Monday, July 30, 2012

Adakah Tinggal Meninggal Ini Asam Garam Orang Politik

Berita agak hangat sehari dua ini, buat yang minat politik tentunya orang kuat serta menjawat jawatan  Timbalan Menteri melawan tokey di Putrajaya. DS Lajim Ukin juga MT UMNO menyerang parti yang pernah disuburkan olehnya di bumi Sabah.Mewakili Parlimen Beaufort DS Lajim mula menunjukkan langkah sumbangnya dengan kepimpinan negara sejak beberapa minggu lalu yang juga turut disertai oleh DS Wilfred MP Tuaran.

Entahlah... adakah ini resam orang politik. Dulu musuh kini rakan atau dulu rakan kini musuh. Ataupun partinya sama tetapi mimpinya lain-lain walhal tidurnya sebantal. Terkadang kata orang kita boleh percaya dengan orang parti tetapi sukar mempercayai orang politik.

Tetapi Alhamdullillah kita orang pendidik... mendidik dengan matlamat yang sama... Memanusiakan orang.

Sunday, July 29, 2012

Memutarbelit Fakta Itu Berdosa

Ada manusia lebih-lebih lagi yang mengaku Islam boleh mengatakan bahawa memutar belitkan FAKTA itu penting bagi menarik perhatian dan sokongan majoriti. Tetapi kita biasa diperdengarkan mengadudomba dengan bohong fitnah diharamkan sama sekali  oleh agama suci ini.

Ada pengkisahan disebuah kampung tinggal seorang pemuda berkerja menjadi pengembala ternakan. Setiap hari seawal pagi, pemuda ini akan membawa ternakannya ke padang ragut di pinggir kampungnya. Begitulah rutin kerjanya.

Pada suatu hari semasa sedang mengalamun sambil menjaga ternakannya, terlintas dibenak fikirannya nak buat sesuatu yang boleh mengegarkan ahli masyarakat dikampungnya. Selang beberapa ketika, dijeritkan dengan kuat sekali ke arah kampunnya. "Tolong...tolong..tolonggggggg... serigala datang nak makan kambing aku...tolonggggg". Jeritan bersahutan ini menyebabkan orang ramai di kampung bergegas ke padang ragut berkenaan. Meninggalkan kerja yang sedang dibuat sambil membawa kapak parang keris lembing untuk membantu pemuda berkenaan menyelamatkan ternakannya dari dibaham oleh sang serigala berkenaan.

" Mana dia serigala... mana dia serigala? " begitulah antara sebutan orang kampung yang datang.  " Tak jumpa pun .." jawab salah seorang dari mereka. Sedangkan semasa kelam kabut , pemuda pengembala berkenaan buat selamba saja. Setelah semua orang kampung berada di depannya, maka pemuda berkenaan ketawa berdekah-dekah dan lebih menyakit hati apabila berkata " Oh... kamu semua kena tipu... ha..ha..haaaa", Dengan kecewa semua orang kampung yang hadir kembali ke tempat kerja masing-masing walaupun ada yang hendak memukul pemuda berkenaan, tetapi ditenangkan oleh sahabatnya.Maka terasa amat puas hatinya pemuda tersebut. Orang kampung ditipu olehnya. Berdekah-dekah ketawa.

Setelah beberapa lama, meneruskan kerjaya bersama ternakannya di padang ragut berkenaan timbul balik niat tak baik untuk mempermainkan orang kampungnya buat kali kedua. Dijerit dengan kuat  "Tolong...tolong..tolonggggggg... serigala datang lagi nak makan kambing aku...tolonggggg". Lantas didengari oleh orang kampungnya. Ada yang datang dan ada yang dah tak nak datang kerana mengingatkan mereka ditipu sebelum ini. Orang kampung yang datang berkejar ke tempatnya kini dah tinggal hampir separuh. Apabila tiba ditempat kejadian mereka bertanya " Mana dia serigala... mana dia serigala? ". Ada kalangan mereka, berkata jangan tipu kami lagi. mana dia serigala itu. Selang beberapa ketika, ketawa berderailah pemuda itu dengan berkata  mana ada serigala, kambing aku semuanya ada. " Cukup aku seorang saja yang dapat menghalau serigala itu jika ia ingin memakan kambing aku " katanya dengan megah. Kembalilah orang kampungnya dengan kecewa kerana dipermainkan sekali lagi. Amat puas hati pemuda berkenaan kerana 'kebijakan' memutarbelikkan fakta.

Perangai buruknya lama kini timbul lagi setelah berkira dengan  tempoh yang dah agak panjang dengan menganggapkan orang kampungnya dah melupai apa yang pernah dibuat sebelum ini. Bersiap dengan kambing-kambingnya ke padang ragut kegemarannya dengan niat sekali lagi ingin melakukan perkara yang sama, mempermaikan orang kampungnya. Setelah tiba di padang ragut, semua kambingnya amat berselera meragut rumput makanan kegemaran setelah hampir semalaman dikurung direban tuannya. Sekian lama menunggu sehingga matanya terlelap dan terus lena dibuai bayu sepoi-sepoi bahasa.

Tiba-tiba si pemuda dikejutkan dengan bunyi hirukpikuk suara kambingnya. Tergaman kerana melihat sekumpulan serigala besar sedang membahan kambing-kambingnya. Nak halang serigala dah tak mampu... takut diri sendiri menjadi mangsanya. Pemuda berlari sekuat tenaga menuju kampungnya  sambil menjerit " Tolongggg.. tolongg... serigala makan kambing aku...tolonggg". Di perjalanan pemuda bertemu dengan beberapa orang kampung yang pernah ditipunya sebelum ini tetapi mereka membalas balik dengan berkata " cukuplah kami ditipu untuk 2 kali saja ... bukan untuk kali ke 3 ini ".

Itulah nasib pemuda berkenaan yang suka mempermainkan orang lain. Kini tinggal seorang diri tanpa kambing dan tanpa kawan.

Maka jangalah suka memutarbelit FAKTA..... menjahnam diri lagi BERDOSA
Renungkanlah lebih-lebih lagi  dalam bulan tarbiyah , Ramadhan Kareem ini.





Friday, July 27, 2012

Baginda Al-Sultan Kita Semua


Bicara buat seorang sultan kekasih rakyat,
berangkat hadir solat Isyak bersama rakyat,
memandu sendiri Mercedes tertera ' V محمد '

tanpa dibentang permaidani kuning,
hanya ber-Croc memakai sendiri.
Berjubah Berkopiah sederhana mungkin,
Itulah Sultan yang mengajak rakyat takutkan Allah.
Daulat Tuanku kepada الله أكبر
Muhammad V, Sultan untuk umat Islam Malaysia.

Sedangkan Anjing Kurap Ada Hak Untuk Hidup.. Inikan Pula Manusia

Adakah ini kerana pertembungan agama atau adakah kerana pengekalan politik tadbir urus yang bangsat...kerana semua makhluk kena jadi, tiada ada yang jadi sendiri.Begitu hinanya perangai manusia sebegini. Dan ADAM serta HAWA itu adalah pasangan hidup manusia pertama yang menurunkan zuriahnya beranak bercucu bercicit ... hingga kini.

Dijadikan kita semua bersuku bangsa ini untuk saling kenal mengenali bagi memakmurkan dunia dalam kehidupan dan penghidupan yang harmoni.

