Thursday, May 31, 2012

ZALIM ..neraka balasannya.

 

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
"Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka" (surah Hud, ayat 113)

Kezaliman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka beragama Islam. Ada Muslim yang zalim, dan ada Muslim yang adil. Jika kezaliman itu dibuat, maka pembuat itu tidak boleh disokong. 
Menyokong itu satu kesalahan. Jika menyokong kezaliman sudah disambar oleh Neraka, maka TIDAK menyokong kezaliman  adalah satu kewajipan, tidak kira siapa sahaja yang melakukannya.
Dan ingatlah bahawa kehidupan ini adalah proses membuat pilihan. Pilih buatlah yang berpahala , hindari dosa.

Wednesday, May 30, 2012

WWF , WWE dan WWW


 
" Barakah Hidup Ini"

Pantas di fikiran bahawa itulah huruf permulaan bagi plat kenderaan dari Wilayah Kuala Lumpur. Tetapi bagi ku WWF dan kini WWE merupakan singkatan kepada World Wrestling Federation dan World Wrestling Entertaiment yang kekal kini peminatnya walaupun gusti ini hanyalah sekadar hiburan  setiap minggu. Selain dalam siaran TV juga tengok dengan VCR maupun VCD.Begitu juga WWW - satu singkatan hebat tunyas dengan nya capaian caraian cepat diperolehi - World Wide Web.

Semasa di Pahang, tengok dikedai kopi ore klate di matau Bandar Pusat Jengka. Jika pulang di kampung sewa VCR , tebalnya teramatlah. RM2.00 sebuah.  Antara wrestler popular ialah Hulk Hoogan, Ricky The Dragon dan lainnya. Dengan perkembangan teknologi, VCR pemain ini  bertukar kepada VCD. Maka belilah setiap minggu CD Wrestling ini di  pasar malam atau ditepi jalan di bandar Kota Bharu dengan harga Rm5.00 untuk 2 keping.Kini masih ada dalam simpanan stok ini. Antara playernya ialah Triple H, Under Taker

Kemudian teknologi berubah kepada komputer dengan download menggunakan downloadernya sendiri. kat rumah guna Vuse dengan berbantukan TM streamyx. Setiap minggu 2 event dapat ditonton iaitu setiap hari Isnan dan Jumaat disamping event  besar sweperti Westermania dan lainnnya.Kini player utama ialah Sheamus The White Great, Randy Orton, CM Punk.

Tetapi berbalik ke pada WWW - ya nombor plat yang berharga mahal untuk WWW1 dengan bidaan RM520k. oleh Sultan Johor Jika nombor bernilai demikian maka keretanya amatlah lebih  lagi nilainya.

Oh  WWE

Himpunan Jutaan Belia Putrajaya

Pada minggu lalu dari 23 hingga 27 Mei, berlangsung Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.. hampir 2 juta hadirnya, banyak pengisian mengalu kehadiran, antaranya artis luar negara, K-Pop dari Korea. Dulu hanya di astro TV kat rumah, kini dah live... ramai peminatnya. Minat juga nak tengok live tapi masa itu berada di Kedah.

KONSERT K-POP DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA


  Atris 'K-Pop' dibayar RM2.04 Juta... berbaloi jadi artis antarabangsa ni.
( kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop)

Tetapi Tok Peti tak puas hati,
Mufti Perak tegur konsert K-Pop

KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.

“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.

Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.

“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.

“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,” katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.


Dapat duit lagi..RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan

 Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta. Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Saya sokong Tok Peti..syabas.
===============================================
Antara kumpulan K-Pop yang pernah dilihat dalam astro:

Tuesday, May 29, 2012

...Takut....


