Sunday, July 29, 2012

Memutarbelit Fakta Itu Berdosa

Ada manusia lebih-lebih lagi yang mengaku Islam boleh mengatakan bahawa memutar belitkan FAKTA itu penting bagi menarik perhatian dan sokongan majoriti. Tetapi kita biasa diperdengarkan mengadudomba dengan bohong fitnah diharamkan sama sekali  oleh agama suci ini.

Ada pengkisahan disebuah kampung tinggal seorang pemuda berkerja menjadi pengembala ternakan. Setiap hari seawal pagi, pemuda ini akan membawa ternakannya ke padang ragut di pinggir kampungnya. Begitulah rutin kerjanya.

Pada suatu hari semasa sedang mengalamun sambil menjaga ternakannya, terlintas dibenak fikirannya nak buat sesuatu yang boleh mengegarkan ahli masyarakat dikampungnya. Selang beberapa ketika, dijeritkan dengan kuat sekali ke arah kampunnya. "Tolong...tolong..tolonggggggg... serigala datang nak makan kambing aku...tolonggggg". Jeritan bersahutan ini menyebabkan orang ramai di kampung bergegas ke padang ragut berkenaan. Meninggalkan kerja yang sedang dibuat sambil membawa kapak parang keris lembing untuk membantu pemuda berkenaan menyelamatkan ternakannya dari dibaham oleh sang serigala berkenaan.

" Mana dia serigala... mana dia serigala? " begitulah antara sebutan orang kampung yang datang.  " Tak jumpa pun .." jawab salah seorang dari mereka. Sedangkan semasa kelam kabut , pemuda pengembala berkenaan buat selamba saja. Setelah semua orang kampung berada di depannya, maka pemuda berkenaan ketawa berdekah-dekah dan lebih menyakit hati apabila berkata " Oh... kamu semua kena tipu... ha..ha..haaaa", Dengan kecewa semua orang kampung yang hadir kembali ke tempat kerja masing-masing walaupun ada yang hendak memukul pemuda berkenaan, tetapi ditenangkan oleh sahabatnya.Maka terasa amat puas hatinya pemuda tersebut. Orang kampung ditipu olehnya. Berdekah-dekah ketawa.

Setelah beberapa lama, meneruskan kerjaya bersama ternakannya di padang ragut berkenaan timbul balik niat tak baik untuk mempermainkan orang kampungnya buat kali kedua. Dijerit dengan kuat  "Tolong...tolong..tolonggggggg... serigala datang lagi nak makan kambing aku...tolonggggg". Lantas didengari oleh orang kampungnya. Ada yang datang dan ada yang dah tak nak datang kerana mengingatkan mereka ditipu sebelum ini. Orang kampung yang datang berkejar ke tempatnya kini dah tinggal hampir separuh. Apabila tiba ditempat kejadian mereka bertanya " Mana dia serigala... mana dia serigala? ". Ada kalangan mereka, berkata jangan tipu kami lagi. mana dia serigala itu. Selang beberapa ketika, ketawa berderailah pemuda itu dengan berkata  mana ada serigala, kambing aku semuanya ada. " Cukup aku seorang saja yang dapat menghalau serigala itu jika ia ingin memakan kambing aku " katanya dengan megah. Kembalilah orang kampungnya dengan kecewa kerana dipermainkan sekali lagi. Amat puas hati pemuda berkenaan kerana 'kebijakan' memutarbelikkan fakta.

Perangai buruknya lama kini timbul lagi setelah berkira dengan  tempoh yang dah agak panjang dengan menganggapkan orang kampungnya dah melupai apa yang pernah dibuat sebelum ini. Bersiap dengan kambing-kambingnya ke padang ragut kegemarannya dengan niat sekali lagi ingin melakukan perkara yang sama, mempermaikan orang kampungnya. Setelah tiba di padang ragut, semua kambingnya amat berselera meragut rumput makanan kegemaran setelah hampir semalaman dikurung direban tuannya. Sekian lama menunggu sehingga matanya terlelap dan terus lena dibuai bayu sepoi-sepoi bahasa.

Tiba-tiba si pemuda dikejutkan dengan bunyi hirukpikuk suara kambingnya. Tergaman kerana melihat sekumpulan serigala besar sedang membahan kambing-kambingnya. Nak halang serigala dah tak mampu... takut diri sendiri menjadi mangsanya. Pemuda berlari sekuat tenaga menuju kampungnya  sambil menjerit " Tolongggg.. tolongg... serigala makan kambing aku...tolonggg". Di perjalanan pemuda bertemu dengan beberapa orang kampung yang pernah ditipunya sebelum ini tetapi mereka membalas balik dengan berkata " cukuplah kami ditipu untuk 2 kali saja ... bukan untuk kali ke 3 ini ".

Itulah nasib pemuda berkenaan yang suka mempermainkan orang lain. Kini tinggal seorang diri tanpa kambing dan tanpa kawan.

Maka jangalah suka memutarbelit FAKTA..... menjahnam diri lagi BERDOSA
Renungkanlah lebih-lebih lagi  dalam bulan tarbiyah , Ramadhan Kareem ini.





No comments:

Post a Comment