Hari ini, Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, saya berkesempatan untuk bersolat Jumaat di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Jika sebelum ini, hanya dikampung laman, tetapi hari ini mengambil kesempatan setelah menghantar anak ke KB Mall. Sampai lebih awal, mudahlah dapat parking.
Agak ramai pelancong dengan bas dan kereta yang kebetulan cuti Tahun Baru Cina. Penuh tempat penginapan samaada Hotel, Motel, Inn, Rumah "Homestay" dan lainnya. Sudah tentulah Pasar Malam Wakaf Che Yeh penuh sesak dengan pengunjungnya.
Khutbah hari ini begitu menarik untuk dikongsikan, tajuknya RASUAH. Satu gejala hina hasil perilaku antara manusia untuk cepat kaya. Manusia yang dibibirnya mengaku seorang beragama apatah beriman tetapi hakikatnya peruntuh agama , peruntuh tamandun bangsa, peruntuh adat tatasusila... Biar aku cepat kaya peduli apa itu semua...
Sepatah kata isi khutbah " Seorang yang menolak rasuah adalah seorang yang hebat di dunia dan hebat di akhirat walaupun di dunia merupakan seorang yang tak berharta jika dibandingkan dengan seorang yang mengamalkan rasuah, walaupun hebat didunia dengan kaya hartanya tetapi ia akan miskin hina diakhirat nanti ". Keberkatan hidup didunia jauh sekali.
Dalam SEDEKAH, tangan sebelah atas lebih baik dari tangan sebelah bawah tetapi dalan RASUAH, tangan sebelah atas dan tangan sebelah bawah sama hinanya kerana kedua-dua akan dilaknat ALLAH SWT.
Pengamal rasuah bukan sahaja merosakan diri, keluarganya,agamanya, bangsanya malah negaranya.
Selesai solat fardu, jemaah diminta untuk menunaikan Solat Hajat memohon keselamatan warga dan pelajar Malaysia di bumi Mesir yang kini hebat bergolak, selepas Tunisia.
Oh begitu pincangnya dunia kini, adakah kerana BUDAYA RASUAH yang berluasa antara beberapa faktor penyebabnya ?... Hanya ALLAH yang tahu.
Hatta, sebagai pendidik , didiklah anak didik kita supaya membenci rasuah dan perasuah.
( Diluar Masjid, spontan bertemu sahabat lama En. Abdul Rahim bin Mohd Noor yang kini sebagai pengurus di EON, Kuala Terengganu. Dulu pada tarikh 25 November 1985, kereta Proton Saga Cini Blue ku diuruskan oleh beliau di EON Kota Bharu, depan JKR. Kini kereta ini masih mengancam dan kekal menawan )
No comments:
Post a Comment