Orang yang berkuasa TAKUT kehilangan kuasa
Lantas dengan apa cara cuba mengekalkan  kuasa

Orang yang berharta TAKUT kehilangan harta
lantas dengan apa cara cuba mengekalkan harta

Cuma
Orang yang berilmu TAK TAKUT kehilangan ilmu
Kerana semakin ditabursebarkan ilmunya semakin bertambah suburnya.

dan yang pentingnya kita TAKUT untuk kehilangan IMAN
kerana hilangnya IMAN maka orang yang berkuasa dan orang yang berharta akan tetap ketawa suka
Tak TAKUT dosa pahala syurga dan neraka.
Dunia ini ana yang punya.

Sunday, May 27, 2012

Kolej Mara Kulim


Pagi semalam , bertolak dari rumah jam 8.30 , dengan semua isi rumah memenuhi mydat  kerumah mek untuk maklum berolak ke kulim bagi tujuan menghantar anaknda ke empat yang ditawarkan untuk menyambung pengajiannya di sana selepas mengambil SPM 2011. Bertolak dengan ceria melalui jalan pintas dari Jalan Rantau Panjang ke Tanah Merah, melalui Alor Pasir. dengan tayar baru  Goodyear NCT (RM300.00 sebiji). Inilah kali pertama tukar tayar semenjak mydat berada ditangan mulai tahun 2005.

Perjalanan dengan memandu sendiri memerlukan lebih perhatian kerana jalan yang bermula dari Batu Melintang di Jeli, di Kelantan melalui Grik di Perak  dan Baling di Kedah banyak cabaran dengan bengkang-bengkok serta naik-turun bukit yang membina Banjaran Titiwangsa. Pengalaman dah banyak melalui laluan ini tetapi semuanya menjadi penumpang yang baik, tak pernah pandu sendiri melalui lebuhraya Timur-Barat ini. Berlainan dengan jalan  di pantai timur amat biasa dari KB ke KT ke Kuatan Ke Jengka, Jerantut, Temerloh, Ke KL dan lainnya.

Apabila memasuki Lebuhraya Grik Butterworth , pasang kemudahan yang ada , hasil R&D dalam Sains Teknologi  iaitu GPS, sengaja labur sedikit RM unuk membantu memudahkan perjalanan. Tiba di Homestay D'Haruan Lorong Haruan 5 di Kulim ( Pintu masuk Bank Mulamalat Kulim) jam 3.30 petang. Berehat dalam 2 bilik dan 1 bilik lagi bagi rakan sekerja, Che Nasir Che Hussin yang juga menghantar anak perempuannya ke tempat yang sama.

Jambatan Pulau Pinang
 
Setelah 1 jam, hasrat awal tak nak ke Pulau Pinang kerana difikrkan agak jauh, tetapi memandangkan hanya 12 km dari sempadan Butterworth , maka sekitar   5.00 petang dengan GPS dibuka, maka bergerak ke USM P.Pinang untuk menjemput anaknda yang belajar di USM. Jam 6.30 tiba dan makan di restoran Klate di belakang USM. Setelah selesai, terus balik ke Kulim berpandukan GPS.Jam 10.00 malam terus berehat.

Pagi ini, mulai 8.00 pagi bertolak ke Kolej MARA Kulim untuk urusan pendaftaran. Makan pagi di Cafeteria Kolej. Ok juga lah harganya. Jarak dari Homestay sekitar 5 km. Ramai yang hadir bersama keluarga. Kebanyakan kereta di tempat parking, padang kolej ber plat D.. maka pelajar yang mendaftar disini adalah dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Di Dorm  anaknda, ZUHUD, hampir keseluruhannya dari Kelantan. Anaknada duduk bersama dengan anak sahabat tadi. Juga tanpa segaja jumpa waris, Abang Fauzi (Melor-dulu Telaga Limau) dan Pak Muda Abang Mat Kedai Piah yang juga menghantar anak mereka di sini.

 
 (Anaknda sekelurga di depan Asrama ZUHUD Kolej MARA Kulim) 

Bertuah rasanya, kerana dari SPA Kelantan, ada tiga keluarga yang mengantar anak iaitu selain saya dan Che Nasir, Pn. Zalina Zakaria juga turut bersama. Termasuk sahabat dari Sekktor Pembangunan Kemanusian, En. Razuki juga turut berada dalam senarai. Selain itu, jumpa ramai rakan guru yang menghantar anak masing-masing ke kolej ini.

