Saturday, September 1, 2012

Selepas Aidilfitri

Di sana di sini
Bunuh bunuhan
Maki hamum
Fitnah memfitnah
Samun Rompak
Curi mencuri
Tipu menipu
Dendam mendendam
Hina menghina
Dengki khianat
Di semua peringkat pangkat dan darjat
Terus terusan membuat dosa
Selepas Aidilfitri

Mengapa masih ingin sangat menegakkan benang basah
Walhal begitu mudahnya menengakkan benang kering
Hanya berlandaskan fakta  mengenepikan auta
Apakah tarbiyah Ramadhan  hanya untuk sebulan sahaja
Waraknya ... diluar Ramadhan bertukar terus menjadi syaitan

Apakah ada wajarnya sijil Ramadhan ini di tarik balik
Hanya ALLAH yang maha tahu
Kerenah rumpun ini
Dalam mencari identititi diri
Selepas Aidilfitri






No comments:

Post a Comment