Thursday, April 18, 2013

Janganlah begini Bro

Banyak bilik gerakan Umno tutup di P. Pinang

Mohd Sabri Said, 18 Apr 2013
(Rumah Datuk Helmi berkunci rapat)

TASEK GELUGOR:Akibat penolakan beberapa nama calon untuk Pilihan Umum Ke 13 banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan calon mereka.

Di peringkat akar umbi mereka mahu individu yang sering kerja kuat dan turun padang bukan individu yang berpeluk tubuh serta tidak seaktif mana yang diangkat sebagai calon oleh BN.

Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek Gelugor.  

Di sini mereka membuat protes apabila calon piihan mereka di Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar tidak disenaraikan sebagai calon walaupun Tan Sri Nor Mohamed Yakcob telah digugurkan.

Beberapa alon bebas dikatakan akan muncul di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) akibat desakan rakyat bawahan tidak diendahkan oleh Umno Negeri.  

Di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar sudah ada yang telah mengistiharkan diri. Mereka ialah Azmi Alang dan Datuk Mustaffa Idrus.

Manakala di Parlimen Kepala Batas walaupun tidak sehebat Parlimen Tasek Gelugor, suara ketidak puasan hati tetap merebak bagaikan 'api dalam sekam'.

Anak buah Datuk Ahmad Darus yang disebut-sebut sebagai calon Bertam atau Datuk Helmi Abdul Rashid.  Ini kerana yang terpilih ialah peguam muda, Sariful Azhar Othman.

Sampai sekarang rumah Helmi yang terletak di  Permatang Manggis, Kepala Batas berkunci rapat.

Hanya perkarangan pejabat Umno Bahagian Kepala Batas berhadapan Masjid Jamidul Badawi sahaja yang masih hidup.

Keadaan ini sebenarnya merungsingkan kepimpinan diperingkat negeri bimbang Umno akan hilang lagi kerusi tradisi mereka.

Antaranya Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Permatang Berangan, Penanti, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Teluk Bahang dan Pulau Betong.

No comments:

Post a Comment