Monday, February 28, 2011

Sekiranya tak kelihatan..

Berkata bersih.. tetapi kelihatan kotor
Berkata baik..tetapi kelihatan buruk
Berkata cantik..tetapi kelihatan huduh
Berkata manis..tetapi kelihatan masam
Berkata cerdik..tetapi kelihatan bodoh
Berkata maju..tetapi kelihatan mundur
Berkata benar..tetapi kelihatan palsu
Berkata ....
Berkata ....
banyaknya berkata...

Itulah sekiranya berkata, zahirkan apa yang diperkatakan itu supaya semuanya kelihatan.

Sekiranya tak kelihatan,kita akan ditertawakan dan tidak akan dipercayai lagi.
Yang paling takut, dosa semakin menimbun.

Dalam sains, apa yang diteorikan akan diamalikan.

Sunday, February 27, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah Peringkat Negeri Kelantan 2010



Hari ini, jam 2.00 petang, berkesempatan hadir di Majlis Peramian Anugerah Kecemerlangan Prasekolah Peringkat Negeri Kelantan untuk tahun 2010 yang berlangsung di Dewan SK Seri Aman, Pasir Puteh, Kelantan. Majlis ini merupakan acara tahunan untuk kali kedua dianjurkan bersama antara Sektor Pengurusan Sekolah dengan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan dengan kerjasama PPD Pasir Puteh sebagai tuan rumah.


Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Timbilan Pengarah Pelajaran Kelantan yang mewakili YABrs. Tuan Pengarah dihadiri oleh semua para pemenang dan juga guru besar-guru besar yang dijemput. Turut bersama memeriahkan majlis ialah pegawai dari Jabatan dan juga dari semua PPD yang terlibat dalam pengurusan Prasekolah.Juga turut serta para hakim ( Saya diamanahkan menjadi Hakin untuk Kategori Guru Prasekolah Cemerlangan).

Jika tahun 2009 hanya satu kategori sahaja yang dinilai, maka tahun 2010 telah dibuat penambahan kategori setelah banyak penambahbaikan dibuat. Tahun 2010 ini melibatkan 5 kategori ialaii:
1. Anugerah Tunas Pra sekolah ( murid cemerlang)
2. Anugerah Penyelia Pembantu Murid (PPM) Prasekolah Cemerlang
3. Anugerah Guru Prasekolah Cemerlang
4. Kelas Prasekolah Abugerah 5 Bintang

Anatara intipati dalam ucapan perasmian ini ialah:
- Semua Guru Besar perlu proaktif dalam menngkatkan kecemerlangan akademik dan pengurusan di sekolah
- Sentiasa berani untuk merealisasikan bai'ah yang telah dibuat secara kolekif dengan semua guru dan kakitangan
- Menekankan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) semakin baik saban tahun
- Sentiasa didokumentasikan apa yang dibuat sebagai rujukan KPI
- Sentiasa peka dengan isu meningkatkan kemenjadian murid
- Amat mementingkan keselamatan persekitaran agar sentiasa kondusif fizikal dan spiritual.
- Memperkasakan kebitaraan sekolah dengan budaya kerja cemerlang dan team work

Majlis penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh ketiga-tiga VIP yang terlibat iaitu YBrs. Tuan Hj. Mohd. Adnan bin Mohd Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, YBrs. Tuan Haji Ab. Aziz bi Abdullah, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan YBrs. Tuan Hj. Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan.

Majlis tama jam 5.00 petang

Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya.

Dan pada hari ini seramai 35 orang Guru Besar dari sekolah negeri ini bertolak ke Merlimau, Melaka (musim kempen pilihanraya kecil di DUN Merlimau) untuk menerima hadiah kehebatan dalam siri bai'ah yang pertama. Esok mereka semua akan menerima token dari YAB Tan Sri Menteri Pelajaran Malaysia. Dapat RM7,500.00 sungguh berbaloi. Penghargaan ini khas kepada kejayaan pelajar hasil penat lelah pengurus sekolah, guru dan ibubapa.

Juga tahniah kerana SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)yang telah dinobatkan oleh Kementerian sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kini Kelantan dah ada 2 sekolah termasuk SK Zainab 2, Kota Bharu.
.

Mohon maaf saya kepada pihak Pentabir SMSTMFP kerana tak dapat hadir di Majlis Maulidur Rasul dan Kesyukuran SBT yang berlangsung tengah hari ini.

Nak dapat sagu, ruyongnya kena apa-apa si?... Tentu pecahkanlah.

Semoga tahun ini, cabaran semakin hebat.

Friday, February 25, 2011

Syiar Islam Dalam Diri

Hari ini, dalam kuthbah penghulu segala hari, isinya sungguh terkesan. Iman di Masjid Kubang Kachang membicarakan amali umat ketika ini. Amal yang banyak dipertontonkan dalam diri sendiri. Amal yang sukar untuk dibudayakan walaupun ia wajib dalam ajaran ALLAH S.W.T. yang di bawa oleh Nabi Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Atau dengan kata lain secara bahasa mudahnya, amal tak sama dengan teori atau bikin tak sama cakap. Bagi kita orang sains, teori dan amali sentiasa bergandingan dan saling lengkap melengkapi.

Antara intipati khutbah hari ini ialah:

1. Datang ke masjid, parking merata, di atas jalan utama, di muka rumah orang - menghalang laluan
2. Bila memandu, pintas jika ada peluang- walaupun yang lain sabar beratur menunggu giliran
3. Semasa memandu buka tingkap kereta, hulur tangan buang tisu kertas, kotak rokok -mencemar jalan raya
4. Semasa menghadir majlis makan, satu pinggang melimpah ruah dengan nasi dan serba lauk pauk- makan tak habis akhirnya dibuang begitu saja.
5. Bila di bilik air, buang air, tidak flush - sungguh jijik kotor
6. Bila buang sampah, beg plastik jatuh merata tak kisah- menganggu aroma hidung dan mata

Semua ini menambah dosa.

Kita berbangga kerana Syiar Islam dapat dilihat merata. Yang bersifat maujud ada dimana-mana. Tetapi syiar melalui amalan hanya sedikit cuma.

Dalam pemerhatian, semasa di masjid ketika mendengar isi khutbah, semua khusuk..tetapi tak tau lah entah faham entah tidak. Bila disebut mengundang dosa, merenung diri merefleksi diri. Dan bila melangkah keluar dari masjid, ramai yang dah lupa, ulang semula membuat dosa.

Sekiranya perkara ini berterusan, orang lain sukar untuk menghormati kita. Justeru, tingkatkan Syiar Islam Dalam Diri kita. Tauladankan ini.

Saya menyeru diri sendiri dan Tuan.

Thursday, February 24, 2011

Anda suka memasak?

Jika suka maka saya katakan kepada anda..BAGUS. Walaupun anda bukan seorang Chef. Mengapa saya mengatakan demikian.

Sebelum itu sukalah saya mengimbau kembali akan deria yang kita miliki yang dikurniakan ALLAH kepada makhluk bernama manusia ini. Tanpa deria tiada nikmatnya.


