAN,MEMBERSI HKAN PAKAIAN SERTA SABAR
[AL MUDDATHIR Ayat : 1-7]
Wahai orang yang berselimut!Bangunla h serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

SURUHAN BERSABAR DAN MEMUJI KEBESARANNYA SETIAP PAGI DAN PETANG
[AL INSAN Ayat : 24-25]
Maka hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu, dan janganlah engkau menurut orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang ingkar.Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang.

SURUHAN BERSYUKUR AKAN NIKMAT NIKMAT ALLAH
[AD DHUHA Ayat : 11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut sebagai bersyukur kepada-Nya.

AKHIRNYA .. TANYALAH DIRI KITA SENDIRI.. ADAKAH SURUHANNYA TELAH KITA PATUHI SEPENUHNYA.. AGAR KITA MENJADI SEBAIK MAKLUK

Ramadhan hadirmu penuh makna

Assalaamu'alaikum

Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba- NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Blog Sains2u mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung.. puasa yang penuh makna

Thursday, July 23, 2009

Oh PPSMI.. banyak kenangan ku bersama mu

PPSMI
Pengenalan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Peranan BBT dalam PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini.

Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru.

Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.

Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah.

Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.

BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMI

Buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:

i) Buku Teks (Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

vii)Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »

Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT

Senarai judul Pakej Buku Teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah berserta komponennya adalah seperti pada lampiran di bawah :

* Sekolah rendah
* Sekolah menengah

viii) Pakej Pembelajaran Kendiri oleh BPG -- (teringat tandatangan SAP nilaian RM 3 juta untuk Kelantan.. bulan puasa berbuka di Bilik Kebal PPD Kota Bahru penghujung Tahun 2002.

Lagi..Kursus ETeMS 2002 hingga 2007 dan 2008(pra), Kursus KOSM, Kursus Bahasa Inggeris, PTP 2007, PTP 2008,Diognostik LPM,OPSME, SMERP,Program Intervensi lain, Program Interim, Program MTDP Gua Musang,pemantaun PPSMI bersama JNS+ PPK+ BS,peralatan PPSMI, CD Teaching Courseware , SBT, SAL, data G4P, dan bermacam lagi. Urusan BISP semua guru. penerimaan dan agihan Note Book JPN dan PPD...serta pelbagai lagi.. Itu lah tugas... Kini tugas dah berubah... kecemerlangan terus di fokuskan dengan penglibatan semua sebagaimana dulu..tugas baru akan bermacam-macam lagi.. KINI merupakan NOSTALGIA buat ku.. harapku.. bangsa ku terus maju dengan Bahasa Melayu bahasa ILMU..

Teringat kata Dr. Fuad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran semasa singgah di JPN pada akhir Jun 2009... PPSMI sebenarnya memakan belanja RM 12 billion...

Saya juga hadir di majlis ini..

Alhamdulilah pada hari Isnin jam 1.30 t/hari saya bersama Tuan KSPA dengan menaiki kenderaan JPN Kelantan bertolak ke KL untuk menghadiri majlis bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis ini diadakan pada keesokan hari bermula jam 8.45 pagi bertempat di PICC. Ia diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai halatuju PPSMI di mana akhirnya telah ditamatkan dengan digantikan dengan MBMMBI.Selesai majlis sekitar jam 12.30 t/hari kami bertolak balik ke Kelantan. Majlis dihadiri oleh semua wakil JPN dan PPD seluruh negara serta pengetua/guru besar dari Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikut adalah tek ucapan beliau... sama-sama kita renung dan fikirkan sebelum kita memulakan tugas baru dalam menjayakan MBMMBI..



TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI MUHYUDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA



DI MAJLIS PERJUMPAAN KHAS YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA PENDIDIK



PADA 21 JULAI 2009, PUKUL 9.00 PAGI BERTEMPAT DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)







Bismillahirrahmanirrahim.



YB Datuk Dr. Wee Ka Siong,

Timbalan Menteri Pelajaran 1.



YB. Dr. Mohd. Puad Zarkashi,

Timbalan Menteri Pelajaran II.



Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Hj. Awang

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia



Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd. Dom

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran



Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri.



Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang saya hormati sekalian.



Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.



1. Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya saya dapat bersama-sama dengan warga pendidik dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan pada pagi ini. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini yang memberi peluang kepada saya untuk membuat penjelasan mengenai beberapa pengumuman yang telah saya buat baru-baru ini berkaitan dengan dasar pendidikan di negara kita.



2. Sejak memegang tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri lebih 100 hari yang lepas, saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul sememangnya amat mencabar, apatah lagi apabila Kementerian Pelajaran juga merupakan teras utama tugas saya. Namun, saya juga sedar bahawa tugas paling mencabar yang telah diamanahkan oleh YAB Perdana Menteri ini merupakan satu penghormatan yang amat tinggi kepada saya. Menerajui sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam menjana modal insan negara sesungguhnya menuntut pewujudan sinergi mantap semua pihak, khasnya di kalangan warga pendidik, untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.



3. Dalam memastikan sistem pendidikan sesebuah negara sentiasa relevan, Kerajaan perlu terus mengkaji dan menilai dasar pendidikan sedia ada. Justeru penggubalan dan pengumuman dasar-dasar dan strategi-strategi baru ke arah penambahbaikan sistem pendidikan yang berterusan bagi kepentingan negara dan rakyat perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, selaras dengan gagasan yang telah diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri kita iaitu “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, maka beberapa dasar baru telah diperkenalkan, antaranya adalah penetapan had 10 mata pelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, pemerkasaan sukan sekolah, cadangan Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus untuk SPM dan pemansuhan PPSMI mulai tahun 2012.



4. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi kita khasnya warga pendidik untuk memahami dan menghayati dasar-dasar baru yang telah diumumkan. Hanya dengan pemahaman yang mendalam, barulah kita warga pendidik dapat sebulat suara memberikan penjelasan kepada masyarakat umum agar ia tidak disalah tafsir dan dijadikan isu politik dangkal yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat kepada sistem pendidikan negara. Adalah lumrah bagi sesetengah kumpulan masyarakat sukar menerima sesuatu perubahan yang dicadangkan. Malahan, sebarang pembaharuan yang diperkenalkan di mana-mana tahap sekalipun akan sentiasa dipertikaikan.



5. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada tuan-tuan dan puan-puan berkenaan dengan beberapa pengumuman yang telah saya buat mengenai dasar dan strategi pendidikan di negara kita baru-baru ini. Pertamanya ialah penetapan had 10 mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2010. Keputusan ini diambil setelah kerajaan mempertimbangkan implikasi trend di kalangan pelajar pada masa kini untuk mengambil jumlah mata pelajaran yang terlalu banyak dalam peperiksaan SPM. Sebagai contoh, bagi peperiksaan SPM pada tahun ini, seramai 48,784 atau 11.68 peratus calon sekolah di bawah Kementerian Pelajaran mendaftar lebih daripada 10 mata pelajaran.



6. Trend ini adalah tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melakukan anjakan dalam sistem pendidikan kita, iaitu daripada sistem yang berorientasikan peperiksaan kepada sistem yang berorientasikan pentaksiran yang lebih menyeluruh, sejajar dengan amalan di negara-negara maju. Sistem pendidikan di negara kita tidak wajar dijadikan tempat perlumbaan untuk menguji keupayaan pelajar mengutip sebanyak mungkin pangkat A dalam sesuatu peperiksaan sehingga mengabaikan perkembangan potensi mereka secara holistik.





7. Keputusan mengehadkan 10 mata pelajaran ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sementara pencapaian dalam peperiksaan boleh mengukur keupayaan kognitif pelajar, aspek soft-skills yang penting untuk meningkatkan daya kebolehkerjaan (employability) dan kebolehpasaran (marketability) pelajar kita dalam era globalisasi yang lebih kompleks dan kompetitif pada hari ini hanya boleh dinilai melalui satu sistem pentaksiran yang lebih menyeluruh. Oleh itu, Kementerian Pelajaran pada masa ini sedang dalam proses memperkenalkan satu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan yang bukan sahaja mengukur aspek keupayaan kognitif pelajar, tetapi juga aspek soft-skills yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti bina upaya insan (human capacity building) selaras dengan amalan di negara-negara maju.



