Hari ini, Alhamdulillah berkesempatan bersama dengan 2 orang pegawai dari Lembaga Peperiksaan yang menjalankan uji rintis Pentaksiran Berasas Sekolah bagi KSSR di SK Banggol Chicha, Pasir Mas yang letaknya sekitar 25 km dari Jabatan Pelajaran Kelantan.
Pentaksiran hari ini melibatkan Dunia Sains dan Teknologi dan Pendidikan Kesihatan.
Dimulai perjumpaan dengan pentadbir serta guru tahun 1 yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mana pelaksanaannya bermula pada tahun ini. Suasana begitu rancak dengan soal jawab antara pegawai berkenaan dengan para guru terlibat. Sebagaimana sedia maklumm konten kurikulum disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum manakala Pentaksiran di sediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Sepanjang sesi perbincangan ini, banyak perkara kusut yang dapat dirungkaikan tentang bagaimana melaksanakan Pentaksiran ini. Yang penting PBS ini adalah Penilaian bukannya Ujian. Penilaian adalah merujuk KRITERIA, Ujian merujuk kepada NORM. Penguasaan ilmu mengikut kriteria boleh dipertingkatkan, tidak ada istilah gagal. Dalam ujian akan ada hukumannya iaiu gagal - 0 markah dan Lulus - bermarkah.
PBS bermatlamat bahawa setiap murid boleh menguasi akhirnya walaupun ada dikalangan mereka " lambat belajar ".
Selepas sesi uji rintis ini, wajah ceria guru mula kelihatan. Mungkin dah mulai faham tentang PBS ini.
Sepatah kata dari salah seorang pegawai LP
" jangan bimbang cikgu, LP akan sentiasa membantu, kursus khas mengenainya akan menyusul nanti "
Kehebatan seorang arkitek adalah hebat dalam membina rumah di atas sebidang kertas tetapi tidak semestinya kehebatannya mampu menandingi kehebatan seorang tukang dalam membina rumah di atas sebidang tanah.
Kehebatan mereka berdua adalah berdasarkan kemahiran masing-masing.Yang penting bagi mereka ini ialah untuk mendapat upah bagi meneruskan kehidupan.
No comments:
Post a Comment