Secara amnya, deria boleh ditakrifkan sebagai "sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, dan berpadanan dengan kawasan tertentu dalam otak di mana isyaratnya diterima lalu ditafsirkan."

Deria-deria

1. Penglihatan
Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata mengesan gelombang elektromagnet dalam julat nampak (cahaya) iaitu kita mentafsir imej sebagai "pemandangan." Para ahli neuroanatomi menganggap penglihatan itu adalah dua deria, kerana saraf penerima yang berbeza berfungsi menjadikan persepsi warna (kekerapan foton cahaya) dan kecerahan (amplitud/keamatan - bilangan foton cahaya). Seseorang yang kecacatan penglihatan adalah buta.

2.Pendengaran
Pendengaran ialah deria pencerapan bunyi. Memandangkan bunyi itu ialah getaran yang merambat melalui bahantara seperti udara, maka pengesanan getaran berkenaan, iaitu deria pendengaran, ialah deria mekanikal seperti deria sentuh. Dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gnetian rambut yang halus dalam telinga yang mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah atmosfera dalam julat 20 hingga 22000 Hertz[perlu rujukan],

3. Rasa
Deria rasa ialah salah satu dari dua deria "kimia". Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis rasa[5] yang boleh dikesan saraf penerima dalam lidah, iaitu manis, masam, masin dan pahit, tetapi pada tahun 2000 disahkan jenis rasa kelima iaitu umami (gurih, dikesan glutamat asid amino yang terdapat dalam daging dan perasa tiruan seperti MSG) yang pernah diusulkan seawal tahun 1908[6]. Masalah kecacatan deria rasa diberi istilah ageusia.

4. Bau
Pembauan atau deria hidu ialah deria kimia yang satu lagi. Untuk deria rasa, terdapat ratusan saraf penerima bau, setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu. Molekul bau mempunyi pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan. Gabungan isyarat perangsang dari saraf penerima berbeza membentuk persepsi kita terhadap bau molekul berkenaan. Dalam otak, pembauan diproses oleh sistem olfaktori. Neuron menerima olfaktori dalam hidung bebrza dari neuron-neuron lain iaitu mati dan tumbuh semula secara kerap. Kecacatan deria hidu digelar anosmia. Sesetengah neuron dalam hidung dikhususkan untuk mengesan feromon (Bahan yang dirembeskan oleh sesuatu haiwan dalam kuantiti yang kecil yang boleh menyebabkan tindak balas pembiakan, perkembangan atau tabiat tertentu oleh haiwan berdekatan yang sama spesies dengannya.[7])

5. Perimbangan dan pemecutan
Perimbangan ialah deria yang membolehkan organisma mencerap pergerakan badan, arah, dan pemecutan, serta mencapai dan mengekalkan keseimbangan badan. Organ perimbangan ialah sistem is the labirin vestibul yang terdapat dalam kedua-dua belah telinga dalam. Sebenarnya, organ ini berfungsi menghidupkan dua deria, iaitu momentum sudut dan pecutan linear (yang juga mengesan graviti), kedua-duanya sekali dikenali sebagai "ekuilibriosepsi."

Saraf vestibul menyalurkan maklumat dari tiga salur separuh bulat yang berpadanan dengan tiga satah ruang, utrikel, dan sakul. Ampula atau bahagian tapak setiap salur separuh bulat tersebut mengandungi struktur yang dipanggil krista yang melengkung mengikut momentum sudut atau pemusingan. Sakul dan utrikul sebagai "organ otolit" pula mengesan pecutan linear dan graviti. Otolit ialah hablur kalsium karbonat kecil yang menyalurkan inersia yang diperlukan untuk mengesan perubahan dalam pecutan atau graviti.

6. Suhu
Termosepsi ialah deria haba oleh kulit termasuk saluran dalam kulit. Termoseptor (saraf penerima haba) dalam kulit agak berbeza dari termoseptor homeostatik dalam otak (hipotalamus) yang menyalurkan maklumbalas mengenai suhu dalam badan.

7. Kinestesia
Propriosepsi atau deria kinestetik menyumbangkan maklumat mengenai kedudukan relatif anggota badan kepada korteks parietal otak. Pakar neurologi menguji deria ini dengan menyuruh pesakitnya menutup mata dan menyentuhkan hujung jari pada hidung. Dengan menganggap propriosepsi berfungsi dengan betul, pesakit itu akan hilang kesedaran mengenai kedudukan tangannya serta-merta, sungguhpun tidak dikesan oleh mana-mana deria lain. Kaitan propriosepsi dan deria sentuh tidak ketara, dan sekiranya kedua-duanya mengalami masalah maka timbulnya pengurangan persepsi dan tindakan yang mendadak.

8. Kesakitan
Nosisepsi (kesakitan fisiologi) menandakan kerosakan tisu. Tiga jenis penerima kesakitan ialah kutaneus (kulit), somatik (sendi dan tulang) dan viser (organ badan). Adalah dipercayai bahawa keskitan itu sekadar pelebihan penerima tekanan, namun kaji selidik pada separuh pertama abad ke-20 menunjukkan bahawa kesakitan adalah fenomena berbeza yang berkait rapat dengan kesemua deria lain, termasuk sentuhan. Deria kesakitan pernah dianggap sebagai pengalaman yang teramat subjektif (mengikut perasaan individu), tetapi kajian terkini membuktikan bahawa dirakam dalam bahagian girus singulat anterior dalam otak.

9. Deria dalaman lain
Deria dalaman atau interosepsi ialah "mana-mana deria yang biasanya dirangsang dari dalam badan."[10] Ini melibatkan banyak penerima deria dalam organ dalaman, seperti penerima regangan yang berhubung dengan otak melalui sistem saraf.

Penerima regangan pulmonari terdapat dalam paru-apru dan mengawal kadar pernafasan.
Penerima kutaneus dalam kulit bukan sahaja bertindak balas terhadap sentuhan, tekanan, dan suhu, malah juga membalas vasodilatasi dalam kulit seperti merah muka.
Penerima regangan dalam salur gastrousus mengesan pengembungan gas yang menyebabkan sakit perut.
Rangsangan penerima deria dalam esofagus menyebabkan sensasi dalam tekak apabila menelan, muntah, mahupun mengalami refluks asid.
Penerima deria dalam mukosa farinks, sama seperti penerima sentuhan dalam kulit, mengesan bendasing seperti makanan yang boleh menyebabkan perasaan tersumbat.
Rangsangan penerima deria dalam pundi kencing dan dubur boleh menimbulkan rasa kenyang.
Rangsangan penerima regangan yang mengesan pengembangan salur darah boleh menyebabkan kesakitan, contohnya sakit kepala yang timbul dari vasodilasi arteri dalam otak.

Kesemuanya ada 9 deria. Mengikut kajian tiada aktivii yang akan melibatkan kesemua sekali deria ersebut kecuali memasak.

Apa salahnya sekali sekala gembelingkan semua deria serentak. Tak payah beli nasi bungkus, masuk dapur.. jom masak.