Lagu Terpopular Bulan Ogos Ini..JANJI DITEPATI



NONE


Tup tap tup tap...dah nak masuk bulan merdeka. 31 Ogos, nanti kita semakin dekat menjelangnya.Masuk dah usia merdeka kita yang ke 55 tahun. Tahun ini kita sambut selepas raya  tahun lepas kita sambut merdeka berkebetulan dalam bulan Ramdhan.. bulan madrasah jiwa dan raga untuk menjuruskan diri melakukan dosa menjauhi neraka melalui detik hati, kata bicara atau laku buat. Apabila kita sambut lepas raya nanti, pengajaran Ramdhan terus kekal bersemi dalam kehidupan ini.

Dan setiap sambutan ada tema dan lagu masing-masing. Lagu tahun ini bertajuk "JANJI DITEPATI" dengan liriknya,

 

Cuma ada sahabat bertanya, adakah ini merupakan lagu patriotik yang selalu dihasil serta didendangkan setiap kali sambutan kemerdekaan negara saban tahun menjelang 31 Ogos.dan dalam Islam tepati Janji adalah antara ciri yang boleh membezakan sesorang itu...munafik atau tidak.


Thursday, July 26, 2012

Adakah Rejim Syria Juga Akan Telangkup

Ramadhan Kareem bulan yang penuh keberkatan , keselamatan kepada semua insan muslim. Apabila prilaku tata sopan susila berlandaskankan ajaran suci ALLAH SWT yang diperturunkan kepada manusia melalui Junjungan Nabi Besar Nabi Muhamad SAW, bukan saja muslim tetapi bukan muslim juga akan terjamin keselamatannya. Kerana Islam itu agama keselamatan.. dunia dan di akhirat.

Tetapi, yang sedih pilunya dalam bulan semulia ini, peperangan dan pembunuhan berlaku dahsyat di Syria , antara bumi kelahiran para nabi serta para alim ambiya menentap.Sepatutnya peristiwa ini amat jauh dari hendak terjadi, tetapi memandangkan GILA KUASA  atau KUASA GILA maka kepimpinan yang ada sukar membuat perubahan kepada perkara kebaikan dan kebajikan yang dituntut oleh rakyat majoriti. Dasar keras kepala @ kuku besi @ diktator ini lambat launnya akan menjahnamkan kerajaan yang ada malah diri sendiri.

Apa yang berlaku di Yamen, Mesir dan Libya sehingga memaksa Sang Presiden di penjara (Yamen,Mesir) atau dibunuh (Libya) oleh rakannya atau rakyatnya  sendiri. Dulu mereka inilah yang memberi pengharapan tinggi untuk menjaga kebajikan tetapi lama kelamaan rakyat yang menyokong mereka diketepikan sedangkan  kaum keluarga, sahabat handai yang diutamakan. Hidup dengan segala kemewahan sebab adanya kuasa.  Seolah segalanya milik pribadi. Kebencian kepada perangai haprak pemimpin seumpama ini telah membangkitkan kemarahan rakyat..lantas menetangnya. Penentangan yang hebat akan berakhir dengan pertumpahan darah. Bunuh membunuh antara tentera kerajaan dengan pemberontak. Juga berdasarkan pemerhatian, pemberontak semakin lama semakin bertambah sokonganya malah tentera kerajaan juga akan turut memberontak melawan boss nya sendiri kerana tak sanggup lagi melihat bangsa sendiri berbunuhan antara satu sama lain.

Pres. Assad... tak lambat laun, akan tiba giliran kamu,,akan dirempatkan oleh rakyat sendiri.

E-mail Print
 
alt
  Terkini... rakyat yang dibunuh kejam
 
DAMSYIK 27 Julai - Tentera Syria  bersedia untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap pemberontak yang menakluk bandar Aleppo.
 
Menurut sumber perisikan Syria“, pasukan khas dikerahkan sejak semalam ke pinggir bandar itu dan dijangka lebih ramai tentera akan tiba untuk mengambil bahagian pada hari Jumaat atau Sabtu ini.
 
 
Sumber tersebut turut mengesahkan pihak pemberontak telah membawa anggota bantuan yang dianggar seramai 1,500 hingga 2,000 orang.
 
Tambah sumber berkenaan, anggota tambahan tersebut datang dari luar Syria bagi membantu pemberontak yang dipercayai berjumlah sekitar 2,000 orang. Foto - Reuters

Wednesday, July 25, 2012

Hampir Sehari Bersama Tuan Timbalan Pengarah BPSH

Semalam beliau tiba dan dijemput dengan kenderaan Jabatan ke Demong Beach Resort (DBR) , Kampung Raja, Besut, Terengganu bagi Mesyuarat Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Bil.1/2012. Tiba di DBR jam 12.44 malam setelah 50 minit perjalanan dari  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu. 

Setelah beliau 'check in' kami bertolak balik ke rumah dan singgah menikmati roti canai di Restoran Batu 4, Jalan Kuala Krai. Berhajat nak berhenti di mana-mana restoran di perjalanan tetapi, kebanyakannya dah nak tutup operasinya kerana hampir dinihari.

Tiba di rumah jam 3.00 pagi tetapi sukar lelapkan mata kerana lebih limit masa tidurnya. Lena jam 4.00 pagi dan bangkit balik jam 5.00 pagi untuk bersahur. Rehat sekejap sebelum solat Subuh. Suruh anaknda menghantar adik-adiknya ke SK Tiong dan SMK Kota... penat dan mengantuk. Tak tidur hanya berehat dan jam 10.05 pagi hari ini , dengan Tropper SPA JPN sekali lagi ke DBR untuk menjemput beliau kerana flightnya ke KLIA melalui LTSIP jam 4.10 petang.

Tiba di DBR , sempat jumpa rakan JPN dan Sekolah PPS yang terlibat serta juga Pemangku PPD Besut , Pengetua SMK Kuala Besut dan gurunya yang mana menjadi tuan rumah bersahor dan solat subuh  bersama pelajar asramanya untuk pegawai dari BPSH ini.Juga jumpa dengan GM DBR dan Timbalannya . Tak sempat jumpa dengan YBhg. Dato Ahmad Azmy , orang kuat PPS dan STF dari FELDA.

Bertolak jam 11.30 pagi dan tiba ke SK Zainab 2 untuk pemantauan pelaksanaan dasar KPM.Banyak input amat berguna dalam sesi perkongsian  bersama Puan Guru Besar dan PK P nya. Setelah itu ke BTPN Kelantan untuk berehat sebelum ke LTSIP jam 3.30 petang. Beliau berlepas pulang jam 4.10 petang, katanya malam ini akan berbuka dengan pelajar asrama di salah sebuah sekolah dii Selangor.

Sepanjang perjalanan dari mula berteu beliau hingga balik ke KL, banyak cerita profesional dilontarkan olehnya yang banyak pengalaman di BTN, LP dan kini baru seminngu di BPSH sebagai Timbalan Pengarah BPSH. Ramai rakan di BTN dan LP yang penulis kenali adalah pegawai yang bertugas di bawah kepimpinannya.

Beliau ialah YBhg. Datin Rasidah bt Md Yusoff... seorang yang mudah mesra, peramah tetapi TEGAS.

Terima kasih kerana banyak memberi maklumat kepengurusan profesional.



