Thursday, April 18, 2013

KITA JELMAKAN KETAMADUNAN INI DALAM PRU 13

Wahai pengundi masyarakat bertamadun

,
18 Apr 2013
1.   Semua calon PRU13 'wajib' menunjukkan integriti yang tinggi ketika berkempen dengan menjauhkan diri dan mengawal jentera parti agar tidak menjalankan taktik kotor yang menegangkan suasana dan mencemari pilihanraya.  
 
2.   Elakkan dari mengguna kumpulan samseng sambil mengaibkan lawan serta menyerang peribadi lawan adalah sangat hina dalam budaya masyarakat yang bertamadun.
 
3.     Bersama mengambil inisiatif  semoga pilihanraya ke-13 yang kini semakin panas agar semua calon mengambil daya usaha menjadikan pilihanraya ini sebagai proses demokrasi yang jernih, bersih dan penuh beradab.
4,   Setiap calon bertanggungjawab langsung kepada rakyat apabila menampilkan diri untuk menang kerana mereka patut benar menginsafi betapa rakyat akan memberi tumpuan kepada tingkah laku, ucapan dan sikap yang ditunjukkan di sepanjang waktu kempen nanti.
  
5.  Jangan mecetuskan kejadian menyerang markas parti lawan, mencederakan petugas parti, mengedar bahan semborono, menghina , merosakkan bendera parti lawan, menyalahguna premis awam ketika berkempen, mengganggu parti lawan ketika berceramah.
6.    Para calon memikul tanggungjawab bukan sahaja menjaga imej parti masing-masing akan tetapi juga menjaga imej negara dan demokrasi serta keselamatan awam sepanjang pilihanraya ini berjalan.
7.   Calon dan jentera parti  paling wajar mengenengahkan hujah masing-masing dalam pentas debat secara sihat untuk mematangkan rakyat menikmati proses demokrasi yang bertamadun tinggi.
Adalah malang jika calon-calon menggunakan taktik kotor menyerang peribadi dan tidak menumpukan perhatian kepada isu-isu besar dalam urus tadbir negara. Sepatutnya isu-isu rakyat yang nyata dan polisi yang akan diutarakan menjadi bahan perbahasan anatara calon, bukan caci maki, memfitnah dan membuka aib lawan.
8.  Calon harus mempunyai jiwa besar, minda yang jernih dan wawasan yang jauh untuk menarik sokongan pengundi.

9.    Calon-calon hendaklah tidak berpura-pura dalam menampilkan diri ketika berkempen. Mereka sepatutnya benar-benar menunjukkan kesungguhan mereka menjadi bakal wakil rakyat yang jujur dan komited untuk membela rakyat jika menang nanti.
 
10.   Begutu banyaknya wang rakyat yang diguna oleh SPR mencecah ratusan juta ringgit ketika mengendalikan PRU13 ini yang melibatkan juga peruntukan dari pelbagai agensi awam.Ditambah  jutaan ringgit lagi diguna dalam proses kempen oleh parti yang bertanding yang melibatkan pelbagai kos yang diguna ketika berkempen.
11.  Calon dan parti semestinya akur tentang penggunaan wang mengikut had yang ditetapkan dalam peraturan SPR. Budaya  sogokan wang tunai di pelbagai acara sudah lama diamalkan mesti diberhentikan mulai tarikh berlangsungnya PRU 13 ini. 
Inilah masanya calon bersikap jujur untuk menghindari sebarang amalan politik wang kepada pengundi. Calon perlu mengambil inisiatif melarang jentera kempen mengguna taktik kotor dan mengingatkan agar tidak menjalankan sebarang pendekatan yang boleh mencemarkan kempen politik yang sihat.
12.   Ingatlah bahawa generasi muda yang kini sudah celik dan sangat mesra IT akan meneliti gelagat para calon dan bagaimana politik negara ini berjalan. Jika yang ditunjukkan ialah kegelojohan dalam berkempen dan agresif untuk menang dengan mengguna kaedah "matlamat menghalalkan cara", maka politik masa depan yang akan diwarisi oleh generasi muda akan malap.


"Ingatlah kita ini manusia yang bertamadun lebih-lebih lagi kita amat patuh kepada ajaran agama suci kita"

No comments:

Post a Comment