Monday, May 7, 2012

Menjengok sekolah

Hari ini, jam 10.00 pagi keluar untuk menyelesaikan Urusan Cukai Pendapatan di LHDN Kota Bharu kerana dah acap kali cuba dengan on line di komputer pejabat dan di rumah tetapi linenya 'very slow'. Memandangkan dah terlepasnya tarikh tutup 30 April 2012, maka keputusan diambil untuk terus ke jabatan berkenaan. Ya.. dalam masa tak sampai 10 minit, urusan selesai dengan dibantu oleh staf di sana.

Selepas itu berkunjung ke SMK Meranti untuk pemantauan akademik dengan jaraknya 30 km dari Kota Bharu. Memandu masuk dan melangkah ke Pejabat Pengetua... ada perkara yang begitu menarik perhatian sehinggakan bertanya diri,, eh.. mana pelajarnya. Perhatian mata mendapati semua pelajar berada dan khusuk belajar di kelas bersama guru mereka. Tiada bising dan hingar bingar..sesuatu yang begitu positif untuk mengkondusifkan iklim PDP.

Lantas bertemu Pengetua yang merupakan sahabat lama sepengajian dan seperkerjaan dalam Unit Sains dan Matematik di mana beliau bertugas di PPD Pasir Mas suatu ketika dulu.Semasa berinteraksi bersama, masuklah 3 orang pelajar bertemu beliau di mana ketiga-tiga mereka menerima KAD HARI LAHIR masing-masing. Kata pengetua, selepas menerima kad berkenaan, ada pelajar yang matanya mengeluarkan manik-manik air jernih kerana itulah pertama kali dalam seusai hidup menerimanya.

Perbincangan berterusan kepada KPI (Akademik) dan ETR bagi PMR dan SPM tahun 2012. Sesuatu yang begitu positif apabila program intervensi disambut oleh semua guru serta pelajarnya. Pembudayaan Penyayang guru-pelajar-staf  memangkin lagi hasrat untuk menghasilkan sekolah gemilangnya.

Terpandang juga semasa menulis buku pelawat, YBhg. Dato Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN Malaysia telah berkunjung ke sekolah ini pada bulan lepas. Beliau adalah juga merupakan rakan sepengajian di UKM dulu.

Tahniah buat sahabat, Tn. Hj. Khabir Ab. Ghani.. berkerja tanpa menjejaskan kesihatan diri.


No comments:

Post a Comment