Tuesday, July 24, 2012

Satu Fakta Kadar Kemiskinan

M'sia alami peningkatan pertama kadar kemiskinan sejak 1999

9:25AM Jul 24 2012
Malaysia suffers first rise of poverty rate since 1999
 
Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).

Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).

bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.
Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.

Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.

Kata orang... dek kerana kemiskinan ilmu maka kemiskinan harta wang ringgit ini sukar dihapuskan
Kaya ilmu, kaya wang ringgit, kaya budi bahasa lagi kaya beragama itu adalah palinglah mustajab

Monday, July 23, 2012

Berkunjung Ke Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad IV

Balik dari pejabat jam 5.30 , singgah untuk mencari sedikit juadah berbuka petang ini. Park kereta tempat biasa , mudah tak berebut dengan orang lain.. cuma berjalan  dalam jarak 50 m. Ok la tu.. tempat parking didepan KTC penuh malah berbaris menunggu.

Beli gapa ya?... yang dipesan aje. Antaranya ayam percik yati .. 1 perangan ( 2 ketul)  RM 14.00 , somtan RM3.50, onde-onde panas RM2.00 ( 8 untuk RM1.00), Roti Big John RM4.00 dan air soya RM3.00. Terasa amat berbeza harga dan saiznya jika dibandingan dengan Ramadhan 1432H lalu. Beli berpadan.

Juga bagi penyedap berbuka , mengambil ulam segar dihalaman rumah untuk dicecah dengan budi bercili dengan durian buat tempoyak yang baru gugur dari kebun di belakang rumah.

OOO..sedap OOOO.

ALHAMDULILLAH

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Di Mesir Kini .. dulu tiada



Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Mesir kini - era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!

Murtabak Penambah Selera Berbuka Petang ini

Semasa rehat pejabat, keluar memandu dp ke kedai Murtabak  Hjh Halimah .. jenama murtabak sejak sebelum saya mula  berkerja lagi.. zaman muda dululah. Dikala itu , kedai kecilnya bertentangan dengan Panggung Rex, kini TNB Kota Bharu. Kedainya kini sebelah Hotel Temenggong Kota Bharu. Jenamanya kini diteruskan oleh anak-anaknya, barangkali.

Tiba dan mengambil parking, lantas que, ikut giliran , dalam masa 20 minit baru dapat bahagian. Beli 7 biji dengan harga masih sama RM2.00 sebiji. ( Tempat lain dah RM2.50 ). Masih ramai peminat dan penggemarnya lebih-lebih lagi dalam musim bulan puasa ini. Dalam Bulan Puasa ini setiap makanan atau minuman yang ditengok .lantas tergerak nak beli itu dan ini.. semuanya boleh dimakan dan dihabiskan. Walhal apabila berbuka, dah tak larat menghabiskannya. Situasi itu kini diatasi dengan belanja berhemat..beli untuk makan bukan dibazirkan.

Makan sebaik sahaja azan maghrib berkumandang pada jam 7.32 petang ini waktu Kota Bharu, selepas sebiji kurma dan seteguk air. maka sebiji Murtabak akan di kunyahtelankan untuk mengalas perut yang dikosongkan sesiang hari ini. Ambil nasi dan lauk paut sedikit untuk dapatkan tenaga bagi solat Maghrib, Insya' dan seterusnya Solat Sunat Terawih.

Oh Murtabak... cadang nak beli yang big katanya harga RM10.00 untuk 5 lapis.

Saturday, July 21, 2012

Hari Pertama Berpuasa Ramadhan

Bermula puasa Ramadhan hari ini di Malaysia ( Jiran Indonesia dan Arab dah berpuasa semalam, Jumaat 20 Julai 2012 ) dengan mesej insaflah kita sebagai makhluk kerdil yang penuh dosa sebelum ini. Madrasah Ramadhan mentarbiyah kita supaya tidak lagi mengulang cerita dosa dan selepas ini amal makruf diangkat darjahnya meninggalkan mungkar. Jangan lagi mendekati neraka.

Jaga lah lidah ketika berbicara,
jagalah telinga ketika mendengar,
jagalah mata ketika melihat,
jagalah tangan ketika memegang,
jagalah kaki ketika melangkah
jagalah minda ketika berfikir

Kerana sesungguhnya kata bijak pandai
Sekiramya kita melakukan sesuatu kita untung mereka untung- kita adalah seorang yang soleh
Sekiranya kita melakukan sesuatu kita untung, mereka rugi - kita adalah seorang yang zalim

Insaflah.

Salam Ramadhan buat semua pengunjung setia.

Friday, July 20, 2012

Esok Kita Sambut Ramadhan




30 Syaaban 1433H. [MOD] -

Masa begitu cepat, esok Ramadhan yang kita telah tinggalkan pada setahun yang lepas datang lagi. Kemunculan   untuk kita amat  memerlukan keampunan dari Allah SWT.

Kerana itu kehadiran bulan penuh beberkatan ini diharapkan memberi sirna dalam kehidupan beribadah seorang insan yang sentiasa mengharapkan keampuan dari segala kelpaan yang lampau.

Oleh itu marilah kita pergunakan semaksima mungkin Ramadhan yang menjelang ini dengan kita menyempurnakan pelbagai kelebihan ibadah yang terkandung pada Ramadhan :



1. Ibadah Puasa yang difardhukan
2. Mempebanyakkan solat Terawih
3. mencari Malam Al Qadr
4. Meningkatkan Ibadah Sedekah
5. Berdoa
6. Membayar Zakat Fitrah
7. Tilawah dan Tadabbur Al Quran
8. Teruskan amalan mulia dibulan lain dengan gandaan pahala dibulan ini.

Selamat beribadah di bulan Ramadhan , Semuga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, InsyaAllah...

Thursday, July 19, 2012

Kerana Anak Bulan Tak Kelihatan.. Sabtu Kita Mula Puasa

Kita akan mula berpuasa pada hari lusa Sabtu 21 Julai 2012.. Teropong dah tetapi tak kelihatan pada malam Jumaat.

Kisah Sang Presiden Yang Dulunya Dipuja...



30 Syaaban 1433H

TUNIS 20 Julai - Mahkamah Ketenteraan Tunisia semalam, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden, Zine El Abidine Ben Ali tanpa kehadirannya atas dakwaan membunuh 43 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat negara ini pada 2011.

Hakim Hedi Ayari berkata, Ben Ali dibicarakan bersama 40 bekas pegawainya yang lain termasuk bekas Ketua Keselamatan Presiden, Jeneral Ali Seriati, yang dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.

Sebelum ini, Ben Ali turut dijatuhi hukuman penjara lebih 66 tahun atas pelbagai dakwaan termasuk menyeludup dadah dan menggelapkan wang. - AFP

Ramadhan: Masa terbaik kuat tekad untuk berubah



Mohd Azmi Abdul Hamid, 19 Jul 2012
Bulan Ramadhan Karim menjengah lagi. Tema utamanya tetap sama iaitu untuk memantapkan ketaqwaan. Taqwa adalah paksi dan kunci serta kemuncak perubahan. Lantaran itu Ramadhan layak menjadi bulan mendidik perubahan menyeluruh dalam setiap peribadi Muslim-Mukmin. Memang itulah hakikatnya. Ramadhan adalah pembebasan. Membebaskan insan dari belengu dan perangkap  sistem buatan manusia yang memperhambakan diri selain Allah S.W.T

Sudah tentu perubahan bukan terbatas untuk membina sahsiah yang pasrah kepada sang Khaliq akan tetapi juga perlu berimplikasi sosio-ekonomi-politik untuk membawa perubahan dalam kehidupan seluruhnya. Dari soal tabiat makan sehingga bagaimana memilih pemimpin.