Saya juga suka masak, tetapi masak sayur...bolehlah, sedap juga.

Wednesday, February 23, 2011

Uji Rintis PBS KSSR

Hari ini, Alhamdulillah berkesempatan bersama dengan 2 orang pegawai dari Lembaga Peperiksaan yang menjalankan uji rintis Pentaksiran Berasas Sekolah bagi KSSR di SK Banggol Chicha, Pasir Mas yang letaknya sekitar 25 km dari Jabatan Pelajaran Kelantan.

Pentaksiran hari ini melibatkan Dunia Sains dan Teknologi dan Pendidikan Kesihatan.

Dimulai perjumpaan dengan pentadbir serta guru tahun 1 yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mana pelaksanaannya bermula pada tahun ini. Suasana begitu rancak dengan soal jawab antara pegawai berkenaan dengan para guru terlibat. Sebagaimana sedia maklumm konten kurikulum disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum manakala Pentaksiran di sediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Sepanjang sesi perbincangan ini, banyak perkara kusut yang dapat dirungkaikan tentang bagaimana melaksanakan Pentaksiran ini. Yang penting PBS ini adalah Penilaian bukannya Ujian. Penilaian adalah merujuk KRITERIA, Ujian merujuk kepada NORM. Penguasaan ilmu mengikut kriteria boleh dipertingkatkan, tidak ada istilah gagal. Dalam ujian akan ada hukumannya iaiu gagal - 0 markah dan Lulus - bermarkah.

PBS bermatlamat bahawa setiap murid boleh menguasi akhirnya walaupun ada dikalangan mereka " lambat belajar ".

Selepas sesi uji rintis ini, wajah ceria guru mula kelihatan. Mungkin dah mulai faham tentang PBS ini.

Sepatah kata dari salah seorang pegawai LP
" jangan bimbang cikgu, LP akan sentiasa membantu, kursus khas mengenainya akan menyusul nanti "

Kehebatan seorang arkitek adalah hebat dalam membina rumah di atas sebidang kertas tetapi tidak semestinya kehebatannya mampu menandingi kehebatan seorang tukang dalam membina rumah di atas sebidang tanah.

Kehebatan mereka berdua adalah berdasarkan kemahiran masing-masing.Yang penting bagi mereka ini ialah untuk mendapat upah bagi meneruskan kehidupan.

Tuesday, February 22, 2011

Bahaya Yang Kita Tak Sedar..

Berikut dikongsikan aktiviti yang tidak sepatutnya berterusan menjadi amalan atau rutin harian kerana lebih bahayanya dari nikmatnya. Dapatan ini bersumberkan kajian yang telah dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidangnya.
Apakah dia?

1. Bahayanya Minum Air Putih Sebelum Makan dan Tidur

Untuk mengurangi makan berlebihan, ramai orang meminum air terlebih dahulu sebelum makan. Sebaiknya hilangkan kebiasaan itu, jika ingin minum sebelum makan lakukanlah satu jam sebelum waktu makan.

Meminum air terlalu banyak sebelum makan memang membuat anda kehilangan nafsu makan karena perut menjadi penuh. Tetapi juga, berdasarkan penemuan perubatan minum air sesaat sebelum makan akan membuat proses penyerapan makanan oleh enzim menjadi lebih sulit.Ini kerana air yang diminum memerlukan masa 30 minit untuk mengalir dari perut menuju usus. Sehingga jika minum sesaat sebelum makan, belum sempat air menuju usus sudah ditambah dengan makanan yang membuat enzim bekerja dengan lebih sulit.

Profesor Hiromi Shinya MD, pakar enzim yang juga Dekan kedoktoran di Albert Einstein College of Medicine AS, seperti dipetik dari karangannya, ‘The Miracle of Enzyme’, Sabtu (20/2/2010), menyarankan agar minum air putih dilakukan 1 jam sebelum waktu makan.

Cara ideal untuk mencukupi keperluan air untuk tubuh adalah:
1-3 gelas bila bangun tidur pada pagi hari
2-3 gelas, 1 jam sebelum makan siang @ malam

Bahaya minum air putih sebelum tidur

Minum air sesaat sebelum tidur bisa mencegah terjadinya aliran balik "R O". Walaupun hanya air, jika bercampur dengan asid perut bisa memasuki tenggorokan dan terhirup ke dalam paru-paru yang dikhawatirkan risiko menderita pneumonia.

Biasakanlah tidur dengan perut kosong karena tenggorokan dirancang agar tidak ada yang masuk ke dalamnya selain udara. Jika masih ada makanan atau minuman, isi perut akan meluap naik menuju kerongkongan ketika anda merebahkan diri. Saat itu terjadi, tubuh akan menyempitkan saluran pernapasannya dan menghentikan pernapasan Anda untuk mencegah isi lambung memasuki tenggorokan.

Banyak kejadian orang meninggal akibat serangan jantung pada dini hari. Penyebabnya adalah karena asam yang mengalir balik sebagai akibat makan atau minum larut malam, dan berakhir pada tertutupnya saluran pernapasan, kemudian napas jadi tidak teratur, kadar oksigen dalam darah berkurang dan akhirnya kurang persediaan oksigen menuju otot jantung.

Menurutnya yang harus diperhatikan adalah minum air setelah bangun tidur karena cairan yang hilang harus cepat diganti saat bangun tidur. Tidak disarankan minum air sebelum tidur, tapi jika sangat haus, bisa dilakukan satu jam sebelum waktu tidur

Read More: http://www.unikaja.com/2010/10/bahayanya-minum-air-putih-sebelum-makan.html#ixzz1EiIVNL00

Sunday, February 20, 2011

Kata Al Iman Ghazali Mengenai Guru

" Seorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpa memikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan jadi guru "

Maka kata ku
" Lebih baik menjadi seorang ibu @ bapa yang sentiasa memikirkan masa depan anaknya "

Tetapi yang bergelar guru itu juga merupakan seorang ibu @ bapa.

Saturday, February 19, 2011

Belajar Dalam Bermain



Pada minggu lepas, saya bersama beberapa rakan pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik telah berkunjung ke beberapa buah sekolah bagi tujuan pemantauan pelaksanaan Pra Sekolah masing-masing. Apabila melangkah masuk ke kelas Pra Sekolah, terasa suatu suasana yang ceria lagi kondusif dengan telatah anak murid di peringkat ini. Sungguh gembira mereka apabila sama berinteraksi dengan dipandu oleh guru masing-masing.

Pemantauan memberi fokus kepada perkara berikut:
1. Ketrampilan Profesional
2. Pengurusan Pra Sekolah
3. Peranan dan Aktiviti Bukan Akademik
4. Kualiti Peribadi dan Pembangunan Diri
5. Pengajaran dan Pembelajaran

Walau bagaimana pun saya bergitu tertarik untuk memberi pandangan mengenai keperihalam murid pra sekolah ini.