8. Di samping itu, pihak Kementerian juga telah membuat penelitian secara terperinci dan mendapati bahawa jumlah 10 mata pelajaran adalah lebih daripada mencukupi untuk menilai potensi dan kemampuan sebenar pelajar untuk menguasai ilmu-ilmu teras yang penting dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Sesungguhnya, keputusan mengehadkan 10 mata pelajaran ini adalah satu langkah ke hadapan dalam usaha kita untuk membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.



9. Dengan mengehadkan 10 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM, Kerajaan berharap agar tekanan peperiksaan yang berlebihan ke atas pelajar akan dapat dikurangkan, di samping memberi ruang kepada pihak pihak sekolah untuk mempergiatkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan sukan di luar waktu belajar. Aktiviti-aktiviti ini adalah penting untuk menggarap soft-skills para pelajar sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan potensi pelajar secara holistik. Sehubungan dengan ini juga, saya telah membuat pengumuman mengenai pemerkasaan semula sukan sekolah dengan mempergiatkan acara sukan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Jurulatih sukan akan ditempatkan di sekolah-sekolah untuk mengurus acara sukan sekolah dan mencungkil bakat-bakat baru yang boleh dilatih untuk menyertai sukan prestasi tinggi. Untuk tujuan ini, satu Institut Pendidikan Guru khusus untuk melatih jurulatih-jurulatih sukan sekolah akan ditubuhkan.



10. Perkara Kedua ialah cadangan menetapkan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya menerima pelbagai maklumbalas daripada masyarakat umum sejak saya melontarkan cadangan ini pada bulan Jun yang lalu. Pada dasarnya ramai yang bersetuju dengan cadangan ini. Mereka berpandangan bahawa hanya dengan cara ini sahaja kita dapat memastikan pelajar-pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan sekali gus meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam alam pekerjaan yang mementingkan penguasaan lebih daripada satu bahasa, iaitu bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda yang lain.



11. Penguasaan bahasa Inggeris yang baik sudah tentu akan memberikan nilai tambah kepada palajar-pelajar kita untuk menceburkan diri dalam sektor ekonomi berpendapatan tinggi. Kerajaan juga sedar bahawa mempunyai sumber manusia yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik juga merupakan satu nilai tambah kepada negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang lebih kompetitif.



12. Oleh kerana itu, saya percaya bahawa sudah sampai masanya semua pelajar kita dipastikan dapat menguasai asas-asas bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu, bahasa maklumat, bahasa perdagangan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Jika mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, sudah tentulah mereka akan mendapat banyak kelebihan untuk bersaing dalam era globalisasi yang lebih kompetitif pada hari ini. Dengan meletakkan syarat wajib lulus bahasa Inggeris, Kerajaan berharap agar para pelajar akan melonjakkan usaha untuk lebih tekun mempelajari bahasa Inggeris dan berusaha dengan lebih gigih dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.



13. Pada masa yang sama, ada juga pihak yang melahirkan kebimbangan jika cadangan ini dilaksanakan sekarang, ramai pelajar terutamanya di luar bandar akan terkandas dalam pelajaran. Dalam peperiksaan SPM tahun 2008 misalnya, hanya 26.9 peratus calon di luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ini bermakna 73.1 peratus pelajar di luar bandar akan gagal memperolehi sijil sekiranya syarat wajib lulus bahasa Inggeris dilaksanakan. Kerajaan sedar bahawa ini adalah satu jumlah yang besar, dan ia juga menunjukkan bahawa pencapaian bahasa Inggeris pelajar-pelajar di luar bandar adalah amat rendah.



14. Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini, kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang, melayani pandangan kedua dan berhenti daripada melakukan perubahan dan pembaikan. Kita tidak boleh mengambil pendekatan “levelling down” dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Sebaliknya, kita perlu berani untuk mengambil pendekatan “levelling up”, iaitu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu ilmu, sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik. Jika kita yakin bahawa perubahan dan pembaikan adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, dan sekali gus melonjakkan kemajuan negara pada masa hadapan, kita perlu berani melakukannya sekarang.



15. Dalam konteks penguasan bahasa Inggeris, syarat wajib lulus bahasa Inggeris adalah usaha “levelling up” yang akan mengangkat upaya pelajar-pelajar kita, terutamanya pelajar-pelajar di luar bandar, untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik, dan sekali gus membolehkan mereka bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif. Walaupun Kerajaan masih belum membuat keputusan akhir mengenai perkara ini, usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya di kalangan pelajar di luar bandar mesti bermula dari sekarang.



