Thursday, May 17, 2012

Bahan Ketawa Seluruh Dunia- KJ

Kini zaman maklumat, di mana-mana dengan berbantu teknologi begitu mudah mencari maklumat, Dalam kereta, di kedai kopi malah dimana-mana pun nak berita terkini lagi sensasi semua nya boleh asalkan ada Wifi @ broadband dengan komputer riba, tablet maupun gadget kecil handphone yang serba canggih manggih ini.

Cumanya, apabila membaca berita atau mendengar cerita selidiklah dulu berita itu benar betulnya salah silapnya, jangan terus mengolah dan terus mengadu domba, yang sejengkal jadi sehasta , yang sehasta jadi sedepa, yang 1 meter dah menjadi beribu-ribu kilometer. Kot-kota nanti, bukan pahala yang dapat tetapi dosa semakin berlonggok.

Juga satu lagi dalam zaman ini, bersentimen dan beremosi boleh letak ditepi tetapi yang perlu dibugarkan berhujjah dengan fakta tanpa auta.Maka pandangan KPU ini amat saya kagumi dan salute untuk beliau yang pernah berkunjung ke halaman kampung ku dan sempat berfoto bersama beliau.

Buat sahabat guru - marilah bersama menyuburkan budaya kritik dan kritis yang profesional membina ini demi melahirkan anak generasi akan datang hebat berhujjah dan menaakul akan segala peristiwa dan cabaran dalam sebuah negara maju berorientasikan ilmu, iman dan amal.


Tokoh pendidik: Jangan ikut 'protes punggung'
Tokoh pendidik Melayu Tan Sri Arshad Ayub menyifatkan "senaman punggung" di depan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai perbuatan yang tidak wajar diteladani orang Melayu yang lain.

NONE"(Tindakan itu) tak betul, kita tak payah ikut sama.

"Dari segi (budaya) Melayu pun tak elok juga," katanya sewaktu ditemui Malaysiakini selepas majlis wacana bersama timbalan perdana menteri di Kuala Lumpur.

Selasa lalu sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu mengadakan "senaman punggung" di hadapan rumah Ambiga membantah penganjuran BERSIH 3.0 dan dakwaan penglibatannya dalam program lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Kira-kira 15 orang lelaki itu mengadakan senaman aneh itu di depan rumah Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.

Justeru, Arshad berpesan agar tindakan seperti itu dihentikan dan tidak diulangi mana-mana pihak lain.

"Kalau dia dah buat macam itu buat apa kita nak ikut sama.

"Jangan ingat nak balas membalas, tak elok," katanya yang baru dianugerahi Tokoh Melayu Terbilang Umno 2012 pada sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei lalu.

Selain beliau, pelbagai pihak mula menyuarakan perasaan tidak selesa dengan bantahan itu dengan pelbagai alasan, termasuk mengganggu privasi dan berunsur seksis serta gangguan seksual.

Arshad yang masih aktif sebagai seorang pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan, merupakan antara pelopor dalam pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta menjadi pengarah pertamanya pada 1967 hingga 1975.


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

NONEKhairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:

Post a Comment