Dalam kenal huruf tulis baca serta kenal angka tulis kira, hebat anak murid pra sekolah ini tidak dijangka. Dah kenal huruf A, B, dah kenal alif ba ta dan kenal 1,2 serta dan kenal dosa pahala berserta adat tata susila. Dah kenal dan faham arahan dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut guru mereka, dah ada yang cepat menulis dan baca sukukata bahkan dah ada yang boleh baca ayat mudah. Dalam angka, ada yang boleh sebut hingga ke berdigit tiga, melaksanakan operasi mudah tambah tolak.

Dan pandai membaca doa mudah untuk makan minum, masuk keluar tandas dan lainnya. Walau pun ada yang nakal tetapi ketabahan guru dalam menanganinya semuanya mudah dibereskan. Kebetulan waktu kebersmaan, tiba waktu makan iaitu waktu rehat, mereka makan bersama dengan memula bacaan doa. Selepas makan ke bilik air untuk gosok gigi dengan berus gigi masing-masing yang tersedia di dalam bekasnya.

Semuanya ini berlaku dalam suasana tanpa stress, marah seorang guru kerana hendak memdidik. Sambil bermain mereka belajar.

Banyak perkara positif yang diperhatikan tetapi agak bimbang juga adakah ia akan ada kontiniuti untuk mereka apabila memasuki kelas formal nanti, antaranya ialah:

1. Dalam 25 murid ini, sepatutnya kesemua mereka akan melepasi LINUS lebih awal lagi dalam saringan yang ditetapkan

2. Semasa di Pra Sekolah, bahasa pengantara ialah BM dan BI,maka lebih mudah lagi untuk memantapkan apabila berada diarus perdana

3. Doa harian sepatutnya dah jadi amalan rutin nanti.

4. Menjaga kebersihan diri dan sekitar menjadi tugas wajib mereka.

5. Setiap P & P diceriakan dengan aktiviti berpusat murid. Jangan nanti masuk tahun 1, dah berubah berpusat guru. Nanti ada kalangan mereka yang mengantuk dan tidak menghiraukan guru. Ada berita mengatakan (entah betul entah salah) murid tahun 1 dah diberi kerja rumah dengan begitu banyak. Akibatnya mereka tak nak datang lagi ke sekolah, takut guru marah. (INGAT: KSSR TIDAK BEGITU)

6. Guru di Pra Sekolah banyak kreativitinya untuk menarik minat anak didiknya, Bimbang nanti, masuk tahun 1, guru mengajar dok tan tu juga, akhirnya murid menjadi booring.

7. Sepatutnya sebahagian besar mereka ini akan menjadi murid target UPSR nanti, 4'A.Sekiranya guru pra sekolah hebat ber P & P, maka guru Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 juga sama hebat P & P nya. Jangan hanya menyerahkan tugas ini untuk Guru Tahun 6 semata-mata seperti amalan setengah-tengah guru sebelum ini.

Bersama kita renungkan.

Wednesday, February 16, 2011

Bengkel Penyediaan ABM 2012-2013 Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan



Pada hari ini dengan mengambil masa 3 hari 2 malam, bermulalah Bengkel Penyediaan ABM 2012-2013 untuk Pentadbiran Negeri dan juga aktiviti di bawah Pengurusan Menengah dan Pengurusan Rendah bertempat di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Majlis yang bermula jam 8.30 malam dengan perasmiaan oleh YABrs. Tuan Haji Hussain bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan yang dihadiri oleh semua pegawai yang terlibat. Mereka terdiri dari semua Ketua Sektor atau wakilnya dan juga Pegawai Pelajaran Daerah.

Antara intipati ucapan YABrs. Pengarah ialah setiap sektor dan ppd perlu membuat bidding kewangan yang realistik untuk kegunaan pengurusan dan pembangunan dalaman masing-masing. Sinergi bersama amat perlu diperkasakan agar matlamat akhir penuh manfaatnya kepada sasaran.

Pada hari kedua, Khamis, sesi pembentangan dimulai dengan Sektor Pengurusan Akademik dengan dikuti oleh sektor-sektor di JPN seterusnya oleh PPD dengan diakhiri dengan PPD Gua Musang pada sebelah malamnya.

Fokus pembentangan ialah perancangan masing-masing berdasarkan kepada asas berikut bersama justifikasi yang mantap:

1. Dasar Sedia Ada (DSA)
2. Dasar Baru (DB)
3. Pembinaan Institusi Baru (PIB)
4. Peluasan Program Sedia Ada (PPSA)
5. "One Off"


dengan mengikut pelbagai Objek Sebagai ( OS )yang munasabah serta merancang secara S.M.A.R.T (Specific, Measurable, Attainable, Realistic and Timely)

Bidding ini melibatkan pengurusan di jabatan, ppd dan sekolah dimana sasarannya dari kalangan DG dan bukan DG.

Pada hari Jumaat, 18 Februari, agenda lebih kepada rumusan semua aktiviti dan pemurnian ABM dengan diakhiri dengan Majlis Penutup.

Peranan Pegawai Aktiviti dibawah Pentadbiran Negeri atau Pengurusan Menengah atau Pengerusan Rendah hendaklah akur dengan kehendak dan permohonan dari semua sektor dan PPD.

Sewajarnya hasil pembengkelan ini akan memantapkan sinergi bersama demi mencapai matlamat kecemerlangan Jabatan Pelajaran Kelantan.

[ Sebelah petang hari Jumaat sempat bersantai di Pantai Bukit Keluang hampir 1.5 km dari tempat mesyuarat. Teringat pada tahun 1995, di Kem Seri Keluang di sini , saya hadir mengikuti Kursus BTN selama seminggu, sempat mendaki Bukit Keluang ke puncaknya. Kini dah banyak berubah panoramanya. Pantainya berubah dek alunan ombaknya.

Teringat kata pujangga lama..
" Ombak sentiasa membelai pantai tanpa penat lelahnya untuk merubah pantainya."

Begitulah kita sebagai pendidik berusaha sedaya upaya untuk merubah anak generasi menjadi manusia berguna.

Pendidik merubah...generasi inginkan berubah.Itu yang seafdalnya.
]

Monday, February 14, 2011

bila cakap NAK.. tapi bila buat TAK NAK




Role Model manusia

Hari ini, tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 15 Februari 2011,Selasa adalah tarikh lahir Nabi Muhammad SAW. Dan genaplah juga 1,200 tahun baginda SAW meninggalkan umat Islam yang dicintainya.

Rasulullah SAW wafat pada tarikh lahir baginda iaitu 12 Rabiulawal 632 Masihi di Madinah ketika berusia 63 tahun. Baginda dimakamkan di dalam rumah baginda yang terletak di dalam Masjid Nabawi pada hari ini.

Di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda.

Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan.

Rasa sayang dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW sentiasa subur di hati mereka walaupun selepas kewafatan baginda. Setelah kedua sahabat Rasulullah SAW ini meninggal dunia, mereka dimakamkan bersebelahan makam baginda.

Rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW bukan sahaja dirasai oleh dua khalifah Islam yang agung ini, malah ia turut dirasai oleh umat Islam lain sama ada yang hidup sezaman dengan baginda ataupun umat Islam yang ada pada hari ini.

Bagi umat Islam yang datang selepas kewafatan Nabi SAW, rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW kian subur dengan hanya mengenali baginda melalui sejarah. Walaupun umat Islam pada hari ini tidak pernah melihat Rasulullah SAW tetapi kasih sayang terhadap baginda diibaratkan seperti cahaya matahari yang menerangi bumi.

Puji-pujian dan selawat ke atas Rasulullah SAW yang didendangkan di seluruh dunia sering membangkitkan rasa rindu yang mendalam kepada baginda SAW.

Seperti di dunia Melayu, selawat dan marhaban sering didendangkan dalam majlis-majlis keraian agama seperti sambutan awal Muharam, sambutan Maulidur Rasul, majlis perkahwinan, majlis khatam al-Quran, majlis cukur jambul bagi bayi yang baru lahir dan sebagainya.

Baris-baris selawat ditulis dan disebarkan ke seluruh dunia oleh penulis Islam. Manuskrip-manuskrip Islam yang mengandungi selawat dan sejarah ringkas mengenai Rasulullah SAW seperti Dalail al-Kayrat disalin dan diedarkan diseluruh dunia. Manuskrip ini dihasilkan di Maghribi oleh seorang ahli sufi yang dikenali sebagi al-Jazuli pada abad ke 15 Masihi.

Selain selawat, manuskrip ini juga mempunyai doa-doa pilihan, nama-nama panggilan Nabi Muhammad SAW, sedikit penjelasan mengenai makam Rasulullah SAW dan sejarah ringkas mengenai Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalifah Umar al-Khattab.

Setiap manuskrip Dalail al-Kayrat ini sering mempunyai dua buah lukisan. Satu memperlihatkan lukisan Kaabah di Mekah dan satu lagi memperlihatkan lukisan makam Rasulullah SAW di Madinah.

Selain manuskrip selawat terdapat juga manuskrip sejarah yang mengandungi salasilah baginda SAW yang bersambung dengan para nabi dan rasul sebelum baginda. Manuskrip ini ditulis dengan penuh teliti, jelas dan menarik dengan penggunaan dakwat yang berwarna-warni.

Selain seni penulisan, nama Nabi Muhammad SAW turut diabadikan di atas barangan kesenian yang lain seperti dalam bentuk sulaman, ukiran dan tenunan.

Nama baginda SAW selalunya digandingkan dengan nama Allah SWT atau nama para sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.

Terdapat juga nama ahli keluarga Rasulullah SAW yang digunakan seperti puteri baginda Saidatina Fatimah r.a dan cucu baginda Saidina Hassan dan Hussein r.a.

Barangan yang mempunyai nama Rasulullah SAW sering digunakan sebagai hiasan dan diletakkan di tempat yang tinggi sebagai tanda kasih dan sayang umat Islam di seluruh dunia kepada nabi junjungan mereka iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sumber : Utusan Malaysia/-


Nabi Muhammad SAW amat mencintai umatnya tetapi umatnya belum tentu mencintainya..adakah pujian untuknya hanyalah pemanis bibir, ikut cakap lakunya belum tentu.

Salam Maulidur Rasul 1432H

Mesyuarat Jalinan Kerjasama UMK - JPN

Alhamdullilah pada jam 5.00 petang hari ini telah selesai satu mesyuarat smart partnership antara Jabatan Pelajaran Kelantan dengan Universiti Malaysia Kelantan di Bilik Mesyuarat Perdana UMK.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dekan FASA, YBhg. Prof. Dr. Hj. Ibrahim ini turut disertai oleh wakil dari PPD yang terlibat. Jika tahun 2010, melibatkan 1P 1D dimana semua PPD mengurusetiakan program, maka kali ini hanya melibatkan 6 PPD sahaja seperimana program berikut:

1. Cakna Sains Sekolah Rendah Luar Bandar
2. Cakna Sains Ibu Bapa
3. Pameran Sains Sekolah Menengah
4. Bengkel Peningkatan Kemahiran Pembantu Makmal
5. Memperkasakan PIBG
6. Peningkatan Bahasa Inggeris Sekolah Pendalaman

Sepertimana yang diharapkan agar impaks pelaksanaannya penuh makna kepada semua yang terlibat.

Sepatah kata dari Pengerusi, .." UMK memulakan maka bersama untuk meneruskan walaupun penruntukan pengurusannya tidak berapa banyak"..

Pada tahun ini, program pameran sains akan diurusetiakan bersama antara JPN dengan PPD Kota Bharu serta program Peningkatan Kemahiran Pembantu Makmal akan diurusetiakan bersama antara JPN dengan PPD Tanah Merah.

Tahniah dan terima kasih kepada UMK kerana kecaknaanya membugarkan pelbagai aktiviti untuk mendidik generasi akan datang.

Kita bersama mendidik mereka untuk menjadi manusia berupa bukan manusia yang tiada rupa.. hentam saja tanpa dosa pahala.

Sunday, February 13, 2011

Media Baru Dengan Orang Muda


KAHERAH: Rakyat Mesir bangun dari tidur dengan harapan baru semalam selepas pemerintahan autokratik selama 30 tahun di bawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak berjaya dijatuhkan dalam tempoh 18 hari dengan pihak tentera mengambil alih kuasa bagi menentukan masa depan yang belum tentu hala tujunya.

Sebaik laungan azan Subuh berkumandang di Kaherah, bunyi hon disambut dengan sorakan orang ramai kedengaran semakin kuat selepas berjuta-juta rakyat Mesir berpesta malam sebelumnya bagi meraikan peletakan jawatan Hosni.

‘Rakyat menggulingkan regim.’ ‘Revolusi generasi muda memaksa Hosni berundur’, lapor tajuk muka depan akhbar al-Ahram.

Pada malam sebelumnya, beratus-ratus ribu rakyat Mesir menari, menangis dan berdoa dalam suasana riuh-rendah di Dataran Tahrir selepas Hosni meletakkan jawatan.

Penunjuk perasaan bersorak kegembiraan hingga ada yang memeluk anggota tentera sementara ahli keluarga mengambil gambar bersama di depan kereta perisai di jalan raya yang dipenuhi lautan manusia. Mereka yang tidak saling mengenal berpelukan sesama sendiri, sesetengahnya mengucup tanah dan ada juga yang berdiri tertegun seakan-akan tidak percaya apa yang berlaku.

“Saya berusia 21 tahun dan ini kali pertama dalam hidup, saya rasa bebas,” kata Abdul-Rahman Ayyash yang lahir lapan tahun selepas Hosni memegang tampuk pemerintahan sambil memeluk penunjuk perasaan lain.

Pihak tentera yang mengambil alih kuasa selepas Hosni meletakkan jawatan kelmarin memberitahu pengumuman akan dibuat mengenai langkah seterusnya termasuk membubarkan Parlimen dan membentuk kerajaan sementara.

