Berubah penting untuk kemajuan tanpa kompromi tentang nilai murni tuntutan agama. Perubahan dalam "anjakan paradigma' minda serta tindakan amat diperlukan. Kita amat perlu pedulikan tuntutan ke arah membina insan kamil yang bakal membina negara maju, makmur lagi bahagia.
Dalam dunia pendidikan, putaran masa memaksakannya melalui satu transformasi.Budaya statik akan menyebabkan kita akan ditinggalkan jauh terkebelakang dengan bangsa lain didunia. Jepun, dalam perang dunia kedua tahun 1945, bandar raya mereka iaitu Hiroshima dan Nagasaki hacur lumat diranap oleh bom atom Amerika. Begitu cepatnya mereka bangkit dan menjadi antara negara termaju di dunia kini. Sebabnya, mereka "berubah untuk maju", mengamalkan budaya ilmu, kerja dengan berkreativiti dan inovasi,kuat dan 'smart'. Untuk akan datangnya, tentunya mereka lebih hebat lagi.
Juga, Negara Cina, dulu adalah negara yang agak mundur, tetapi "berubah' dengan mendadak sekali, kini dapat menandingi kuasa ekonomi dunia. Dari yang tak hebat, kini menjadi hebat, dan tentunya akan datang semakin hebat.
lantas, bagaimana kita?. Dunia pendidikan kita telah berubah, dulu dengan KLSR kemudian KBSR dan kini KSSR.
Maka jadikanlah kenangan semalam sebagai panduan dan tauladan, jadikanlah realiti hari ini dengan menambahbaik segala kelemahan supaya impian masa depan penuh makna untuk kita semua.
" Hari ini lebih baik dari semalam dan Insyaallah hari esok akan lebih baik dari hari ini "
Itulah tugas murni kita, warga pendidik untuk merealisasikan pendekatan baru dalam dunia pendidikan kita.
KITA JAYAKAN BERSAMA TANPA KELUH DAN KESAH
No comments:
Post a Comment