Mesyuarat ini berlangsung pada 1 hingga 3 Disember 2009 bertempat di Demong Beach Resort, Besut , Terengganu dengan dihadiri oleh 19 peserta dari kalangan pegawai JPN dan PPD yang terlibat.
Mesyuarat ini diadakan bagi penyediaan laporan untuk ke peringkat KPM yang akan berlangsung pada 7 - 9 Disember 2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan.Antara sebab utama tidak hadir beberapa pegawai PPD ialah hujan lebat sepanjang 2 hari berturut-turut menyebabkan banjir di kawasan Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli serta juga pertindihan program yang dianjurkan oleh PPD dan KPM pada masa yang sama.
Maklumat yang baru diterima ialah mulai tahun 2010 tiada lagi peruntukan Skim Bantuan Tuisyen. Untuk semua guru yang terlibat , teruskan usaha murni tuan untuk memajukan pendidikan anak bangsa walaupun tanpa elauan yang diperolehi sebelum ini.Semoga jasa tuan sentiasa diberi rahmat oleh ALLAH SWT..Sekian
No comments:
Post a Comment