Selepas selesai pendaftran dan lain urusan, set balik GPS jam 1.30 dan untuk  bertolak balik ke rumah dan tiba di Pergau jam 4.30 petang , singgah di Bukit Bunga, solat dan beli belah dan Makan Nasi Yazid Daun Pisang di Tanah Merah dan balik tiba dirumah jam 9.00 malam setelah selesai solat di Masjid Tok Uban. Hujan ketika ini turun dengan lebatnya.

Anaknda dari USM juga ikut balik ke rumah dan malam esoknya akan ke USM kembali.
Penat juga rasanya memandu  'sekali sekala" ini. tetapi agak happy. Cuti yang diambil hingga Rabu ini boleh merelakkan jiwa dan raga.
Alhamdullilah dengan izin ALLAH SWT semuanya selamat.




Friday, May 25, 2012

Top Super Model ...Apabila mendapat hidayah

TOP SUPER MODEL AUSTRALIA 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjU6tYIyrUwmsEonyCpD9Sq0pxQXVs2PUewLXowBmWenQZkoQH3BzAzWO1h9mibX7zQMjLguRRg-BxjQ7vj9eoB5Dswh5oKrvGBcfPKntCi45bE5W4g6fjaRyvLtfv_SJZ6eAqKDbWjvY8/s1600/Rachael+Finch+berjilbab+02.jpg

Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia. Kini dia telah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T dan hidup dengan lebih bersyariat.

Bismillah 5 - Mari Kita Amalkan

BISMILLAH 5 Penyembuh Pelbagai Penyakit



BISMILLAH 5 Penyembuh Pelbagai Penyakit

Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh...

Thursday, May 24, 2012

Pertembungan Profesional - DEBAT

Bukan cara Hang Tuah Hang Jebat
Menang jadi arang kalah jadi abu
Kini semua orang perlu menjadi profesional
Menerima apa yang baik menolak yang tidak baik
Jangan menghina cerca
Yang tak akan habis bicara
Melemah nusa bangsa


Jom petah berbicara Menguja idea Menjana Bangsa Hebat Merata

Sunday, May 20, 2012

Bertemu Dengan Orang Kuat Jerslin Power Oil

Petang ini bagi memenuhi keperluan anaknda yang akan ke Kolej Mara Kulim, saya berada di Tesco Kota Bharu hampir 2 jam. Selepas membeli belah dan makan-minum di foodcourt, tengok pameran kereta yang ditempatkan diruang legarnya. Mobil berjenama Nissan dan Proton diperagakan untuk menarik minat pembelinya.

Apabila selesai, semasa hendak  menaiki ekskelator terserempak dengan sahabat lama di JPN, dulu di SPI dan kini dah bersara dan menjadi orang kuat dalam bisnes yang jenamanya dah dikenali ramai. Ustaz Mat.. nama ini terkenal  kaitannya dengan Jerslin Power Oil.. minyak pelbagai guna kegunaan ramai di seluruh Malaysia, juga di Brunei dan Indonesia. Satu produk Malaysia bertaraf antarabangsa.

Banyak bersembang tentang kejayaannya memenuhi pasaran dan khasiatnya. Kata Ustaz Mat.. setiap penyakit ada ubatnya dan dengan izin ALLAH akan segalanya.

Anda dah cuba menggunakannya.. saya sekeluarga dan guna. Berbaloi  memilikinya.
Antara kelebihannya ialah:

