Friday, November 2, 2012

Khutbah Khas Sempena Keputeraan Duli Tuanku

Khubah Jumaat hari  ini membicarakan kecaknaan DYMM Al-Sultan Kelantan , Baginda Sultan Muhammad V dalam memartabatkan Islam sebagai Addin dalam kehidupan seharian. Khutbah ini adalah sempena sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan DYMM Sultan Muhammad V yang ke 43  bagi tahun 2012 yang jatuh pada tanggal 11 November setiap tahun.

Pengkisahan berkisar kepada  Raja-raja Kelantan dari dulu hingga kini yang banyak berperanan bersama para alim ulamak untuk memartabatkan Islam di kalangan rakyat dan pemerintah . Kini tugas dan amanah mulia ini diteruskan di bawah pemerintahan Duli Tuanku. Menjadi contoh yang terbaik untuk diteladani oleh semua rakyat di bawah pemerintahannya tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Islam yang mengajar hidup aman damai sesama manusia.

Pendekatan Tuanku untuk bergaul mesra bersama rakyat amat dikagumi. Semua hamba rakyat amat menyanjungi kesantunan Tuanku bersama mereka. Penghayatan islamik Tuanku kini menjadi ikutan rakyat yang bernaung di bawah pemerintahan Tuanku.

Semoga ALLAH sentiasa memberi rahmat kepada DYMM Tuanku sebagai pemerintah di negeri kesayangan hamba rakyat Kelantan Darulnaim Tanah Rendah Sekebun Bunga Negeri Cik Siti Wan Kembang.

ISLAM DIMARTABAT
RAJA DIDAULAT
NEGERI BERKAT
"ALLAH HU AKBAR"

Satu ketika dulu.. KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V  mengimankan solat bersama pimpinan negeri, para pembesar dan rakyat jelata di Stadium Sultan Muhammd IV

(Tema Perayaaan 2011 " ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG" )

No comments:

Post a Comment