Sunday, July 15, 2012

Apalah nak jadi dengan MAT-MAT ini

Kebiasaanya ada satu dua idea untuk dipostingkan dalam blog ini  bagi perkongsian bersama, tetapi pada hari Rabu lepas sebelah petangnya tak semena-mena petir dengan intensiti tinggi telah merosakan acsess point di rumah. Nasib baik ada yang lama, bolehlah guna berwayer dengan PC, wifi untuk Notebook dah tak boleh guna.

Pada keesokan harinya, D-Link yang rosak itu dibawa kepada kedai biasa di hadapan Loji Air Kampung Puteh. En. Li kata, boleh klaim balik kerana ada waranti, cuma tunggu 2 minggu. Beli yang baru, TP-Link dengan siap disetkan dikedai tersebut. Apabila balik, telefon di rumah Off-Line, tak boleh guna tanpa isyarat .Hubungi 100 TM, katanya report perlu dibuat. Maka dibuatkan report , nanti dalam masa 24 jam , setel.

Beberapa lama kemudian, terima mesej dari TM, dijangka selesai 13/7/2012..Sabarlah. Tetapi pagi semalam semasa jamuan makan pagi di rumah Pak Dik (cukur cucu) ada rakan beritahu bahawa Kabel TM dekat tali ayer dah dipotong. Alamak, itulah sebabnya, membebel juga dengan berita ini, kerana masih ada manusia yang dah tak berhati perut menyusahkan semua pengguna telefon dan internet.  Mencari duit secara haram dengan menyusahkan orang lain dan mungkin orang lain itu ada pertalian darah daging dengan pelakunya. Mudahnya menbuat dosa sebagaimana mudahnya untuk mendapat pahala dengan membuang duri dijalanan yang menganggu laluan.

Mengapa ini kerap berlaku , talian di sekolah dan talian di kampung kerap dipotong. Mereka beroperasi tengah malam dengan menggunakan anak lori. Semasa majoriti manusia  tidur lena masih ada si haprak yang menjahnamkan harta awam yang suatu masa nanti akan mereka perlukan kelak. wahai MAT KABEL .. menambahkan MAT-MAT yang sedia ada.

Cuma terlintas di hati ini di sepanjang seminggu di Chiang Mai, juntaian kabel yang rendah dan mudah capai ini adakah juga dipotong seperti di kampung-kampung tanah air ku ini?

( Pada tarih 13 julai 2012, 9.00 pagi anaknda sulong tiba di Air Port Kota Bharu setelah hampir sehari setengah perjalanan dari Dublin , Ireland untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri 1433H sempena cuti pengajiannya.)

No comments:

Post a Comment