Kejatuhan Hosni di tangan kebangkitan generasi muda rakyat Mesir dalam sejarah moden dunia Arab mengejutkan sekutunya seperti Amerika Syarikat, Barat, Israel dan pemimpin negara Arab lain.

Protes kumpulan penunjuk perasaan yang bermula daripada kumpulan kecil aktivis muda di Internet sebulan lalu yang hanya mampu mengumpulkan 100 orang berjaya mempengaruhi beratus-ratus ribu orang dalam tempoh dua minggu hingga menumbangkan kerajaan pimpinan Hosni.

Strategi aktivis menggunakan rangkaian laman sosial terutama Facebook dan laman sosial lain mencetuskan kesedaran rakyat Mesir khususnya mengenai isu polis yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah.

Facebook yang menjatuhkan regim Hosni,” kata seorang penganjur demonstrasi, Sally Toma. - AP

Orang muda yang create Fb, Twitter dan sebagainya dan Orang Muda yang Mengaplikasikannya

Petikan : myMetro Edisi Ahad 14 Februari 2011

Saturday, February 12, 2011

Budaya Kita.. Wajah Kita

Apakah itu budaya?

Budaya bolehlah dimengertikan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.


Kita orang beragama maka kita perlu mengisi makanan rohani yang telah jelas tersurat dalam ajaran agama yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. Kita juga perlu kepada makanan jasmani untuk kita sihat walafiat bagi memacu kemajuan hidup di dunia fana ini.Makan minum bersumberkan yang bersih lagi halal. Kita perlu kedua-duanya.

Apabila kita bekerja, badan dan minda perlu sihat. Tanpa kesihatan yang baik akan menjejaskan mutu kerja. Ajaran agama hendaklah mendasari apa akan dibuat. Dibolehkan atau dilarang. Yang dibolehkan tentunya mendapat pahala manakala yang dilarang tentu sekali dosa sebagai habuan nya.

Budaya yang baik perlu sentiasa dibugarkan. Pendidikan memainkan peranan. Budaya yang tak baik, benteraskan. Tetapi mungkin budaya yang baik ini akan bakal terhakis apabila budaya baru meresap dalam generasi masyarakat.

Banyak contoh mudah, antaranya:

Budaya Bersih
Semua orang suka bersih, sentiasa bercakap tentang kebersihan. Kempen situ kempen sini. Orang agama pun suka cakap dalam cermahnya.Tetapi apa yang diperhatikan, tandas masih kotor, tisu kertas dicampak keluar dari kereta, beg plastik yang penuh dengan bahan buangan dapur dan rumah ditabur di atas jalan raya,longkang tepi rumah tempat tinggal tetap nyamuk,tin botol bersepah, di mana tempat makan di situ tempat buang sisa,sungai yang cantik dah jadi semacam, ikan dah keracunan... dan banyak lagi.

Kata orang, yang penting apabila kita bercakap tentang bersih, maka amat perlu ia kelihatan bersih. Adakah terlalu sukar untuk KELIHATAN ?

Budaya Hormat
Semua orang suka dihormati, tanda kasih sayang antara sesama insan. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Tetapi apa yang diperhatikan budaya ini dah mengecil.Apalah salahnya angkat tangan jika berselisih kereta di jalan yang sempit.Orang bagi ruang untuk lalu, tak habis duit dengan angkat tangan, tanda terima kasih. " tak angkat tangan peduli apa kerana kita orang kaya, kereta besar, dia tu apa, hanya motorsikal kapcai". Tanggapan ini silap, mungkin kat rumah nya dua tiga kereta mewah. Adakah kerana fenomena materialistik menjahanamkan budaya ini?

Dan banyak lagi budaya-budaya lain yang berlegar dalam kehidupan ini.

Kita bimbang dengan timbulnya budaya baru yang menyimpang dari ajaran agama dan nilai budaya timur ini akan melenyapkan yang baik. Kesejahteraan yang diharapkan rupanya mengundang kesangsaraan.

Dan sesungguhnya BUDAYA KITA ADALAH WAJAH KITA.

Relakah wajah yang bersih ceria berseri ini akan dicomotkan nanti ?

Wednesday, February 9, 2011

Nilai Sebuah Persahabatan

Hari ini, 9 hb. Februari 2011, segaja nak menulis sedikit tentang diri ini apabila semalam 8 hb. Februari, jam 8.00 pagi sewaktu memandu ke SK Kemahang 1, sebelum tiba di simpang Rantau Panjang ke Alor Pasir, telah menerima panggilan dari seorang sahabat lama dengan ucapan Happy Birth Day kawan..Oh rupanya beliau masih mengingati hari lahir sahabat nya ini. Kataku, terima kasih Tuan Haji kerana mengingatkan diri ini tentang usia yang sentiasa bertambah. Ketawa rakan dengan ucapan bahawa semua kita semakin hari semakin meningkat usia. Tetapi katanya yang lebih penting semakin hari semakin warak.. Insyaallah.

Tuan Haji Askuri bin Kadir, kini seorang pensayarah bidang geologi di Universiti Teknologi Petronas, Perak. Rakan lama di SM Sains Kelantan (kini SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra). Kemudian bersama di Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur ( di sini juga bersama dengan Prof. Dr. Aziz Bari. UIAM ) dan seterusnya di Fakulti Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Tahun 1 tinggal di Seksyen 17 Petaling Jaya, dekat dengan Maktab Perguruan Islam. Satu Bilikn juga bersama Dr. Wan Mansor Hamzah, kini Timbalan Pengarah Kesihatan Kelantan.

Tahun 2 tinggal juga sebilik di Bilik 1A2, Asrama Yayasan Pelajan Mara, Jalan Reko, Bangsar,dibelakang NST Malaysia.Bertiga satu bilik dengan seorang lagi rakan yang juga bersekolah sekali di SMK Kota, Kota Bharu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, Prof. Dato Wira Hj. Mohd Shukry Abd. Yajid yang kini sebagai Presiden Merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Manegement & Science University (MSU)dan PTPL. Sebab tu lah tak reti nak kecek luar sebab semuanya klate.

Untuk Tahun 3 dan Tahun 4, kami berpindah bilik ke 35C2, untuk lebih selesa.Prof. berpindah ke kampus kerana menjadi orang kuat Persatuan Pelajar Fakulti Sains.Teringat semasa dibilik inilah kami berdua demam serentak seminggu. Segala aktiviti luaran semuanya dijalankan secara bersama dalam kumpulan. Naik BAS MINI, Chow Kitlah jawapannya.

Setelah tamat pengajian, walaupun tempat kerja berlainan, tetapi masih berhubung hingga kini.Inilah cerita seorang sahabat sentiasa sebilik di Universiti.

Buat sahabat yang tidak tinggal sebilik,tetapi sentiasa bertemu dengan "terup 400" selepas Insya hingga ke subuh, Tuan semua masih tetap diingati.Ramai yang dah bergelar Pengetua, DO, Pegawai Kanan PTD serta businessman yang berjaya. Bila masanya dapat berjumpa.. Insyaallah disuatu masa dengan izinNYA.