Kami berpandangan kekuatan Ramadhan jika dihayati sepenuhnya akan menjadi dinamo yang membekal  arus tenaga perubahan yang boleh menggerakkan seluruh kekuatan yang lain. Ia lebih mampu mencetus perubahan yang murni berbanding  gerakan yang lain. Cukup dengan mengambil satu hikmahnya sahaja misalnya untuk merasai kepayahan dan kesengsaraan  orang lain mampu memurnikan tekad rakyat dalam menuju perubahan.

Lantaran itu kami berpendapat kekuatan Ramadhan semestinya diraih secukupnya untuk membentuk perubahan sejati. Perubahan untuk merombakkan kembali sistem sosio-ekonomi-politik yang pincang. Perubahan untuk meruntuhkan segala keberhalaan yang mendukung sistem yang sarat dengan unsur feudalisme yang mengakar kukuh dalam tamadun yang bernuansa materialisme-kapatalisme.

Buat  Muslim-Mukmin , kerugian besar jika Ramadhan hanya menjadi pesta iftar dan moreh. Lebih parah bila kaum Muslimin tenggelam dalam keghairahan untuk berbelanja besar menyambut hari lembaran. Jauh lebih parah lagi bila Ramadhan dilihat hanya untuk mengumpul pahala buat diri semata-mata dan tidak memperdulikan kezaliman dan penyelewengan dalam sistem pemerintah yang wujud sekarang ini.

Sebab itu harus dihayati kenapa Al Quran ditanzilkan pada bulan Ramadhan. Al Quran Karim menjadi pencetus kepada islah total kepada sistem yang ada. Bukan untuk sistem ketika itu semata-mata akan tetapi buat seluruh dunia hingga akhir zaman.

Jika Al Quran menjadi risalah terbesar buat manusia , maka mesej ketauhidan yang merupakan inti perubahan hendaklah juga menjadi sebab kenapa manusia Muslim-Mukmin perlu membuat anjakan kepada semua aspek kehidupan pada bulan Ramadhan.

Anjakan terbesar itu pasti adalah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya hidayah, dari syirik kepada tauhid, dari maksiat kepada taat, dari batil kepada hak, dari kezaliman kepada keadilan.

Inilah misi Ramadhan yang harus difahami dan dihayati oleh seluruh umat Islam khasnya dan rakyat di negara ini amnya. Dengan itu penghayatan ibadah berpuasa bukan sekadar untuk mengekang kejahatan tetapi juga adalah untuk memusnahkan kebatilan dan mendirikan kebenaran dan keadilan.

Kalimah "la allakum tattaqun" merangkum pengertian "la allakum muflihun" yakni bertaqwa yang menjana kemenangan dan islah. Demikian sirah Nabawiyyah yang merakam babak mempertahankan komuniti Islam pertama di Madinah menghadapi pencerobohan komuniti Quraisyh Musyrikin ketika bertempur dalam peperangan Badar pada bulan Ramadhan. Berperang dalam bulan yang memberi energi tambah yang luar biasa sehingga mampu mengalahkan musuh yang bernisbah 3 kali ganda lebih besar dari jumlah mujahidin mukmin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Tuntutan ke atas semua Muslim-Mukmin ketika menjalani ibadat berpuasa dalam konteks membangunkan negara bersama Islam adalah untuk berkomunikasi bukan sekadar untuk mendapatkan sokongan, akan tetapi untuk menjalinkan perhubungan persaudaraan seutuhnya antara seluruh umat Islam sehingga mampu menggerakkan perubahan total kepada sistem pemerintahan yang ada.

Amat malang ketika dunia Islam kini sedang berhadapan dengan cabaran paling getir, sama ada di Asia Barat mahupun dirantau yang dekat, umat Islam disibukkan dengan menyedia juadah berbuka puasa dan menyiapkan sambutan Aidilfitri dengan serba mewah. Ketika kita berpesta makan di Malaysia, ada ratusan ribu Umat Islam sedang kebuluran di Somalia, di Myanmar, di Gaza. Belum lagi diperkira penangkapan dan penyiksaan pejuang Islam di serata dunia yang disaksikan di negara bukan Islam mahupun di negara umat Islam.

Cabaran yang tidak kurang penting ialah untuk membina kebangkitan di kalangan setiap Muslim di negara umat Islam agar upaya mengembalikan maruah golongan Muslimin diusahakan.

Bulan Ramadhan adalah bulan muhasabah intensif untuk mengukur dan menilai bukan sahaja diri kita masing-masing tetapi juga kedudukan Islam dan umat Islam keseluruhannya. Di hadapan kita adalah sejumlah persoalan yang sangat mendesak.

Pencerobohan ke atas Palestin, Iraq, Afghanistan dan Somalia masih berterusan. Perjuangan untuk kemerdekaan di Mindanao, Thailand Selatan, Myanmar, Kashmir, Xinchiang dan Chechnya tidak kunjung selesai. Pergelutan untuk mendapat ruang demokrasi di Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Morocco, Bahrain , Saudi Arabia dan negara Teluk belum menemukan titik penyelesaian.

Tidak kurang tenat pula umat dihadapkan dengan persoalan Islamofobia dan ideologi sekular dari negara Barat. Disamping itu pula konflik puak (sectarian conflict) antara umat Islam terus diapi-apikan di kalangan umat Islam sendiri.

Bulan Ramadhan adalah bulan mengumpul kekuatan ruhiyyah dan aqliyyah  untuk umat. Bulan mubarak ini sepatutnya mampu mengerakkan umat mengikiskan faham nasionalisme sempit berciri jahilyyah dan kembali kepada kesedaran berummah. Perlu ada usaha pertemuan dan perbincangan yang berterusan untuk mendekati golongan anak muda sebagai sasaran utama sehingga kerja mencetuskan perubahan dapat dilakukan secara berkesinambungan.

Kami menjangka Ramadhan kali ini adalah peluang terbaik rakyat di negara ini melakukan perubahan besar-besaran. Menolak kemungkaran dan menegakkan kebenaran dalam seluruh bidang ketatanegaraan adalah tuntutan Islam yang telah terbukti dapat membangunkan tamadun bernegara paling cemerlang dalam sejarah. Bulan Ramadhan ini adalah saatnya.

Penulis ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Wednesday, July 18, 2012

2013: Antara Telefon Dan Buku

   17 Jul 2012
Mulai tahun 2013 , pelajar  boleh bawa telefon ke sekolah. 
 
Sebelum ini (sekitar 5 tahun lepas )  dah ada satu surat rasmi mengenai kebenaran pelajar membawa telefon ke sekolah tetapi telah ditarik balik kemudiannya atas beberapa sebab, antaranya masa belum sesuai lagi bagi pelajar membawa peralatan telekomunikasi ini.  
 
Walau bagaimanpun kebenaran untuk ini  akan berlaku mulai tahun 2013 nanti.
 