Minyak Jerslin Power Amat Berkesan kerana :
* Mengandungi Habatus Sauda dan herba Terpilih
* Tidak perlu makan hanya sapu
* Tiada kesan sampingan
* Selamat untuk semua peringkat usia, ibu mengandung & bayi.
* Halal di seluruh dunia
* Kandungan 30ml
* Boleh diminum bagi yang kronik (titis di air minuman)
Adakah anda mempunyai gejala penyakit seperti berikut  :
* Gastril/Resdung
* Sakit Kepala/Migrain
* Asma/Lelah/Semput
* Sakit Buah Pinggang
* Sembelit/Cirit-Cirit/Buasir
* Kencing Manis/Darah Tinggi
* Jangkitan Faraj/Keputihan
* Sakit Sendi/Lutut Bengkak
* Kekejangan Otot/Simpul Biawak
* Mati Pucuk/kurang Bernafsu
* Sengal-sengal Tulang
* Ghout
* Kulit Kasar/Berjeragat
* Sakit Usus
* Kembung Peut
* Kesukaran Bernafas
* Batuk dan Hidung Tersumbat
* Tumor/Kanser/Ketumbuhan
* Tidak Bersemangat/Selalu Keletihan
* Keracunan Makanan
* Stroke/Angin Akhmar
* Mati Anggota Tubuh/Lumpuh
* Takanan Darah  Tinggi/Darah Rendah
* Kerap Buang Air Kecil Pada Waktu Malam
* Selalu Selsema
* Alahan/Alergik Makanan Laut
* Susah Dapat Anak
* Anak Yang Dilahirkan Kurang Sihat
* monopouse
* Ketidakseimbangan Hormon
* Kesuburan Lelaki Dan Wanita Menurun
* Senggugut
* Sakit Buah Pinggang
* Tulang Reput/Mudah Patah
* Pergerakan Yang Perlahan
* Senang Beremosi/Cepat Marah
* Putaran Haid Tidak Tepat Masa
* Susah Ingat Pelajaran/Bebal
* Kurang Tumpuan terhadap Pelajaran
* Kolesterol Tinggi Cara Penggunaan :
* Asma/Lelah/SEmput – sapu di dada
* Anak yang Dilahirkan Kurang Sihat – sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
* Alahan/Alergi Makanan Laut – sapu dari hujung rambut ke hujing kaki
* Buasir – sapu di tempat buasir keluar (dubur)
* Batuk – sapu di dada dan kerongkong
* Demam – sapu di kaki dan pakai stoking
* Gastrik – sapu di perut
* Ghout – sapu di tempat bermasalah
* Jangkitan Faraj/keputihan – sapu di kemaluan
* Ketidakseimbangan Hormon – sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
* Kencing Manis/Darat Tinggi – sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
* Kekejangan Otot/Simpul Biawak – sapu di tempat bermasalah
* Kembung Perut – sapu di perut
* Kesukaran Bernafas – sapu di dada dan hidung
* Keracunan Makanan – sapu di perut dan dubur
* Kerap Buang Air kecil – sapu di kaki dan bawan pusat
* Kesuburan Wanita & Lelaki Turun – sapu di kemaluan
* Kurang Tumpuan Terhadap Pelajaran – sapu di kemaluan
* Kolesterol Tinggi – seluruh badan
* Kabur, Selalu Keluar Air Mata – kelopak dan bawah mata
* Kesejukan kaki dan tangan – kaki dan tangan (pakai stokin)
* Kayap – di tempat bermasalah
* Kutil/Tumor/Ketumbuhan Kanser – sapu di tempat ketumbuhan
* Mati Pucuk/Kuran Bernafsu – sapu dari hujung rambut hinga hujung kaki
* Mati Anggota Tubuh/Lumpuh – sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
* Monopouse – sapu di kemaluan
* Putaran haid Tidak Tetap Masa – sapu pada Kemaluan
* Peranakan Turun – sapu pada bawah pusat dan naikkan
* Resdung – sapu di hidung
* Sakit Kepala/Migrain – sapu di kepala dan muka
* Sakit Buah Pinggang – sapu pada pinggang
* Sembelit/Cirit-Birit – sapu di dubur
* Sakit sendi/Lutut Bengkak – sapu di tempat bermasalah
* Sengal-Sengal Tulang – sapu dari hujing rambut hingga hujung kaki
* Sakit Usus- sapu di tampat bermasalah (sekitar bawah pusat)
* Selalu Selesema – sapu di hidung
* Susah dapat Anak – sapu di tapak kaki dan kemaluan (suami & isteri)
* Senggugut – sapu di tempat tempat yang sakit
* Sakit Buah Pinggang – sapu di tempat yang sakit
* Senang Beremosi/Cepat Marah – Kepala
* Susah Ingat Pelajaran/Bebal – kepala
* Susah Hendak Tidur – seluruh badan
* Stroke/angina Ahmar – sapu dari hujung rambut hingga kaki
* Tidak Bersemangat/Selalu Keletihan – sapu dari hujung rambut hingga kaki
* Tekanan Darah Tinggi/Darah Rendah – sapu dari hujung rambut hinhha kaki
* Tulang Reput/Mudah Patah – sapu di tempat yang bermasalah
* Tiroid – sapu di tempat yang bermasalah
* Sakit–sakit lain – sapu di tempat masalah atau seluruh badan
* Kesejukan kaki Tangan
* Susah Hendak Tidur
* 1001 Sakit-sakit Ringan & Kronik

