Saturday, July 13, 2013

oH IPCMC

Kamilia: UK, Australia pun ada badan macam IPCMC
 
Apa yang menyalahi perlembagaan dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) apabila badan pengawasan luar negara yang sama sudah dibentuk di United Kingdom (UK) dan Australia, soal bekas timbalan ketua Wanita Umno.

Datuk Kamilia Ibrahim, antara 15 anggota suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang mencadangkan penubuhan IPCMC pada 2005 berkata, UK mempunyai Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) dan New South Wales, Australia pula terdapat ombudsman untuk memantau pasukan itu.

Pengamal undang-undang itu juga berkata, begitu juga di Hong Kong dan Queensland.

"Di mana yang menyalahi perlembagaan dengan IPCMC kerana suruhanjaya sudah melawat negara-negara itu dan mengkaji pelaksanaannya sebelum mengeluarkan laporan dan cadangan.

"Kenapa tidak boleh dilaksanakan di sini sedangkan di sana boleh?

"Kenapa tidak boleh polis menyiasat diri mereka sendiri dalam kes kematian dalam lokap, salah guna kuasa atau rasuah?" soal Kamilia.

No comments:

Post a Comment