Adalah sedia maklum bahawa setiap perkara yang dibuat itu ada baik dan ada buruknya. Baiknya adalah untuk keselamatan pelajar yang perlu sentiasa dipantau pergerakan oleh ibu bapa mereka. 
 
Buruknya , antara tertinggal buku dan tertinggal telefon maka tertinggal buku kat rumah akan dipandang enteng sahaja manakala apabila tertinggal telefon, mereka akan segera meminta untuk balik mengambil telefon. Cikgu yang tertinggal HP pun akan patah balik mengambilnya.
 
Buruknya, sekejap-sekejap pelajar ini akan menengok telefon mereka menerima menghantar sms dan seumpamanya. Tumpuan kepada pengajaran guru ... entah.
 
Buruknya, akan kerap bunyi deringan atau ring tone  bermacam melodi jika tidak disenyapkan moodnya. Mungkin mereka akan berbanding dengan HP gurunya.

Buruknya, akan membandingkan sesama mereka telefon siapa yang paling canggih. Dah tentu yang tercanggih ini lebih RM nya... Telefon cikgu ada klas ke?

Buruknya, sentiasa keluar bilik darjah untuk menjawab telefon,Itu pun tak termasuk keluar tandas.

Buruknya, dengan iPad yang ada , mereka bukan tengok bahan yang releven dengan pembelajaran tetapi tengok benda lain.

Buruknya, point punca kuasa tempat mengecas akan menjadi rebutan.

TETAPI BURUK INI BOLEH DIBAIKKAN DENGAN MENGAMBIL PENDEKATAN YANG SESUAI

Maka semakin lakulah set handphone dan kad prabayar ini.
 
( Semalam, Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Beliau juga dilaporkan berkata para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.)

Dari Esso ke Petron

Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli dan dimiliki oleh anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Mokhzani.
( Kad Esso ku akan bertukar nama ke Kad Petron tidak lama lagi. Mengikut sahabat yang tinggal sebilik di Chiang  Mai tempoh hari. wajah-wajah Petron kini banyak terdapat di Lembah Klang. dan Kuala Lumpur )

Tuesday, July 17, 2012

Gempur GPS Jana Gemilang Akademik Kelantan

Bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang, berlangsung di BTPN Kelantan satu mesyuarat bersama antara pegawai SPA JPN dan pegawai SPA PPD  dengan memberi fokus kepada 'kaba" kan kesemua kita yang terlibat dalam pengurusan akademik dan kecemerlangan akademik untuk kepentingan generasi akan datang.

Pengisian ini adalah sisipan kepada program merisik khabar yang telah dijalankan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Penegasan kepada bagaimana meningkatkan GPS sekolah yang membawa kepada peningkatan peratus lulus dan kecemerlangan semua A dalam Peperiksaan Awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sekolah yang dianggap berprestasi rendah dalam GPS akan dipantau bimbing agar penambahbaikan kepada pelaksanaan program intervensi memberi inpak terbaik untuk peperiksaan tahun 2012 ini.

Terima kasih kepada semua sahabat SPA dan Pegawai Meja UPSR,PMR,SPM dan STPM semua PPD. Bersama turun lokasi.

Sunday, July 15, 2012

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011-PPD Tumpat

Pagi ini penulis turut berada bersama YABr. Tuan Pengarah di Kelantan Trade Centre Kota Bharu untuk meraikan 223 orang penerima APC 2011 Peringkat PPD Tumpat. 133 daripadanya adalah penerima dari sekolah rendah.

Tahniah kepada PPD Tumpat, juga  kepada penerima kerana komitmen dan kesungguhan dalam bekerjaya sepasukan  untuk memacu kecemerlangan pendidikan dearah. Sebagaimana harapan YABrs Pengarah dengan SSM Baharu, Kenaikan DG berdasarkan HAUL serta APC ini menjadi penggerak untuk hari esok yang terbaik.

Tahniah.

(Selesai majlis terus ke air port untuk bertemu dengan 'ayah long' dan mak yang hendak  menunai umrah di Tanah Suci... semalam tak sempat)

Apalah nak jadi dengan MAT-MAT ini

Kebiasaanya ada satu dua idea untuk dipostingkan dalam blog ini  bagi perkongsian bersama, tetapi pada hari Rabu lepas sebelah petangnya tak semena-mena petir dengan intensiti tinggi telah merosakan acsess point di rumah. Nasib baik ada yang lama, bolehlah guna berwayer dengan PC, wifi untuk Notebook dah tak boleh guna.

Pada keesokan harinya, D-Link yang rosak itu dibawa kepada kedai biasa di hadapan Loji Air Kampung Puteh. En. Li kata, boleh klaim balik kerana ada waranti, cuma tunggu 2 minggu. Beli yang baru, TP-Link dengan siap disetkan dikedai tersebut. Apabila balik, telefon di rumah Off-Line, tak boleh guna tanpa isyarat .Hubungi 100 TM, katanya report perlu dibuat. Maka dibuatkan report , nanti dalam masa 24 jam , setel.

Beberapa lama kemudian, terima mesej dari TM, dijangka selesai 13/7/2012..Sabarlah. Tetapi pagi semalam semasa jamuan makan pagi di rumah Pak Dik (cukur cucu) ada rakan beritahu bahawa Kabel TM dekat tali ayer dah dipotong. Alamak, itulah sebabnya, membebel juga dengan berita ini, kerana masih ada manusia yang dah tak berhati perut menyusahkan semua pengguna telefon dan internet.  Mencari duit secara haram dengan menyusahkan orang lain dan mungkin orang lain itu ada pertalian darah daging dengan pelakunya. Mudahnya menbuat dosa sebagaimana mudahnya untuk mendapat pahala dengan membuang duri dijalanan yang menganggu laluan.

Mengapa ini kerap berlaku , talian di sekolah dan talian di kampung kerap dipotong. Mereka beroperasi tengah malam dengan menggunakan anak lori. Semasa majoriti manusia  tidur lena masih ada si haprak yang menjahnamkan harta awam yang suatu masa nanti akan mereka perlukan kelak. wahai MAT KABEL .. menambahkan MAT-MAT yang sedia ada.

Cuma terlintas di hati ini di sepanjang seminggu di Chiang Mai, juntaian kabel yang rendah dan mudah capai ini adakah juga dipotong seperti di kampung-kampung tanah air ku ini?

( Pada tarih 13 julai 2012, 9.00 pagi anaknda sulong tiba di Air Port Kota Bharu setelah hampir sehari setengah perjalanan dari Dublin , Ireland untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri 1433H sempena cuti pengajiannya.)

Tuesday, July 10, 2012

Mengira Vs Berkira

 Antara Kalkulator Lama

Adalah sewajarnya kini dah ramai yang boleh bermatematik.. kira mengiralah tu. Walaupun masih ada 'sedikit' yang tak celik angka,. tapi mengira mudah tu dah agak ok lah. Tetapi berkira itu lain sedikit dari mengira. Jika kita berkira maknanya kita mencaknai keperluan kita. Tinggal berkira kemungkinan kita rugi. Bagaimana ya?

Kita semua adalah pengguna elektrik yang setia.Mari kita mengira dan berkira mengenainya.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, 


Penggunaan 1 bulan untuk 350 unit


1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20
tetapi kita guna 350 unit x RM0.218 = RM76.30


Maka kita terus bayar dengan RM76.30 untuk bulan itu.


