Monday, November 8, 2010
Bermulalah Kursus KSSR
Mulai 28 Oktober 2010 bermulakan kursus KSSR peringkat Negeri Kelantan. Kursus yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan Transformasi Kurikulum yang akan bermula pada 2 Jan 2011.Sesi baru persekolahan bagi Tahun 1 akan diwarnai dengan pendekatan baru dalam P & P guru. Dalam Standard Kurikulum,jika sebelum ini istilah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran menjadi sebutan warga guru, maka mulai hari ini dan seterusnya, guru akan menggunakan istilah Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang semestinya tidak sama maksud pengertian serta tindakannya.
Kursus dengan mod ' 2 day on site " ini dengan dimulai Modul Pendidikan Islam yang dihoskan oleh Sektor Pengurusan Islam,disamping Modul Bahasa Arabnya. Bagi Modul yang lain ianya dhoskan oleh Sektor Pengurusan Akademik bergandingan dengan Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta. Mengikut perancangan sebanyak 76 kursus meliputi semua modul ini akan dijalankan di premis pendidikan seentro Kelantan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.Kursus ini dijangka tamat pada 1 Disember 2010.
Kepada semua guru yang terlibat, berikanlah fokus yang terbaik untuk menjayakan dasar baru ini yang lebih menitikberatkan peningkatan potensi belajar murid.Perancangan bijak guru yang melibatkan aktiviti dan pedagogi yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid dan persekitaran amatlah dipentingkan.Jangan biarkan murid "tidak belajar" dan pulang ke rumah dengan "habuk pun tadak" yang akhirnya minat belajar, minat ke sekolah, minat kepada guru hilang entah ke mana.
Satu analogi yang kebanyakan kita tahu..
" Apabila kita menonton filem Bollywood, bahasa hindinya entah kitapun tak faham, tetapi kita masih melekat di depan TV, dengan terkadang menitis air mata hiba atau gembira bersama pelakon handalannya. dahlah tak faham, jika ada orang yang mengubah salurannya, mungkin kita akan memarahinya.kita tengok hingga ke ending nya."
Untuk pelaksanaan P & P, mengapakah kita masih lagi kurang mampu untuk menarik minat murid belajar bersama kita. Tetapi saya begitu yakin tuan, selaku guru yang masih bersama pelajar berkeupayaan untuk membuat sesuatu seperti analogi di atas agar murid minat belajar bersama tuan sentiasa segar kekal.Seandainya begitu, benarlah tuan seorang yang hebat.
Kepada semua JU sama ada JU konten & Keusahawanan, JU Kreativiti & Inovasi serta JU Teknologi Maklumat Komunikasi, jasa tuan amatlah dihargai kerana boleh dikatakan tuan semua "tak duduk diam"memenuhi jemputan pengisian kursus berkenaan.
Juga masih dalam ingatan buat semua pegawai akademik di Pejabat Pelajaran Daerah,"lelah" tu dah jadi rutin kita dengan setiap yang dibuat itu sentiasa perlu kepada penambah baikan.
Tak lupa kepada pegawai JPN yang terlibat, "senyumlah selalu".. elakkan tenson melampau.
TERIMA KASIH SEMUANYA.. bersama teruskan tugasan.
No comments:
Post a Comment