Itulah SAHABAT.. dan kini kita dah masuk ke tahun 52.. Buat sahabat yang mengirim ucap selamat, terima kasih Tuan.

Tuesday, February 8, 2011

Mesyuarat Pemuafakatan STF Felda Gugusan Kemahang


Pada hari ini bermula jam 10.30 pagi hingga jam 2.00 petang telah berlangsung satu mesyuarat pemuafakatan STF/PPS sebagaimana yang berlangsung pada 30 Januari 2011 baru-baru ini di Chiku 6. Pada kali ini dengan pengisian yang sama, disertai oleh pegawai dari:

1. Penyelaras STF/PPS Negeri
2. Pegawai Data STF/PPS Negeri- En. Mohd Razali Abdul Talib ( Penolong Pengarah Sains)
3. Penyelaras STF Daerah T. Merah - En. Razali b Kasim ( Penolong PPD T. Merah)
4. Penyelaras PPS Daerah T. Merah - En. Husain Ab. Ghani ( Penolong PPD T. Merah)
5. Penyelaras STF/PPS Sekolah Felda Gugusan Kemahang (SK Kemahang 1-En. Zulkifli, SK Kemahang 2-En. Shukri , SK Kemahang 3-Pn.Lee, SMK Kemahang (STF- En. Zukiman/PPS-En. Sahar))
6. Pengurus STF/PPS Felda Wilayah Gua Musang - Pn. Faridah bt Samad
7. Pengawai Hal Ehwal Islam Felda - Ustaz Mokhtar Yaakob
8. Penyelaras Felda Kemahang 1- En. Anuar Ismail
9. Penyelaras Felda Kemahang 2- En. Mohd Aize Syafiq Alias

Antara perkara awal yang perlu disegerakan ialah:
1. Mengadakan kursus HC dan Post Mortem selepas selesai UBB1 (Mac 2011)-Tindakan Bersama
2. Melaksanakan Bengkel Khas UPSR melalui peruntukan FELDA Wilayah G. Musang (Mac 2011)-Tindakan Bersama
3. Nengadakan Program Jati Diri Murid-Ibu Bapa oleh Pengurusan FELDA (Mac 2011)-Tindakan Bersama
4. Menyediakan Buku Pengurusan Akademik STF/PPS Tahun 2011 (Soft Copy di e-mail kan kepada penyelaras JPN dan PPD)- Penyelaras Sekolah
5. Melaksanakan Tuisyen mesti bermula dari bulan Februari-Penyelaras Sekolah
Sebelum mesyuarat bermula, sempat juga berbincang dengan Tuan Guru Besar mengenai Pencerapan P & P dalam pengisian e-Cakna. Satu soalan telah dikemukakan oleh beliau

" Bolehkan selain dari pentadbir, iaitu kalangan guru sendiri melakukan pencerapan sesama meraka semasa melaksanakan P & P ? ".

Jawapannya, amat boleh kerana dengannya penghayatan P & P ini akan menjadi begitu berkesan dikalangan semua guru.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan mesyuarat ini.

Monday, February 7, 2011

Teman Tidur Anda Yang Setia Dari Dulu Hingga Kini


( HAMA HABUK RUMAH (House Dust Mite)....Jika besar saiznya, tidak akan tidur kita..)

Balik kerja tentulah penat terasa, kerja berat atau kerja ringan, menjadikan tubuh perlu berehat. Dan tempat rehat yang popular setiap hari sudah tentulah tempat tidur Ada tilam beralaskan cadar dan bantal bersarung. Terkadang terus terlelap di belai angin kipas atau usupan udara sejuk pendingin hawa. Apabila malam menjelang, tidur dah menjadi mesti, nak cukup lapan jam , normal tidur bagi orang dewasa.

Tahukah anda bahawa ada ekosistem lain yang wujud di tempat tidur? Mungkin ramai yang tidak menghiraukannya…tapi percayalah, sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat, kuman dan juga hama yang setia menjadi teman tidur anda selama ini. Mungkin anda je yang tak perasan kut…

Hama rumah adalah sejenis haiwan yg sangat kecil (kira2 0.3mm shj). Tiada rumah yg tdk mempunyai hama ini, cuma yg bexanya ada rumah yg mempunyai bilangan hama yg banyak, ada yg sederhana banyak shj & ada juga yg sedikit, malah hampir tiada. Keadaan ini bukan hanya bergantung kpd kebersihan, malah juga bergantung kpd kelembapan di rumah. Rumah yg kering di tempat sejuk spt di tempat2 tinggi mempunyai sedikit shj hama, tp rumah di tempat lebih panas mempunyai banyak bilangan hama.

Hama memakan habuk yg berasal drpd kulit kita. Hama akan meninggalkan tinggalan/sisa2 atau najis yg mempunyai enzim yg digunakan oleh hama utk menghadamkan habuk kulit kita. Dlm enzim inilah yg menjadi faktor penyebab penyakit asma dan alahan/elergi.

Terdpt bukti yg cukup bg membuktikan bhw tinggal di persekitaran yg mempunyai sedikit atau tiada hama habuk boleh memulihkan asma atau mengurangkan kesan2 asma & elergi. Bagaimanapun, secara praktiknya agak sukar utk mencapai sifar hama dlm rumah. Walaupun demikian, banyak perkara yg boleh dilakukan utk mengurangkan masalah ini.

Secara tak langsung anda sendirilah yang menjadi ‘tuan’ nya. Mikro organisma ini akan terus hidup dengan ‘bekalan’ kulit mati dan peluh yang dikeluarkan oleh manusia. Hmm…bayangkanlah kalau dicampurkan lagi dengan air liur basi yang meleleh dan ‘benda-benda’ lain, dah tentu lagi ‘kronik’ tempat tidur anda itu. Makan minum di tempat tidur pun dah menjadi satu hal. Sisanya yang jatuh di atas cadar menjadi pembekal sumber kehidupan. Semakin gemuk gedenpol hidupan seni ini. Tentunya kita gembira apabila sekiranya kita dapat mendengar pujian "terima kasih bos" dari mereka kepada kita.

Tetapi sebenarnya, jangan memandang remeh terhadap perkara ini sebab ia boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah penyakit kulit seperti gatal-gatal, masalah jerawat yang tak berkesudahan dan juga kelemumur. Selain itu, ia juga mampu memberi kesan yang lebih buruk kepada penyakit TB, asma, depresi, insomnia dan sinusitis.

Cara Mengatasi / Mengurangkan

Pendedahan kpd hama habuk ini boleh menyebabkan elergi yg berlanjutan / lama. Tiada cara pemulihan, hanya pencegahan dan pengawalan iaitu dgn mengawal populasi hama habuk ini.