Sekiranya kita tangguh bulan pertama dan masuk bulan kedua
Bulan Pertama = 350 unit
Bulan Kedua  = 350 unit
Jumlah 2 bulan = 700 unit


Penggunaan 2 bulan untuk 700 unit


1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20


Maka jika bayar dua bulan sekali jumlah menjadi RM 194.20 
Beza dengan 1 bulan sekali = RM 194.20 - RM 76.30 = RM 117.90


Sekiranya kita tangguh bulan pertama,kedua dan masuk bulan ketiga
Bulan Pertama = 350 unit
Bulan Kedua  = 350 unit
Bulan Ketiga  = 350 unit
Jumlah 3 bulan = 1050 unit


Penggunaan 3 bulan untuk 1050  unit


1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 450 unit X RM0.400 = RM180.00


JUMLAH = RM 334.00

Maka jika bayar tiga bulan sekali jumlah menjadi RM 334.00 
Beza dengan 1 bulan sekali = RM 334.00 - RM 76.30 = RM 257.70
Beza dengan 2 bulan sekali = RM 334.00 - RM194.20 = RM 139.80

Maka jomlah kita bayar tiap bulan, jangan tangguh. Tetapi bagaimana ya jika bilnya datang dua bulan sekali?. Maka ada baiknya kita kunjungi TNB setiap awal bulan untuk membuat bayaran bulan sebelumnya. Walaupun ada kos perjalanan dan lainnya, keuntungan untuk kita masih ada dari RM 117.90 itu.

Maka itulah pentingnya BERKIRA  lebih menjimatkan  berdasarkan kemahiran MENGIRA.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Sunday, July 8, 2012

Meraih - Merai Kejayaan

Pagi ini bertempat di Perdana Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu berlangsung Majlis Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghafar, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dengan dihadiri oleh barisan kepimpinan JPN, PPD dan semua Pegetua dan Guru Besar sekolah negeri Kelantan.

Majlis yang bermula jam 9.30 pagi ini dimulai dengan bacaan doa dengan diikuti oleh bacaan Al-Quran Karem oleh Adik Abdul Qayum Juara Kebangsaan Tilawah KPM 2012 dari SMKA Melor. Adik Abdul Qayum seorang pelajar istimewa kerana bacaannya berpandukan kepada khat braile. Majlis diserikan lagi dengan lagu nasyid dari kumpulan pelajar orang asal dari SK Pulat.

Ucapan Aluan oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan menyentuh mengenai penganugerahan darjah Tan Sri di mana menifestasinya adalah penghargaan kepada semua warga pendidik di bawah kepimpinan Tan Sri KPPM. Juga disentuh tentang harapan berdasarkan KPI (Akademik) pencapaian top 5 peperiksaan awam utama iaitu UPSR,PMR, SPM dan STPM untuk tahun 2012 dengan mengembelingkan segala kepakaran dan komitmen guru dan pentadbir. Penganugerahan ini  adalah kesinambungan dari program juara yang pernah diadakan pada akhir tahun 90'an dan awal tahun 2000 dengan mengambilkira disegi penjimatan kos yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah. Seterusnya majlis diserikan dengan dendangan  Kumpulan Nasyid SK Gua Musang 1 yang merupakan Johan Negeri 2012.

Ucapan penuh motivasi oleh YBhg. Tan Sri lebih memfokuskan kepada peranan kepimpinan sekolah dalam menterjemahkan KPI yang digarapkan lebih-labih lagi kelantan semenjak dulu hebat dan mempunyai pendekatan tersendiri dalam mencapai kecemerlangan dalam apa bidang yang diceburi. Kejayaan adalah bergantung kepada peranan semua guru menterjemahkan kehendak kementerian melalui dasar yang digariskan. Sesungguhnya apa yang dibuat melalui kandungan kurikulum amatlah bermakna tetapi yang kurang kesannya ialah resultnya.Sepatutnya tiada ada lagi Mat Rempit yang ada Motor Rempit atau World Rempit. Oleh itu penekatan kepada PBS amat dipentingkan untuk menjadikan generasi mendatang dengan kemenjadiannya.

Selingan lagu menyusul selepas selesainya ucapan beliau yang dipersembahkan oleh Johan Bintang Kecil Negeri Kelantan dari SK Tanjong Mas.
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampian sijil dan tropi kepada semua sekolah yang berjaya cemerlang adalam peperiksaan awam tahun 2011 dan kejayaan kokurikulum. Penyampai teridiri dari Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan diikuti oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan dan disudahi oleh Tan Sri KPPM.

Majlis selesai jam 1.30 selepas jamuan tengah hari.
Tahniah semua.




Saturday, July 7, 2012

Kenangan Seminggu Di Chiang Mai


1/7/2012 (Ahad)
Tiba di Allson Hotel Nilai, Negeri Sembilan setelah mendapat penerbangan dari KBR ke LCCT dengan waran penerbangan dari EPRD, KPM. Bersama ialah Pun. Mazinah Muda dari SMSains Tengku Muhammad Faris Petra, pembentang kertas Kajian Tindakan yang mewakili Kelantan.

2/7/2012 (Isnin)
Bertolak dari Allson Hotel jam 2.00 pagi dengan Coster Hotel ke LCCT. Berkumpul sehingga jam 6.00 pagi untuk pengurusan ke Chiang Mai. Penat amat terasa. Ada kalangan pegawai dari Sarawak dean Kedah yang menunggu dan bermalam di LCCT. Sepatut bertolak jam 6.30 pagi tetapi delay hingga 2 jam kerana rosak sesuatu pada pesawai Air Asia. Jadi bertolak jam 9.30 pagi dan tiba hampir tiga jam kemudian di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai. Setelah selesai urusan pasport kesemua ahli kontijen iaitu seramai 74 orang disambut mesra dengan pegawai dan urusetia dari Kementerian Pelajaran Thailand. 3 Bas  dua tingkat dah tersedia membawa kami ke Chiang Mai Orchid Hotel untuk makan tengahari dan taklimat pengurusan.




2.30 PM- Study visit at primary school and learning centers as follows:
(All delegates arev devided  into 3 group, 35 people for each group)
* Primary School (Science - based learning project)
* Learning Center of Haiya non-formal educatio
* Learning Center of Maehia non-formal education (saya berada dalam kumpulan ini)


Sambutan amat hebat, semua komuniti setempat hadir. Pelajar diberi cara tanam kulat, menyediakan air dari buah-buahan  dan lainnya. Kemahiran untuk mendapat duit untuk hidup. Rambut pendek bagi lelaki. Dijalanrayanya tiada siam rempit kehulu ke hilir. semuanya ada pengisian berfaedah. Talian telefon berserabut di atas tiang tetapi tak ada yang dikebas curi. Jalan dan halaman rumah bersih menghijau dengan pokok buahan dan bungaan.

5.30 PM- Check in at Imperial Mae Ping Hotel
6.00 - 8.00 PM - Welcome reception, host by Ar. Anek Permvongseni, Secretary General of The Education Council at Ballromm, Imperia mae Ping Hotel.


Masuk bilik 1310 bersama Hj. Hamidon Khalid (0123565624), pengetua dari N. Sembilan. Segarkan badan, solat dan terus tertidur.