16. Perkara ketiga yang ingin saya sentuh pada hari ini ialah keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012, dan pada masa yang sama mengambil langkah-langkah drastik untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pemansuhan PPSMI ini walau bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Keputusan ini adalah lambang iltizam dan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita dengan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, dan pada masa yang sama memantapkan penguasaan bahasa Inggeris.



17. Dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, dan bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Strategi Ini mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep sains dan matematik adalah berkait rapat dengan penggunaan bahasa pengantar yang mudah difahami oleh mereka. Pada masa yang sama, kita percaya bahawa peningkatan penguasaan bahasa Inggeris boleh dicapai melalui penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.



18. Pada kesempatan ini saya ingin mengemukakan data-data emprikal yang menjadi asas kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI. Pertama, data-data rasmi menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik merosot semasa pelaksanaan PPSMI. Dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008, hanya 79.7 peratus pelajar luar bandar lulus mata pelajaran Sains berbanding 83.2 peratus pada tahun 2007. Bagi pelajar bandar pula, peratusan lulus telah merosot daripada 85.1 peratus pada tahun 2007 kepada 82.5 peratus pada tahun 2008.



19. Bagi mata pelajaran Matematik pula, pencapaian lulus murid di bandar telah merosot daripada 84.8 peratus pada tahun 2007 kepada 80.9 peratus pada tahun 2008. Pencapaian murid di luar bandar juga merosot daripada 80.9 peratus pada tahun 2007 kepada 77 peratus pada tahun 2008. Ini bermakna hampir 170,000 orang pelajar gagal bagi kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains di peringkat UPSR semasa PPSMI dilaksanakan.



20. Kegagalan menguasai Matematik dan Sains di peringkat rendah sudah tentu akan menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar ini dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut di peringkat menengah, dan sekali gus menjejaskan hasrat kita untuk menjana modal insan yang memiliki ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi, sebagai wahana penting untuk melonjakkan kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi.



21. Kedua, kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dan juga para penyelidik bebas mendapati bahawa pelajar yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris yang sederhana dan lemah menghadapi kesukaran untuk memahami mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan UPSR 2008, 30.6 peratus pelajar luar bandar gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka masih berada di tahap yang lemah. Ini menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.



22. Hasil pemantauan Kementerian Pelajaran juga menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Hanya 8.6 peratus guru menggunakan lebih 90 peratus masa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris adalah jauh lebih rendah bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Inggeris yang amat rendah di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Keadaan ini memaksa guru-guru untuk menggunakan dwi-bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dalam pengajaran Sains dan Matematik. Soalan peperiksaan juga terpaksa dibuat dalam dwi-bahasa kerana masalah penguasaan bahasa Inggeris yang rendah di kalangan pelajar. Justeru, apa yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu bukanlah PPSMI, tetapi PPSMI/BM. Guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Hanya segelintir pelajar yang dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan baik, dan mereka ini ialah pelajar-pelajar yang telah menguasai bahasa Inggeris dengan cemerlang. Berdasarkan pemantauan Kementerian Pelajaran, kelompok pelajar ini tidak lebih 8 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar di negara ini.

23. Berdasarkan realiti ini, Kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeopardy. Kajian saintifik menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak meningkat, dan pada masa yang sama mereka juga gagal menguasai konsep-konsep asas Sains dan Matematik. Sekiranya keadaan ini berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi knowledge deficit di kalangan pelajar, di mana pelajar-pelajar yang gagal menguasai konsep-konsep asas sains dan matematik oleh kerana halangan bahasa, akan menghadapi masalah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik di peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini tentunya akan mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan modal insan di negara kita dalam jangkamasa panjang.



24. Ketiga, kajian di peringkat antarabangsa, termasuk oleh UNESCO, yang memperakukan bahawa bahasa yang mudah difahami oleh pelajar, seperti bahasa ibunda, adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya di peringkat rendah. Laporan Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh UNESCO memperakukan kepentingan menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda sebagai kunci kepada kejayaan pendidikan. Laporan ini memetik satu kajian yang melibatkan 22 buah negara dan 160 kumpulan linguistik yang mendapati bahawa kehadiran murid ke sekolah meningkat sebanyak 10 peratus bagi sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, khususnya di peringkat pendidikan rendah.



25. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan yang diperolehi oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang lemah dan sederhana dalam menguasai bahasa Inggeris, terutamanya di kawasan luar bandar, tidak menunjukkan minat untuk mempelajari Matematik dan Sains ketika dasar PPSMI dilaksanakan.



26. Selain daripada itu, laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 (TIMMS) juga mendapati bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ibunda. Lebih daripada itu, UNESCO juga memperakukan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian matlamat Education for All, iaitu matlamat untuk menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan kepada semua tanpa mengira perbezaan bahasa, lokaliti, taraf sosio-ekonomi dan gender.



27. Berdasarkan dapatan-dapatan ini, Kerajaan yakin bahawa keputusan memansuhkan PPSMI adalah satu keputusan yang tepat dan merupakan satu langkah ke hadapan dalam menambahbaik kualiti pendidikan di negara ini. Keputusan ini sesungguhnya mengambilkira kepentingan pelajar serta matlamat membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi demi kepentingan negara pada masa depan. Keputusan ini juga adalah selaras dengan amalan pendidikan terbaik di peringkat antarabangsa.



28. Justeru, ingin saya tegaskan di sini bahawa keputusan memansuhkan PPSMI bukanlah satu keputusan politik, malah ianya memerlukan iltizam politik (political will) yang tinggi untuk dilaksanakan. Pendidikan anak-anak adalah sesuatu yang cukup besar dan bermakna bagi sesebuah negara untuk dipolitikkan. Kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan sekali-kali memperjudikan nasib anak bangsa dan masa depan negara semata-mata untuk meraih keuntungan politik sempit.



29. Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Saya telah pun menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar ketika membuat pengumuman mengenai strategi “Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” (MBMMBI) baru-baru ini. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.



30. Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan “contact-time” antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.



31. Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik.



32. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Dengan pelaksanaan keputusan ini komponen Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Tahap 1 sekolah kebangsaan meningkat daripada 60 peratus kepada 75.6 peratus, manakala di Tahap 2 meningkat daripada 60 peratus kepada 80 peratus. Peningkatan yang sama juga berlaku di peringkat sekolah menengah.



33. Melihat ke hadapan, dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.



34. Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. InsyaAllah, berkat kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.



35. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada warga pendidik yang telah menyatakan sokongan padu kepada dasar-dasar dan strategi baru yang telah saya umumkan. Sesungguhnya, sebagai Menteri Pelajaran, saya amat mengharap dan menghargai sokongan dan dokongan padu warga pendidik untuk merealisasikan wawasan dan gagasan Kerajaan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.



36. Akhirnya, saya ingin mengajak seluruh warga pendidik untuk bersama-sama mara ke hadapan, memperkukuhkan iltizam dan melakukan lonjakan berganda untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita.



Wabillahi al-taufiq wal hidayah, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh dan salam hormat.

KENYATAAN MEDIA PEMANSUHAN PPSMI

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS: TAWARAN BARU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,
MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS:
TAWARAN BARU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

8 JULAI 2009


Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada tahun 2003.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran ingin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia.

Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Keputusan Kabinet untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan mula berkuatkuasa pada tahun 2012. Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.

Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:

* Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
* Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53–58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
* Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 mencapai tahap profisiensi.
* Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
* Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.


Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih 3 peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil SJK(T).

Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

* Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan ”contact time” antara guru dan murid.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
* Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu.
* Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.
* Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
* Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
* Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
* Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.


Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah.

Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia, memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.

Monday, July 13, 2009

Berita PPSMI - Kerja Buat Kami mulai 2003 lagi..KINI

PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Jul 8, 09 1:05pm
kemaskini 5.05pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Saturday, June 20, 2009

JAGALAH KESIHATAN KITA

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Oleh : Sara LyanaLess

LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.

Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.

PENYAKIT JANTUNG

Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

PUNCA PENYAKIT

*Kencing manis dan darah tinggi

Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.

Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.

*Keturunan

Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.

*Diet

Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.

*Alkohol

Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein) . Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.

*Merokok

Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.

*Tidak aktif

Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.

Tanda-tanda penyakit :

1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah

Cara mencegahaya:

1. Lakukan senaman dengan teratur
2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.

Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.

BARAH

Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.

