Tuesday, April 27, 2010

Saya tengok yang aneh dilangit malam



Malam tadi, kata lazimnya hari Isnin malam selasa, 26 April 2010, semasa memandu balik ke rumah sesudah shooping sikit di KB Mall dan menjemput anak tuisyen malam di SMK Kota, saya dan keluarga terlihat dilangit dengan satu keanehan yang belum pernah dilihat sebelum ini (seingat saya lah)..iaitu satu bulatan awan mengelilingi bulan, seperti bulan itu sebagai pusat sebuah bulatan. Bulatan dengan jejarinya hampir sama.

Tiba di rumah jam 10.30 malam, semua tertumpu pada kejadian ini. Dalam bulatan ini tiada awam langsung, sehingga menampaklan bintang yang berada jauh di atasnya, manakala diluar bulatan, semuanya diliputi awan agak tebal kerana sudah dua hari hujan seolah musim tengkujuh melanda. Dibawahnya pula, melalui bulatan ini ialah lima gumpulan awan berjalur macam benang yang agak panjang, tak berpecah. Agak lama juga kami memerhati fenomena ini. Kebetulan juga hampit jam 10.45 malam, sebuah pesawat terbang merentasi ruang udara di bawahnya, asap yang dikeluarkan oleh pembakaran injinnya juga berjalur tetapi dalam beberapa saat dihamburkan, ianya terus berpecah dan bertebaran. Walhal jalur yang lima itu masih kekal utuh dalam sela masa yang agak lama.

Dalam sains, ada istilah umbra dan penumbra,umbra kawasan terang manakala penumbra agak kabur ( suluhan lampu picit umpamanya). Bulan sebagai lampu alam ini sepatutnya setiap malam ada kelihatan umbra dan penumbra, tetapi kenapa malam ini sahaja yang berlaku.Tidak pada malam-malam yang lain walaupun hari tersebut juga hujan.

Pada jam 11.00 malam, jalur bebenang putih mula berpecah dan tak lama selepas itu, awam mula menutupi bulan.Tiada lagi bulatan dan tiada lagi jalur yang agak pelik ini. Kini saya sedang mencari kejadian fenomena ini dari aspek sains untuk cuba menjawab oersoalan yang dirimbulkan oleh anak-anak saya yang turut sama memerhati kejadian ini. Cuba juga untuk merakam gambar dengan kamera yang ada, tetapi kemera yang tak sesuai malam ini hanya menampakan tompok bulan saja, yang lain tak nampak langsung.

Mungkin Tuan juga melihat kejadian ini, jika ada maklumat boleh dikongsikan bersama. Walau bagaimanapun, sesuatu yang berlaku itu tak akan berlaku secara tersendiri, ada sebab dan akibatnya.. kerana itu menunjukkan kehebatan PENCIPTA nya. Bersamalah kita merenung dan bermuhasabah. semuanya dengan kehendak ALLAH. Hamba MU ini begitu kerdil dan lemah. SUBHANALLAH

No comments:

Post a Comment