Wednesday, August 24, 2011

Post Mortem PMR-SPM 2011


Hari ini, Alhamdulillah dapat bersama dengan semua Pengetua, PK P , Guru Kanan Sains Matematik serta Guru Kanan Sains Sosial dalam membicarakan percapaian serta tindakikut yang perlu dibuat oleh semua pengurus sekolah ke arah meningkatkan pencapaian keseluruhan dan kecemerlangan peperiksaan awam PMR dan SPM yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

Kesemua 15 buah sekolah menengah di PPD Pasir Puteh hadir bersama dengan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah serta Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN bersama pasukannya.

Pembentangan dapatan berdasarkan PKBS2 telah dibuat oleh Penyelaras SPM Peringkat JPN iaitu Tn. Hj. Hilmi Abdullah merangkap KPP Matematik Negeri, manakala PMR oleh Clk Halizah Mat Zin selaku Penyelaras PMR Peringkat JPN, merangkap PP Matematik Negeri. Turut membantu ialah Pn. Hjh. Zalina Zakaria selaku PP Sains Negeri bersama pasukan urusetia peringkat PPD Pasir Puteh.

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini diakhiri pada jam 2.00 petang dengan ucapan perumusan oleh Tuan KSPA. Antara lain yang amat menarik ialah Pengurus yang baik akan sentiasa dibantu oleh penolong-penolongnya yang baik.

Tahniah kepada semua sekolah yang sentiasa meningkat pencapaiaanya dan yang belum capai gunakan kesempatan masa dan ruang yang ada untuk membantu anak didik calon PMR-SPM ini agar lebih bersedia dan dapat mencapai kejayaan yang diidamkan.

GPS Sekolah > Daerah > Negeri > Kebangsaan : Maka secara langsung akan terserlahlah hebatnya kita.

No comments:

Post a Comment