PUNCA PENYAKIT

Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.

Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.

Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru

* Batuk yang tidak putus-putus
* Batuk yang disertai darah
* Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus

Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.

Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.

Rawatannya

Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.

Tanda-tanda penyakit Barah Darah:

* Demam yang berulang-ulang
* Seringkali berlaku pendarahan
* Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
* Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak

Tanda-tanda penyakit Barah Tekok

* Hidung sering berdarah
* Keupayaan pendengaran berkurangan
* Leher menjadi bengkak.

Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.

Rawatannya

Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan ngan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukimia yang tidak dapat disembuhkan

Tetapi setiap penyakit ada penawarnya... ITULAH TANDA KEBESARAN ALLAH SWT

Sunday, June 14, 2009


Selamat Hari Bapa...



BLOG SAINS4U mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua pengunjung blog kesayangan anda ini.

Sunday, May 24, 2009

PUASA SUNAT AMALKAN SENTIASA

Puasa Sunat ialah puasa yang dikerjakan pada sebarang masa, hanya dengan harapan balasan dan keampunan dari Allah sahaja (tidak diwajibkan). Puasa sunat ini boleh dikerjakan pada bila2 masa sahaja jika berkuasa kecuali pada hari2 yg terlarang dan dimakruhkan berpuasa padanya."

Jenis-jenis Puasa Sunat

1. Puasa Enam
Dikerjakan sehari sesudah hari Raya Puasa. Puasa Enam itu boleh dikerjakan secara berturut2 dan boleh juga berselang hari (tidak berturut2), tetapi hendaklah tetap dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja

2. Puasa awal bulan Zul Hijjah sampai 8hb Zulhijjah.
Disebut juga sebagai puasa sebelum Hari Raya Haji.

3. Puasa hari Arafah pada 9hb Zulhijjah.
Orang yg mengerjakan haji lebih baik jangan berpuasa pada hari ini.

4. Puasa pada 9hb muharram

5. Puasa pada hari Asyura iaitu pada 10Hb Muharram

6. Puasa pada bulan Rajab seberapa hari yang kuasa

7. Puasa dalam bulan Syaaban.
Boleh berpuasa dari awal sampai akhirnya kecuali pada hari syak iaitu pada 30hb Syaaban. Sebaiknya berpuasalah pada hari nisfu syaaban tersebut. Sesiapa yang berpuasa sehari didalam bulan sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kapada nabi Allah Yusof didalam syurga. Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

08. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

09. Puasa tiga hari pada tiap2 bulan Qamariah (Bulan Islam)

10. Puasa pada hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 hari bulan Islam

11. Puasa berselang hari. Sehari berpuasa, sehari berbuka, kemudian berpuasa pula dan demikianlah seterusnya.

Friday, May 22, 2009

Kami Berkampung Di Demong Beach Resort

Assalamualaikum!

Alhamdulillah kami dari kalangan pegawai JPN dan PPD telah sekali lagi berkampung di Demong Beach Resort bermula 21 Mei hingga 23 Mei 2009. Masuk hari Khamis dan keluar hari Sabtu.. kata orang HABIS HARI kerja.. Tapi tak mengapa, kerana dah biasa dengan kerja pengurusan pejabat walaupun pada penghujung minggu, asalkan kerja siap hati senang.

Seramai 25 orang terlibat dalam penggumpulan dan pemerosesan data PPSMI fasa 3 ini. Nampaknya segala kerja telah berjalan lancar dan data-data G4P dari semua sekolah dapat dikutip dalam masa yang ditetapkan walaupun data dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ada yang belum mencukupi. Ini disebabkan SABK baru dimasukkan dalam program ini. Data yang dikumpulkan ini akan disatukan dengan data dari negeri lain pada 1 Jun hinga 3Jun 2009 bertempat di Kuantan dengan dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Hasil dari dapatan ini akan dijadikan panduan dalam membuat pengisian yang betul berdasarkan keperluan guru PPSMI yang terlibat.Menjadi harapan agar penambahbaikan dalam tindakikut guru memberi kesan yang lebih positif apabila dapatan kajian fasa 4 nanti diperolehi.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Adnan Mohd Noor,Ketua Sektor Pengurusan Akademik pada malam 22 Mei 2009, di mana beliau telah memberi input yang amat berguna bagi kami disini.