3/7/2012 (Selasa)

Bangkit pagi jam 5.00 pagi (waktu tempatan) di KL ,masanya dah 6.00 pagi. Subuh di sini jam 4.40 pagi. Pandangan dari tingkat 13 hotel, jalan waktu pagi , sunyi saja walaupun penduduknya hampir 3 juta orang. Kemana ya mereka ini? Tak terlihat bas sekolah seperti tempat kita, tak terpandang kereta berebut jalan. Semuanya cool.

8.00 - 9.00 AM - Registration
9.00-9.30 AM - Opening ceremony
* Welcome speech by President of Rajamangala University of Technology Lanna
* Welcome speech by Dr. Anek Permvonseni
* Opening speech of the Ministry Of Education Thailand
* Speech by the Malaysian reprentative
9.30-10.00AM - Awarding ceremony for " Thailand-Malaysian Disstinguished Fellow on Classroom Research"
10.00-10.10AM- Audio presentation from Thailand
10.00-10.30AM Photo Session
10.45AM-12.45PM- Policy paper presentation (First Policy Paper)

"The Enhancement of Qulaity in Education through Local Learning Enrichment Network Program in Thailand "- by Dr. Chuachan Chongsatityoo (& Aroonsi Jitjang)-Thailand

"A Study on the Teaching and Leraning of English in Malaysian Primary and Secondry Schools" -by Rusliza Abdullah (& Dr.Hj. Zabani Darus,Dr.Hj. Mohd Yunus Ibrahim,Dr. Asmah Ahmad,Dr.Ura a/p Pin@Chum)-Malaysia


12.45-2.00PM-Lunch
2.00-3.00PM - Policy paper presentation (Second Policy Paper)

"Comparative Study of Islamic Studies For Developing Islamic Education Strategy in Thailand" -by Dr. Sukree Langputeh-Thailand

" LINUS Programme: Factors on Why Students Have Not Mastered Basic Skills on Literacy & Numeracy" by Dr.Latip Muhamad, Dr. Sheela nair Gopala, Maszuraini Miswan, Najah Che Ismail , Azman Muhamad,Ahmad Zaafar Ismail.-Malaysia

3.00-3.15PM- Coffe/tea break
3.15-5.15PM- Paper Presentation (2 rooms,4 papers each)
Room 1

" Local Learning Enrichment Network in Northeastern Thailand"  by Dr. Pennee Kantavong, Represented by Assist.Prof. Dr. Chokchai Yuenyong and Assoc. Prof. Sompat Tantriratna-Thailand

" My Lovely Fingers Technique as a Method to Improve Students Understanding on Cell Division Topic Especially Mitosis in Biology" by Hjh. Zabedah bt Khalid-Malaysia

"A Child Centered Model for Increasing Student' Mathematical Achievment & Processes and Attributes"m  by Jun Tiyawong-Thailand

" "GPS Matrices" Programe A Method to Improve the Mastery Level of Students in the Operations of Addition, Subtraction and Multiplication of Matrices in Form 5 Sosial Science Mathematics"  by Lee ken Voon-Malaysia

Room2

" Participatory Learning to Lessen Pollution from Open-air Burning of Charcoal that Enhance Career Development and Health Condition in Mae-chua Sub-district with involvement of Residents, Mae-chua Local Goverment and Phrea College of Agriculture and Teachnology (PCAT), Denchai District, Phrae"  by Chaweewan Wongpaet, Ratchanee Sai-sa-ard, Jakapan Aritawan,Warattadaporn Boonwaeo and Wanida Danpoe-Thailand
 
" Effectiveness of the "Let's Colour And Label" Method for T Orthographic and Isometric Drawing Topics among Building Construction Students of Alor Star Vocational Secondary School"  by Ami Raudah bt Abdullah-Malaysia


Foreing Language and ICT Local Learning Enrichment Module for Youth to Support Border Economic Develepment of Chiang Rai Provenvce by Asst Prof.Gp.Capt. Dr. Thongchai Yooyativong and Pannom Suwannakham-Thailand


" Improve 5E3 Students" Sentence Structure with the Use of SaVE HELINAC " by Azimah Dollah-Malaysia


Selesai, balik ke bilik 1310 segarkan badan , solat dan bersedia bertolak dengan 3 buah bas Rajamangala University of Tecnology Lanna   untuk makan malam.

6.00 - 8.00 PM - Welcome dinner with Lanna Cultural Performace at Community Technology Transfer Center, Rajamangala University Of Technology Lanna.


Disepanjang perjalanan hampir 25 km . menghampiri kampong dengan kehijaun dan sawah padi yang baru dituai, tali air yang bersih sehingga nampak ikan bermain diair... bersih akuatiknya tidak berlumpur. Tiba disambut dengan kebudayaan oleh pelajar dan berjumpa dengan hamba Allah Hj. Solah dan Hj. Ibrahim (Pensyarah di sini yang boleh cakap Melayu tetapi anaknya dah tak boleh cakap melayu thai). Hj. Solah merupakan pendakwah di sini dan mengikut Hj. Ibarhim, beliau hanya dapat bercakap bahasa Thai dan Arab sahaja,  walaupun keturunan asalnya dari Kelantan. Beliau sentiasa dijemput oleh 17 buah masjid di Chiang Mai untuk mengajar agama dengan penduduk muslim yang kebanyakan etik cina yunan seramai hampir 30k.

Sambutan hebat ini diisi dengan pertunjukan kraf tangan dan seterusnya dalam dinner, tarian kebudayaan berselang seli dengan jaudah makanan ala cina. Sentiasa bersama juga ialah "KSU dari MOE Thailand". Selepas majlis makan 'tanglong' dilepaskan ke angkasa. Cantik pandangan malamnya.banyak mengambil masa berinteraksi dengan pensyarah dan pelajarnya. Begitu peramah.


Sebelum menaiki bas, jumpa sekali lagi dengan Tn. Hj. Soleh dan Hj. Ibrahim, pesannya ingatlah akan mereka berdua apabila berkunjung lagi di Chiang Mai.. majoriri muslim mengenali beliau.

Balik ke hotel, solat dan terus tidur.


4/7/2012 (Rabu)
Selepas makan pagi, persidangan bermula jam 8.30 pagi waktu tempatan. 

8.30 - 8.40 AM - Audio presentation from Malaysia
8.40-9.01 AM - Keynote adress from Malaysia
9.10 - 10.01 AM- Policy paper presentation (Third Policy Paper)
Policy research for Qulaity Development of Teachers and Educational Personnel - Office of the Education Council (OEC) Representaed by Asst. Prof.. Pichit Ritharoon and Dr.Ketkanok Urwong

Instructional Leadership Practice and Contributions to Teacher Efficacy, Teaching Competency and Academic Achievement in Terengganu, Malaysia.by Mohd Yusri Ibrahim, Assoc. Prof. Dr. Wan Abdul Aziz Wan Mohd Amin

Menjadi Reporteur bersama KPP Sains Terengganu bagi Policy Paper di atas.
10.10 - 10.40 AM - Coffee /tea break
10.40-12.00 AM - Policy paper presentation (Final Policy Paper)

The role of Educational Mechnism in Driving Creative Economy A Recommendation for Thailand Education Policy by Poomporn Thamsatitdej and Pattaraphong Intarakumnerd- Thailand