Paling penting dlm mengawal populasi hama habuk ini adalah dgn menjaga kebersihan.
Jadi, bagi memastikan semua ini dapat dielakkan, anda hendaklah pastikan tempat tidur anda sentiasa bersih. Ikutilah tip di bawah ini:-

* Cadar dan sarung bantal yang sentiasa bersih


Orang bujang terutama lelaki, biasanya setahun sekali baru nak ‘proses’ tempat tidur. Dari awal tahun sampailah hujung tahun, cadar dan sarung bantal yang sama je dipakai. Janganlah macam tu bro…sediakanlah dua atau tiga pasang supaya boleh diganti dua minggu sekali.

Kalau nak basuh cadar dan sarung bantal tu, gunakanlah air panas untuk mematikan kuman dan pastikan ia benar-benar kering untuk digunakan semula. Nak senang, hantar je dobi.

Selalulah membasuh barangan2 dlm rumah spt kain kusyen, cadar, tabir dsb.
Gantikan bantal bulu atau kapas dgn bantal sintetik

Gunakan selimut jenis nilon (nylon) menggantikan jenis bulu atau kapas.
* Fabrik di tempat tidur.

Ini pun perlu diberi perhatian, Kalau boleh pilihlah fabrik dari kain lembut dan nipis supaya kotoran kurang terperangkap. Warna pun main peranan, pilihlah warna yang agak cerah supaya kotoran itu dapat dikenal pasti. Kalau pakai warna gelap, kita tidak tahu apa yang terselindung di sebaliknya...kan gelap itu hitam.

Bungkus tilam dgn bahan yg membolehkan anda mem'vakum'nya dgn mudah (spt bahan getah atau plastik). Ini membolehkan anda membersihkannya dgn mudah setiap hari spt mengelap.
* Mandi sebelum tidur.

Janganlah mengamalkan habis main bola atau baru balik dari kerja, terus menuju ke tempat tidur. Kalau boleh bersihkan dahulu badan, keringkan dan barulah boleh berbaring di atas tilam kesayangan anda itu. Tetapi elakkan dari mandi di tengah malam. Ada kesan pada kesihatan diri anda.

* Elakkan pemakaian penjagaan diri.

Jangan memakai bedak sejuk, minyak wangi atau apa saja sewaktu hendak masuk tidur. Ia boleh menambahkan lagi masalah di tempat tidur anda. Kalau perlu, pakailah sebelum waktu masuk tidur. Sejam sebelum ke ?.

* Sentiasa mengemaskan tempat tidur anda.

Ini dapat menghindarkan daripada hama berselindung di sebalik selimut atau bantal yang dibiarkan berselerak.

Gantikan kain pembalut bantal, tilam, selimut selalu (mgkin sekali seminggu).

Gantikan permaidani dgn kayu, jubin (tile) atau pelapik getah. Jika anda ingin menggunakan permaidani juga, vakumlah setiap hari.

* Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup.

Ianya bagi mengelakkan debu atau habuk masuk berlebihan ke dalam kamar anda.

* Hindarkan orang lain terutamanya yang berpenyakit kulit berbaring di atas tilam anda.

Jika perkara ini dibiarkan, anda berisiko dijangkiti penyakit yang sama. Segera tukarkan cadar dan sarung bantal anda sekiranya ini berlaku.

Tengok di Hotel, cadar dan sarung bantal ditukar setiap hari, sebab itulah selesanya kita beradu di sana. Jika kita lalukan sedemikian di rumah, tentunya keselesaan ini lebih berganda.

Petikan dari General Information, Health,Kesihatan

Friday, February 4, 2011

Bahana Budaya Rasuah

Hari ini, Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, saya berkesempatan untuk bersolat Jumaat di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Jika sebelum ini, hanya dikampung laman, tetapi hari ini mengambil kesempatan setelah menghantar anak ke KB Mall. Sampai lebih awal, mudahlah dapat parking.

Agak ramai pelancong dengan bas dan kereta yang kebetulan cuti Tahun Baru Cina. Penuh tempat penginapan samaada Hotel, Motel, Inn, Rumah "Homestay" dan lainnya. Sudah tentulah Pasar Malam Wakaf Che Yeh penuh sesak dengan pengunjungnya.

Khutbah hari ini begitu menarik untuk dikongsikan, tajuknya RASUAH. Satu gejala hina hasil perilaku antara manusia untuk cepat kaya. Manusia yang dibibirnya mengaku seorang beragama apatah beriman tetapi hakikatnya peruntuh agama , peruntuh tamandun bangsa, peruntuh adat tatasusila... Biar aku cepat kaya peduli apa itu semua...

Sepatah kata isi khutbah " Seorang yang menolak rasuah adalah seorang yang hebat di dunia dan hebat di akhirat walaupun di dunia merupakan seorang yang tak berharta jika dibandingkan dengan seorang yang mengamalkan rasuah, walaupun hebat didunia dengan kaya hartanya tetapi ia akan miskin hina diakhirat nanti ". Keberkatan hidup didunia jauh sekali.

Dalam SEDEKAH, tangan sebelah atas lebih baik dari tangan sebelah bawah tetapi dalan RASUAH, tangan sebelah atas dan tangan sebelah bawah sama hinanya kerana kedua-dua akan dilaknat ALLAH SWT.

Pengamal rasuah bukan sahaja merosakan diri, keluarganya,agamanya, bangsanya malah negaranya.

Selesai solat fardu, jemaah diminta untuk menunaikan Solat Hajat memohon keselamatan warga dan pelajar Malaysia di bumi Mesir yang kini hebat bergolak, selepas Tunisia.

Oh begitu pincangnya dunia kini, adakah kerana BUDAYA RASUAH yang berluasa antara beberapa faktor penyebabnya ?... Hanya ALLAH yang tahu.

Hatta, sebagai pendidik , didiklah anak didik kita supaya membenci rasuah dan perasuah.

( Diluar Masjid, spontan bertemu sahabat lama En. Abdul Rahim bin Mohd Noor yang kini sebagai pengurus di EON, Kuala Terengganu. Dulu pada tarikh 25 November 1985, kereta Proton Saga Cini Blue ku diuruskan oleh beliau di EON Kota Bharu, depan JKR. Kini kereta ini masih mengancam dan kekal menawan )

Thursday, February 3, 2011

Wishing You A Prosperous New Year


Sains4u.blogspot.com mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca dan berharap agar Tahun Arnab akan membawa kemakmuran dan kecemerlangan dengan penghayatan nilai,sikap dan budaya murni berteraskan ajaran agama dan prinsip moral dalam menghasilkan manusia bermodal insan sejati.

Tuesday, February 1, 2011

Kita manusia yang tak sempurna..sentiasa ada kelemahannya


(January 28th, 1986 at 11:39am EDT - The Space Shuttle Challenger Explodes on its 10th flight during mission STS-51-L)


Sehebat mana manusia, sehebat mana kemajuan sains dan teknologi yang dimanipulasikan oleh manusia.. kehebatan ini masih lagi tidak akan dapat menandingi kehebatan TUAN punya alam ini.

Maka setiap usaha yang dilakukan amat perlu disusuli dengan doa dan tawalkal kepada NYA.. Insaallah kita akan berjaya.