Thursday, April 15, 2010
Antara Kejayaan Tuan
Assalamulaikum
Buat semua sahabat rakan guru,
Pada tanggal 14 April 2010, hari Rabu lalu, saya berkesempatan untuk hadir ke Temasya Sukan Tahunan SK Tiong, sekolah pertama saya juga anak-anak saya mencari ilmu di sini bersama guru-guru yang komited lagi berdedikasi. Begitu terujanya saya melihat penglibatan warga sekolah termasuk PIBG sekolah menjayakan kejohanan ini. Bermula dari pagi hingga ke penamatnya, tanpa penat lelah di bawah sinaran suria yang panas terik lagu memerikkan mata.
Tiba jam 5.30 petang untuk melihat kerenah anak-anak dalam menjayakan acara ini. Pelbagai acara dijalankan termasuk acara warga pendidik.. sorak sorai penyokong pasukan rumah menceriakan suasana... tiada nampak langsung keletihan di wajah mereka. Mereka berusaha bersaing untuk mencapai tempat pertama. Teringat nostalgia ini sewaktu belajar bersama rakan-rakan pada pertengahan tahun 60'an dulu. Panas terik dah jadi perkara biasa walaupun menghitamkan kulit.
Tak terduga, saya dijemput oleh YDP PIBG, En. Nor Azlan Ismail dan Tuan Guru Besar untuk menyampai medal dan hadiah kepada pelajar pemenang dalam acara lari berpasukan. Begitu gembira mereka dengan kerja berpasukan ini akhirnya membuah kejayaan. Itu semuanya kerana tujuk ajar guru mereka dengan potensi yang sedia ada pada mereka. Ibu bapa yang turut hadir begitu gembira dengan kejayaan anak-anak kesayangannya ini.
Ibu bapa begitu mengharapkan kita semua sebagai guru untuk mengasuh, mendidik menunjukajar anak-nak mereka untuk berjaya dalam pelajaran sebagaimana kejayaan Tuan membantu anak-anak mereka berjaya dalam sukan ini. Apabila mereka berjaya dalam aktiviti ini seharusnya mereka juga berjaya dalam bidang akademik..itu semuanya bergantung kepada kreativiti dan inovasi guru semasa proses P & P bersama mereka dalam bilik darjah. Pada bahu kita semua, kita memikul tugas berat untuk menjadikan anak-anak ini sebagai MODAL INSAN yang hebat dalam akademik, kokurikulum,sukan, sahsiah diri dengan beragama serta yang lainnya sebagai pengisian untuk kesimbungan perjuangan.
Juga pada bulan Mac yang lalu, saya sempat menghadiri Mesyuarat Agung PIBG di SMK Kota yang merupakan sekolah kedua saya untuk meneruskan pengajian di mana semua anak-anak juga menuntut di sini. Dalam majlis berkenaan turut diadakan penyampian sijil dan cenderahati kepada pelajar cemerlang STPM dan SPM tahun 2009.Bagi saya, belajar di mana-mana pun boleh mencapai kecemerlangan kerana semua guru di mana-mana sekolah adalah merupakan pendidik yang hebat. Alhamdullilah anak sulong kini menuntut di Ireland juga belajar di sini dengan SPMnya 11'A, anak ke dua dalam STPM 2009 dengan 4A 1B, anak ke tiga SPM tahun ini, anak ke empat PMR 2009 dengan 8'A kini terus belajar di sekolah ini . Itulah hasil usaha Tuan sebagai guru.
Sekalung budi dan tahniah kepada sahabat guru di SK Tiong dan SMK Kota. Juga tidak dilupakan kepada semua sahabat guru yang berada di seentero bumi Kelantan ini..JASA TUAN TETAP SAYA INGATI.
Kerana itulah.. ANTARA KEJAYAAN TUAN dengan izinNYA.
TERIMA KASIH..teruskan usaha murni ini dalam merealisasikan Cakna Pendidikan Kelantan Tersohor 2010..penyebabnya ialah kejayaan yang diperolehi oleh anak didik Tuan melalui tunjuk ajar Tuan.
No comments:
Post a Comment