Sunday, September 2, 2012

Kreativiti dan Inovasi (KI) dalam Pendidikan

PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

KI : SATU KONSEP DALAM ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)
 
Apa dia kreativiti dan inovasi?

merupakan dua perkara yang saling berkaitan.
kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru.
  inovasi ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea kreatif dalam konteks tertentu.
  Dalam pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengajaran bagi pembangunan modal insan yang dihasratkan.

Kreativiti dan inovasi boleh dijelaskan
kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.
kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya maginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.
kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru.
hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu  keperluan.
( Berdasarkan kemampuan murid berusia 7 tahun)
Matlamat
Matlamat pembangunan kreativiti dalam kalangan murid bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif melalui pelaksanaan kurikulum persekolahan.
Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan.
Individu kreatif dan inovatif ini adalah aset negara yang mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.
 
Objektif

Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid:
i.Mempunyai ketrampilan diri dan personaliti individu kreatif.
ii.Menguasai kemahiran dalam proses kreatif.
iii.Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
iv.Menguasai kemahiran komunikasi.
v.Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif.
vi.Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara
kreatif dan inovatif.

Mengapa Murid Perlu Kreatif dan Inovatif
Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan.
Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Antara kepentingan kreativiti kepada murid adalah untuk
Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru.
Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional.
Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi menyelesaikan tugasan dengan lebih     lancar.
Menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.
Menerahkan pemikiran bercapah danthink out of the box’
Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan visualisasi.
Menyerlah personaliti individu yang kreatif.
 
Konsep Kerangka Pembangunan Domain Kreativiti (PDK)
•a) ETIKA
b) BUDAYA
c) KOMUNIKASI
d) PERSEKITARAN
e) KECERDASAN
f)  PENGETAHUAN
g) PERSONALITI
h) MOTIVASI

Apakah implikasi kepada guru?

Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil globalisasi, dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi.
 
Melalui pembelajaran dan pengajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

STANDARD PENGAJARAN PEMBANGUNAN DOMAIN KREATIVITI
Lima Standard Pengajaran yang digubal terdiri daripada:
1. Merancang Pembelajaran  dan Pengajaran.
Guru merancang P & P berasaskan kepada proses kreativiti.
2. Membimbing dan Menjadi Fasilitator
Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid.
3. Mentaksir Berterusan
Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan tentang pengajarannya dan tentang
pembelajaran murid.
4. Mengurus Persekitaran Pembelajaran
 Guru merangka dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya dapat  menimbulkan
motivasi intrinsik murid.
5. Membangunkan Komuniti
Guru membangunkan komuniti murid yang kreatif yang menunjukkan sikap positif terhadap idea baru dan sentiasa mempunyai keinginan untu berkreatif.
 
Bagaimana kreativiti dan inovasi dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan Matematik?
Aktiviti pengajaran yang menyeronokkan dan kreatif tidak semestinya meningkatkan daya
kreativiti dan inovasi murid sekiranya murid tidak berpeluang mengalami pemikiran kreatif
Kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid boleh dibangunkan dan dikembangkan secara terbimbing oleh guru melalui proses kreatif terarah.

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KREATIF
Strategi P&P yang bermakna dalam pelaksanaan dan pembangunan kreativiti ialah:
Konstruktivisme
Inkuiri penemuan
Pembelajaran berasaskan masalah
•Membuat keputusan
Pembelajaran berasaskan projek
Proses kreatif terarah
4 fasa
Fasa Persediaan
Fasa  Imaginasi
Fasa Perkembangan
Fasa Tindakan

Sumber : KPM

Maka bersamalah kita membimbing anak didik kita dengan KI ini beserta pelbagai kemahiran untuk 'mereka hidup di depan hari' - Ilmu tanpa kemahiran agak sukar bersaing bagi dunia masa depan.

No comments:

Post a Comment