Saturday, May 19, 2012

JUARA PIALA FA 2012 milik Kelantan

Tahniah buat skuad dan penyokong Kelantan
 .. Jersi Puteh Merah Malam ini.  
 Kelantan menewaskan Sime Darby FC 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi merangkul gelaran Juara Piala FA 2012.

Gol hasil sepakan penalti M.Gaddar pada minit ke 59 memastikan Kelantan buat julung kalinya menjuarai saingan Piala FA.

Menjelang perlawanan Solat Maghrib berjemaah diluar stadium dalam menuju keredhaan Allah SWT
di dunia dan akhirat
Esok Kerajaan Negeri Kelantan Dah Awal-awal Istihar Cuti Umum Untuk Semua Rakyatnya

Friday, May 18, 2012

Bagus Cikgu ni.. tahu serba serbi KSSR

Cikgu hebat yang begitu kondusif ... pandai berpedagogi.. hajat nak ber Lesson Study dengan beliau.
Cikgu bagaimana ? Dah jelas ke KSSR ni.

URC- Initipati Khutbah Jumaat hari Ini

"Betapa indahnya gubahan ALLAH SWT" 

Khatib hari ini membaca dan mengulas khutbah Jumaat yang isinya memberi fokus kepada keterlibatan guru @ pendidik dalam memajukan insan ke arah insan kamil yangt berguna untuk dunia dan akhirat. Ulasan berdasarkan tema hari guru tahun ini iaitu " Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Nrgara" . Guru adalah insan mulia yang sentiasa menyeru dan mendidik generasi menjadi orang menjauhi dosa menyubur pahala.

Guru mendidik ajar agar anak muridnya tidak;
- bercakap bohong
- menipu
- khianat
- fitnah
- merosak nyawa-keturunan-harta benda
- rasuah
- menghina
- dan semua perkara yang tidak baik yang terlarang oleh ajaran ALLAH SWT.

Terdapat satu ungkapan yang begitu menarik mengenai hari semalam dan hari ini. Hari semalam dah menjadi sejarah yang tidak mungkin dapat diubah faktanya manakala hari ini adalah hari dimana kita sedang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab kita.

Untung
Rugi
Celaka

Sekiranya hari ini lebih baik dari hari semalam maka kita Untung
Sekiranya hari ini sama dengan hari semalam maka kita rugi
Sekiranya hari ini lebih teruk dari hari semalam maka kita celaka

Maka, ayuh kita refleksi diri agar kita tak rugi dan malah lebih teruk lagi iaitu Celaka.
Buat kita semakin baik agar hasil didik kita semakin menjadi manusia

Wahai sahabat, sanggupkan kita berada dalam kategori CELAKA ?
Celaka dunia dan celaka akhirat


Thursday, May 17, 2012

Bahan Ketawa Seluruh Dunia- KJ

Kini zaman maklumat, di mana-mana dengan berbantu teknologi begitu mudah mencari maklumat, Dalam kereta, di kedai kopi malah dimana-mana pun nak berita terkini lagi sensasi semua nya boleh asalkan ada Wifi @ broadband dengan komputer riba, tablet maupun gadget kecil handphone yang serba canggih manggih ini.

