Tuesday, August 23, 2011
SPA: Mesyuarat Pelaksanaan Dasar KPM
Bermula jam 9.00 pagi di Bilik Bestari 2, BTPN Kelantan berlangsung mesyuarat Pelaksanaan Dasar KPM yang dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Pengarah. Alhamdullilah semua jemputan hadir berjumlah 72 orang termasuk urusetia. Ahli mesyuarat terdiri dari Tuan Timbalan Pengarah, semua KS dan semua PPD @ wakilnya.Juga semua KPP/KU serta pegawai dari SPA termasuk KPP Peperiksaan & Penilaian bersama Pegawai Meja UPSR, PMR, SPM dan STPM semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Kelantan.
Pengisian mesyurat adalah berkisar tentang status pelaksanaan dasar KPM di peringkat JPN-PPD. Antara yang diberi fokus kali ini ialah:
1. LINUS
2. KSSR
3. MBMMBI
4. PBS
5. SAPS
6. KPI (Akdemik) UPSR-PMR-SPM-STPM (Sebagimana format BPSH , KPM)
Antara amanat penting, YABrs. Pengerusi ialah program-program mantap anjuran JPN-PPD untuk memenuhi hasrat dasar KPM ini bersandarkan data imperikal yang tepat sah dan boleh dipercayai. Majlis berakhir tepat jam 1.40 tengahari.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat ini. Jumpa lagi dilain kali dalam siri mesyuarat berikutnya.
( Alhamdullilah walaupun agak penat tetapi berbaloi dengan persediaan yang perlu dibuat sejak dari minggu lepas lagi )
No comments:
Post a Comment