Sesungguhnya kerja dalam pasukan ini begitu memudahkan kita semua. Kepada rakan sejawat, terima kasih di atas kehadiran dan komitmen Tuan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Assalamualikum!

Pada hari ini, tanggal 16 Mei setiap tahun kita semua warga pendidik akan menyambut hari guru.. hari yang begitu bererti buat semua kerana tanpa guru , negara amat sukar untuk dibina. Guru adalah arkited untuk membina insan yang mulia.Tanpa guru tak ada manusia yang bergelar itu dan ini. Tanpa guru akan porak perandalah negara.Begitu hebatnya peranan dan begitu besarnya jasa kepada kemanusiaan manusia kini.

Teringat sebuah sajak yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya). Sajak "Guru Oh Guru" memberi seribu satu pengertian buat kita semua.

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Juga benarlah pesanan guruku , janganlah kamu mengejar pangkat, kuasa dan harta; semua orang gila kepadanya. Sebaliknya sibukkanlah diri kamu mendapatkan pangkat di sisi-Nya dan itu tidak dapat dilakukan jika tidak berilmu. Jadi teruslah mencari ilmu. Hidup kamu akan lebih tenang kerana tiada siapa boleh merampasnya daripada kamu.

Sempena Hari Guru ini, dinasihatkan pada semua termasuk diri sendiri, carilah ilmu dan perkayakan diri dengannya kerana ia tidak boleh dicuri atau dirompak! Dengan memilikinya, insya-Allah kita akan selamat dunia akhirat.

Selamat menyambut hari guru, wassalam.

Thursday, April 30, 2009

Hari Bertemu Pelanggan KPM

Assalamulaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya telah memberi peluang kepada Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai Tuan Rumah Hari Bertemu Pelanggan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 2 hari pada 24-25 April 2009 bertempat di KB Mall, Kota Bharu dengan upacara perasmian di sempurnakan oleh YBhg. Dato Hj Kamaruzaman bin Hj. Mohd Noor selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Sebanyak 23 kios yang menempat 23 Bahagian dan Jabatan dari KPM dan JPN telah dikunjungi oleh orang ramai tanpa mengira latar belakang pekerjaan untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan peranan dan fungsi bahagian berkenaan dalam membantu mereka. Bagi pelajar, Bahagian Matrikulasi begitu popular.

Disepanjang program yang bermula dari jam 10.00 pagi itu, pengunjung yang mengujungi kios dan orang awam yang datang untuk membeli belah dihiburkan dengan persembahan pentas oleh pelajar dan juga kumpulan Rabbani. Begitu ramainya kerana berkebetulan Pacific Hypermarket telah mengadakan tawaran potongan harga serta ramai kakitangan awam dan swasta telah menerima gaji sehari sebelumnya.

Kami dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan telah ditugaskan sebagai penyambut tamu untuk program ini. Kepada semua yang hadir, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Juga kepada semua pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang terlibat, terima kasih diucapkan.

Sekian, jumpa lagi,.. Wassalam.

Saturday, April 18, 2009

Kursus Pengurusan Data - Excel dan Accesss

Assalamulaikum..

Bertemu lagi pada kesempatan ini, Alhamdulillah pada tanggal 14-17 April 2009,bertempat di Kapas Island Beach Resort, Marang, Terengganu, kami dari JPN dan PPD telah dipanggil sebagai peserta untuk mengikuti kursus pengurusan data menggunakan Software MO Excel dan MO Access . Dengan kehebatan dan kepakaran pegawai dari JPN dan PPD selaku Jurulatih , kami telah mendapat banyak ilmu yang amat berguna dalam memproses data dan seterusnya memanfaatkannya ke arah memperkasakan peranan dan tugas kami di JPN dan PPD dalam kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

Sepanjang berkursus, begitu terasa bahawa ilmu dalam bidang ini begitu cetek, banyak lagi yang perlu dipelajari walaupun menggunakan apa yang telah diadakan oleh orang lain. Apa yang pentingnya ialah sentiasa "up date".

Terima kasih kepada Urusetia - En. Mohd Nawi , Pn. Zuriah, Kepada JU - En. Razali Talib,En. Rusli,En. Ab Aziz, En. Rustan , juga kepada semua rakan peserta kursus dari JPN dan PPD seluruh negeri Kelantan. Semoga kita dapat mengaplikasikannya dalam tugasan rutin . Ada-Berfungsi-Guna adalah antara pesanan mantan KPPM kita sebelum ini.

