Monday, December 7, 2009

Manifestasi Headcount Itu Adalah Kasih Sayang

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama FELDA telah mengadakan mesyuarat Program Headcount Dan Post-Mortem Bil.1/2009: Strategi Peningkatan Prestasi Akademik Pusat Pembelajaran Sains (PPS). Mesyuarat ini berlangsung pada 2-4 Disember 2009 (Rabu-Jumaat) bertempat di Sutera Inn Prima, Kota Bharu telah dihadiri oleh GPK(P), Penyelaras Tuisyen Sekolah dan Ketua Panatia Mata Pelajaran di bawah kawalan.

Mesyuarat yang dipemgerusikan oleh En. Abu Hashim Abdul Samad(BPSH) dipenuhi dengan pengisian khusus mengenai pelaksanaan dan pemantapan program Headcount dan Post-Mortem dengan dimoderasikan oleh pakar dalam pengurusan Headcount iatu YM Hjh Tg Azuan Tg Mohamed dengan dibantu oleh En. Suhaimi (PP JP Pahang) dan En. Mohamad Ariffin (PP JP Johor). Apa yang terkesan ialah penghayatan Headcount itu sebenarnya merupakan ciri kasih sayang sesama manusia. Guru cakna kepada muridnya boleh menyebabkan mutu penghidupan mereka nanti akan memberi kesan yang amat positif.

Turut serta ialah Penolong PPD Tanah Merah, En. Hussain Abd Ghani, Penolong PPD Gua Musang, En. Wan Badruddin Wan Omar, Penolong Pengarah JP Terengganu,En. Razali.

Menjadi harapan agar semua guru yang hadir mewakili sekolah PPS Kelantan, PPS Terengganu dan PPS Pahang serta semua sekolah yang bukan PPS dapat memantap dan menghayati pelaksanaan program ini demi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka. Kasih sayang memupuk kecemerlangan. Terima kasih cikgu.

1 comment:

  1. Al Quds Travel Welcome You :-

    "AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Official Radio : THR Gegar FM
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun RM999.00 untuk Pakej Umrah

    ReplyDelete