Cumanya, apabila membaca berita atau mendengar cerita selidiklah dulu berita itu benar betulnya salah silapnya, jangan terus mengolah dan terus mengadu domba, yang sejengkal jadi sehasta , yang sehasta jadi sedepa, yang 1 meter dah menjadi beribu-ribu kilometer. Kot-kota nanti, bukan pahala yang dapat tetapi dosa semakin berlonggok.

Juga satu lagi dalam zaman ini, bersentimen dan beremosi boleh letak ditepi tetapi yang perlu dibugarkan berhujjah dengan fakta tanpa auta.Maka pandangan KPU ini amat saya kagumi dan salute untuk beliau yang pernah berkunjung ke halaman kampung ku dan sempat berfoto bersama beliau.

Buat sahabat guru - marilah bersama menyuburkan budaya kritik dan kritis yang profesional membina ini demi melahirkan anak generasi akan datang hebat berhujjah dan menaakul akan segala peristiwa dan cabaran dalam sebuah negara maju berorientasikan ilmu, iman dan amal.


Tokoh pendidik: Jangan ikut 'protes punggung'
Tokoh pendidik Melayu Tan Sri Arshad Ayub menyifatkan "senaman punggung" di depan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai perbuatan yang tidak wajar diteladani orang Melayu yang lain.

NONE"(Tindakan itu) tak betul, kita tak payah ikut sama.

"Dari segi (budaya) Melayu pun tak elok juga," katanya sewaktu ditemui Malaysiakini selepas majlis wacana bersama timbalan perdana menteri di Kuala Lumpur.

Selasa lalu sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu mengadakan "senaman punggung" di hadapan rumah Ambiga membantah penganjuran BERSIH 3.0 dan dakwaan penglibatannya dalam program lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Kira-kira 15 orang lelaki itu mengadakan senaman aneh itu di depan rumah Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.

Justeru, Arshad berpesan agar tindakan seperti itu dihentikan dan tidak diulangi mana-mana pihak lain.

"Kalau dia dah buat macam itu buat apa kita nak ikut sama.

"Jangan ingat nak balas membalas, tak elok," katanya yang baru dianugerahi Tokoh Melayu Terbilang Umno 2012 pada sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei lalu.

Selain beliau, pelbagai pihak mula menyuarakan perasaan tidak selesa dengan bantahan itu dengan pelbagai alasan, termasuk mengganggu privasi dan berunsur seksis serta gangguan seksual.

Arshad yang masih aktif sebagai seorang pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan, merupakan antara pelopor dalam pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta menjadi pengarah pertamanya pada 1967 hingga 1975.


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

NONEKhairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei 2012 : Beban Tugas Guru Diberi Fokus

Bertemakan "GURU INOVATIF MELONJAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" , Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang berlansung hari ini di Perak memberi fokus kepada pengurangan beban tugas guru di sekolah . Hasratnya agar  PDP  guru-pelajar di bilik darjah akan menjadi lebih berkesan di mana guru tidak lagi memikir dan membuat tugasan diluar norm selain dari tugas utama seorang guru.

TPM: JK kerja tangani isu beban guru laksana 28 perakuan
Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang
memberi kesan terhadap beban tugas guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Beliau berkata antara langkah yang dilaksanakan Jawatankuasa Kerja itu adalah memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah yang merupakan satu sistem tunggal kemasukan data untuk mengurangkan beban tugas guru yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini.


"Sistem ini telah dilaksanakan secara rintis di 88 buah sekolah dan dijadualkan semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran akan menggunakan sistem baru ini menjelang 2013," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringkat kebangsaan ke-41 di Kuala Kangsar, hari ini.
  
Beliau berkata kementerian turut menjalankan kajian rintis bagi penempatan Pembantu Tadbir N17 hingga Jun 2012 untuk melihat impak penempatan kakitangan itu bagi mengurangkan beban tugas perkeranian guru.
  
"Seterusnya satu cadangan akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi peluasan penempatan Pembantu Tadbir N17 di sekolah-sekolah di bawah kementerian," katanya.
  
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata bagi menangani isu beban tugas guru itu juga, semua jabatan pelajaran negeri telah melaksanakan pemansuhan ujian dan peperiksaan setara serta menambah baik pengendalian ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah.


Oleh itu, katanya, pada tahun ini hanya satu peperiksaan setara sahaja dibenarkan.
   
"Pemansuhan sepenuhnya ujian dan peperiksaan setara akan dikuatkuasa mulai 2013, di mana semua ujian akan dijalankan di waktu pengajaran dan pembelajaran," katanya.
  
Katanya kerajaan tetap mengambil perhatian serius terhadap keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugasan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah.
  
Beliau berkata kualiti guru perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemaskan, prasarana sekolah perlu ditambahbaik serta sumber dan sistem penyampaian pendidikan perlu diurus dengan cekap.
  
"Pendek kata, keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan kualitinya secara bersepadu," katanya.
  
- Bernama

Tuesday, May 15, 2012

Mesyuarat Penyelarasan Kursus Pedagogi 2012

Kini akan berlangsung  kursus pedagogi sains dan matemik untuk tahun ke tiga sejak bermula pada tahun 2010 lagi. Kursus ini memberi penekalan kepada kreativiti dan inovasi dalam P D P guru pelajar di bilik kelas. Tahun ini sasaran guru ialah guru sains dan matematik tahap 2 dan tingkatan 1. Pelaksanaan dibuat di peringkat PPD oleh JU yang telah dilatih oleh BPG.

Antara hasrat besarnya supaya pengamal pendidikan khususnya guru sains dan matemtik selalu menghasilkan  idea dan pelaksanaan yang kreatif lagi inovatif  agar pembudayaannya akan disuburkan  nanti oleh anak didik yang bakal mencorakkan masa depan negera terutamanya dalam persaingan sihat dengan negara maju yang lain. Tanpa kreativiti dan inovasi kemajuan negara tak akan ke mana dan mungkin sekadar menjadikan kan masyarakat negara ini sebagai pengguna yang amat setia.

Lantas sebagai penggerak ke arah itu guru sains dan matematik sepatutnya adalah orang penting dalam arena pendidikan ini untuk menterjemahkan hasrat KPM sebagai tema hari garu tahun ini " Guru Inovatif Melonyak Transformasi Pendidikan Negara"

Untuk itu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan bersama PPD dan JU diadakan sebagaimana berikut:
1. 15 Mei 2012 - PPD Pasir  Mas ( Kumpulan Pasir Mas dan Tumpat)
2. 16 Mei 2012 - PPD Machang ( Kumpulan  Machang, Tanah Merah, Jeli)




Persahabatan Poltik

Dulu Lain Sekarang Lain
Dula Kawan Kini Lawan
Dulu Lawan Kini Kawan

Kerana Berbeza Pendapat
Kerana Sukar Mendapat
Kerana Untuk Mendapat

Atas Sebab Rasional
Atas Sebab Emotional
Atas Sebab Profesional

Itulah persabatan tak cantik
Persahabatan politik

Ajaran ALLAH SWT
" Kita Bersaudara Mara...jangan runtuhkan  walaupun kita berbeza pendapat "


Sunday, May 13, 2012

Buat Ibu Ku Sayang- Timo Kasih Mok

Islam menyuruh semua umatnya menghormati ibubapa setiap jam setiap waktu setiap hari..., dalam Islam setiap hari adalah Hari IbuBapa. Semua hari adalah hari istimewa buat mu ibu.

Sungguh besar jasa mu ibu..

Saturday, May 12, 2012

Kerana Kasih Ibu

Zaadut
Seorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama suci kita, Islam.

Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.

Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.

Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.

Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?

Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa?

Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.

Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.
Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.

Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.

Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku. Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan kesejahteraan mereka.

Friday, May 11, 2012

11 Mei 1946 hingga hari ini dah menjangkau 66 Tahun


 Sambutan Ulang tahun ke 66 di Stadium Bukit Jalil hari ini
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar bersama teamnya untuk menuntut kemerdekaan negara..tetapi apabila beliau mencadangkan untuk menjadikan parti pelbagai bangsa, hasratnya ditentang rakan lantas beliau keluar dan menubuhkan Parti Negara.

Penerusnya Allmarhum Tengku Abdul Rahman Putra yang mana akhirnya Malaysia dimerdekakan maka beliau adalah Perdana Menteri Pertama Malaysia...Bapa Kemerdekaan.

Beliau berhenti dan diambil oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sehingga beliau meninggal dunia. Kepimpinan disambung oleh Allahyarham Tun Hussain Onn yang akhirnya juga berhenti dan diteruskan oleh Tun Mahathir selama hampir 23 tahun.

Semasanya  berlaku pertembungan pemilihan sengit antara team  beliau dengan team B pimpinan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, yang berlaku  pada tahun 1987,  UMNO telah diharamkan pada 4 Februari 1988 oleh pihak perundangan melalui keputusan Mahkamah dan juga peristiwa pemecatan Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara ketika itu.  Kesannya dua parti baru muncul, iaitu Parti Melayu SEMANGAT 46 dan UMNO (Baru) yang didaftarkan pada 13 Februari 1988. Lama kelamaan (Baru) dihujung UMNO dipadamkan... tinggallah  UMNO hingga kini.

Tetapi apabila melihat tandanama di atas, Tun Mahathir ketika itu adalah Perdana Menteri merangkap Presiden Parti yang lahir pada 251220-02-5151 yang kini usianya mencecah 88 tahun memiliki nombor ahli yang pertama iaitu 1 (00000001). Umur UMNO kini dah 66 tahun , bermakna beliau berbeza umur sebanyak 22 tahun.

Maka, sang anak bertanya, mengapa bukan Dato Onn Jaffar yang mengasaskan UMNO yang dapat  nombor 1. dan setelah diterangkan maka jawapan anak ialah .... ooooo gitu. Sambung lagi se anak, oh rupanya samalah kita sambut setiap tahun Maulidurasul untuk mengenangkan hari kelahiran Junjungan Besar Baginda Nabi Muhamad SAW yang telah meninggalkan kita lebih 1433 tahun dulu, walaupun nama Muhamad bin Abdullah begitu ramai berada disekeliling kita.

( Sendiri hadir sebagai permerhati di PWTC pada tahun 2001 di mana PROTON WAJA berwarna  Emas dipamerkan )

Itulah satu sejarah yang bersejarah

Tetapi betul ke ini ada yang menyambutnya dengan pakaian seperti ini ada di luar stadium ??

 Hee..hee pusat jelu.

Thursday, May 10, 2012

Menjelang Jumaat : Ranapnya Daulah Islamiyah Turki Dek Kerana Orang Ini..

KISAH MUSTAFA KAMAL ARTARTUK (Bapa Pemodenan Turki)

 
 
Salam untuk semua, moga dirahmati,

Kegemilangan Islam berakhir di bumi Istanbul 90 (terakhir 1922) tahun yang lalu, Turki (Konstantinopel) gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak, dan bukan pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa pemodenan turki” iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman Nabi Musa A.S., bezanya… Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat. Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri.
Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki. Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari, bulan dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-kedai arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”

“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”

Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.

Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kamal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik)

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.


Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya,

“saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan. Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari setiap institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.

Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini, ia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”

Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”

Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak barat. Manakala orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.”

Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk di dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini.

Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”

Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki.
8. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
9. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
10.Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
11. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
12. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
13. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
14. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
15. Menukar Masjid Aya Sofia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
16. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
17. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
18. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
19. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
20.  Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Bersama kita renungkan...