Evaluation of the Orang Asli and Penan Primary School Integrated Curriculum in Malaysia by Chin Mei Chin, Ph.D.-Malaysia

12.00 - 2.00 PM- Lunch
2.00 - 3.00 PM- Paper presentation (3 rooms, 2 paper each)
Room 1

Using Social Network to Improve Educational Quality For School in Rural Area: A case Study of Developing Geometry Game Using 3D Graphics Model for Primary Schools by Poonpong Boonbrahm, Kanchana Haruehansapong, Jakrin Weekaew, Sirivajana Kaeophanuek, Salin Boonbrahm and Korkarn Chareansat- Thailand

Improving the Skills pf the Form One Intan Studendt Using the Cut and Paste method to Process Ideas for Visual Art Production by Lee saw Ai - Malaysia

Room2

Project-Based Learning to Improve Learning Behavior of Grade 1 Students by Panee Tangjaidee - Thailand

Using Shared-Writing to improve 5 Fatan Pupil's Skills in Eriting Simple Sentences by Wan Muhaimin bin Wan Ahmad, Mohd Hafiz bin Mohd Khairon-Malaysia

Room 3

Use of Japanese Abacus to Improve the Fourth Grade Pupils' Mathematical Skill and Attitude by Boonpun Sanbho, Ph.D. - Thailand

"Smiling Rainbow" Method to Improve Skill In Abswering Multiplication Operation of Two- Digit Number For Class 6 Kreatif, Sekolah Kebangsaan Seri Penanti by Masyany bt Musa-Malaysia

3.00 -.3.30 PM - Cofee/tea break
3.30 - 4.30 PM- paper presentation (3 rooms, 2 papers each)

Room 1

A Report of Sucees Finding of Wat Tantikaran Mitraab School 109th - Suk-Kaew Kaewdaeng Foundation Represented by Kasama Satayahurak-Thailand

Mastering the Concepts in the Blood Circulatory System Using the  "Operate Your Heart" Module for Student's of 5 Lambda by Mazinah Muda - Malaysia

Room 2

The Development of English Reading Comrehension Skills of  Grade 12 Students with a Set of Programmed Instruction " Context Clue Techniques" by Maenmard Akkrakatanyou - Thailand

Memorising and Applying the Use of Verb and Al-Dhomai'r (Pronouns) Using Accutrate "Ma'al Asobi" Method by Husaini bin Kasran, Hasniza bt Marsidi- Malaysia

Room 3

Learning about Enviroment and Natural Resources of Mangrove Forest in Samut Songkhram Province through Junior Science Projects by Arunwan Klunklueng, Namkang Sriwattanarothai,Ph.D. Chakpet Tianchai, nantawade Tianchai, Jongdee To-im, Watcharee Ketpichainarong, Piyachat Jittam,Ph.D. Pintip Ruenwongsa, Ph.D- Thailand

Reflective Practice: Teacher Leraning Community among Year One Mathematics Teachers  by Zulkifli Saleh- Malaysia

6.00- 8.00 PM - Dinner at Imperial Mae Pin Hotel
 

(acara bebas- naik tut-tut keliling bandar B100 pergi balik, shooping di pasar malam di mana penjualnya adalah orang siam chiang mai tetapi pembelinya majoriti pendatang-pelancong la tu.. ore putih, arab dan sebagainya. barangan yang dijual merupakan produk tangan orang sini...tiada yang disia-siakan.Beli juga cenderamata untuk sahabat di SPA Kelantan. Ramai juga rakan yang urut kaki)


5/7/2012 (Khamis)
Selepas break fast di Imperial Mae Ping Hotel, jam 9.00 pagi waktu tempatan, perbincangan dalam kumpulan telah diaturkan oleh pihak Urusetia EPRD melibatkan beberapa kumpulan iaitu kumpulan EPRD, Kumpulan Pegawai JPN, Kumpulan Pembentang dan Kumpulan Wakil Guru Aktif Kajian Tindakan. Perbincangan kami dalam kumpulan JPN memfokuskan kepada penambahbaikan pengurusan dari sebelum, semasa dan selepas persidangan untuk panduan apabila mengadakan persidangan masa akan datang.
Bermula jam 10.00 pagi, bermulalah ucapan rumusan persidangan dari Thailand dan Malaysia dan dikuti dengan majlis penutup dengan penyampian sijil dan cenderamata antara  pegawai kanan kedua-dua negara. Majlis tamat jam 12.30 tengahari.
Lawatan yang diaturkan oleh tuan rumah bermula jam 2.00 petang ke pusat kraf tangan, pusat pengeluaran kain sutera dan batu permata yang terbesar di Thailand. Beli juga kain sutera dengan B2525.. dan baru permata, juga buat lukisan cantik sang rama-rama di hand phone dengan harga B50. Ramai yang beli lebih-lebih lagi peserta dari kalangan hawa. Sepanjang berada di dalam Bas Universiti Teknologi Lanna, pensyarah kanannya terasuk ”Pengarah RPRD” nya sentiasa menerangkan sejarah mengenai tempat berkenaan. Rakan dalam bas kedua ke pusat membeli belah Robinson , tak ikut , penat dan ikut balik ke hotel.
Makan malamya diberi masa dari 7.00 malam hingga 11.00 malam. Tetapi dengan mengambil sedikit nasi bersama buah dan sayur, masuk berehat di bilik 1310 dan terlena.

6/7/2012 (Jumaat)
Kumpulan 1 yang terdiri dari 22 pegawai, kebanyakannya dari KPM telah bertolak jam 6.00 pagi ke Chiang Mai International Airport  manakala kumpulan ke 2 yang terdiri dari 52 pegawai termasuk blogger ini  mula bertolak 9.00 pagi waktu Chiang Mai  dengan BAS dua tingkat yang diiringi kenderaan Honda Accord Polis bertolak ke Chiang Mai International Airport untuk ke Bangkok. Boarding jam  12.05 tengah hari tempatan dan tiba di Bangkok jam 1.40 tengah hari. Dalam flight dapat makan nasi lemak .. oh leganya dengan selera kita. Di Airport Bangkok, tak ke mana , hanya lepak  menunggu penerbangan ke LCCT jam 8.30 malam. Ada rakan yang sempat ke kota Bangkok untuk tinjau dan beli belah terakhir bagi menghabiskan Bat dan satang yang masih ada. Masa yang ada di gunakan untuk solat dan tinjau suasana airport yang sibuknya sebegitu. Ada ruang khas untuk Muslim Praying .. selesa.
Jam 8.30 malam (9.00 malam waktu Malaysia) dengan Air Asia berlepas ke LCCT dean tiba jam 11.50 malam. Setelah selesai urusan Imigresin, rakan sebilik melalui bapak saudaranya Abe Din menghantar kami ke Allson Hotel (kini di kenali sebagai Akson Hotel)  untuk merehatkan kepenatan badan sebelum balik ke Kota Bharu keesokan harinya. Lena jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi.

7/7/2012 (Sabtu)
Selepas makan pagi di Hotel , dengan Teksi Abe Din (Nilai) ke LCCT untuk mendapatkan penerbangan Air Asia ke KBR. Boarding jam 10.20 pagi dan tiba di LTSIP jam 10.20 pagi dan mwngambil teksi airport tiba di rumah jam 12.00 tengahhari.

Syukur kepada ALLAH .. semuanya selamat.