Wednesday, August 10, 2011

Tarikh Tutup SAPS Kini Dilanjutkan


Hari ini sempat membuat lawatan pemantauan ke tempat bengkel SAPS kepada SUP semua sekolah PPD Machang . Tempat yang sama sebelum ini kerana kemudahan talian internetnya. Dewan PKG Jambu Lawar dipenuhi dengan SUP dari 10 sekolah Menengah dan 29 sekolah rendah. Pelaksanaan bengkel boleh dikatakan berkesan kerana jam 12.00 tengah hari dah dapat ditamatkan. Turut bersama sekali lagi ialah Tuan PPD Machang.

Untuk makluman , bengkel SAPS hari berlangsung di empat lokasi iaitu di PPD Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Jeli. Semalam di PPD Kuala Krai, dan esok semua PPD akan menyelesaikannya.

Saya berpeluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dengan memaklum agar semua SUP sekolah dapat melaksana dan menyelesaikan tugasan ini dengan tepat dan sempurna. Kesabaran dalam pekerjaan key in angka ini amatlah diharapkan. Dan sesuatu yang melapangkan dada ialah tarikh wajib hantar yang sepatutnya pada 15 Ogos 2011 kini dilanutkan ke 2 September 2011.

Walaupun bagaimanapun , lebih awal lebih bagus.

Tahniah kepada urusetia dan JU En. Azhan diatas kelicinan mengendalikan bengkel ini.

No comments:

Post a Comment