Sunday, May 27, 2012

Kolej Mara Kulim


Pagi semalam , bertolak dari rumah jam 8.30 , dengan semua isi rumah memenuhi mydat  kerumah mek untuk maklum berolak ke kulim bagi tujuan menghantar anaknda ke empat yang ditawarkan untuk menyambung pengajiannya di sana selepas mengambil SPM 2011. Bertolak dengan ceria melalui jalan pintas dari Jalan Rantau Panjang ke Tanah Merah, melalui Alor Pasir. dengan tayar baru  Goodyear NCT (RM300.00 sebiji). Inilah kali pertama tukar tayar semenjak mydat berada ditangan mulai tahun 2005.

Perjalanan dengan memandu sendiri memerlukan lebih perhatian kerana jalan yang bermula dari Batu Melintang di Jeli, di Kelantan melalui Grik di Perak  dan Baling di Kedah banyak cabaran dengan bengkang-bengkok serta naik-turun bukit yang membina Banjaran Titiwangsa. Pengalaman dah banyak melalui laluan ini tetapi semuanya menjadi penumpang yang baik, tak pernah pandu sendiri melalui lebuhraya Timur-Barat ini. Berlainan dengan jalan  di pantai timur amat biasa dari KB ke KT ke Kuatan Ke Jengka, Jerantut, Temerloh, Ke KL dan lainnya.

Apabila memasuki Lebuhraya Grik Butterworth , pasang kemudahan yang ada , hasil R&D dalam Sains Teknologi  iaitu GPS, sengaja labur sedikit RM unuk membantu memudahkan perjalanan. Tiba di Homestay D'Haruan Lorong Haruan 5 di Kulim ( Pintu masuk Bank Mulamalat Kulim) jam 3.30 petang. Berehat dalam 2 bilik dan 1 bilik lagi bagi rakan sekerja, Che Nasir Che Hussin yang juga menghantar anak perempuannya ke tempat yang sama.

Jambatan Pulau Pinang
 
Setelah 1 jam, hasrat awal tak nak ke Pulau Pinang kerana difikrkan agak jauh, tetapi memandangkan hanya 12 km dari sempadan Butterworth , maka sekitar   5.00 petang dengan GPS dibuka, maka bergerak ke USM P.Pinang untuk menjemput anaknda yang belajar di USM. Jam 6.30 tiba dan makan di restoran Klate di belakang USM. Setelah selesai, terus balik ke Kulim berpandukan GPS.Jam 10.00 malam terus berehat.

Pagi ini, mulai 8.00 pagi bertolak ke Kolej MARA Kulim untuk urusan pendaftaran. Makan pagi di Cafeteria Kolej. Ok juga lah harganya. Jarak dari Homestay sekitar 5 km. Ramai yang hadir bersama keluarga. Kebanyakan kereta di tempat parking, padang kolej ber plat D.. maka pelajar yang mendaftar disini adalah dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Di Dorm  anaknda, ZUHUD, hampir keseluruhannya dari Kelantan. Anaknada duduk bersama dengan anak sahabat tadi. Juga tanpa segaja jumpa waris, Abang Fauzi (Melor-dulu Telaga Limau) dan Pak Muda Abang Mat Kedai Piah yang juga menghantar anak mereka di sini.

 
 (Anaknda sekelurga di depan Asrama ZUHUD Kolej MARA Kulim) 

Bertuah rasanya, kerana dari SPA Kelantan, ada tiga keluarga yang mengantar anak iaitu selain saya dan Che Nasir, Pn. Zalina Zakaria juga turut bersama. Termasuk sahabat dari Sekktor Pembangunan Kemanusian, En. Razuki juga turut berada dalam senarai. Selain itu, jumpa ramai rakan guru yang menghantar anak masing-masing ke kolej ini.

Selepas selesai pendaftran dan lain urusan, set balik GPS jam 1.30 dan untuk  bertolak balik ke rumah dan tiba di Pergau jam 4.30 petang , singgah di Bukit Bunga, solat dan beli belah dan Makan Nasi Yazid Daun Pisang di Tanah Merah dan balik tiba dirumah jam 9.00 malam setelah selesai solat di Masjid Tok Uban. Hujan ketika ini turun dengan lebatnya.

Anaknda dari USM juga ikut balik ke rumah dan malam esoknya akan ke USM kembali.
Penat juga rasanya memandu  'sekali sekala" ini. tetapi agak happy. Cuti yang diambil hingga Rabu ini boleh merelakkan jiwa dan raga.
Alhamdullilah dengan izin ALLAH SWT semuanya selamat.




No comments:

Post a Comment