Tuesday, August 9, 2011

TQVM My PM



Semalam 8 Ogos 2011, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Kewangan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awan termasuk yang dah pencen. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.Sebelum tahun 2007, bonus akan menjadi tajuk untuk setiap kali bajet. 2 Bulan ke? satu bulan ke? di mana Ceupecs akan memohon kebiasaannya 2 bulan gaji.

Tetapi mulai tahun 2008, istilah bonus lenyap dan digantikan dengan wang bantuan sebanyak RM500 bagi semua kategori penjawat. Kemudian istilah ini dikembalikan semula pada tahun 2011 untuk bayaran yang akan dibuat pada pertengahan bulan puasa ini. Sumber kewangan yang begitu diharapkan oleh majoriti penjawat awam memandangkan kos kehidupan yang dah mendadak meningkatnya.

Berdasar pengalaman sebelum ini, apabila harga minyak petrol naik, maka harga barangan keperluan ikut naik bersama. Tetapi yang agak dikesali ialah kenaikannya agak besar skalanya. Jika pada tahun 2008 harga murtabak RM 1.20 sebiji, kemudian selepas itu naik ke RM 1.50 dan RM 1.80. Sebelum bulan Ramadhan 1432 H ini, harganya RM 2.00 sebiji, kini apabila hari pertama Ramadhan harganya dah menjadi RM 2.50 sebiji. Kenaikan nya dah menjadi 25 %.

Bermakna bonus ini banyak meringankan beban penjawat awam seluruh negara. yang dikhuatiri nanti, harga barangan turut naik. nantu selepas berbelanja raya, pendapatan yang dah tetap sama tetapi barang tak akan turun. Bererti dalam bank ada RM yang perlu dikekalkan untuk menghidupkan hayat buku bank sahaja.

Walau apapun. Terima Kasih PM

No comments:

Post a Comment