Friday, May 4, 2012

Banyaknya duit

Untuk esoknya sebelum tidur maka setiap manusia akan memikirkan untuk mendapatkan rezeki bagi memenuhi kehendak hidupnya, makan minum dan keperluan harian yang lain. 

Ada ketegori yang amat berkaitan dengan perihalan ini, 
1. Esok kita boleh make ke ? 
2. Esok kita make gapo ke ? 
3. Esok kita make mana? 
4. Esok kita nake sapo ? 

Semua persoalan ini melibatkan penjelasan berikut: 

1. Susahnya hidup, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tiada bekalan untuk makan pagi esoknya.. susah perit hidupnya. 

2. Mempunyai bekalan yang seadanya hasil simpanan usaha sbelumnya tetapi hanya sekadar masa yang pendek. Belanjanya begitu teramat cermatnya, betul dibelanjakan untuk yang wajib perlunya sahaja. 

3. Mempunyai lebih bekalan untuk tempoh masa yang agak panjang, dapat membelanja makan minumnya di banyak restoran @ kedai makan.Tetapi terus beruaaha menampung kekurangan yang berlaku. 

 4. Mempunyai lebihan yang teramat banyaknya, tiada pernah rungsing tentang kekurangan yang hanya berlaku sedikit tetapi memikirkan bagaimana yang kurang sedikit itu dapat ditambah dengan banyaknya dalam masa yang singkat. maka mangsanya ialah orang lain melalui perbuatan dosa yang amat terlarang. 

Semuanya gara-gara mencari duit. 

Pernah ke anda melihat duit sebanyak ini dalam bilik?
( Saya pernah dengar dari rakan yang pernah melihatnya... wow banyaknya )
Ini hanya di dalam bilik, dalam Bank tentu lagi banyak..kerja gaji RM 100k sebulan pun tak mampu kumpul sebanyak ini untuk sepanjang hayat tanpa makan dan minum menggunakan duit ini.

Kalau dapat dengan cara bomoh "ibu duit' itu dah khurafat namanya menyalahi hukum ALLAH. Tetapi kalau dapat dengan rasuah itu dah menyalahi  hukum dunia dan hukum ALLAH sekali gus.Kalaupun cepat mahu kaya janganlah meletakkan spesis kita ni sama seperti spesis di bawah... LIDAH BIAWAK ... lidah bercabang.

Untuk itu, janganlah melampau kaya yang tak logik mengikut akal . Yang benar betul kaya dari harta halallun toyibba  jadikan diri seorang jutawan dermawan untuk mensucikan harta dengan berzakat membantu yang memerlukan.
Sesungghnya kita semua akan dihisabkan nanti kerana sumber duit rinngit yang kita miliki sementara ini... dan itulah antara sebahagian intipati khutbah yang disesuaikan untuk perkongsian pada hari ini.

No comments:

Post a Comment