Mohon maaf saya terpaksa kembali ke Kota Bharu lebih awal sehari kerana keesokan harinya iaitu hari Jumaat 17 April 2009 , saya mewakili JPN menghadiri mesyuarat di E13, Bahagian Pendidikan Guru, Putrajaya.

Sekian, bertemu lagi.. WASSALAM.


Monday, April 13, 2009

Renungan bersama...

Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak

" Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini "

Justeru, didiklah mereka agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara

Friday, April 10, 2009

Renungan bersama...

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya./mimit suriyarti

Thursday, April 9, 2009

Kita Dapat Menteri Pelajaran Baru




Timbalan perdana menteri
-yang juga Menteri Pelajaran Malaysia yang baru YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama
Perdana menteri - YAB Datuk Seri Najib Razak

Tahniah dari kami...

PADATNYA JADUAL TUGAS MINGGU INI..

Assalamualikum

Apa khabar rakan sahabat yang budiman..semoga berbahagia dan ceria dengan tugasan masing-masing samada di JPN, PPD maupun di sekolah.Tugasan yang dipertanggungjawan tetap dilangsaikan kerana ia merupakan amanah yang wajib ditunaikan.

Tuan yang dihormati, sepanjang minggu ini bermula 5 hb sehingga 8 hb April 2009, Jabatan Pelajaran Kelantan, khususnya Unit Sains dan Unit Matematik telah menerima pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum ,Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertamu di negeri ini untuk melaksanakan tugas bersama pegawai-pegawai jabatan ini. Program yang terlibat ialah:

1. Pemantauan Gerak Gempur PPSMI (GG4P)
Tarikh: 5-8 April 2009
Lokasi : Sekolah di PPD Kota Bharu, PPD Bachok, PPD Pasir Mas dan PPD Tumpat
Tujuan : Mendapat maklumbalas sekolah mengenai pelaksanaan PPSMI

2. Penilaian Guru Inovatif Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2009
Tarikh : 6 April 2009
Lokasi : SK Hamzah 1, Machang
( Telah berjaya untuk penilaian peringkat akhir Kategori Individu Rendah)

Tarikh : 7 April 2009
Lokasi : Maktab Sultan Ismail
( Telah berjaya untuk penilaian peringkat akhir Kategori Kumpulan )

Catatan : Kategori Individu Menengah _SMK Tanah Merah 1 dan Kategori Pra Sekolah -
SK
Seberang Pasir Mas - hanya dinilai peringkat awal

3. Mesyuarat Penggunaan Kalkulator Grafik Dalam P & P Sains Teras dan Sains
Elektif Zon Timur

Tarikh : 6-8 April 2009
Lokasi : Hotel Grand Riverviem, Kota Bharu
Peserta : Kelantan 16 orang + Terengganu 12 orang + Pahang 12 orang

Antara pengisian ialah menggunakan Kalkulator Grafik dalam melakukan amali sains (Amali Sains Teras, Fizik dan Biologi dibuat di Hotel manakala Amali Kimia di buat di makmal Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Ucapan berbanyak terima kasih kepada Tuan Pengetua Maktab Sultan Ismai kerana banyak membantu dalam menjayakan mesyuarat ini - menyediakan kemudahan makamal dengan peralatan/bahan serta kemudahan pengangkutan untuk peserta dari Hotel ke sekolah dan sebaliknya pada 7 April 2009

Terima kasih kepada semua sahabat di Unit Sains dan Unit Matematik kerana tanpa Tuan teramat payahlah tugasan ini.Juga kepada sahabat dari PPD yang terlibat dalam GG4P ..sama-samalah kita membantu sekolah yang telah dipantau untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kepada Pegawai BPK , terima kasih kerana kesudian Tuan memilih negeri kami untuk melaksanakan program ini. Panduan dan pandangan Tuan amat kami alukan demi pemantapan pengurusan P & P di sekolah.

Begitulah agak padatnya jadual tugas minggu ini. Alhamdullilah semuanya bisa diurus.
Sekian, wassalam.. jumpa lagi. INSYAALLAH




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh